Category Archives: Artikel Persendirian

>Terima Kasih Mas Ahmad Safwan, Aku Nak Berubah :)

>   Assalam kawan-kawan. Alhamdulillah dengan semangat yang diberikan kepadaku oleh peserta-peserta contest 3.0 aku yang telah memberikan point yang cukup menarik. Terima kasih juga terutamanya pada Mas Ahmad Safwan yang sudi membantu aku untuk berubah ke WordPress.



Lepas ni nak tukar header huduh ni 😀





   Serius aku tak tahu bab-bab wordpress ni. Tapi Alhamdulillah , Affan Ruslan dan Mas Ahmad Safwan sudi turunlah ilmu-ilmu mereka untuk mendidik dan menjinak-jinakkan aku didunia wordpress ni. InsyaAllah lepas habis contest 3.0 ni, aku nak belajar pakai hosting sendiri. Blog ni aku ingat, nak jadikan blog peribadi aku balik. Nak rampas status lama balik. Lepas-lepas banyak buat entry merapu-rapu, gaduh sana gaduh sini, cari pasal mamat tu cari pasal dengan mamat ni, idea makin bertambah. Indahnya ..







   Bukan apa, ramai yang bising blog aku dah tak best. Yeke ? beraninya korang ?! haha. Maklumlah dah kurang entry peribadi. Kalau buat entry peribadi ni, kena banyak perah idea. Nanti idea dah habis, sapa nak isi? huu. ( menangis sambil hentak-hentak kaki ke lantai ). Ini kerana aku bukanlah sehebat jejaka terhangat, macam mana pun tetap beridea. Apalah ilham brader merah tu..



   Walaupun aku tak hebat, tapi aku ada saingan rupanya. Lets fight ? mari mari. Haha, berlawan untuk memajukan diri sendiri la. Bagus apa. Kalau aku nak jadikan suffer8zine sebagai lawan aku boleh ka ? Abang hangat cakap suffer8zine ni adalah guru SEO yang humble. Yes, nak jadikan dia sebagai lawan. Kalau nak lawan entry yang paling ganas, Hati Cik Gadis boleh tak ? kebanyakkan blog yang aku singgah , ramai yang letak link dia dalam bloglist . Sehh ramai peminat. Nak lawan jugak.




   Oke Mas , aku dah sedia tempuh semua ni lepas habis contest 3.0 ni. Semoga Mas sudi bantu aku di wordpress nanti. 




  Quotes yang aku nak bagi : bagus kalau lawan kita itu dari group master, sebab cemburu itu pasti wujud. Bila sifat cemburu dah wujud, pasti kita akan usaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu jugak . Tak percaya ? cubalah. Aku ingat pesan seseorang, jadikan tok guru kita sebagai lawan kita. Kerana kita kemungkinan adalah bakal penggantinya. 🙂 
   



http://www.sarul.cili.ws/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html

>UPDATE : Contest Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog AbdulFarique.com

>

       Assalam kawan-kawan, oke kali ni aku nak update tentang contest Raih RM160 Kutuk Dan Kritik blog AbdulFarique.com ni. Penyertaan masih dibuka kepada umum. Setakat ini baru 12 penyertaan yang aku terima. Aku harap ramai lagi yang akan join sebab syarat-syarat penyertaan ni mudah saja. Ok mari aku tunjukkan keseluruhan peserta-peserta contest kali ni.




  1. http://www.sarul.cili.ws/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  2. http://affanruslan.com/live/contest-3-0-raih-rm160-kutuk-dan-kritik-blog-abdul-farique/
  3. http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  4. http://babylontaylorswift.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  5. http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  6. http://shqpewsqiq.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  7. http://syaf.frenzyfm.my/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  8. http://www.cikladies.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  9. http://shudte.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  10. http://review-gitarputeh.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm-160-kutuk-dan-kritik.html
  11. http://dalittledeeya.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
  12. http://cintatulip.blogspot.com/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html
   Berikut adalah peserta-peserta yang menyertai contest 3.0 aku ni. Susah ke ? tak de la sangat. Korang cuba tengok macam mana geng-geng diatas ni mengasah fikiran mengutuk aku. Aku mahukan entry yang mampu sentapkan hati aku ni. List kat atas ni ada 3-4 yang membuatkan aku tersentap. Tapi sentap-sentap cokelat angin je la. hehe, korang tak nak lawan ?

  Hadiah contest :-



Hadiah Tempat Pertama

1) Wang Tunai – RM70

2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* – RM30 

3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari

4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali



Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai – RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati – 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali



    Takpe la , aku masih buka contest ni. Bagi sesiapa yang terniat hati nak join, join lah. Tarikh tamat adalah 9 Ogos 2011. Mungkin dipanjangkan mungkin dipendekkan. So, adakah  anda takut untuk mengutuk dan mengkritik blog aku ni ? 🙂


   Nota : cepat-cepat-cepat , Join Contest 3.0 ini 😀

>USA vs Japan Women’s World Cup Final Score Result

>        Keputusan USA vs Japan pada perlawanan final women’s World Cup akan aku letakkan setelah tamatnya perlawanan ini. Yang pastinya, aku melihat perlawanan ini 78% dikuasai oleh USA pada separuh masa pertama. Berapakah Score yang mampu USA lakukan? sama-sama kita menunggu result perlawanan ini.






    Perlawanan telah berlangsung dari Commerzbank Arena in Franfurt, Jerman.



  


Keputusan Semasa USA vs Japan :
USA (2) vs (2) Japan

Keputusan Penuh USA vs Japan
USA (1) vs (3) Japan
*penalti Shout


    Nantikan keputusan sepenuhnya perlawanan ini disini. Marilah kita menyaksikan live final women’s World Cup di astro. Ada live la. Begitu juga dengan perlawanan Brazil vs Paraguay di Astro 811. Apapun, perlawanan ni.. rasa-rasa siapa yang menang ya , Congratulations JAPAN ! The Winner of Women’s World Cup 2011 🙂


>Alhamdulillah, Sedar Itu Satu Kebaikan.

>     Assalam kawan-kawan, episod kali ini mengenai sedar. Bukan senang kita nak sedarkan orang lain dan bukan senang untuk kita sedarkan diri kita sendiri kerana kita sendiri sedar sesuatu perbuatan itu salah tetapi kita saja saja buat tak sedar, begitulah sebaliknya bagi insan lain. Tapi tak kesemuanya begitu. Alhamdulillah, sepanjang apa yang aku menulis dan aku kongsikan kat blog ni, rupanya telah berjaya menyedarkan seseorang.




    Kawan-kawan, siapa yang tak nak tengok kawan-kawan berjaya.. tak kira di dunia dan diakhirat, kejayaan itu pasti ingin kita capai. Tapi kalau kita masih tak sedar siapa diri kita, pasti tak berjumpa dengan baik buruk diri kita ini. Bukan nak mengukur keburukan dan kebaikan diri kita, tetapi mahu memperbaiki keburukan dan menambah kebaikan sepuas-puasnya. Bukan senang kalau tiada usaha, bukan susah kalau ditambah keinginan.







    Akal dan fikiran adalah anugerah Allah S.W.T., perlukah kita mensia-siakan kelebihan ini? Gunakan dengan cermat dan sebaik-baiknya. Tak perlu tunjuk baik dengan orang lain, hanya berbuat baik dengan orang lain . Tak perlu membesarkan diri dengan kawan-kawan, hanya merendah diri kerana kita adalah hambaNya. sebesar manapun kita didunia, kecil lagi kita ini dengan Allah S.W.T. 






    Biarpun susah menemui titik noktah kebaikan, usaha kearahnya pun sudah menjadi satu kebaikan. Usaha, doa kepada Tuhan adalah perlu. Berbudilah kepada manusia, berbudilah kepada haiwan, berbudilah kepada tumbuh-tumbuhan. Sayangilah ciptaan Tuhan, sayangilah diri sendiri kerana SEDARLAH BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH S.W.T.

>Keputusan Terkini/Penuh Malaysia vs Liverpool | Asian Tour 16 Julai 2011

>

       Kini Liverpool pula akan menentang pasukan Malaysia di Stadium bukit jalil untuk melengkapi jadul Asian Tour 2011 mereka ada 16 Julai 2011 jam 5.45 petang ini. Adakah Dirk Kuyt mampu jaringkan gol ? Adakah Safiq Rahim dan Safee Sali mampu jaringkan gol ? Sama-sama kita saksikan sebentar nanti. Tapi malangnya, Liverpool bermain tanpa Steven Gerrard. Wa Sedih tak dapat tengok . Jom aku bawakan keputusan Terkini dan penuh untuk anda semua 🙂


      

Keputusan Terkini Malaysia vs Liverpool

Malaysia ( 3 ) vs ( 6 ) Liverpool

Keputusan Penuh Malaysia vs Liverpool

Malaysia ( 3 ) vs ( 6) Liverpool

– Safiq Rahim – 1 gol
– Charlie Adam – 1 gol *penalti
– N. Gog – 2 gol
– Safee Sali – 2 gol





   Ok , jangan risau aku sentiasa update entry ni. Aku rasa ada live kat astro kot. Kot je la, takut jadi macam perlawanan malaysia vs Arsenal aritu. Takde live langsung , tak support Malaysia langsung diorang ni. Fuh.
  
  tags : perlawanan malaysia vs liverpool 16 julai 2011, keputusan malaysia vs liverpool 2011, keputusan perlawanan malaysia vs liverpool 16 julai 2011, liverpool asian tour 2011 malaysia, malaysia xi vs liverpool 2011, keputusan terkini malaysia vs liverpool 16 julai 2011, keputusan penuh malaysia vs liverpool 16 julai 2011, keputusan malaysia vs liverpool asian tour, keputusan perlawanan liverpool asian tour.

>Keputusan Permohonan Ke IPTA ( Matrikulasi | STPM | Setaraf ) UPU 2011/2012

>     Keputusan UPU STPM/Setaraf 2011/2012 akan keluar 15 Julai jam 12 tengahari hari jumaat ni. Agaknya ramai yang tengah gementar sekarang. Ok, Keputusan untuk permohonan kemasukan ke IPTA ( Matrikulasi | STPM | Setaraf ) UPU 2011/2012 boleh disemak di portal dan laman web yang aku berikan dibawah ini secara online dan juga SMS . Jom Masuk Universiti 😀



 

Boleh disemak pada 15 Julai Jumaat Jam 12.00 Tengahari

Semakan Melalui Online


  • upu.mohe.gov.my – KLIK SINI – Lembah Klang
  • istudent.uitm.edu.my – KLIK SINI 
  • jpt.uum.edu.my – KLIK SINIUtara
  • intake.utm.my – KLIK SINISelatan


Semakan Melalui Sistem SMS

Sila taip: 

UPU RESULT [No. KP]  

dan SMS ke: 
15888 


Semakan Melalui Talian Hotline ( 10 Talian )

 03-8883585


   Semoga yang terbaik dan mendapat universiti & kursus yand diminati. Untuk semakan permohonan 

   Sila adu kepada kami di ruangan komen jika terdapat kesulitan salah link dan sebagainya KECUALI problem loading page dari portal berkenaan kerana yang pastinya portal-portal diatas sini akan mencapai traffik yang tinggi yang akan menganggu capaian anda untuk membuat semakan.
Penghormatan dan sumber : Khairul’s Blog dan UPU Portal


  tags: keputusan upu stpm/setaraf 2011/2012, keputusan permohonan ke ipta 2011/2012, keputusan permohonan kemasukan ipta 2011/2012, keputusan permohonan ke ipta matrikulasi/stpm/setaraf upu 2011/2012, keputusan upu 2011/2012, keputusan upu 15 julai 2011/2012, keputusan upu sesi akademik 2011/2012, keputusan upu 2011. 

>Wordless Wednesday #1 | Aku dah..

>

    
Letih..Penat..fuhh

sumber : abam google

>Aku Sayang Kau Lah! :(

>     Assalam kawan-kawan , ok entry kali ni memang bermain dengan perasaan aku. Sorry la entry melebih. Aku diberikan pilihan sebenarnya, sama ada kekal bersamanya atau aku mencari yang lain. Perlukah aku berbuat demikian ? Hati ini sahaja yang mempunyai jawapan. Mungkin aku kejam, mungkin aku jahat.. Kerana duit , aku hampir menjual dia..





    Setiap hari bersama dia, setiap kali dengan dia. Dan kini , perasaan jemu telah wujud dihati. Aku tak mampu menipu soal hati. Cinta dan sayang aku masih padanya walaupun dalam hati ini jemu. Aku tahu dia tahu segalanya, aku yakin dia perasan perubahan aku. Dia tahu aku jemu dengan dia. Serius, aku bersalah sangat-sangat buat dia begitu.. Aku menyesal.







     Aku meletak penuh harapan untuk menyintai dia. Aku tak dapat bayangkan kalau dia bukan lagi milikku. Bagaimanakah nanti ? Mampukah aku mengharungi hidup ini tanpa dia? Aku manusia biasa.. Aku tak mampu berbicara sendirian. Selama ini dialah tempat aku mengadu dan bercerita…






    Biarlah aku dibenci sekalipun, biarlah aku dicaci dan dihina..tapi biarlah aku dan dia yang menanggung semua ini. Maafkan aku, aku sedar.. aku insaf. Aku sayang kau, aku cintakan kau.. aku tak mampu tinggalkan kau.. aku tak nak sendiri. Aku tetap sayang KAU lah !! Sayang KAU ! sayang KAU , sayang KAU ! ~ entry stress . jangan risau , aku sayang kau , aku tak kan bercadang nak jual kau lagi sayang 🙂 …


Thanks to #TheSyafiqMokhtar for refill my idea meter at last night 😀

>Blog Assignment Jejaka Terhangat: Tunjuk Ajar Ku Sifu

>

     Jejaka Terhangat

      Assalam kawan-kawan, oke sekali lagi kita cuba memberanikan diri untuk menyertai Assignment dari blog Jejaka Terhangat. Oke, sembang pumpang pun tak guna . Tembak pun tak kena, jadi jom kita terus membaca siapakah Sifu Aku yang selama ini banyak membantu aku walaupun tanpa sifu aku itu mengetahuinya.






    Jom kita membaca segala info yang aku sertai disini. Semoga pembaca dan pengunjung dapat mempelajari segala rahsia dan tips yang aku diperolehi sehingga aku mampu mencapai 200000 pageviews setakat ini. Korang nak ? serius nak? Jom kita terjah blog mamat ni dan satu yang penting, Semangat + Membaca 🙂







PENDEKAR BERKUDA

    Oke. Straight, Pendekar Berkuda mempunyai satu kelebihan yang aku sendiri tak tahu bagaimana dia mampu membuat sesuatu yang akan mencapai tahap yang gemilang. Aku yakin beliau mampu untuk menjadi sebuah blog yang berjaya dan mampu menarik ramai pengunjung dari hasil carian google. Setiap entry-entry beliau mempunyai satu keyword yang meletup.




   Walaupun hanya menggunakan platform blogspot, beliau mampu memperolehi traffik yang tinggi. Beliau juga telah meletakkan segala tips dan entry untuk berjaya dalam SEO. Berjaya kah dia ? Sejauh mana keyakinan orang setelah membaca entry aku ni ? Adakah kerana Pendekar Berkuda membayar aku supaya aku sentiasa menaikkan memancak tinggi dan mewanggikan nama dia ? Lihat sendirilah di blog beliau .




   Sekarang ini aku yakin oleh kerana masalah masalah peribadi beliau , sering menganggu prestasi dan semangat beliau untuk mengemas kini blog beliau dan mencari sumber-sumber yang mengancam. Kadang kala aku pun selalu copy paste sedikit entry darinya. Kerana masalah, pasti akan menganggu semangat. Tak kira walau apa pun bidang yang diceburi. Semoga dia mampu menyelesaikan segala masalah dan terus berblogging.






   Tapi hal masalah itu bukannya topik dan point entry ni, tapi ilmu yang dicurahkan tak sekali kali aku lupa. Tak salah kita mencuba tak salah kita mempelajari kerana setiap apa yang kita pelajari tu kadang-kala membuahkan hasil yang lumayan. Anda teringin untuk mempelajari SEO ? anda ingin selalu mempunyai traffik seperti saya dan blog kawan saya , syafiqorangmelaka ? Jom kita terjah tips dan tutorial di blog beliau . 🙂




  Oke, ini sahaja penerangan aku mengenai blog sifu aku. Ilmu tak perlu kita rahsiakan, Ilmu tak perlu kita simpankan kerana ilmu itu adalah kurniaan Tuhan. Aku rasa ilmu yang aku pelajari dari Pendekar Berkuda masih tak mencukupi lagi, aku masih lagi gagal. Tapi aku tak mahu terus gagal. Jadi , pendekar berkuda.. Tunjuk Ajar Ku Sifu :))




   Jadi aku tak kesah apa sekalipun pandangan dan komen sesiapa, aku yakin dengan setiap apa yang aku tuliskan kerana aku suka bercakap melalui pengalaman dan penglihatan . Korang rasa berani tak sahut assignment jejaka Terhangat ni ? Senang je. Aku yang suka cari jalan susah, kalau berani sahut , marilah 🙂




oke kali ni sekali lagi aku tag , blog mak budak yang selalu support aku , blog puan Kutu .Puan Kutu , lets go kita join lagi 🙂


Peringatan : Jangan tiru segala aksi tulisan di dalam entry ini, kerana tak guna sembang kencang kalau setiap apa yang kita ceritakan kita tidak benar benar merasainya. 🙂

>Alhamdulillah , Aku Masih Bernafas :)

>     Assalam kawan-kawan , terkunci mata titisan peluh menitik ke badan. Begitulah sukarnya untuk aku bernafas selama ini. Senang menjalani kehidupan tetapi susah untuk menghadapinya.    Bila ditanya soal hidup mati, pastinya berbagai persoalan bermain-main difikiran. Tak semua orang menerima takdir yang sama, tak semua orang melalui jalan yang sama.



   Jalan kita tak selalunya lurus, pasti ada yang menghalang. Begitu juga dengan kehidupan, pasti sahaja dugaan dan cubaan mengusik dan menguji semangat,kekuatan dan ketabahan kita. Walaupun tak selalu aku mampu bertahan, tapi Alhamdulillah .. Aku masih mampu untuk bernafas lagi.







   Maknanya , aku diberikan peluang lagi untuk bertahan dan tabah menjalani episod hari. Kita mampu sebenarnya, cuma saja-saja buat tak mampu. Kita mampu cakap kita terbaik , kita boleh, kita mampu tapi sebenarnya kita hanya mampu bercakap sahaja. Tak semua tapi itu yang selalu.




   Suratan takdir penentu segalanya, keadaan dan waktu mengubah haluan masa. Kita adalah ibarat manusia yang dahagakan air di padang pasir. Terkapai-kapai mencari sungai.. Untuk menghirup air. Kekuatan dan ketabahan yang menjadi tenaga untuk kita meneruskan perjalanan mencari sungai. Itu lah ibaratnya, kehidupan ini .. Unik. Sangat Unik.. Banyak perkara yang belum kita mampu terokai lagi. 




   Aku selalu jatuh, aku selalu hampa, aku selalu tersesat.. aku selalu hilang arah tuju.. aku selalu salah, aku selalu menyusahkan, aku selalu buat silap.. Tapi Alhamdulillah , Aku masih mampu untuk bertaubat , aku masih mampu untuk meminta maaf, aku masih mampu untuk mencari jalan pulang, aku masih mampu untuk perbaiki diri .. untuk pada ketika ini, disaat ini, di waktu ini .. kerana , pada ketika ini , AKU MASIH BERNAFAS , jadi patutkah aku mensia-siakan peluang ini ? 🙂




Harap maaf , AF tak buat Wednesday Wordless 🙂