Category Archives: Join Peraduan

>Contest 3.0 – Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Ini

>    Assalam kawan-kawan . Dah lama tak buat contest. Serius sekarang dah oke, teringin nak buat contest lagi. Ini contest kali ketiga. Setelah contest-contest yang lepas-lepas tu kan. Huhu. Ok kali ni aku nak anda Kutuk dan Kritik blog aku ni sebab bagi aku kutukan dan kritikan itu adalah sesuatu yang boleh disebut sebagai satu semangat untuk aku maju selangkah ke hadapan.



   Ok , contest kali ni aku nak simple-simple ja syarat-syaratnya. Ok jom aku ceritakan cara dan syarat nak join contest aku ni :-







1) Buat satu entry bertajuk : ”Contest 3.0 – Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique”.


2) Search ” abdul farique ” di google image dan pilih header aku atau berkaitan dengan aku dan letakkan di entry anda.


3) Kutuk dan Kritik blog aku tak kira dari segi apapun di entry tersebut. Tak kesah panjang tak kesah pendek , asalkan ada point. Lebih kurang macam ceritakan apa kekurangan dan apa yang perlu ditokot tambah diblog aku ni.


4) Tag seorang blogger . 


5) Dah Siap publish , paste link entry korang kat ruangan komen dibawah. Siap.


6) kalau sudi LIKE fanpage blog aku. Kalau sudi je la, kalau tak sudi takpe . :fuh






   Membebankan tak cara dan syarat untuk join contest ni ? takkan ? semua syarat diatas bahawa wajib dan diperlukan. Jika terdapat sebarang kepalsuan dan kekurangan, serta merta penyertaan anda tidak akan dikira dan dilayan sama sekali. Ceh ayat macam join contest juta-juta. Huhu. Syarat dan cara join korang dah tahu kan ? nak tahu apa hadiahnya ? jom tengok :-



Hadiah Tempat Pertama
1) Wang Tunai – RM70
2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* – RM30 
3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali


Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai – RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati – 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali


   Ok, itu je kot hadiahnya. Kalau ada rezeki, aku tambah-tambahkan hadiahnya lagi ok.  Aku harap penyertaan kali ni lebih banyak dari penyertaan kontest-kontest yang lepas. Aku nak ingatkan lagi, jikalau anda menang wang tunai, aku lebih mudah dan cepat memberikan hadiah jika korang pengguna maybank. Sebab maybank sebelah rumah. Bahahaha. Bab Topup tu aku akan bagi form nanti kat entry ni. letak no fon ye. Lebih selamat sikit.



   Aku akan pilih pemenang dari segi cara penyampaian, point yang diberikan, menyelak semua isi blog sebelum menyatakan sesuatu, dan aku seorang yang suka ayat yang ‘hidup’, jadi pandai-pandai  lah korang hidupkan ayat :p


Ok , tarikh tutup contest adalah 9 OGOS 2011 Kalau ramai join , aku akan tutup awal. Aku akan extend kalau penyertaan tidak menggalakkan tapi terhad la masa tu. Tapi yang pasti kalau korang join awal-awal, aku mengutamakan yang bersemangat. Semoga Anda bersedia. 🙂




  Bab kutuk tu saja je nak buat ayat ganas. Lebih kurang macam review je contest ni. Jangan risau, Aku bukan mat sentap. Aku tak pernah sentap dan aku tak terasa hati langsung. Itulah aku. Tapi aku akan suka sebab amik berat namanya tu . huuu :p  tunggu lagi, jom join !!

  

Advertisements

>Contest : Banner/Header Saya Cantik

>

    Assalam kawan-kawan. Serius boring sebab lama tak join contest. Nak join segmen Ben Ashaari pun abang ben tak buat segmen lagi. Huhu . Jalan-jalan tadi, terserempak blog adamainaa yang kebetulannya menganjurkan satu peraduan yang berkaitan dengan header. AF rasa teringin nak join sebab tarikh tamat cepat. Hehe , best2.  Jom baca sedikit info peraduan ini.



  Syarat Penyertaan :

  1. Korang mesti copy banner contest kat atas tu, lepas tu letak dalam entri penyertaan korang.
  1. Letak juga banner blog korang yang kreatif dan cantik tu dalam entri tersebut. Size bebas. 
  1. Kalo tak ada banner, nak letak header pun kami terima, ikut suka korang, kami nak tengok kreativiti dan makna-makna tersirat disebalik benda-benda tu (hasil karya korang) berkaitan dengan blog korang. hehehe.. mesti ada kaitan betul tak? tak kan letak suka-suka je 🙂
  1. Letak tajuk entri korang : Contest : Banner/Header saya cantik
  1. Cerita skit dalam entri korang pasal Banner/Header yang memberi makna kepada blog korang.
  1. Ajak la sesapa kengkawan blogger korang kalo diorang nak join. dan link kan ke blog ni.
  1. Hantar link entri korang kat dalam comment entri ni sebelum 11.59PM 27 June 2011
  1. Nak Follow blog ni di alu-alukan (Tiada paksaan) *Dalam hati ckp, tak follow disqualified!!*
  1. Nak Like Fanpage FB adamainaa dan CamfrogFM juga dialu-alukan (Tiada paksaan)
  1. 3 Pemenang akan dipilih, tempat pertama ,kedua dan ketiga. Dan penyertaan akan terbatal sekiranya kurang daripada 10 penyertaan. hehe. saya cuma ada 40 followers. so bagitau la sape2 yang nak join. 

Hadiah :

  1. Tempat Pertama : RM100 + Perfume brand Shamsuna+banner/header korang akan ditampal kat slide atas tu.
  1. Tempat Kedua : RM50 + Perfume brand Shamsuna
  1.  Tempat Ketiga : Perfume brand Shamsuna

*Perfume Shamsuna macam 1 Drop Perfume, 1kotak ada 10ml x 6 pelbagai haruman tanpa alkohol 

    Ok, sedap kan hadiahnya ? HAHA. AF nak join suka suka je. Tak yakin langsung boleh menang sebab ramai lagi yang champion.  Ok jom baca sikit tentang header AF ni..








 

   Sebenarnya tiada maksud yang tersirat disebalik header blog AF. Header ni buatan AF sendiri. Serius, AF minat seni. Hasrat nak sambung belajar, tapi entahlah hajat tak sampai lagi. Itu lah maksud ayat ‘Setiap manusia ingin berjaya, namun tak semua memiliki tuah’. AF hanyalah manusia biasa , hina disisi Tuhan. Kalau korang selama ni pernah membaca entry-entry peribadi AF, korang akan faham apa maksudnya ‘Riwayat Seorang Insan Hina’ tu.



   Dulunya blog AF adalah platform cerita-cerita peribadi AF. AF juga selitkan pengajaran dan teladan di setiap entry peribadi. Tetapi idea kini kian berkurangan, jadi AF renovate blog AF ni menjadi sebuah blog info, berita, perkongsian dan sedikit isu peribadi. Gambar 2 budak lelaki bermain drum dan gitar tu AF letakkan kat header sebab AF seorang peminat muzik. AF juga selalu jamming dengan kawan-kawan. Diantara alat muzik yang AF minat adalah drum dan gitar. Jadi itulah sebabnya AF letakkan imej drum dan gitar.



   Warna fonts ‘FARIQUE’ AF pilih warna biru muda kerana AF adalah peminat biru. Dulu sekolah pun kerap masuk rumah sukan biru. Huhu. Header AF bertemakan taman. Kenapa AF suka taman ? Sebab bagi AF , taman itu adalah keindahan. Diantara tempat orang untuk melepaskan tension dan stress yang terbaik adalah taman… Sebab itulah AF memilih ‘Taman’ sebagai tema header AF. 


   Ramai yang cakap header ni tak penting. Pasang header boleh memberatkan loading page blog kita. Tapi kalau pandai fix kapasiti header, insyaAllah effect tak berat sangat. Sebenarnya, header lah orang akan pandang dahulu sebelum memandang entry-entry kita.  Jadi header yang baik akan menjadi ingatan orang sebenarnya . Tak percaya ?? Hehe.


Tamat sudah penerangan AF mengenai header AF. AF tak kisah kalau tak terpilih sekalipun, AF join sekadar meramaikan peserta 🙂

Semoga yang terbaik :))


*AF merujuk kepada Abdul Farique 🙂

 

>Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt

>

    Salam kawan-kawan, haa terasa nak join contest lagi. Ok kali ni kita menuju ke GiveAway Mr.Izzo ni. Hehe, Siapa Mr.Izzo ? takpe jom kita ke blog beliau dengan klik banner header beliau diatas ni.
  
   Komen Blog Mr.Izzo sikit : Daripada review AF kat blog Izzo, template menarik tapi widget terabur. Header terlalu besar sangat. Kalau boleh kecikkan sebab nak mana pakai broadband kesian diorang, banyak rugi kapasiti memory broadband diorang. kalau pakai 1gb , ronda sana ronda sini dah nak habis quota. Jadi Mr.Izzo rendahkan size header dan lebih bagus besarkan sikit ruangan entry tu sebab nampak kemas. ^_^V .
Sesiapa yang nak join ? jom klik header beliau , just a simple giveaway 😀

>Kenangan Pahitku Contest

>      Salam kawan-kawan , af takde keje lagi . jadi mari kita join contest . Hehe , contest ini dianjurkan oleh cik kak Naqiah kita . Tahniah sebab dasyat gila harga hadiah ( blur tak tahu apa barang unik tu ) . Lagi mahal dari hadiah contest header af dulu . OK , sebut pasal kenangan Pahitku ni , mood sedih kembali . Marilah dengar rintihan dan luahan hati yang selama ni af pendam sangat-sangat hingga kembali satu darah beku dalam hati af ni .




Aku tag contest ni kat :-
1) CL



   Pasal cinta ke ? at least af banyak pengalaman pasal cinta . So , itu bukanlah satu kenangan pahit yang terlalu membuatkan AF hancur . Sebelum tu AF nak amik mood jap .. hmmm dah sampai . datuk dah sampai .. hayati lah cerita kenangan pahit AF ni yang selalu membelenggu di setiap masa dan tingkah laku AF ..






   Bermulalah satu kisah hidupku ketika aku dilahirkan dimuka bumi ni . Kehidupan aku dahulu serba sederhana tapi kasih sayang dari mama tetap ke akhir hayat aku rasai . Iya lah , Islam mengalakkan kita agar bersederhana . Aku sebenarnya seorang lelaki yang minat belajar . Tapi kenapa aku hancur dalam pelajaran ? kenapa aku tak mampu ikut jejak langkah kawan-kawan lain ? kenapa aku tak mampu ? Ketika aku berusia lebih kurang 6 tahun , ibu bapa aku telah bercerai . Aku hidup hanya bertemankan mama . Mama adalah kekasih aku dari dulu sehingga kini dan selamanya . 




   Walaupun aku masih kecik ketika itu , aku dapat bayangkan dan fahami bagaimana penatnya mama mencari rezeki untuk keluarga . Aku dengan rasa ingin membantu keluarga , aku berjanji dengan diri aku sendiri dan berharap aku akan berjaya dalam pelajaran dan dapat bantu keluarga nanti . Apabila mama diketemukan jodoh dengan ayah tiri aku ( aku panggil pakcik ) , aku tumpang gembira .




    Setelah lamanya perkahwinan mama dan pakcik , baru lah pakcik menunjuk belang . Pakcik aku seorang kaki mabuk . Setiap hari apabila dia pulang ke rumah pasti aku menjadi mangsa belasahan beliau . Tapi aku meneruskan kudrat ini untuk terus bertahan , tahan dan bertahan lagi . Demi pelajaran , demi mama . Aku teruskan pencarian ilmu ketika itu . Pernah sekali topi keledar pakcik dihayun ke kepala ku . Ketika itulah aku menurut hati dan lari rumah .




    Apabila surut reda dihati , aku pulang ke rumah dengan kesakitan dan kepenatan . Tiada siapa yang fahami aku ketika itu , hanya mama dan kakak yang menemani aku dan merawat sakit luka aku . Ketika dan saat itu , aku nak hilang arah tuju . Aku rasa bagaikan kurang kasih sayang dari seorang ayah . Aku akui aku seorang anak yang manja . Mungkin disebabkan aku anak bongsu dalam keluarga kandung . Apabila mama dan pakcik dikurniakan cahaya mata , terus terang aku akui aku cemburu kerana mama lebihkan adik .




   Aku sebenarnya tak kisah , sebab itu adik aku juga . Tapi kalau keluarga aku bahagia tak mengapa juga ini pula selalu saja berlaku perkara tak diingini . Aku stress dan tension kerana akulah mangsa tegar ketika itu . Apa salah aku ? mengapa aku selalu dibelasah dan dipukul ? maafkan aku jika aku bersalah . Aku faham tanggunjawab seorang bapa tapi apa salah aku ?




   Sekali lagi aku jatuh . Setelah tak tahan tinggal di penang kerana asyik menjadi mangsa , aku berhijrah ke negeri sembilan dan bersekolah disana . Ketika aku di negeri sembilan masa dan pakcik sudah pun bercerai . Hampir setahun aku di negeri sembilan , pada tahun itu aku akan mengambil PMR . Diatas desakan kata rindu dan sepi tanpa kasih sayang mama , aku pulang ke penang untuk bersama mama tanpa menghiraukan tentang pelajaran lagi . Mama tak mampu nak bantu aku seolah olah mama faham aku tekanan ketika itu .




   Setelah hampir 3 bulan di penang dan tinggal di rumah sahaja , aku berusaha mencari kerja pada tahun 2007 . Berbagai perkerjaan yang aku lakukan untuk membantu mama . Daripada security guard , promoter , sale assistant , dan macam macam lagi . Ketika aku berkerja inilah aku mengenali dadah dan arak . Aku enjoy untuk tenangkan fikiranku dan niat mahu hilangkan tekanan walaupun ketika itu aku sedar bahawa itu adalah satu dosa besar . Pada tahun 2008 , aku telah berjaya membuka hati aku ke jalan yang benar . Akhirnya aku dapat tinggalkan semua tabiat dan perbuatan aku yang dulu .




   Pada pertengahan 2008 , aku kembali masuk ke sekolah tetapi semangat aku untuk belajar sudah hancur dan aku masuk ke sekolah diatas desakan kakak dan mama . Tapi aku tak mampu menipu mama kerana setiap hari duit sekolah yang mama bagi aku gunakan untuk bermain permainan online di CC . Daripada aku menipu lebih baik aku berhenti , aku kembali berkerja dan terus melupakan tentang pelajaran dan SPM .




   Dan sehingga kini , ketika ini pada tahun 2011 ni , aku mula rasa menyesal apabila aku bangkit dari mimpi ini . Aku terasa bagaikan memilih jalan yang salah . Aku nak cari jalan keluar dan selesaikan masalah ini . Aku dah tak tentu arah sekarang . Aku pandang kiri aku pandang kanan , kawan-kawan aku berjaya ke puncak menara gading . Tapi aku ? ohhh aku menyesal sekali . Aku menyesal .. Tapi aku luahkan segala kudrat yang aku ada untuk bangun semula . InsyaAllah , Sesungguhnya kenangan pahit ini lah yang menjadi darah daging dan memori pertama ketika bangun dari tidur . 


  Nota : entri ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan pakcik aku tetapi banyak kesimpulan yang aku ingin ceritakan . Ingat , arak itu sesungguhnya ibu segala kejahatan . Arak itu mampu menghancurkan kita dan keluarga . Sesungguhnya bila tekanan menguasai diri , nescaya kita akan cuba menghalau nya dari fikiran dan kita pasti mencari jalan keluar . Tetapi carilah jalan keluar yang diredhai Allah . Ingat pepatah orang-orang tua , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi . Jatuh itu tak semestinya jauh selamanya tapi bangunlah kerana usaha itu tangga kejayaan . Semoga cerita Kenangan pahit aku ni dapat memberi pengajaran dan tauladan untuk menjalani resepi hidup .




DISCLAIMERS : Kenangan pahit ini untuk dikongsi dan bukannya semata-mata kerana contest tapi aku ingin tunjukkan contoh apabila tekanan menguasai diri , maka jadikan orang seperti aku . kita diberikan peluang ketika kita hidup , dan jangan sia-sia kan peluang itu kerana hidup kita hanya sekali . Jadi berbaktilah kepada ibubapa dan berlajarlah rajin rajin kawan . Kata-kata tak dapat mengambarkan keadaan sebenar diri aku 😦 Assalam .

>Contest Blog Paling Comel

>     Salam kawan-kawan , kali ni af sekali sekali nak mencuba nasib untuk join contest-contest lagi . Kali ni af menuju ke contest yang dianjurkan oleh Farina Afza   ni . Hehe . Korang rasa af layak ke join contest blog paling comel ni ? Blog af ni biasa-biasa je .

Photobucket

      Sebenarnya af tak yakin pun af boleh menang tapi kan saja la nak memeriahkan lagi contest beliau sebab af dah boring tak de entry nak update . AF nak kata blog ni comel pun tak dak la tapi yang pasti blog af ni sweet ja . Hehe .

   AF dari kecik lagi memiliki naluri warna yang diminati wanita . Haha , AF minat biru muda , purple dan hijau daun . Nak tahu kenapa ? sebab walaupun AF nampak ganas tapi hati ada taman ma . Haha , tapi AF bukan geng lembut-lembut ok ! Haha , japg ada claim AF ni lembut man . 



   Ape yang AF harap adalah dalam banyak-banyak tu calonkan lah AF dalam group lelaki . Habis campur gaul ni , dose tau ! Haha ^__^ . Just kidding , apa-apa pun terpulanglah kat penganjur untuk menilai sendiri template , header dan content blog AF untuk santapan umum . Apa saja dari AF ni adalah kerana minatkan perhiasan dan mencantikkan blog sahaja .  Assalam , Tammat sudah . Ok bah kalau kau . AF gerak dulu . Opps , sebelum tu AF sertakan syarat-syarat untuk korang join contest ni dan siapakah yang AF tag ? Jom kita saksikan :-

   Syarat-syarat permohonan Contest ini :-
  1. Mesti ada blog .
  2. Mesti wajib follow blog ini .
  3. Tuliskan satu entry bertajuk Contest Blog Paling Comel bersetakan gambar dibwah .
  4. Lepas dah buat entry terus comment ke entry ini .
  5. Tag 3 rakan anda pastikan dorang tahu .

Dan AF bersetuju untuk memilih contesters lain seperti :-

1. E-ra pasha
2. Deeya
3. Puan Kutu

  Selamat maju jaya . Assalam ^_^

>Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

>     Salam kawan – kawan , hari ini aku join satu lagi aktiviti iaitu Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan blogger 2011 . Korang rasa aku layak tak ? Cantik ke blog aku ni ? terpulang kepada penilaian masing-masing:) . Aktiviti ini dianjurkan oleh bro Faisal Abdullah .

 Pencarian Blog Tercantik 2011

 Apakah syarat-syaratnya ? nak tahu ke kawan-kawan ? Disini aku copy sedikit terma dan syarat dia . Bro Faisal jangan marah ye , copy sikit .


KRITERIA BLOG TERCANTIK YANG DICARI:-

  1. Pastikan blog korang layak untuk menyertai aktiviti ini.
  2. Pastikan blog korang mempunyai design yang menarik,tertarik dan kau memang deboom.
  3. Pastikan susunan widget adalah menarik dan teratur.
  4. Pastikan mempunyai header yang tidak menyakitkan mata.(Jika mempunyai header)
  5. Pastikan blog korang tidak mempunyai ciri-ciri yang tercatat di entri ini:Apa Perkara Yang PALING Dibenci Ketika Blogwalking.

   Untuk Menghindari ‘Load Time Slow’ , diminta anda read more ye 🙂

    PERKARA YANG PERLU KORANG BUAT:-

    1. Buatkan satu entri mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 untuk mempelawa rakan korang vote blog korang.
    2. Letakkan Link entri berkenaan di bahagian komen.
    3. Jadi Follower blog 2DayBlogger.Com(Korang takkan menyesal follow blog ini.I swear)
    4. Tag 3 orang kawan blogger anda(Jika korang rajin je lah =)).-Tiada paksaan..hehe

    SIAPA YANG AKAN JADI JURI DAN PILIH PEMENANG?
    -Korang yang akan jadi juri dan korang yang akan vote untuk menentukan 1o Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011.

    BILA TARIKH TUTUP PENYERTAAN?
    -Tarikh tutup adalah pada 28/februari/2011

    BILA TARIKH UNTUK START MENGUNDI?
    Undian Pertama: 1/3/2011 – 8 /3/2011(Undian untuk semua peserta)
    Undian Kedua: 10/3/2011 – 17/3/2011(Undian untuk 20 terbaik)

    BILA TARIKH UMUM PEMENANG?
    -10 pemenang akan diumumkan pada 20/3/2011 pada jam 9  malam berdasarkan undian yang paling tinggi.(Undian pertama + undian kedua)

    HADIAH ISTIMEWA DARI 2DAYBLOGGER.COM
    -10 blogger yang menang akan terima ebook percuma bertajuk “15 736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM“.

       Jadi apa yang korang tunggu-tunggu lagi ? taknak join ? rugi la sebab tak dapat saksikan berapa ramai yang sokong blog kita kerana aktiviti ni dikira melalui undian dari orang ramai ( Poll Vote ) . 


      Aku try contest ni sebab aku nak :-


    1. Ushar tengok sama ada ramai tak yang menyokong hasil aku .

    2. Aku teringin nak dapat E-book sebab aku tak pernah tau apa itu E-book . hehe

    3. Design Header blog aku adalah 100% buatan air tangan aku sendiri . Entah le cantik ke tak header blog aku ni ?


    4. Kumpul traffik dan reader kerana aku masih dibawah calon Newbie dimana aku ni blogger baru . Masih setahun jagung , setahun pon tak sampai lagi ..


    5. Cara join dia senang je 🙂 . 


      Korang , nanti kalau dah start , korang undi-undi lah aku ok 🙂 . hee , tak malu aku ni :p
    oke la , setakat ini saja entry penyertaan aku , harap-harap aku layak :p . Salam .
    Jom kita sama-sama join aktiviti ni di SINI .


      P/S : geng , jom buat duit . meh sini caranya :p kat SINI

    >1st misz-ella.blogspot Contest

    >

    Salam korang , hari ni aku tergerak hati nak join contest dari akak ella ni . Hadiahnya lumayan tu ! . Nak tahu hadiah ape ? bleyh tengok disini kawan-kawan . Bagi sesiapa yang nak join , come on ! terma dan syarat tak susah mana , hanya perlu …

    • Follow, Baca dan Komen juga Oh ye, mesti dah komen sekurang-kurangnya 10 entri baru layak masuk contest ni. If u are new follower, u have to dig my blog dan baca entry-entry samada lama atau baru dan komen entry tersebut. Follower lama yg dah always drop comment in my entry, can skip this part, confirm layak syarat pertama. Hihi ..
    • Buat satu entry bertajuk 1st misz-ella.blogspot Contest. Copy and paste the header below and include it in your entry.

    • Dalam entry tersebut, buat satu slogan~ Saya suka membaca ‘entry-entry’ di misz-ella.blogspot kerana ……… (tidak kurang dari 50 patah perkataan). Make sure you count the number of words, if not dah buat penat-penat tetiba d.q. (disqualified le .. hihi)
    • Tarikh tutup adalah pada 18hb Januari 2011,  jam 4 petang.
    • Do not forget to backlink your contest at this comment box ya. That’s the only way i can trace you.

      Kesemua piagam pelanggan telah aku lepasi ( apaa punya ayat daa ! ) 🙂 ,
    aku dah :-

    • Follow
    • Komen 10 entry 
    • buat entry ( letak header )
    • buat slogan 🙂 

     Nampak susah sebab korang tak cuba lagi . ok la syarat-syarat aku telah ikut skank syarat last pulak dimana aku kena buat satu slogan . straight to the point oke ,


    Saya suka membaca ‘entry-entry’ di misz-ella.blogspot kerana :

    ”beliau banyak bercerita pengalaman peribadi dan dapat bertukar pendapat dengan blogger . Artikel beliau juga mempunyai kekuatan dimana setiap artikel dari beliau mempunyai banyak maksud yang tersirat . Walaupun saya baru ‘follow’ blog beliau , saya banyak mendapat inspirasi dari setiap entry dan kata-kata beliau .”
     Kata-kata terakhir saya , blog kak ella ni memang terbaik . aku harap korang sudi-sudikanlah diri untuk singgah menyinggah ke blog beliau 🙂 . Blog beliau juga seperti blog aku , lebih banyak bercerita mengenai peribadi yang dapat memberikan manfaat untuk orang lain . Pesan sikit , kepada sesiapa yang berlagak dan sombong , diharap lepas ni exit terus blog aku sebab blog aku blog personal , ye la orang yang sombong tak suka baca kisah orang dan tak nak ambil tahu isi-isi dalam sesuatu entry aku ni . Sama jugak dengan blog kak ella ni , banyak personal . Maaf ye kak ella , ada kaitan jugak . kita kan sama genre , blog personal @ peribadi tetapi bermanafaat kan akak 🙂

      Ayuh kawan-kawan kita meramaikan contest ini . wee :p . mari bersinggah ke BELOG KAK-CHIK@ELLA untuk join ye 🙂