Category Archives: Artikel Rohani

>Alhamdulillah, Sedar Itu Satu Kebaikan.

>     Assalam kawan-kawan, episod kali ini mengenai sedar. Bukan senang kita nak sedarkan orang lain dan bukan senang untuk kita sedarkan diri kita sendiri kerana kita sendiri sedar sesuatu perbuatan itu salah tetapi kita saja saja buat tak sedar, begitulah sebaliknya bagi insan lain. Tapi tak kesemuanya begitu. Alhamdulillah, sepanjang apa yang aku menulis dan aku kongsikan kat blog ni, rupanya telah berjaya menyedarkan seseorang.




    Kawan-kawan, siapa yang tak nak tengok kawan-kawan berjaya.. tak kira di dunia dan diakhirat, kejayaan itu pasti ingin kita capai. Tapi kalau kita masih tak sedar siapa diri kita, pasti tak berjumpa dengan baik buruk diri kita ini. Bukan nak mengukur keburukan dan kebaikan diri kita, tetapi mahu memperbaiki keburukan dan menambah kebaikan sepuas-puasnya. Bukan senang kalau tiada usaha, bukan susah kalau ditambah keinginan.







    Akal dan fikiran adalah anugerah Allah S.W.T., perlukah kita mensia-siakan kelebihan ini? Gunakan dengan cermat dan sebaik-baiknya. Tak perlu tunjuk baik dengan orang lain, hanya berbuat baik dengan orang lain . Tak perlu membesarkan diri dengan kawan-kawan, hanya merendah diri kerana kita adalah hambaNya. sebesar manapun kita didunia, kecil lagi kita ini dengan Allah S.W.T. 






    Biarpun susah menemui titik noktah kebaikan, usaha kearahnya pun sudah menjadi satu kebaikan. Usaha, doa kepada Tuhan adalah perlu. Berbudilah kepada manusia, berbudilah kepada haiwan, berbudilah kepada tumbuh-tumbuhan. Sayangilah ciptaan Tuhan, sayangilah diri sendiri kerana SEDARLAH BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH S.W.T.

Advertisements

>AKu Nak Mati , Aku Nak Mati , Aku Nak Mati

>

Pinjam dari encik google
    

 
  Salam kawan – kawan , aku kembali lagi dengan entry kerohanian dan motivasi aku . jom layan . Terlalu biadab ungkapan ungkapan sebegini diungkapkan oleh setiap insan yang putus asa , putus cinta . Apa yang saya mahu cerita apa Artikel saya yang seterusnya ini , Ialah kisah remaja yang suka mengucap perkataan itu setiap kali putus asa ataupun putus cinta . Ia bagaikan satu kebiasaan bagi remaja melayu sekarang ini . Ok lah kita mulakan cerita pertama , cerita mengenai percintaan dan cerita kedua mengenai kesusahan menjalani kehidupan . Mari kita menyusuli cerita ini .

          Percintaan , menjadi satu kebiasaan remaja melayu sekarang . Tidak kira umur berapa sekalipun , sayang punya pasal , “kita kawan , nanti duit da banyak , kita kahwin ye syg ” . Ungkapan yg menjadi kebiasaaan bagi pasangan bercinta remaja sekarang . Berjanji bercinta seumur hidup dan bersumpah sehidup semati . wahh , romantik nye . Walaupun fikiran belum cukup matang untuk menjalani satu kewajipan ini , mereka sanggup meneruskannya . Tetapi tidak pula sanggup menerima dugaan , bergaduh bergaduh . Abis kata pasangan ideal , kalau bergaduh kadang kala , itu biasalah tapi kalau tiap tiap hari ? saya sayang awak ke maksudnya tue ? kemudian berpisah , lalui meracau bagai orang gila , menyesali pemergian bekas kekasih . Lalu terucapkan perkataan Aku Nak Mati Aku Nak Mati !! Mungkin anda tidak berapa faham penjelasan saya , Tapi saya yakin anda juga pernah mempunyai pengalaman sebegini .
Jom read more .

       Cerita Kedua : Kehidupan yang susah memang tak mampu di tandingi . Tetapi itulah dugaan yg diamanahkan untuk kita . Ye la , siapa yang mahu susah . Pasti tidak sanggup . Baiklah , saya mulakan cerita kedua ini yang bertajuk Kehidupan Sebenar Dunia . Norman , seorang ahli perniagaan yang berjaya . Mempunyai 5 pejabat di Malaysia .Hendak dijadikan satu cerita , perniagaan Norman mulai merosot . Kejatuhan Ekonomi di Malaysia juga menyebabkan Norman menjadi merosot . Akibat tidak mampu membayar gaji gaji perkerja , sewa pejabat , maka Norman terus putus asa dan menutup sepenuhnya syarikat yang dibinanya . 
Pinjam dari encik google
     Nak pinjam bank tak dapat , sudah pinjam . dipinjam Berpuluh puluh dari bank untuk membiayai bisnes bel0m diselesaikan lagi .nak pinjam along takut . Lalu Norman membuat keputusan sebegitu . Norman tak mahu lagi menceburi bidang ini . Norman jatuh miskin , dan jatuh muflis . Norman tak tahan meneruskan kehidupan ini lagi . Dia benar benar putus harapan , lalu salahkan diri sendiri . Kemudian , dia terus mengucap Aku Nak Mati Aku Nak Mati Kemudian beberapa minit sebelum airmata meleset , dia menolak tangga yang dipijak kemudian tergantung lah Norman di tali buatannya .
     Ok , teladan bagi cerita percintaan itu . Kita hanya lah manusia biasa dan kita tidak mampu melawan dugaan yang diberikan kepada Kita . Janganlah kita terlalu yakin dan terus menjadi munafik dengan bersumpah beribu berjanji setia tetapi akhirnya memungkari janji tanpa sengaja . Sesungguhnya kita mengetahui bahawa kehidupan kita ditentukan oleh Tuhan dan apa yang dikejar di dunia ini hanyalah sementara saja .
     Teladan bagi cerita yang kedua , Kejayaan dan Kemenangan ini adalah ketentuan Tuhan , Dugaan dan cabaran ini adalah biasa dari kehidupan . Cuma yang penting adalah semangat meneruskan perjuangan hidup . Jika rezeki itu tidak berjaya diambil , Tuhan Maha Adil , pasti ada cara lain untuk kita berkerja mencari hasil yang halal didunia ini . Cuma apa yang penting usaha dan semangat perlulah di ‘gain’ .
    Aku nak mati , ucapkan ini tidaklah perlu wujud dalam diri kita . Apa yang penting , doa doa untuk Tuhan yang penting dalam kehidupan kita . Kerana doa jua membangkitkan semangat dalam jati diri kita . Menghidupkan rohani yang telah luput dan hilang dari lunak hati sanubari kita . Semoga yg salah dari saya dijadikan pengajaran dan yang betul dari saya dijadikan kegunaan pada masa kelak . Kedua dua cerita diatas tiada kaitan diantara yang hidup dan yang sudah tiada .

  
 100% Buatan Abdul Farique.. Salam

>Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress

>

Pinjam dari encik google

Hidup kita ini tidak lari daripada masalah dan akan menyebabkan stress dan tension mulai wujud dalam dalam diri kita. Ini akan menganggu fizikal,mental dan rohani kita jika tidak dikawal dengan cara yang sebenarnya. Sukar untuk saya memperjelaskan tentang stress atau tension ini tapi, Saya yakin dan percaya setiap penyakit ada ubatnya. Begitu lah jua harapan saya dengan ‘penyakit’ tension ini .


Hasil daripada kajian, Saya dapati 9 daripada 10 orang di Malaysia sukar untuk menyelesaikan masalah dan mengalami tension kerana salah satu puncanya adalah tidak mempunyai sifat percaya diri dan kurang semangat dari segi kerohanian. Inilah punca masalah ini menjadi berat dan merusingkan terus menyebabkan mangsa menjadi haru biru, mula mencuba benda baru dan wujudnya perkataan perkataan putus asa dalam diri mereka .


Topik ini juga berkait rapat dengan cerita DUGAAN. Dugaan yang ALLAH S.W.T. berikan kepada kita. Jadi saya mengambil sedikit petikan daripada artikel saya untuk memahami. ”Kita hidup didunia tak lari dari dosa kerana kita bukanlah manusia yang sempurna. ALLAH S.W.T. amat meyayangi kita lalu memberikan BALASAN dan DUGAAN secepatnya didunia dengan memberi BALASAN seperti pemergian isan tersayang, memberi masalah, dan sakit”.



Ayuh Kita Read More ye 🙂


Pinjam Dari Encik google


Apa yang harus dilakukan jika kita mendapat Dugaan, kita harus memperbanyakkan taubat, istifar, dan memohon keampunan dariNya. Saya yakin dengan cara ini kita mungkin dapat ‘handle’ tension kita dan isyaAllah mudah mudahan penyakit ini akan beransur pulih jika kita terus dan terus selangkah mendekati ALLAH S.W.T.


Nasihat saya janganlah bila ditimpa masalah dan menyebabkan kerunsingan, Kita cuba mencari kebahagiaan dan keseronokan dengan tambahkan dosa. InsyaAllah dari berkat kesabaran dan keredhaan atas menempuh DUGAAN dan masalah akan diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah, berbuat baik akan dibalas baik .

 Sesungguhnya Allah selalu menguji keimanan dan kekuatan hati kita. Tapi disini berhentinya di dua simpang. Dari sudut motivasi, Menyelesaikan masalah tanpa stress dan tension akan memberikan impak dan kesan yang besar untuk kita mencari jalan keluar dengan minda yang yakin dan semangat yang teja daripada membuat keputusan yang terburu buru yang mudah menyebabkan kesilapan besar mungkin berlaku kerana keputusan itu dibuat dalam keadaan penuh emosi . Mudah mudahan kita sama sama manfaatkan artikel ini. Amin .

(Artikel mengenai DUGAAn itu bertujuan untuk memberikan keterangan dan kefahaman bagi menyampaikan gambaran tentang sesuatu yang dialami atau dalam bahasa ringkasnya adalah ‘DESKRIPTIF’ .

  P/S : Disclaimers : Artikel ni 100% buatan Abdul Farique . Bukan Copy Paste ok !!

>Mengawal Kemarahan , Kebencian Adalah Amalan Mulia

>

Pinjam dari encik google

   
  Salam kawan-kawan , kali ni aku nak bercerita mengenai marah pulak . Apa itu marah ? tak kan korang sendiri tak pernah rasa . Jadi entry kali ni bertujuan untuk bercerita mengenai marah ni . Macam mana nak kawal marah dan benci ? aku tak dapat nak huraikan tapi cerita ni adalah pengajaran untuk korang . Jadi jom zass ..

   Perasaan marah akan wujudkan elemen elemen benci dalam hati kita . Perasaan ini haruslah dikawal dari dibiarkan berterusan kerana tiada kesan kesan kebaikan malah akan menyebabkan keadaan menjadi haru biru . Ini juga akan mengeluarkan satu perasaan dendam . Jika berterusan mungkin inilah yang kita tidak mahu berlaku , tiada guna bermain perasaan sebegini kerana perasaan ini jika difikir baik , baik la jadinya .


Sikap dendam berdendam adalah satu sikap yang mungkin berbahaya kepada diri kita .Bak kata Dr. HM Tuah Iskandar, Kita perlulah mempunyai satu sikap Extramind dalam pemikiran dalam fail di otak . Okeylah , kita melihat kisah Saidina Ali dengan seorang Yahudi . Orang yahudi ini asyik menghina agama Islam , Maka suatu hari apabila berdepan dengan Sayidina Ali , dia rebah tidak berdaya laki menangkis libasan pedang dan pukulan pukulan ‘kick’ panglima Islam itu .

Read More ye 🙂

Pinjam dari Encik Google


Sekarang , Sayidina Ali tinggal hendak menusuk pedangnya ke perut pemuda Yahudi itu .
”Puihhh !” tiba tiba dia meludah tepat ke muka Sayidina Ali,Selepuk ke muka Sayidina Ali .
Dariada nak menikam pemuda Yahudi itu , Sayidina Ali membatalkannya . Dia merenung hingga pemuda Yahudi itu kehairanan . kata Sayidina Ali, ”memang aku beria-ria nak bunuh engkau tadi kerana menghina ALLAH. Aku lakukan kerana ALLAH,tapi bila engkau meludah muka aku, andai aku membunuh engkau , bukanlah kerana ALLAH lagi , tapi kerana marahnya aku .”


Jika Pahlawan Islam , Sayidina Ali boleh bersikap sedemikian , mengapa tidak anda ? Kerana kita apabila marah , fikiran mudah dirasuk dan mulalah bertindak diluar kawalan . Saya harap cerita ini dijadikan ikitibar kepada semua pembaca pembaca yang sudi membaca . Saya berharap agar semua dapat mengawal perasaan dan tenangkan hati anda . Salam .

  Cerita ni sebenarnya dari FPSpublishers.org dan aku adalah seorang penulis di FPSpublishers. FPSpublishers dah tutup , jadi aku bawa hasil artikel aku ke sini .. Semoga jadi pengajaran . Amin .

  

>Si Buruk Yang Terlalu Merendahkan Diri

>

Pinjam dari encik google
   

Salam kawan-kawan , entry kali ni aku dah lama buat tapi aku tak ‘publish’ kat sini kerana aku masih selidik dan ‘research’ entry ni . Takut ada yang tersilap . Tapi apa yang penting aku nak cakap kat sini , aku menulis bukan kerna nama . aku pasti entry aku ni banyak manfaat dan pengajaran . Aku tulis ni diatas dasar pengalaman aku , So aku tak menceritakan benda yang kosong ok 🙂

Artikel ini saya ciptakan bukannya berniat mengutuk atau menghina mana mana pihak , ini hanya mahu dijadikan teladan saja . Setiap wanita memang inginkan rupa yang cantik , manis , lawa . Ye la , tiada siapa yang ingin wajah buruk . Tetapi , setiap kejadian Tuhan ini ada kelebihannya . Ini kerana tiada satu manusia pun didalam dunia ini sempurna . Kerana itu lah , setiap manusia Tuhan ciptakan dalam satu keadaan yang adil .

Read More ek 🙂


Ada nikmatnya ciptaan Tuhan ini . Manusia , dibuat dari tanah . Jadi tiada guna juga kalau cantik tetapi hati nya buruk , hitam . Dan biar buruk asalkan hati cantik , putih berseri . Ini lah maksud yang saya katakan setiap manusia sama sahaja . Cuma yang membezakan dari sudut hati dan hakiki . Dari cerita saya ini , banyak teladan dan sempadan yang saya mahu tunjukkan disini . Kerana ramai gadis gadis yang kurang cantik terlalu merendahkan diri dan mempersalahkan diri atas kerana mereka tidak cantik .

Pinjam dari encik google



Baiklah , cuba kita lihat disini . Ada kah wanita cantik berpakaian sopan ? berpakaian menutup aurat ? bersopan santun ? Ada memang ada , tapi sesetengah saja . Betul tak ? anda fikirkanlah sendiri . Jadi tiada guna pun gadis2 yang kureng2 ni nak merendahkan diri atau putus asa , putus harapan ke tiada keyakinan diri . Itu tak penting , yang penting nilai yang kita bawa . Itu lah .


Teladannya disini , kita sebagai manusia tak perlulah merasa gelisah dan terlalu waspada dalam menjalani kehidupan didunia ini . Biar waspada demi halal haram tidak mengapa . Syukurlah dengan apa yang kita ada kerana itu lah satu satunya anugerah Tuhan . Anda bersyukurlah dugaan anda hanyalah buruk , tetapi yg lain ada yang sakit teruk tetapi mereka sanggup juga teruskan hidup . Lihatlah OKU , beryakinan tinggi dan berharapan . Itu lah yang saya harapkan dari anda (: .

 

>Re : Kehancuran Manusia . Apa Nak Jadi ?

>   Salam , pada tadi pagi saya access satu website forum ni yang tajuk utamanya Jom Rogol Ustazah Beramai Ramai . Topik ini dibuka kalau tak silap saya pada 24 Julai 2007 dan terus menerus pada Isnin 8 November 2010 yang sebilangan forumer itu mengutuk Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. . Saya tak pasti sama ada cerita ini telah pun diambil tindakan atau tidak , tapi mengapa cerita-cerita tersebut masih berada disitu ?

   Pada yang saya tidak inginkan , ianya dibaca oleh pembaca baru dan boleh menyirap darah dan angin mereka . Bayangkan Agama Islam kita dikutuk dan Wanita-wanita Islam yang menjadi mangsa disana ? Nauzubillah . Hati saya kembali berdegup kencang , apabila terbaca post yang meletakkan sedikit detail nama dan nombor wanita Islam yang dikatakan pelacur ! . Astaga , dunia sudah jadi begini . Syaitan dan iblis laknatullah sudah mula bertanduk menghasut anak-anak adam , Ya Allah Ya Tuhanku , Hanya padaMu ku bermohon , Ampunkanlah dosa-dosa ku serta kedua ibubapaku , Ampunkanlah dosa-dosa saudara-saudara seagama ku , Jauhikanlah kami dari azab api neraka , Amin Ya Robal Al-Amin .

  Saya sempat mengambil risiko yang menghubungi nombor yang dikatakan pelacur itu untuk memaklumkan perkara ini , tp apa yang saya rasa , tindakan saya hanya sia-sia . Beliau hanya memberikan jawapan , ‘ Lantak ar , kitorang sikit pun x terasa . ‘ . Alangkah kecewanya hati saya , apabila tiada respond dan tindakan daripada apa yang saya maklumkan . Adakah ini jawapan yang terbaik ? Sebagai manusia yang beragama Islam , kita sepatutnya menjaga nama baik kita , menjaga martabat keluarga dan menjaga maruah Islam . Tapi ini ,.. hmm What wrong dunia sekarang ini ? MasyaAllah .

   Saya sempat mengambil beberapa screen shot di laman tersebut untuk pedoman dan realiti nya dunia sekarang ni , saksikanlah detik Islam dikutuk …baca seterusnya di fpspublishers.org : Berita Penuh Kehancuran Manusia 19 November 2010

Sekian ,

>Sajak Kematian .

>

 SAJAK KEMATIAN
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!
Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas
Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya
Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku
Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal
Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?!
Oh tuhan..
Panjangkan umurku..
Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun
63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi
Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB
Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..
Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!
Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku
Nenekku datang.. nenek!
Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini
Ibu!!!!!!!!! !
Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi
Ayah!!!!!!!! !!!!
Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!
Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!
Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!
Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba
Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang
Apa ini?!
Apa ini?!
Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!
Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan
Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku
Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya
Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku
Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !
Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!
Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!
Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya
Siapa engkau?
Akulah amalanmu yang kejiiii…
Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !
Download Sajak Kematian .

>Masih Suami Isterikah Dialam Akhirat ?

>1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu

menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

>Objektif Sebagai Seorang Bapa

>Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

“Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

“Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif’ pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

“Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,” katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

“Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,” katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

“Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah’,” katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

“Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

“Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih’ anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,” ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Oleh Rosmah Dain

Sumber: Utusan Online (29/07/04)

dari : http://www.ukhwah.com/

 
Artikel Ini Ditujukan Untuk semua bapa-bapa didunia dan ditujukan juga khas untuk Abang Nizam ( Maintenance ) yang baru sahaja menimang cahaya mata hasil perkahwinan beliau dengan isterinya dan menerima kewajipan sebagai seorang bapa dari Tuhan . Semoga dapat dimanfaatkan artikel ini . peace 😀 

>Kematian Vol.2

>Kematian juga dikemukakan oleh Al-Quran dalam konteks

menguraikan nikmat-nikmat-Nya kepada manusia. Dalam surat

Al-Baqarah (2): 28 Allah mempertanyakan kepada orang-orang

kafir.

“Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu

tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya),

kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya

kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.”

Nikmat yang diakibatkan oleh kematian, bukan saja dalam

kehidupan ukhrawi nanti, tetapi juga dalam kehidupan

duniawi, karena tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan

dunia kita yang terbatas arealnya ini, jika seandainya semua

manusia hidup terus-menerus tanpa mengalami kematian.

Muhammad Iqbal menegaskan bahwa mustahil sama sekali bagi

makhluk manusia yang mengalami perkembangan jutaan tahun,

untuk dilemparkan begitu saja bagai barang yang tidak

berharga. Tetapi itu baru dapat terlaksana apabila ia mampu

menyucikan dirinya secara terus menerus. Penyucian jiwa itu

dengan jalan menjauhkan diri dari kekejian dan dosa, dengan

jalan amal saleh. Bukankah Al-Quran menegaskan bahwa,

“Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman

kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa

atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan

hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu

yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia

Mahamulia lagi Maha Pengampun” (QS Al-Mulk [67]:

1-2).1

Demikian terlihat bahwa kematian dalam pandangan Islam

bukanlah sesuatu yang buruk, karena di samping mendorong

manusia untuk meningkatkan pengabdiannya dalam kehidupan

dunia ini, ia juga merupakan pintu gerbang untuk memasuki

kebahagiaan abadi, serta mendapatkan keadilan sejati.

KEMATIAN HANYA KETIADAAN HIDUP DI DUNIA

Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menunjukkan bahwa kematian

bukanlah ketiadaan hidup secara mutlak, tetapi ia adalah

ketiadaan hidup di dunia, dalam arti bahwa manusia yang

meninggal pada hakikatnya masih tetap hidup di alam lain dan

dengan cara yang tidak dapat diketahui sepenuhnya.

“Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang

gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu

hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki” (QS

Ali-‘Imran [3]: 169).

“Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang

yang meninggal di jalan Allah bahwa ‘mereka itu

telah mati,’ sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu

tidak menyadarinya” (QS Al-Baqarah [2]: 154).

Imam Bukhari meriwayatkan melalui sahabat Nabi Al-Bara’ bin

Azib, bahwa Rasulullah Saw., bersabda ketika putra beliau,

Ibrahim, meninggal dunia, “Sesungguhnya untuk dia (Ibrahim)

ada seseorang yang menyusukannya di surga.”

Sejarawan Ibnu Ishak dan lain-lain meriwayatkan bahwa ketika

orang-orang musyrik yang tewas dalam peperangan Badar

dikuburkan dalam satu perigi oleh Nabi dan

sahabat-sahabatnya, beliau “bertanya” kepada mereka yang

telah tewas itu, “Wahai penghuni perigi, wahai Utbah bin

Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, Ummayah bin Khalaf; Wahai Abu

Jahl bin Hisyam, (seterusnya beliau menyebutkan nama

orang-orang yang di dalam perigi itu satu per satu). Wahai

penghuni perigi! Adakah kamu telah menemukan apa yang

dijanjikanTuhanmu itu benar-benar ada? Aku telah mendapati

apa yang telah dijanjikan Tuhanku.”

“Rasul. Mengapa Anda berbicara dengan orang yang sudah

tewas?” Tanya para sahabat. Rasul menjawab: “Ma antum hi

asma’ mimma aqul minhum, walakinnahum la yastathi’una an

yujibuni (Kamu sekalian tidak lebih mendengar dari mereka,

tetapi mereka tidak dapat menjawabku).”2

Demikian beberapa teks keagamaan yang dijadikan alasan untuk

membuktikan bahwa kematian bukan kepunahan, tetapi kelahiran

dan kehidupan baru.

MENGAPA TAKUT MATI?

Di atas telah dikemukakan beberapa faktor yang menyebabkan

seseorang merasa cemas dan takut terhadap kematian.

Di sini akan dicoba untuk melihat lebih jauh betapa sebagian

dari faktor-faktor tersebut pada hakikatnya bukan pada

tempatnya.

Al-Quran seperti dikemukakan berusaha menggambarkan bahwa

hidup di akhirat jauh lebih baik daripada kehidupan dunia.

“Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu

daripada dunia” (QS Al-Dhuha [93]: 4).

Musthafa Al-Kik menulis dalam bukunya Baina Alamain

bahwasanya kematian yang dialami oleh manusia dapat berupa

kematian mendadak seperti serangan jantung, tabrakan, dan

sebagainya, dan dapat juga merupakan kematian normal yang

terjadi melalui proses menua secara perlahan. Yang mati

mendadak maupun yang normal, kesemuanya mengalami apa yang

dinamai sakarat al-maut (sekarat) yakni semacam hilangnya

kesadaran yang diikuti oleh lepasnya ruh dan jasad.

Dalam keadaan mati mendadak, sakarat al-maut itu hanya

terjadi beberapa saat singkat, yang mengalaminya akan merasa

sangat sakit karena kematian yang dihadapinya ketika itu

diibaratkan oleh Nabi Saw.- seperti “duri yang berada dalam

kapas, dan yang dicabut dengan keras.” Banyak ulama tafsir

menunjuk ayat Wa nazi’at gharqa (Demi malaikat-malaikat yang

mencabut nyawa dengan keras) (QS An-Nazi’at [79]: 1),

sebagai isyarat kematian mendadak. Sedang lanjutan ayat

surat tersebut yaitu Wan nasyithati nasytha

(malaikat-malaikat yang mencabut ruh dengan lemah lembut)

sebagai isyarat kepada kematian yang dialami secara

perlahan-lahan.3

Kematian yang melalui proses lambat itu dan yang dinyatakan

oleh ayat di atas sebagai “dicabut dengan lemah lembut,”

sama keadaannya dengan proses yang dialami seseorang pada

saat kantuk sampai dengan tidur. Surat Al-Zumar (39): 42

yang dikutip sebelum ini mendukung pandangan yang

mempersamakan mati dengan tidur. Dalam hadis pun diajarkan

bahwasanya tidur identik dengan kematian. Bukankah doa yang

diajarkan Rasulullah Saw. untuk dibaca pada saat bangun

tidur adalah:

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami

(membangunkan dari tidur) setelah mematikan kami

(menidurkan). Dan kepada-Nya jua kebangkitan

(kelak).”

Pakar tafsir Fakhruddin Ar-Razi, mengomentari surat Al-Zumar

(39): 42 sebagai berikut:

“Yang pasti adalah tidur dan mati merupakan dua

hal dari jenis yang sama. Hanya saja kematian

adalah putusnya hubungan secara sempurna, sedang

tidur adalah putusnya hubungan tidak sempurna

dilihat dari beberapa segi.”

Kalau demikian. mati itu sendiri “lezat dan nikmat,”

bukankah tidur itu demikian? Tetapi tentu saja ada

faktor-faktor ekstern yang dapat menjadikan kematian lebih

lezat dari tidur atau menjadikannya amat mengerikan melebihi

ngerinya mimpi-mimpi buruk yang dialami manusia.

Faktor-faktor ekstern tersebut muncul dan diakibatkan oleh

amal manusia yang diperankannya dalam kehidupan dunia ini

Nabi Muhammad Saw. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

Imam Ahmad menjelaskan bahwa, “Seorang mukmin, saat

menjelang kematiannya, akan didatangi oleh malaikat sambil

menyampaikan dan memperlihatkan kepadanya apa yang bakal

dialaminya setelah kematian. Ketika itu tidak ada yang lebih

disenanginya kecuali bertemu dengan Tuhan (mati). Berbeda

halnya dengan orang kafir yang juga diperlihatkannya

kepadanya apa yang bakal dihadapinya, dan ketika itu tidak

ada sesuatu yang lebih dibencinya daripada bertemu dengan

Tuhan.”

Dalam surat Fushshilat (41): 30 Allah berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahwa

Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan

pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada

mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa

takut dan jangan pula bersedih, serta

bergembiralah dengan surga yang dijanjikan Allah

kepada kamu.'”

Turunnya malaikat tersebut menurut banyak pakar tafsir

adalah ketika seseorang yang sikapnya seperti digambarkan

ayat di atas sedang menghadapi kematian. Ucapan malaikat,

“Janganlah kamu merasa takut” adalah untuk menenangkan

mereka menghadapi maut dan sesudah maut, sedang “jangan

bersedih” adalah untuk menghilangkan kesedihan mereka

menyangkut persoalan dunia yang ditinggalkan seperti anak,

istri, harta, atau hutang.

Sebaliknya Al-Quran mengisyaratkan bahwa keadaan orang-orang

kafir ketika menghadapi kematian sulit terlukiskan:

“Kalau sekuanya kamu dapat melihat

malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang

kafir seraya memukul muka dan belakang mereka

serta berkata, ‘Rasakanlah olehmu siksa neraka

yang membakar’ (niscaya kamu akan merasa sangat

ngeri)” (QS Al-Anfal [8]: 50)

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di

waktu orang-orang yang zalim berada dalam

tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para

malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,

‘Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas

dengan siksaan yang sangat menghinakan karena kamu

selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang

tidak benar, dan karena kamu selalu menyombongkan

diri terhadap ayat-ayat-Nya” (QS Al-An’am [6]:

93).

Di sisi lain, manusia dapat “menghibur” dirinya dalam

menghadapi kematian dengan jalan selalu mengingat dan

meyakini bahwa semua manusia pasti akan mati. Tidak seorang

pun akan luput darinya, karena “kematian adalah risiko

hidup.” Bukankah Al-Quran menyatakan bahwa,

“Setiap jiwa akan merasakan kematian?” (QS Ali

‘Imran [3]: 183)

“Kami tidak menganugerahkan hidup abadi untuk

seorang manusiapun sebelum kamu. Apakah jika kamu

meninggal dunia mereka akan kekal abadi? (QS

Al-Anbiya’ [21]: 34)

Keyakinan akan kehadiran maut bagi setiap jiwa dapat

membantu meringankan beban musibah kematian. Karena, seperti

diketahui, “semakin banyak yang terlibat dalam kegembiraan,

semakin besar pengaruh kegembiraan itu pada jiwa;

sebaliknya, semakin banyak yang tertimpa atau terlibat

musibah, semakin ringan musibah itu dipikul.”

Demikian Al-Quran menggambarkan kematian yang akan dialami

oleh manusia taat dan durhaka, dan demikian kitab suci irõi

menginformasikan tentang kematian yang dapat mengantar

seorang mukmin agar tidak merasa khawatir menghadapinya.

Sementara, yang tidak beriman atau yang durhaka diajak untuk

bersiap-siap menghadapi berbagai ancaman dan siksaan.

Semoga kita semua mendapatkan keridhaan Ilahi dan surga-Nya.

[]

Catatan kaki:

1 Tajdid Al-Fikr Al-lslami, 134.

2 Muhammad Husain Haikal, Sejarah Hidup Muhammad: 259.

3 Musthafa Al-Kik, hlm. 67

Sumber : Media.isnet.org