Category Archives: Awards Penghargaan

>Nad , Award Followers ke 92

>

      Nad , tahniah ye akhirnya penantian yang ditunggu2 dah muncul . Followers saya yang ke 92 ini . Sebenarnya saya mengalami sedikit kesulitan dimana banyak hadiah award dan peraduan saya terpaksa tangguhkan , Tapi jangan risau , 16-17 hb ni hampir tiba bermakna hadiah korang jugak akan tiba . Tarikh itu adalah target saya dimana saya berjaya mencapai 100+ followers ! .

   Nad , saya ada hadiah kat awak . Topup rm 5 ! . Maaflah sikit je . Ape pun saya terharu sebab nad sudi follow saya dan kena dengan number dia . Hee , kenapa saya minat dan jadikan no 92 ni no bertuah ? nak tahu ? ayuh read more 🙂

   Saya memilih no.92 ni sebab no inilah no kebanggaan saya . saya lahir pada tahun 1992 , jadi itulah punca utama saya sayang no ini . Dikebanyakan nickname saya , semua saya letak 92 . cuma di facebook dan blogger je saya kasi lain sikit . 

  Saya memilih no 92 kerana 92 kali saya mencipta design dan kini berjaya dan dipandang orang ramai . hee . alangkah indahnya kalau saya dapat melanjutkan pelajaran dan mengambil Diploma Multimedia Grafik dan design . Memang best kan dapat asah minat dan lebih baik kalau benda hobi ni jadi kerjaya saya . :))


  Oke la , nad sudi-sudikanlah amik Logo Award awak kat atas tu sebab saya buatkan khas untuk awak . Harap-harap ia boleh buat anda happy dan terus berblogging . Ape yang saya nak cakap , saya amat terharu diatas sokongan nad untuk blog sy . Saya nak nad buat satu entry mengenai no.92 boleh tak ? hee ..

 

Advertisements

>Awards Mizzapple . Followers Ke-36

>

 

     Tahniah kepada Mizz Apple yang berjaya memperolehi Award dari abdulfarique.com yang kedua selepas syrupmasin . Abdulfarique.com memilih no.36 kerana memiliki tuah dalam hidup abdulfarique.com . Buat Mizz Apple , Free Gift yang tertera diatas ialah Topup RM5.00 . Wahh , Menurun ya , Sebab apa ? Sebab abdulfarique.com lebih memandang no jersi bolasepak kegemaran sahaja . Hee . Mizz Apple sila tuntut hadiah anda diruangan komen . 

   Post kan kepada saya No.fon atau alamat facebook atau alamat email . Kalau tak macammana saya nak topup . Tapi sebelum tu untuk pengumuman , Hadiah akan diberikan pada 31 Disember ini Sempena Selamat Hari Dapat Gaji . Haha . Saya terharu kerana Mizz Apple sudi menjadi followers saya yang ke – 36 . Buat kawan-kawan yang lain , jangan kecik hati . 

  Korang boleh tunggu aku lancarkan Jackpot no pageviews mengikut no yang aku nak pada 1 Januari 2011 ni . Hadiah biasa Topup RM10.00 Untuk korang yang kena . Sebelum terlupa , Mizz Apple sila buat satu entry mengenai award ini kerana Award ini adalah saya buat khas dan teramat khas untuk Mizz Apple . Tahniah 🙂 Kenapa aku memilih no.36 ni ? korang nak tahu ? boleh tekan Read More tak ? hee .

  No.36 aku pilih kerana pada umur aku 16 tahun aku telah berkerja sebagai Konduktor bas ( kolek ) . Aku berkerja dengan Milan Bas ( Bas Kuning di Pulau Pinang ) . Sekarang dah gulung tikar kerana kemasukan bas Rapid Penang . No trip yang aku selalu ikut adalah 3-3 . Tetapi aku menbenci no itu sebab selalu gaji sikit ( Trip tak ramai orang , makan gaji hari ) . Tapi setelah aku ikut bas trip 3-6 , Alhamdulillah , Gaji stabil ( RM40.00 sehari ) . Kalau orang ramai dapatlah lebih . 

  Apabila Bas Rapid Penang masuk ke Pulau Pinang . Bas Milan hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja selepas itu gulung tikar . Itu lah kenangan aku sebagai seorang konduktor Bas yang mengikuti trip no.36 . Jadi untuk mengenang zaman Bas Milan dulu , Disini aku memilih untuk memberikan Award kepada Mizz Apple iaitu Followers bernombor 36 . Tahniah . Sebab geng-geng lain , Sudi-sudikanlah Follow Abdulfarique.com kerana nombor seterusnya korang takkan tahu mungkin dekat atau mungkin jauh 🙂 .

Salam 🙂

Kepada Mizz Apple jangan lupa amik award diatas tu tau . Khas buat Mizz Apple :p

>syrupmasin ! Award Followers Ke 32

>

Award pertama dari abdulfarique.com diberikan untuk syrupmasin diatas menjadi followers abdulfarique.com yang ke ’32’ . Free Gift yang menanti syrupmasin adalah Topup RM10.00 dari abdulfarique.com . Sila tuntut hadiah anda di bahagian komen ya . Sila hantar Nombor telefon anda ataupun alamat facebook anda atau email anda untuk memberikan hadiah . Dengan syarat buat satu post mengenai award ni dalam blog anda , copy image award ni kerana ianya khas buat syrupmasin ! . Setiap tuntutan yang lebih daripada (3) hari dari tarikh ini tidak akan dilayan . Kenapa abdulfarique.com pilih no.32 untuk awards followers ni ? Nak tahu ? Jom Read More 🙂

Asal Usul No.32
No. 32 dipilih kerana aku terlalu fanatik dengan pemain Manchester City yang bernama Carlos Tevez yang bermain menggunakan jersi bernombor 32 . Itu lah punca aku memilih no. 32 . Bagi aku Carlos Tevez inspirasi aku dan penyebab aku meminati Manchester City !
Bagi kawan-kawan yang lain , jangan cuak dan takut-takut untuk menjadi followers aku . Aku amat hargai dan sangat terharu , balasannya aku followers korang balik dan aku buat award dengan no tanpa jangkaan korang . Jadi korang tak perlu risau , no followers seterusnya hampir dekat dengan no kegemaran aku . Sudi-sudikanlah diri menjadi followers Abdulfarique.com ! Salam 🙂