Monthly Archives: April 2011

>Video Youtube Live Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke 5

>   Inilah Video yang aku nanti-nanti iaitu dari kumpulan Jozan , harap semua layan ye .. Semoga Jozan terus menduduki tempat pertama dalam keputusan undian lagi .:)

Read More untuk Video Maharaja Lawak Minggu 5 Jozan .

Kumpulan JOZAN minggu ke 5

 

Nota : Jozan Terbaik . Sebab tu aku asingkan . Video yang lain ada di entry sebelumnya . Terima Kasih πŸ™‚ 

Advertisements

>Video Youtube Live Maharaja Lawak Minggu Ke 5 Full

>      Salam kawan-kawan , kali ni aku kembali lagi untuk Maharaja Lawak Minggu ke 5 ni . Disini aku sertakan video yang secepat mungkin dengan credit khas untuk guatv yang menjadi uploader terpantas di internet . gila gila ah ! πŸ™‚

 

       Masihkah Kumpulan JOZAN akan dapat terus meraih undian tertinggi lagi selain dari kumpulan JAMBU , NABIL dan kumpulan Sepah ? semuanya terletak ditangan dan jari dan duit dan kerajinan sendiri . sudah sudah , merapu da . Harap JOZAN terbaik lagi .. Marilah kita saksikan video live youtube Maharaja Lawak Minggu ke 5 bersama-sama Kumpulan JOZAN , sepah , jambu dan balas serta peserta individu iaitu Nabil , Jihan , Amir dan Man πŸ™‚

MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 5

Man Minggu ke 5

Nabil Minggu Ke 5

Kumpulan Balas Minggu Ke 5

Kumpulan Jambu Minggu Ke 5

Kumpulan Sepah Minggu Ke 5

Kumpulan JAMBU Reupload Minggu Ke 5

Penyingkiran Minggu Ke 5 

Amir Minggu Ke 5

Jihan Minggu Ke 5

    Nota : Sila Refresh blog ini 15 MINIT sekali untuk melihat video Maharaja Lawak minggu 5 yang telah diupdate . Jangan risau saya tetap meletakkan video ML disini secepat mungkin kerana saya alert dari guatv . Thanks πŸ™‚ . Silalah komen sikit tentang peserta kita tu ye πŸ™‚ 

>Keputusan Perlawanan Pelita Jaya vs Arema Indonesia 24 April 2011 . Safee Sali :)

>      Salam Kawan-kawan , Kini saingan Pelita Jaya akan menentang Pasukan terbaik dan ramai penyokong iaitu Arema Indonesia . Aku harap Safee Sali dapat membuktikan dengan perlawanan ini supaya membuka mata Penyokong-penyokong Indonesia bahawa pemain malaysia juga memiliki Pemain yang terbaik seperti Safee Sali .

   Aku harap Safee Sali dapat membantu Pelita Jaya untuk perlawanan kali ini . Jadi mari kita melihat Statik Perlawanan dan keputusan Pada perlawanan ini . Pelita Jaya FC vs Arema Indonesia di Stadion Singaperbangsa , Karawang . Siaran Langsung dari ANTV , Indonesia pada 1900 waktu indonesia  .


   Go Go Safee Sali , 55 . Buktikan kita mampu πŸ™‚ . Jadi tunggu apa lagi , mari kita saksikan keputusan dan statik perlawanan ini . Adakah Safee Sali mampu buktikan lagi ? Tekan Read More untuk melihat jawapannya . Live Dari ANTV πŸ™‚

 Stadion Singaperbangsa ,
1900
ANTV LIVE

Pemain-Pemain Pelita Jaya                                  Pemain-Pemain Arema Indonesia

    1  –  0           
  Statik Ringkas Perlawanan Pelita Jaya vs Arema Indonesia .
  • 0′ Minit – Pelita jaya Berjersi berwarna Merah , Arema Indonesia Berjersi Putih .
  • 0’Minit – Sepak Bola dimulakan
  • 6′ Minit – Tendangan Penjuru untuk Pelita Jaya
  • 6 Minit – Bola ditampar keluar oleh Penjaga Gol Arema .
  • 7 minit – Safee Sali merembat dari luar kotak , Tapi bola melompat ketepi Tiang
  • 12 minit – asakan dilakukan oleh pelita jaya . Bola terkeluar
  • 15 minit – sepakan pejuru oleh pelita jaya
  • 15 minit – juan ramirez menanduk bola ke gawang Arema , Bola menonjak ditepi kanan tiang
  • 17 minit – sepakan percuma untuk pelita jaya
  • 17 minit – Juan Ramirez menonjak kaki ke depan tp terlepas
  • 20 minit- tendangan percuma untuk arema , terkena lawan 
  • 20 minit – siaran ANTV tergendala . Harap Maaf .
  • 30 minit – Siaran ANTV tergendala . Harap Maaf .
  • 40 minit – siaran antv tergendala . Harap Maaf .
  • 80 Minit – Siaran ANTV Online Semula .
  • 80 Minit – Pelita Jaya 1 – 0 Arema Indonesia .
  • 89 Minit – Sunarto ( Arema ) Kad Kuning .
  • 90 minit – Pelita Jaya Menang ( Jaringan Joko Sasongko )
  •  

    maaf diatas gangguan ANTV . Safee Sali tak dapat lagi menjaringkan gol . Apa-apapun semangatnya membantu Pelita Jaya . Tahniah Pelita Jaya πŸ™‚
 
*Pelita jaya kini diatas Persijab dengan jumlah mata 26 mata kerana kemenangan tadi . Pelita jaya naik ke tangga 10 per 15 . Tahniah Pelita Jaya πŸ™‚

>Luahan Hati Seorang Pejuang

>     Salam kawan-kawan . Entry kali ni mengenai kisah seorang pejuang . Sebenarnya kita pun adalah seorang pejuang walaupun tanpa kita sedar . Banyak maksud yang boleh membawa kita sebagai seorang pejuang . Sebenarnya , semua manusia adalah pejuang . Cuma kategori pejuang yang mengasingkan kedudukan kita . 

   Bercerita mengenai Pejuang , banyak maksud yang ingin aku luahkan . Kita mudah layu dan terikut oleh kata-kata hati dan nafsu kita . Apabila kita mampu melawan nafsu kita , maka kita layak digelar Pejuang . Salah satu contoh yang tak berapa orang nampak .

   Semua orang pasti ada melakukan pengorbanan tak kira dari segi apa pun . Kerana suratan takdir dan dugaan pasti akan menimpa kita . Maka marilah kita berjuang menerima hakikat dan berjuang untuk meneruskan perjalanan . Setiap hari yang kita lalui adalah perjuangan kita . Tewas atau menang , kita tetap pejuang . Marilah kita menyelami Luahan Hati Seorang Pejuang ni .





   ” Assalam . Aku adalah seorang insan yang biasa . Aku hanya hidup bersama adik dan ibuku . Aku berusia 18 Tahun . Aku pula tidak bersekolah kerana kesempitan hidup . Kehidupan aku serba sederhana . Ibuku pula sakit tenat . Adikku pula berusia 13 tahun dan mula melangkah ke alam remaja . Aku hanyalah berkerja sebagai pembantu di kedai runcit . Gaji aku hanya RM25.00 sehari . Ayah aku dulu hanya seorang usahawan kecil . Sekarang telah pun menjadi  seorang pengurus di sebuah syarikat besar . Tapi selepas ayah mula berjaya , Ayah tinggalkan kami dan telah bercerai dengan ibu . 

  Ayah lupa janji-janji ayah . Ayah kini telah berkahwin lain . Alhamdulillah , keluarga ku tetap berjuang untuk menerima dugaan ini . Ibuku tetap meneruskan perjuangan hidup walaupun tanpa ayah . Setiap hari wang dari hasil aku berkerja lah yang digunakan untuk membeli ubat ibu , makanan serta duit sekolah untuk adik . Tak ingin aku meminta-minta simpati kepada orang lain . Sia-sialah aku dibesarkan sebagai seorang lelaki yang sihat , tapi mahu pula meminta-minta .

  Walaupun aku tidak berjaya dalam kehidupan , tapi aku mahu adik lelaki aku berjaya dan mengecapi keinginan hidup . Suatu hari , ibuku mula sakit teruk . Ibuku dimasukkan ke hospital . Untuk menyara perbelanjaan ibu dihospital , aku terpaksa mencari kerja lebih . Pagi aku berkerja di kedai runcit , malam aku berkerja sebagai pengawal keselamatan . Walaupun agak penat , aku tetap mahu mencari wang yang banyak untuk menampung berbelanjaan ibuku di hospital . 

   Takdir Tuhan , ibuku telah menghembuskan nafas terakhir setelah 1 minggu di hospital . Sebak dan pilu dihati aku hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya kehilangan seorang ibu . Kini tinggallah aku dan adikku sahaja . Kehilangan ibu membuatkan aku sudah tiada semangat lagi . Aku dah tiada hala tuju . Oleh kerana masa depan adik , aku teruskan perjuangan untuk menyara kehidupan adikku pula . 

   Setelah setahun aku menjalani kehidupan tanpa seorang ibu , aku mula belajar untuk berdikari sendiri dan kini aku menjadi usahawan kecil diatas bantuan rakan-rakan ku . Ada masanya aku rugi ada masanya aku untung . Diatas perjuangan ku terhadap adikku , adik ku mula menunjukkan prestasi akademik yang baik . Kini adikku telah berusia 15 tahun . Adikku akan menjalani peperiksaan Menengah Rendah pada tahun ni . Aku cuba memberikan sedikit perangsang untuk adik ku supaya lebih fokus untuk pelajarannya . Walaupun aku tidak cukup modal untuk perniagaan ku , aku cuba melengkapi barang-barang persekolahan adikku . Aku tetap membeli buku-buku rujukan untuk adik gunakan .

   Setelah PMR berlalu dan keputusannya keluar , adik berjaya berjuang untuk mengembirakan hati ku . Adik ku telah mendapat keputusan yang cemerlang . Kalaulah ibu ada , pasti ibu akan gembira melihat kejayaan adik . Tapi apakan daya , adik hanya dapat menumpang kasih pada aku saja . Perniagaan aku pula mula merosot . Adik lah yang memberi semangat buat aku . Suatu hari ketika adik keluar ke kedai , tiba-tiba sesuatu yang buruk menimpa adik . Adik telah dilanggar kereta semasa perjalanan pulang . Adik telah dimasukkan ke hospital . Adik dimasukkan ke wad ICU kerana masih koma diatas pertempuran yang kuat dibahagian kepala . 

   Sekali lagi aku menanggung kesedihan . Setelah hari hari berlalu , kini adik aku pula telah pergi mengikut jejak arwah ibuku . Aku tak mampu teruskan perjuangan dan perjalanan hidup ini . Aku sudah tiada siapa lagi selain ayah kandungku . Tapi ayah hilang entah kemana . Diatas kawan-kawan yang memberi semangat dan Hikmah Tuhan , aku tetap meneruskan PERJUANGAN hidup ini walaupun sunyi dan sepi tanpa arwah ibu dan arwah adik . Aku tetap terus mendoakan kesejahteraan arwah ibu dan arwah adik disana . 

   Walaupun tanpa arwah ibu dan arwah adik , aku tetap JUANGKAN kasih sayang aku kepada mereka . Kini aku berjaya menjadi usahawan yang cemerlang . Aku tetap merindui ibu dan adikku . Jangan risau ibu dan adik , aku tetap berjuang dalam hidupku . nantikan aku disana ya . Assalam . ”

  Nota : Sesungguhnya dugaan dan ujian dari Tuhan pasti ada hikmahnya . Teruskanlah perjuangan hidup kita walaupun tanpa insan tersayang disisi . Pasti percaya Tuhan disisi kita . Kita tetap digelar PEJUANG didunia ini kerana setiap hari pasti kita akan menerima dugaan dan ujian . Anggaplah dunia ini sebagai satu medan gelanggang dan kejayaan kita pasti akan ditabalkan diakhirat nanti . Cuma yang membezakan kita adalah BERJUANG melalui jalan yang salah ataupun jalan yang benar . Setiap apa yang baik dari perjuangan kita pastinya akan dibalas dengan baik . Assalam πŸ™‚

CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA . HANYA UNTUK TAULADAN .

>Jozan Naik No.1 ( Keputusan Undian Terkini Maharaja Lawak Minggu 4 )

>   Salam kawan-kawan , baru jap tadi check it out keputusan maharaja lawak tadi yang sebelumnya :

1. Jambu– 58%

2. Nabil– 16%

3. Jozan– 11%

4. Sepah– 4%

5. Jihan – 3%

6. Amir– 3%

7. Balas– 2%

8. Man– 2%

 pada malam semalam . tapi kini penyokong JOZAN bangkit semula dan terus menerus menyokong JOZAN . Dan Keputusan Undian yang terkini pada 24 April 2011 ..

TERBARU ! 

1. Jozan – 32%

2. Nabil – 22%

3. Jambu – 21%

4. Sepah– 16%

5. Balas – 3%

6. Man – 2%

7. Amir – 2%

8. Jihan – 2%
  Sekalung tahniah buat JOZAN . Harap-harap lepas ni JOZAN akan menyengat lebih hangat lagi pada minggu ke 5 ya ! πŸ™‚

 

>Video Youtube Live Maharaja Lawak Minggu Ke 4 Full

>    Salam kawan-kawan . sekali lagi aku kembali dan aku akan saksikan korang Video-video maharaja Lawak minggu keempat ni . disebabkan astro telah mengubah saluran beliau , ramai yang lebih puas hati menonton di internet . Sapa sokong ? aku sokong gila . Jimat sikit . Ada banyak benda lain yang patut kita gunakan .

 

   Jom kita lihat video-video yang terkini . Khas aku kreditkan untuk guatv.com kerana sudi merakam video maharaja lawak minggu 4 ni . Harap korang layan , apa-apa pun , hidup JOZAN πŸ™‚ Jom kita layan ..


Amir Minggu ke 4

Kumpulan Jozan Minggu ke 4

Man Minggu ke 4

Kumpulan Sepah Minggu ke 4

Alex Minggu ke 4

Nabil Minggu Ke 4

Kumpulan BALAS Minggu ke 4

Kumpulan JAMBU Minggu ke 4

Penyingkiran Minggu Ke 4

Jihan Minggu Ke 4





Masih banyak video-video yang tengah upload , jadi korang tunggu . Aku sentiasa alert untuk kegembiraan korang πŸ™‚ . Sila jangan close blog aku kalau masih byk video tak masuk lagi , sila refresh blog aku 15 minit sekali koman-koman pon . Aku alert dari guatv . thanks πŸ™‚

>Bila Kita Diuji ..

>     Salam kawan-kawan , entry ni adalah ilham apabila entry mengenai Bila Hilangnya CINTA mu ini menyelubungi hati aku . Ramai yang beri nasihat untuk aku . Kita mudah terasa bila kita diuji . Kita mudah lemah bila kita diuji . Aku sebenarnya tak mengerti lagi apa itu pengertian Diuji dan dugaan . Jika tidak tak mungkin aku akan layu dan gugup bila diuji .

   Ya , dulu aku selalu nasihatkan kawan . Setiap kejadian ada hikmahnya . Tak perlu salahkan sesiapa dan tak perlu salahkan diri sendiri . Kita ditakdirkan sebegini . Setiap manusia pasti akan menghadapi dugaan . Baru aku teringat balik ayat ni , dalam kehidupan kita pastinya ada yang manis , ada yang pahit , ada yang masam . Sesungguhnya Allah Maha Penyayang , Tuhan ciptakan kita dan memberikan kita banyak anugerah , banyak kelebihan .


  Andai kata hidup kita penuh dengan kemanisan je , pasti kita akan jemu . Nak jugak merasa yang pahit , masin dan masam . Ibarat macam makanan , takkan tiap-tiap hari nak makan ayam je . Pasti nak makan ikan jugak , sotong , ketam , udang dan lain-lain . Macam tu juga dengan kehidupan kita . Sesungguhnya Allah Maha Bijak , memberikan kita pelbagai pengalaman , pengajaran dan ilmu didunia dan kita akan bawa itu ke akhirat .

   Walaupun selemah mana kita , walaupun selembut mana kita , tapi cubalah kental dan tabah untuk melalui ujian dan dugaan dari Tuhan . InsyaAllah pasti ada hikmahnya . Apa yang kita tahu ? tipuan mata hati manusia . Apa yang kita tahu ? adakah kita dapat mentafsir apa yang ada pada hari esok ? Takdir kita , Dugaan Kita dan Ujian Kita adalah pemberian Tuhan . Kita tak mampu mengubahnya .


   Kita tak mampu fikir apa yang akan berlaku pada hari esok ? adakah hari ini adalah cermin hari esok ? apa yang kita tahu . Inilah kewajipan kita diatas muka bumi . Kita wajib menjalankan perintah Allah S.W.T. dan kita semestinya akan menerima dugaan dan ujian kerana kita dinilai melalui sifat kesabaran , sifat ketabahan , sifat kekuatan dan sifat keimanan . Kalau bukan ada ganjaran kita didunia , di akhirat pasti ada . Allah Maha Penyayang , 

   Kita semuanya sama . Walaupun wajah berbeza-beza , walaupun hati lain-lain rasa tapi kita semua tetap sama . Hamba Allah Yang Satu . Semua orang pernah merasa , semua orang pernah melalui . Apa yang membezakan adalah kesabaran kita , kekuatan kita dan ketabahan hati kita . InsyaAllah berdoalah pada Tuhan semoga kita menuju ke jalan yang lurus . Sesungguhnya Ujian dan Dugaan adalah perkara yang baik .


   Semoga korang semua dan aku sendiri dapat ikut dan menerima nasihat ini . Aku masih ingat , dugaan dan ujian kita didunia ni hanyalah sementara . Sementara kita masih ada didunia , selagi itu lah ujian dan dugaan dikiri dan kanan kita . harap yang terbaik dari aku dan untuk korang . Semoga korang jangan contohi aku dan aku harap aku dan korang dapat menjadi seorang Hamba Allah yang berjiwa KENTAL . AMIN . Assalam πŸ™‚

>Bila Hilangnya CINTA mu ..

>    Salam kawan-kawan , maaf mungkin kali ni entry dari aku tak membawa erti dan pengajaran pada korang .Cuma dapat jadikan satu pengalaman dari aku buat korang . Perasaan seseorang itu janganlah kita mudah untuk lalai dan jagalah perasaan seseorang . Kadang-kadang bila aku fikir , tak perlulah aku menyayangi dan mencintai seseorang tu sepenuh hati . Tapi patutkah aku buat begitu ? apa maknanya ? berhati-hati ? kalau benar hati kita bukan untuk seseorang tu , tak perlulah kita mainkan perasaan seseorang .

   Hati kita mudah tersentuh , semua orang memiliki sifat tu walaupun sekental dan sekuat mana hati kita . Mungkin aku juga pernah mainkan perasaan seseorang sebelum ni , dan aku harap aku jua dapat fahami perasaan seseorang . Sekarang baru aku kenal , apa itu kasih dan kekasih . Sekarang baru aku kenal , mahal dan murahnya perasaan . Sekarang baru aku kenal , cinta tak perlu dicari , dikejar-kejar . Biarlah datang dari hati sendiri . Bila kita terlalu mencari cinta , maka perasaan dan hati orang lain akan kita sakiti .

  Kadang-kadang aku tak faham , apa tu cinta sebenarnya ye ? selama 19 tahun umur aku , aku masih tak kenal lagi apa itu cinta . Walaupun episod telah berlalu , hati aku dan perasaan aku tetap bersedih walaupun berselindung disebalik kegembiraan . Walaupun aku seorang yang sedikit tabah tapi hati aku tetap lembut . Airmata aku ibarat hujan yang mengalir tak henti-henti kerana cinta . Tapi sekarang , aku benci untuk ucapkan cinta kepada orang yang menjadi kesukaan aku , kerana aku pasti aku tak dapat membaca pendirian seseorang .

  Biarlah cinta aku hanya untuk Tuhan , Rasul dan Nabi , Ibu Bapa , keluarga ,Kawan-kawan , sahabat bloggers dan bukanlah sekarang untuk seorang yang bernama kekasih . Bukan sekarang dan masa lepas . Aku yakin suatu hari nanti , aku akan temui . Jika didunia ni aku masih tak temui cinta sejati , aku yakin di akhirat nanti pasti aku akan temui cahaya walaupun jalan ku ke syurga ataupun neraka . Aku hanyalah seorang insan yang biasa , tak mampu berikan sesuatu yang ajaib dan sesuatu yang dapat kagumkan seseorang . Aku sedar siapa aku , aku sedar hala tuju aku , aku sedar buruk dan hinanya diri aku .

  Maka bermulalah , RIWAYAT SEORANG INSAN HINA yang selalu kalah dan dipulau oleh CINTA ..

  P/s : kawan-kawan , sayangilah seseorang yang benar-benar kita sayang dan cintailah seseorang yang benar-benar kita cinta . Jagalah perasaan seseorang bila kita masuk ke dunia seseorang dan janganlah mencari seseorang untuk dijadikan sebagai KESINAMBUNGAN CINTA .

Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan ,
Kerna pasti akan mengecewakan ,
fahamilah pengertian ku ini ,
setiap insan punya perasaan ,
Setiap cinta perlukan pengorbanan ,
walau sekejam ini yang ku lakukan ,
sanggup berpisah demi kemanusiaan ,
asal kau bahagia oh masa depan ,
Cintailah dirinya ,
kerna dia lebih sempurna ,
apalah ada padaku ,
Hanya nyanyian dalam sepi .
 Renungkan sejenak bezakan antara ,
berlian dengan kaca mana lebih berharga ,
pandanglah keatas keluarga mu disana ,
turutkanlah kehendak mereka ,
Biarlah ku sendiri bernyanyi dalam sepi ,
Anggaplah diriku sepotong mimpi ,
usah kau tanggiskan pada perpisahan ini ,
pergilah kepadanya SELAMAT TINGGAL .
*Kredit , Chris Nadham – Hanya Nyanyian Dalam Sepi . 

>Keputusan Peraduan Review Blog Transformasi AF .

>    Salam kawan-kawan , ingat tak Contest aku baru-baru ni ? kalau tak ingat klik contest AF ni .Haha , aku akan umumkan pemenangnya pada hari ni . Dah nak masuk pukul 12 mlm da bermaknan 18 hari bulan April . 20 April ni hadiah akan diberikan . Disebabkan masa tak cukup contest ni aku tutup awal . Maaflah buat sesiapa yang rasa nak join tapi aku tutup awal kerana ada masalah-masalah tertentu ye . Bukan tak bagi change kat korang supaya join , tapi ada masalah sikit .

 

    Huhu , sekali lagi aku nak ingatkan awal-awal . kepada sesiapa yang tak menang tu . Janganlah berasa kecewa sebab cara aku pilih tak sama macam korang pilih nye πŸ™‚ . Aku pilih mengikut dari segi korang faham syarat-syarat aku . Selalu view blog aku untuk tengok update . Bagus-bagus aku suka . Aku lagi suka kalau seseorang tu bersungguh-sungguh dan berusaha menyelidik blog aku . Tak kisah sama ada ayat entry korang panjang ke pendek ke , asalkan ada isi dan kefahaman . 

   Bagi yang menang tu aku harap korang sentiasa singgah blog aku . Support each other . Bukan mintak la tapi sokonglah aku bila aku benar ye . ( sambil lagu sedih dimainkan ) . Oke la keputusan bagi Peraduan Review Blog Transformasi AF akan aku umumkan bila korang tekan READ MORE . huhu . Tak payah sedih sedih .  

Syarat-syarat pertandingan.
  1. Buat satu entry bertajuk β€œContest! RM100 untuk dimenangi dari abdulfarique.com .
  2. Copy banner yang di atas dan ‘link’kan kepada www.abdulfarique.com.
  3. Buat satu entry review tentang blog  www.abdulfarique.com  dan apa yang patut AF transformasikan dalam entry contest tadi .
  4. Copy dan paste link korang kat bahagian komen di abdulfarique.com
  5. Copy header AF dan paste di entry blog korang .
  6. Terbuka bagi sesiapa yang follow blog AF .
  7. Tag 3 orang .

 Hadiah Utama
1. 1st Prize = Wang Tunai RM100 , Topup RM10 .
2. 2nd Prize = Domain .com bernilai RM30 , Topup RM10.
3. 3rd Prize = Header Bernilai RM10. Topup RM5 .
4. Saguhati = Topup RM5 .
5. Saguhati = Topup RM5 .

Maka pemenangnya contest aku ni jatuh kepada .

Johan : GREENTIQO ~ greentiqo entry
Membawa Pulang Wang Tunai RM100 dan Topup RM10
Naib Johan : NOORMURNIOTHMAN ~ noormurniothman entry
Membawa Pulang Domain .com bernilai RM30 , Topup RM10
Tempat Ke 3 : AKULAHE-RAPASHA ~ akulahe-rapasha entry
Membawa Pulang Header Bernilai RM10. Topup RM5 .
Tempat Ke 4 :DALITTLEDEEYA ~ dalittledeeya entry
Membawa PulangHeader Bernilai RM10 ( hadiah Tambahan )
Saguhati: ATASAWANBIRU ~ atasawanbiru entry
Membawa Pulang Topup RM5 .
saguhati : FINAWANI ~ finawani entry
Membawa Pulang Topup RM5 .

   Tahniah kepada pemenang . Kepada Pemenang Berkaitan topup sila serahkan telefon korang . ehh telefon pulak , no telefon korang untuk aku direct topup , yang berkaitan dengan header dengan domain sila serahkan password dan email korang , dan yang berkaitan dengan wang sila serahkan no.bank korang kat alamat email official aku farique.suzuran@yahoo.com berserta bukti itu korang , korang komenkan email korang kat komen bawah ni supaya menjadi satu bukti ye . Semua pemenang diminta membuat entry kemenangan .

   Bagi yang tersingkir , kenapa korang tak undi perserta-perserta lain ?! Talian undian pun dah tamat . Kenapa ?! menyesal ke kegemaran korang tersingkir ?! janganlah ! korang yang tak undinye pun ! Kenapa nangis ?! korang jangan nak bersedih ! salah korang , tak undi perserta-perserta lain ! haha ! dah macam realiti show raja lawak da . Kepada yang tersingkir tu aku harap korang jangan kecik hati . Cuba lagi untuk kontest ketiga aku oke .

   Bukannya aku seorang yang pilih kasih atau apa-apa pun , tapi korang tengok dan nilai sendiri entry pemenang ni ye . Aku harap korang faham dan sokong aku lagi selepas ni . Aku tak tahu la kemana hala hulu aku lagi tanpa korang . Aku harap korang masih kat belakang aku untuk mendukung aku . 

   Kepada pemenang , korang jangan nak buat muka terperanjat .haha . garang gila aku ni . Tahniah diatas kemenangan dan ikutlah prosedur-prosedur untuk menuntut hadiah korang k . Assalam . Tahniah πŸ™‚ 

 
   Nota : bersyukurlah diatas kemenanganmu dan bergembiralah diatas kemenangan insan lain πŸ™‚
 

>Keputusan Perlawanan Deltras vs Pelita Jaya 16/4/2011 Safee Sali :)

>

     

 
  Salam kawan-kawan , perlawanan hari ni di liga Djarum Indonesian Super League aku fokuskan untuk Pelita Jaya kerana adanya Safee Sali disana ye . Hihi , Safee Sali orang Malaysia kalo tak penuh ilmu didada tidak sampe ke Pelita Jaya . Hehe , Semoga Safee Sali tetap dipandang orang indonesia ataupun orang indonesia . Tanpa Safee Sali sungguh aku takkan mengenali Pelita Jaya . Huhu , ayuhh kita melihat Statistik perlawanan Deltras vs Pelita Jaya Hari ni .

   Hari ini Safee Sali yang menyarungkan jersi bernombor 55 Sekali lagi turun padang pada perlawanan ini Berbaju berwarna Putih . 


  • Pada minit ke 33 , Safee sali hampir mencetus gol dari sepakan jarak jauh namun terkena palang .
  • Kad Kuning Untuk Astawa ( Deltras ) Pada minit ke 34 .
  • Pada minit ke 42 , masih tiada lagi gol buat mana mana pihak .
  • Safee Sali membuat sepakan gunting pada minit ke 46 di depan pintu gol , namun terkena lawan
  • Dedi.K (Pelita Jaya no.11 ) menjaringkan gol dari jarak dekat dengan kencang pada minit ke 55.
  • Deltras 0 – 1 Pelita jaya .
  • Abdul Rahman ( Pelita Jaya no.28 ) diberikan Kad kuning pada minit ke 59.
  • Safee Sali Melakukan cross dan disambut hebat oleh J.Sasongko (Pelita Jaya no.9) melalui heading dan MASUK !
  • Deltras 0 – 2 Pelita Jaya Minit ke 66 .
  • Pada minit ke 74 , Keputusan masih sama . Pelita Jaya masih menguasai perlawanan .
  • Masa tambahan kedua selama 2 minit .
  • Tamat
  • Deltras 0 – 2 Pelita Jaya 




  Tahniah sebab Pelita Jaya kerana menang perlawanan kali ini ditempat lawan . Walaupun wira Malaysia kita , Safee Sali tidak menjaringkan gol tapi skill dan umpan-umpan dari beliau ada kalanya membuahkan hasil . Tahniah Safee Sali , Tahniah Pelita Jaya πŸ™‚