Category Archives: Artikel Bebas

>Download Drama Juvana TV3 Full Episode ( Episod ) Mediafire

>     Malam ini adalah malam terakhir Drama Juvana ditayangkan di kaca televisyen. Episod akhir Drama Juvana TV3 pastinya dinanti-nantikan peminat filem melayu kerana Juvana memiliki jalan cerita yang menarik. Bagi sesiapa yang ketinggalan, jom kita membaca sipnosis atau mari kita Download Drama Juvana Full Episod mediafire disini .




   
  


   Sinopsis Juvana TV3

Drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan menemui penonton mulai 25 April ini berkisarkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.
Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Raja, watak yang dibawa oleh Bront Palarae, warden yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu terus berlaku. Tidak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit.

Zahiril banyak bermain emosi
DAIM, watak utama yang dibawakan oleh Zahiril Adzim, 27, seorang yang pendiam, kurang keyakinan diri dan sentiasa ditindas di atas kesalahan yang bukan miliknya. Disebabkan saiz tubuh badannya yang kecil, Zahiril sering membawakan watak remaja, namun kali ini watak yang diterimanya diakui agak berat berbanding sebelum ini.
“Watak Daim satu watak yang menarik dan tanpa berfikir dua kali saya terus setuju untuk melakonkan watak itu, iaitu sebagai seorang budak juvana. Ia adalah satu watak yang agak berat dan tidak senang untuk menjayakannya, tapi syukur saya boleh melakukannya. Pada mulanya, saya tidak banyak berdialog, di mana mimik muka banyak memainkan peranan. Bukan senang untuk melahirkan reaksi, seperti perasaan marah melalui muka saja. Ini adalah suatu perkara yang saya pelajari di mana jika kita mahu penonton rasa yang ingin kita sampaikan, kita juga sebagai pelakon harus merasainya sendiri di samping mendalami sendiri perasaan terbabit,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan, di Hulu Langat baru-baru ini.
Tidak ketinggalan beraksi dalam drama ini ialah Izreen Azminda. Mungkin ramai peminat kurang mengenali wanita ini, tapi Izreen sudah menjayakan hampir lebih 20 drama tempatan, antaranya ialah Gelora Di Hati Sarah, Nenek Kebaya, Isabella dan sedang ditayangkan kini, Samson dan Delaila.
“Sebelum ini saya banyak membawa watak kecil, dan sejak kebelakangan ini barulah saya mendapat watak yang menonjolkan diri saya. Begitu juga, dulu saya banyak menjayakan watak antagonis, namun drama Juvana memberikan saya peluang pertama melakonkan watak baik. Selain itu, ini juga adalah kali pertama saya memakai tudung dalam sesebuah drama. Saya sering menginginkan watak yang berlainan. Justeru apabila saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini sebagai Cikgu Zakiah, tanpa rasa ragu, saya menerimanya dengan tangan terbuka,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2007 ini.
  Oke , jom kita download Drama Juvana TV3 Full Episode di sini : wowberita| Download Drama Juvana TV3 Full Episod MediaFire
  Sumber : wowberita.com
    tags : download juvana full movie, download juvana tv3 2011, download drama juvana tv3 full episod, download juvana full episode, download juvana full episod, dowload juvana episod akhir, sipnosis drama juvana tv3

Advertisements

>Keputusan Penuh Malaysia vs Arsenal | Asian Tour 13 Julai 2011

>Watch Live Streaming Malaysia vs Arsenal 13 July 2011 Online | TV Stream

>Contest 3.0 – Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Ini

>    Assalam kawan-kawan . Dah lama tak buat contest. Serius sekarang dah oke, teringin nak buat contest lagi. Ini contest kali ketiga. Setelah contest-contest yang lepas-lepas tu kan. Huhu. Ok kali ni aku nak anda Kutuk dan Kritik blog aku ni sebab bagi aku kutukan dan kritikan itu adalah sesuatu yang boleh disebut sebagai satu semangat untuk aku maju selangkah ke hadapan.



   Ok , contest kali ni aku nak simple-simple ja syarat-syaratnya. Ok jom aku ceritakan cara dan syarat nak join contest aku ni :-







1) Buat satu entry bertajuk : ”Contest 3.0 – Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique”.


2) Search ” abdul farique ” di google image dan pilih header aku atau berkaitan dengan aku dan letakkan di entry anda.


3) Kutuk dan Kritik blog aku tak kira dari segi apapun di entry tersebut. Tak kesah panjang tak kesah pendek , asalkan ada point. Lebih kurang macam ceritakan apa kekurangan dan apa yang perlu ditokot tambah diblog aku ni.


4) Tag seorang blogger . 


5) Dah Siap publish , paste link entry korang kat ruangan komen dibawah. Siap.


6) kalau sudi LIKE fanpage blog aku. Kalau sudi je la, kalau tak sudi takpe . :fuh






   Membebankan tak cara dan syarat untuk join contest ni ? takkan ? semua syarat diatas bahawa wajib dan diperlukan. Jika terdapat sebarang kepalsuan dan kekurangan, serta merta penyertaan anda tidak akan dikira dan dilayan sama sekali. Ceh ayat macam join contest juta-juta. Huhu. Syarat dan cara join korang dah tahu kan ? nak tahu apa hadiahnya ? jom tengok :-



Hadiah Tempat Pertama
1) Wang Tunai – RM70
2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* – RM30 
3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali


Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai – RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati – 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* – RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali


   Ok, itu je kot hadiahnya. Kalau ada rezeki, aku tambah-tambahkan hadiahnya lagi ok.  Aku harap penyertaan kali ni lebih banyak dari penyertaan kontest-kontest yang lepas. Aku nak ingatkan lagi, jikalau anda menang wang tunai, aku lebih mudah dan cepat memberikan hadiah jika korang pengguna maybank. Sebab maybank sebelah rumah. Bahahaha. Bab Topup tu aku akan bagi form nanti kat entry ni. letak no fon ye. Lebih selamat sikit.



   Aku akan pilih pemenang dari segi cara penyampaian, point yang diberikan, menyelak semua isi blog sebelum menyatakan sesuatu, dan aku seorang yang suka ayat yang ‘hidup’, jadi pandai-pandai  lah korang hidupkan ayat :p


Ok , tarikh tutup contest adalah 9 OGOS 2011 Kalau ramai join , aku akan tutup awal. Aku akan extend kalau penyertaan tidak menggalakkan tapi terhad la masa tu. Tapi yang pasti kalau korang join awal-awal, aku mengutamakan yang bersemangat. Semoga Anda bersedia. 🙂




  Bab kutuk tu saja je nak buat ayat ganas. Lebih kurang macam review je contest ni. Jangan risau, Aku bukan mat sentap. Aku tak pernah sentap dan aku tak terasa hati langsung. Itulah aku. Tapi aku akan suka sebab amik berat namanya tu . huuu :p  tunggu lagi, jom join !!

  

>Keputusan Result Digi WWWOW Awards 2011 | Anwar Hadi Terbaik !

>    Masih ingatkan tentang Digi WWWOW Awards tu ? Tap tip tup akhirnya keputusan Digi WWWOW awards dah keluar tadi pada 12 julai 2011. Terkejut seh Anwar Hadi berjaya meraih 3 kategori sebagai juara. Hebat gila. Ramai jugak penyokong-penyokong Anwar Hadi yang mengundi beliau dengan menggunakan id facebook. Result Digi WWWOW awards kali ni memang gempak kerana semua pemenang hebat-hebat. 





  Jom lihat sekarang siapakah juara-juara bagi kategori masing-masing :-









Keputusan Digi WWWOW Awards

Juara: A.Fo Radio
Juara: Pathfinder.my
Stacy AF 6


Nicholas Teo

Anwarhadi


Anwarhadi


Blog serius


Anwar Hadi
The Techno Hut




   Tahniah kepada Anwar hadi kerana berjaya memungut 3 kategori. Huhu, terbaik lah. Aku pun join jugak. Aku join kat kategori Best Internet For All Idea/Campaign. Erk , kena ke kategori tu dengan blog aku ni ? haha main hantam je . Apa apa pun tahniah kepada semua pemenang 🙂


P/S : Aku check ranking aku kat WWWoW Awards , aku tempat ke-8 je . Tak dapat RM5000 tu 😦


Kredit dan sumber : Syafiq Orang Melaka

  tags : keputusan digi wwwow awards 2011, keputusan digi wwow awards 2011, Result Digi wwwow awards 2011, keputusan digi wwwow 2011, keputusan wwwow 2011, wwwow awards result, keputusan penuh digi wwwow awards, keputusan penuh digi wwwow awards 2011, keputusan digi awards 12 julai 2011, 12 julai 2011 digi awards, keputusan digi wwwow awards 12 julai, wwwow digi awards 12 july result

>Semakan Nama Calon PLKN 2012 Online | SMS

>     Assalam kawan-kawan , Semakan nama calon PLKN 2012 kini boleh disemak pada 11 julai 2011 (hari ini) secara online dan SMS. Kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun 1994, Jom semak sekarang sebelum surat PLKN ( Program Latihan Khidmat Negara ) sampai kerana pasti anda tak dapat bersiap sedia sebelum berangkat, Adakah anda bakal menjadi wira dan wirawati negara ? jom semak. Untuk membuat semakan anda bolehlah merujuk cara dibawah.

   Sedikit info untuk anda :-

CYBERJAYA: Mulai esok, 11 Julai 2011 mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.
“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,
 
 
   Cara Semakan PLKN 2012 Online
Cara Semakan Melalui SMS
PLKNSEMAK NO. KAD PENGENALAN hantar ke 15888
 
 
   Pastikan anda sudah sedia untuk ke Program khidmat negara pada 2012 nanti untuk persediaan awal. AF sudah ada pengalaman PLKN , nak tahu apa pengalaman, tips dan pengajaran selepas AF pergi PLKN ? jom baca SINI . Semoga anda berjaya wira dan wirawati 2012 🙂
 
 
Kredit dan sumber : Syafiqorangmelaka
tags : semakan nama peserta plkn 2012 online, semakan nama calon plkn 2012, semakan nama wira plkn 2012 online, semakan nama wirawati plkn 2012, cara semakan calon plkn online, cara semakan calon plkn sms, semakan nama calon bakal wirawati 2012, semakan nama calon bakal wira 2012, macam mana nak check senarai nama calon plkn 2012, check senarai nama calon plkn 2012.


>Kapten Liverpool, Steven Gerrard Tak Ke Malaysia 16 Julai Ini.

>PEMINAT tanah air yang ghairah menunggu kelibat kapten Liverpool, Steven Gerrard menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai 2011 ini boleh melupakan impian besar itu. 


Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.

“Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China,” kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. “Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat.”

Sementara itu, pengurus pasukan, Kenny Dalglish turut menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru itu. 





Baca Selanjutnya Di : Bharian

   Nampaknya, para peminat You Never walk alone terpaksalah melupakan hasrat untuk berjumpa kapten liverpool tu. Huhu, mesti pasrah. Tapi lain-lain rasanya masih ada. Paling kegemaran lah, Luiz Suarez. Pengganti Fernando Torres tu. 16 Julai ni, rasanya boleh tak nak turun Bukit Jalil ? huhu .

>Video | Keputusan Taiwan vs Malaysia 3 Julai 2011

>    Keputusan perlawanan Taiwan vs Malaysia 3 julai 2011 petang tadi berakhir dengan 2-3 . Malaysia kalah ditempat lawan setelah taiwan mempunyai kelebihan 2 penalti. 2 gol dari Malaysia yang dihasilkan oleh 2 sepakan percuma oleh Aidil Zaquan dan Safiq Rahim . Saksikan Video Jaringan Taiwan vs Malaysia 3 julai 2011 yang dihalakan disini .



Taiwan (3) vs (2) Malaysia



    Apa-apa pun Malaysia berjaya ke peringkat kelayakan seterusnya setelah menang agregat 4 – 4 dan kelebihan Malaysia dari kelebihan dari jaringan di tempat lawan . Tahniah kepada Malaysia.






   Untuk menyaksikan video jaringan pada perlawanan taiwan vs malaysia ini anda boleh saksikan di SINI .







   

>Semakan Keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Julai 2011 | UiTM 2011/2012

>    Kemasukan Uitm semester 1 2011/2012Semakan keputusan bagi program penerapan ke program ijazah sarjana muda boleh disemak online  pada 1 julai 2011 jam 5.00 petang ini. Diantara program yang terlibat adalah :-





1) Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM


2) Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM (kecuali Diploma Perakaunan Trek Pantas)


3) Lepasan Diploma UiTM (Program Perubatan,Pergigian dan farmasi)



Klik Link yang berkaitan untuk ke portal semakan dan ikuti langkah seterusnya :-




Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej bersekutu UiTM – Klik SINI

Penerapan Pelajar Asasi UiTM – Klik SINI

Lepasan Diploma UiTM – Klik SINI


   ~ Maklumat lanjut sila ke SINI .

  Semoga anda berjaya 🙂

*Update – Tarikh semakan telah ditukar kepada 1 Julai 2011 – 5.00 petang

 Tags : semakan keputusan program ijazah sarjana muda jun 2011, semakan keputusan kemasukan diploma uitm, semakan keputusan program lepasan diploma uitm 2011, semakan keputusan program penerapan pelajar asasi uitm 2011, semakan keputusan penerapan semester akhir diploma uitm 2011, semakan online keputusan program ijazah sarjana muda 2011

>Keputusan Penuh Malaysia vs Taiwan ( Taipei ) | 29 Jun 2011

>    Keputusan penuh malaysia vs taiwan di stadium bukit jalil berakhir dengan 2-1 sepenuh masa . Malaysia juga berjaya membuahkan gol pada minit ke 28 oleh shafiq rahim dihasilkan dari tendangan swinger yang mengenai palang lawan . Gol kedua Malaysia diperolehi pada masa kedua minit ke 54 oleh tandukan Aidil Zaquan . Pada minit ke 76 , kumpulan lawan memperolehi 1 gol saguhati. Tahniah Malaysia Menang 🙂

Full Time

Malaysia 2 – 1 Taiwan




   Malaysia pada mulanya menguasai 68% peratus perlawanan pada malam tadi dan sedikit goyah di bahagian pertahanan pada babak masa kedua. Malaysia juga telah menerima 2 kad kuning dan mempunyai kelebihan 6 tendangan sudut.






   Nota : Malaysia main best tadi. Tapi masuk je babak masa kedua , Safee Sali terpaksa keluar sebab injured. Aduh , patutlah jarang buat gol kat Pelita Jaya . Bagi aku Malaysia bermain dengan penuh professional. Hold dan bila ada peluang , attack. 




  Alhamdulillah walaupun berbekal 2-1 di tempat sendiri , aku harap bekalan itu tak pasukan Malaysia sia-sia hari ahad ini di tempat lawan , Taiwan. Good Luck for Malaysia 😀