Category Archives: Uncategorized

>Lelaki Hanya Guna Tiga Seluar Dalam Seminggu

>LONDON: Lelaki hanya perlu tiga helai seluar dalam apabila bercuti seminggu manakala wanita pula membawa 10 helai. 

Perkara itu diketahui selepas penyelidik menyoal 1,294 lelaki dan wanita Britain yang pernah bercuti seminggu sejak 12 bulan lalu.

Ketika memberi alasan mengapa hanya perlu tiga helai saja, 12 peratus responden lelaki berkata mereka akan membasuhnya ketika cuti manakala 37 peratus lagi berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam pakaian mandi.




Pendirian sebanyak 51 peratus lagi responden mengenai isu itu tidak didedahkan. 

Kajian itu dijalankan bagi laman web percutian Britain juga mendapati wanita negara itu membawa 34 barang ketika bercuti sedangkan lelaki hanya membawa 14. 

Lelaki menggunakan barang yang dibawa bercuti sebanyak 98 peratus manakala wanita 62 peratus saja. 

Selain itu, 47 peratus wanita membeli pakaian baru ketika di luar negara tetapi hanya enam peratus lelaki membeli pakaian ketika bercuti. – Agensi 



Sumber : Berita Harian

Advertisements

>Russia Tawar Bantuan Bina Loji Nuklear Malaysia

>

MOSCOW: Russia, antara negara utama dalam pengeluaran tenaga nuklear, menawarkan kepakaran membantu Malaysia membina reaktor pertama negara dan berjanji memastikan tahap keselamatan yang tinggi dan mampu bertahan jika berlaku aktiviti seismik tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Atomstroyexport, Alexander Glukhov, berkata walaupun Russia masih belum menerima sebarang tawaran untuk menjalankan kajian teknikal bagi pembinaan loji nuklear di Malaysia, ia bersedia menawarkan kepakarannya.

innity_country = “MY”;innity_client = “17”;innity_zone = “603”;innity_channel = “”;innity_keyword = “”;

“Kami masih belum dihubungi tetapi kami tahu Malaysia berminat membina sebuah loji kuasa nuklear (NPP) dan kami bersedia untuk membantu mereka,” katanya di luar “AtomExpo 2011” anjuran Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) di sini hari ini. 

Atomstroyexport adalah anak syarikat Rosatom dan terbabit dalam pembinaan NPP di luar negara.

Sehingga kini, syarikat Russia sudah membina 31 unit loji nuklear di luar negara termasuk di Jerman, Finland, Hungary, Bulgaria, Slovakia, Republik Czech serta China dan tidak lama lagi di Vietnam dan Bangladesh.

Disebalik kebimbangan mengenai tenaga nuklear berikutan krisis berterusan yang melanda Fukushima di Jepun, Glukhov berkata generasi ketiga NPP Russia memiliki standard yang tinggi dan sangat kompetitif daripada segi harga dan pemindahan teknologi.

Malaysia bercadang membina dua loji kuasa nuklear yang setiap satu boleh menjana 1,000 megawatt untuk mengurangkan penggantungan terhadap bekalan bahan api fosil.
Walaupun masih belum ada pengumuman kukuh lagi, dilaporkan sebelum ini Tenaga Nasional Berhad mungkin akan membina loji kuasa nuklear pertama negara membabitkan kos AS$3.1 bilion menjelang 2020.

Pada awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penubuhan Perbadanan Tenaga Nuklear di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Najib berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggembleng tenaga bagi memenuhi permintaan masa depan dan mempelbagaikan campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia dan perbadanan nuklear itu akan menerajui inisiatif berkenaan. 

Baca Selanjutnya Di : Berita Harian




Hehe .. Malaysia nampaknya makin maju . Bakal ada loji nuklear nanti ..

Jom Singgah AbdulFarique.com

Ayuhh kawan-kawan marilah kita sama-sama singgah ke blog Utama saya iaitu http://www.abdulfarique.com

http://www.abdulfarique.com/

>Bila Hilangnya CINTA mu ..

>    Salam kawan-kawan , maaf mungkin kali ni entry dari aku tak membawa erti dan pengajaran pada korang .Cuma dapat jadikan satu pengalaman dari aku buat korang . Perasaan seseorang itu janganlah kita mudah untuk lalai dan jagalah perasaan seseorang . Kadang-kadang bila aku fikir , tak perlulah aku menyayangi dan mencintai seseorang tu sepenuh hati . Tapi patutkah aku buat begitu ? apa maknanya ? berhati-hati ? kalau benar hati kita bukan untuk seseorang tu , tak perlulah kita mainkan perasaan seseorang .

   Hati kita mudah tersentuh , semua orang memiliki sifat tu walaupun sekental dan sekuat mana hati kita . Mungkin aku juga pernah mainkan perasaan seseorang sebelum ni , dan aku harap aku jua dapat fahami perasaan seseorang . Sekarang baru aku kenal , apa itu kasih dan kekasih . Sekarang baru aku kenal , mahal dan murahnya perasaan . Sekarang baru aku kenal , cinta tak perlu dicari , dikejar-kejar . Biarlah datang dari hati sendiri . Bila kita terlalu mencari cinta , maka perasaan dan hati orang lain akan kita sakiti .

  Kadang-kadang aku tak faham , apa tu cinta sebenarnya ye ? selama 19 tahun umur aku , aku masih tak kenal lagi apa itu cinta . Walaupun episod telah berlalu , hati aku dan perasaan aku tetap bersedih walaupun berselindung disebalik kegembiraan . Walaupun aku seorang yang sedikit tabah tapi hati aku tetap lembut . Airmata aku ibarat hujan yang mengalir tak henti-henti kerana cinta . Tapi sekarang , aku benci untuk ucapkan cinta kepada orang yang menjadi kesukaan aku , kerana aku pasti aku tak dapat membaca pendirian seseorang .

  Biarlah cinta aku hanya untuk Tuhan , Rasul dan Nabi , Ibu Bapa , keluarga ,Kawan-kawan , sahabat bloggers dan bukanlah sekarang untuk seorang yang bernama kekasih . Bukan sekarang dan masa lepas . Aku yakin suatu hari nanti , aku akan temui . Jika didunia ni aku masih tak temui cinta sejati , aku yakin di akhirat nanti pasti aku akan temui cahaya walaupun jalan ku ke syurga ataupun neraka . Aku hanyalah seorang insan yang biasa , tak mampu berikan sesuatu yang ajaib dan sesuatu yang dapat kagumkan seseorang . Aku sedar siapa aku , aku sedar hala tuju aku , aku sedar buruk dan hinanya diri aku .

  Maka bermulalah , RIWAYAT SEORANG INSAN HINA yang selalu kalah dan dipulau oleh CINTA ..

  P/s : kawan-kawan , sayangilah seseorang yang benar-benar kita sayang dan cintailah seseorang yang benar-benar kita cinta . Jagalah perasaan seseorang bila kita masuk ke dunia seseorang dan janganlah mencari seseorang untuk dijadikan sebagai KESINAMBUNGAN CINTA .

Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan ,
Kerna pasti akan mengecewakan ,
fahamilah pengertian ku ini ,
setiap insan punya perasaan ,
Setiap cinta perlukan pengorbanan ,
walau sekejam ini yang ku lakukan ,
sanggup berpisah demi kemanusiaan ,
asal kau bahagia oh masa depan ,
Cintailah dirinya ,
kerna dia lebih sempurna ,
apalah ada padaku ,
Hanya nyanyian dalam sepi .
 Renungkan sejenak bezakan antara ,
berlian dengan kaca mana lebih berharga ,
pandanglah keatas keluarga mu disana ,
turutkanlah kehendak mereka ,
Biarlah ku sendiri bernyanyi dalam sepi ,
Anggaplah diriku sepotong mimpi ,
usah kau tanggiskan pada perpisahan ini ,
pergilah kepadanya SELAMAT TINGGAL .
*Kredit , Chris Nadham – Hanya Nyanyian Dalam Sepi . 

Semalam Yang Hangat , Kisah Yang Istimewa

           Kawan – Kawan , penyeri kehidupan . Semalam yang hangat , Apabila kawan datang bersama menemani masa hari kita , menghapuskan rasa sepi dan sunyi dalam diri . Kawan kawan , cinta hati di dalam hati ku . Mereka sanggup bersusah payah , bersenang gembira dengan kita . Itu lah kawan sejati yang sebenarnya kita cari .

          Wang ringgit , harta benda bukan satu sempadan bagi mereka . Saya juga bersyukur kerana juga mempunyai kawan yang sebegini rupa . Kisah Yang Istimewa , apabila kita bersama sama keluar berjalan jalan . berseronok beramai ramai . Sambil jalan membuat lawak . Mereka terbaik , mereka terhebat , mereka terbagus !

         Jikalau saya mempunyai masa , akan saya meluangkan masa bersama kawan kawan dari meluangkan masa dengan kekasih setiap hari . Terdetik juga dihati saya , sesungguhnya , kawan kawan saja yang dapat membantu kita walaupun dalam apa pun keadaan yang terjadi . Tiada sempadan dan tiada halangan untuk mereka turun padang membantu kita . Inilah yang saya katakan , Jika baiknya hubungan kita dan kawan kawan , baik jgak lah keadaan kita yang dijaga oleh kawan kawan kita . Jadi , saya harap kita hormati rakan kita kerana mereka lah sebenarnya kekasih kita .

Mengapa Ada Juga Melayu Masih menyambut Valentine Day ??

Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.

Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.

PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.

Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.

KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.
Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.

CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.

Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.

CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.

PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.

CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56)

CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.

TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.

Petikan Dari MyMetro | http://www.hmetro.com.my/articles/AsalHariValentineraipaderitumbangkerajaanIslam/Article/