Monthly Archives: February 2011

>Segmen : Jom Join Bloglist Terhangat AF !

>

 STICKY POST

    Salam kawan-kawan , kali ni AF nak buat satu segmen ( segmen kot ) iaitu Bloglist Terhangat AF . Tujuan sebenar AF buat segmen ni untuk merapatkan silaturahim diantara AF dan bloggers lain . Sebenarnya banyak faedah bagi sesiapa yang join segmen ni dimana AF  lebih memberikan perhatian untuk membaca entry dari bloglist terhangat itu dan AF akan memberikan sepatah dua komen disitu .

Sekadar gambar hiasan

   Tujuan kedua AF buat segmen ni kerana AF juga masih tidak ramai lagi pembaca setia di blog AF ni , cara sebegini juga AF dapat mencari ilmu dan pengajaran dari entry bloglist terhangat itu . AF harap ramai lah yang join kerana AF membuka 92 blog untuk diisi di bloglist terhangat tersebut .

   AF senaraikan faedah-faedah yang korang dapat kalau korang join segmen pertama AF ni :

JOM BACA ENTRY LATEST DIBAWAH !

Faedahnya :

 1. AF akan menjadi pembaca setia kebanyakan blog yang ada kat bloglist Terhangat .
 2. AF tak akan lupa hulurkan 1-2 komen di entry kebanyakan blog yang ada kat bloglist Terhangat .
 3. AF akan buat review bagi blog-blog pilihan dari bloglist Terhangat setiap minggu .
 4. AF akan promote blog korang dari review tersebut .
 5. AF akan buat satu award buat entry-entry pilihan AF setiap 1 minggu .
 6. AF akan promote entry korang dengan selitkan di setiap entry-entry AF .

Sekadar  gambar hiasan

   Ini syarat-syarat penyertaan untuk sesiapa yang mahu join segmen AF .


 1. Tak follow blog AF pon takpa , asalkan korang letak AF kat bloglist korang juga .
 2. Selitkan link entry terbaru AF di akhir entry korang . ( tak letak pun takpa , Tak Wajib ) .


  Itu sahaja syarat-syarat AF . Mungkin korang sedikit keberatan nak letakkan AF kat bloglist korang sebab blog AF tidaklah top 10 seperti blog yang lain-lain , dan selitkan entry terbaru AF di akhir entry korang kerana entry AF bukannya best mana pun . tu diaaa ! . Tapi korang tahu tak bahawa kita telah sama-sama untuk berkerjasama memajukan blog kita sendiri . Siapa untung , sama-sama untung .

Sekadar Gambar Hiasan

   Itu sahaja syarat-syarat aku untuk sesiapa yang nak join Segmen Bloglist Terhangat AF . Aku harap ramai lah yang join untuk memeriahkan kali segmen aku yang pertama ini . Aku harap segmen ni dapat memberikan faedah yang seperti aku janjikan untuk korang . Salam sayang dari aku , AF .

   Pengumuman : Dalam 92 Blog yang ada kat bloglist terhangat , aku akan ambil 20 blog untuk aku letakkan kat bloglist EMAS dimana aku akan mengunjungi dan membaca entry dan komen di entry mereka dengan lebih manja . ๐Ÿ™‚

Advertisements

>Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki

> 

Fesyen Terlampau Gadis Melayu

    Sekarang ni banyak sangat kes rogol di Malaysia. Semua yang menjadi pesalah adalah lelaki . Saya jarang pula dengar lelaki rogol wanita .Saya tak tahu apa puncanya .Sudah menjadi biasa , wanita tidak akan selesa dan takut untuk berjalan seorang diri ketika waktu sunyi .Dah jadi kemestian, perempuan akan rasa tak selamat dan risau akan keselamatan diri mereka bila berjalan di tempat-tempat sunyi secara bersendirian. Mereka takut diserang oleh mana-mana lelaki yang tidak lagi layak digelar manusia. Perompak, perogol dan sebagainya. Lebih lagi zaman sekarang ni. Perempuan yang menutup aurat pun tak lepas daripada jadi mangsa rogol. Kenapa hal ni berlaku? Bukankah lelaki tak nampak aurat mereka. Macam mana pulak lelaki tu boleh terangsang?
   ayuhh kengkawan ku mari kita lihat sedikit info atau sedikit cebisan untuk pedoman dan pengajaran kengkawan .

 

https://i0.wp.com/www.sinilah.com/-/11/Images/kesalahan%20dalam%20pakaian.jpg
Klik pada gambar untuk gambar asal
   Saya sebagai lelaki yang lemah juga selalu pandang yang macam ni . Lelaki cepat naik nafsu kalau aurat wanita terdedah . Lihatlah zaman sekarang ini , ramai wanita yang seksi-seksi belaka . Macam mana tak berlakunya cerita rogol ni . Teringat dulu satu kisah , masuk surat khabar jugak la . kawan saya , ( maaf tiada niat nak aibkan hang ) , telah melakukan cubaan merogol seorang wanita berusia 28 tahun sedangkan dia baru beruisa 15 tahun . Kejadian terjadi di tandas di sebuah kompleks di penang .
  Sebenarnya bukanlah niat dia nak merogol ( dia yang kata , Wallahuallam ) , tapi hanya mahu merompak wanita berbangsa cina tu , Tetapi kebetulan wanita cina itu berpakaian seksi , maka senang dia nak raba . pelosok tangan sana sini . Last-last kena dia belasah pastu polis datang , lokap cerita beb . Takpa la , bagus apa dia masuk . Buat jahat lagi , tapi sebagai kawan , semoga dia berusaha berubah , menjadi matang dan trajedi ini menjadi pengajaran buatnya .
  Dari situ korang leh faham , The Power Of Aurat . Aurat penting , untuk menutupi ruang badan kita yang terdedah . Jangan tak tutup! Lelaki mudah ghairah . Anda semua dah tengok gambar kat atas tadi . Itulah puncanya Wanita Bertudung juga turut menjadi habuan dan mangsa rogol ni . Tapi artikel ini hanyalah salah satu punca rogol ni terjadi . Ada banyak lagi punca , Bagi saya , Aurat adalah 80% punca dan 20% itu sebagainya .
   20% ini boleh disebut seperti tingkah laku , Sosial terlampau dan peradaban . Ye la kan , kalau pakai jilbab pun , tapi terlalu sosial dengan lelaki , tingkah laku buas dan tiada adab , so boleh jadi jugak la . Mendedahkan aurat kepada lelaki juga boleh menyebabkan lelaki zaman sekarang ni mati pucuk boleh tak dapat melempiaskan nafsunya . Benar dan memang benar . Saya sokong . Lelaki akan terseksa secara perlahan dan mati pucuk macam tu saja . Dah la dalam dunia ni lelaki lebih kurang dari wanita . Fuhh sakit .
   ”3 Minggu yg lepas , masa saya pergi rehat ketika berkerja di B-Suite Hotel , singgah la dekat kedai makan Nasi Kandar Fantasi sebelah JPJ kat i-Avenue lama tu . ( i-Avenue baru kat komtar@prangin mall ) , tengah-tengah dok order makan ni . tiba-tiba , perghhh , satu awek lalu la , dah la comel , pakai tudung lak tu . huhu , ske3 !  , saya pun perati la . pakai baju kebaya , mungkin keja office kot . Masa nak bayar tu , terlihat la kat kaki dia . aduhh , kain terbelah kat tepi paras lutut kot . perghhh seksa la tengok . hm .”
   Kawan-kawan , kadang2 kita tak sedar , kita pakai elok-elok tapi orang selalu ‘imagine’ kita buruk-buruk . satu je penting kawan-kawan , biarlah orang nak bayangkan pelik2 kat kita , asalkan perintah Tuhan kita tunaikan sudah . Ye la , bukan bayangan dia yang bawa kita ke syurga , tapi Pahala kita . Jadi apa yang penting , kesabaran menjalankan tanggungjawab kita didunia ni dan kepada wanita muslim , jagalah aurat kamu dan HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI dengan cara senyap . Salam
sedikit info berkaitan yg rasenyer blh kita kongsi bersama: smile.gif  
BAGAIMANA BOLEH BERLAKU
  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang keseorangan di tempat sunyi
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
BAGAIMANA MENGELAKKANNYA
  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas,stesyen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil
PERINGATAN !!
Hukuman keatas rogol adalah termaktub di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang melakukan jenayah rogol boleh di jatuhkan hukuman mandatori penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan juga boleh dikenakan sebatan rotan.

p/S :  Susah gak nak bagi pendapat ni..nak salahkan lelaki 100% tak boleh jugak, gitu gak sebaliknya.

Tapi kalau tak dak yg merogol, mana plak nak jadi kes rogolnya..ini semua berkait rapat dgn nafsu..lembu pun dia boleh rogol, malah pernah terjadi rogol dalam masjid.

>Keluarga Bahagia

>

Salam kawan-kawan , kali ni aku nak bercerita sedikit mengenai keluarga ni . Sebenarnya banyak kaitan dengan kita . apa-apa pun layan.
Keluarga yang bahagia , memang cuba digapai oleh semua keluarga . Tapi bukannya senang untuk mengapai kebahagian , bak kata orang , bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah .
Tetapi ada juga jalan mudah untuk mengapai keluarga bahagia , caranya adalah bersikap adil dalam memberikan kasih sayang pada keluarga .Bersikap berdisplin dalam keadaan tegas dan selitkanlah prinsip prinsip yang kelakar sedikit dalam diri kerana ia juga boleh semarakkan lagi semangat kekeluargaan .
Tetapi jika tiada imbangan dalam kehidupan sudah semestinya tiang keluarga mudah patah dan roboh . Jika keluarga berpangkat bahagia pasti anak berilmu berjaya dan hidup pasti aman damai dan bergembira selalu sengan prestasi yang dipungut setiap hari bersama keluarga . Akhir kata, keluarga Bahagia harapan bangsa .

>Like Button Punya Cerita .

>   Salam , kengkawan ku arini , aku nak menceritakan tentang satu kisah lawak la kan . Tadi aku adalah login facebook . Pastu aku buat update wigdet sikit untuk blog aku ni . Aku ada buat Halaman Abdulfarique.com   Dari fb . Dalam masa yang masa aku nak promote aku blog ni dengan blog FPS Publishers ni .Silap aku juga pergi promote LIKE button abdulfariue.com ni kat orang . Nama pun LIKE kan , suka hati diorang la nak suka aku ke tak . Mana bleh paksa-paksa . Tapi aku tak paksa pun . Niat aku just bagi link LIKE button ni untuk sesiapa yang meninati hasil Artikel dan Design aku ja .

Sekadar Gambar Hiasan

Geng , Read More ye :p


   Tetiba aku perasan la satu gadis ni dari friend aku la tgh online . So aku chat dengan dia . Mula2 aku chat aku post camni .

  Farique :
support sy leh ?
  Dia tu :
 huh?
  Farique :
 Klik LIKE button , bermakna awak support sy
  Dia tu :
 what 4?

aper faedahnyer?
  Farique :
 just support , bukan join ..
   Dia tu :
  like per?
  Farique :
 http://www.facebook.com/pages/AbdulFariquecom/114365478633518?ref=sgm

dalam blog sy tu byk faedahnya
cuma niat hati tu nak baca atau tak nak baca je .
maklumlah , org malaysia kebanyakannye nak mudah , nak senang , nak murah , nak renggang ..
  Dia tu :
 paper r

blog anda?
not so good 4 the like status
msih amatur
sorry to say
  Farique :  
or 
  Dia u :
 then so to me

show it
still
msih armatur
improve lg
   Farique :
 eer , ok thanks . for critics
   Dia Tu :
ok..

ok..
try to read hlovates
try to read hlovates
then u judge
she writes well
i dont know others
but 4 me
ur has no the umph
to make me stick with it
the first couplet show me
the amatureness
sorry to say
   Farique :
 ohh .

hahah
u so funny ..
whatever la ,
nway , this is Riwayat Seorang Insan Hina ..
im just low profile .
   Dia tu :
 thats good

try gune ayat yg bez cket
ur ayat…
skema
k
nak out
roger!
  Farique :
zzzzzzzzzzzzz .
Sekadar Gambar Hiasan
   Aih , memang betul dia tak suka blog aku . Dia nak aku improve lagi . Sebab tu tak nak like status aku . Tapi kritikan dia tu mencabar semangat aku tu . Sebenarnya Cerita ini bukannya kutukan ok . Tetapi  Post untuk mengucapkan terima kasih buat username fb , Siti Zulaiha diatas kritikan dia tu . anyway , aku da kumpul 2 kritikan skank ni . 
  1. Raja Anna Dine – 1 Kebaikan ~ 1 Keburukan .
  2. Siti Zulaiha – 1 Kebaikan – 10 Keburukan .

haha . ada sesiapa lagi mahu kritik dan beri cadangan kepada saya ?

jangan takut , teruskan . sy sudi terima dengan hati terbuka :p
Salam

P/S : Im too Ego , comment kat sini . Takut ke tu ? haha ๐Ÿ™‚

 

>Tips Berdiri Di Atas Stage ! ( Music Band )

>

    

Salam kawan-kawan , kali ni entry aku mengenai Berdiri Diatas Stage pulak . Dulu aku penah la naik stage sekali , tapi itu masa aku didalam golongan Shuffle dance . gugup gila aku , ye la kan , pertama kali naik . Menari ntah apa-apa , orang semua pakat gelak . So , malu la . Tapi itu didalam genre menari , kali ni aku nak bagi tip walaupun aku tak pernah cuba main lagu kat atas stage .. hehe .

Read More Ye :p

 

  Ok , mari kita menghayati tips ini . Adakah ia tips ini benar-benar berkesan ? ayuh cuba dulu . Sebelum dan tengah main lagu kat atas stage ye ..

 

1. warming up dulu
2. cuba utk rileks..
3. hadapi penonton (fly watch , pandanglah penontonnya, kalau ada awex cun

layann…..hihihi)

4. and jangan pernah takut untuk buat apa jua aksi..
5. berak / kencing puas2 sblm naik stage
6. makan / minum (jgn perut lapar) sebelum naik stage  
7. bayang kan yang anda adalah Raja diatas. Keberanian anda tu la raja untuk anda
menguasai pentas
8. Salah main ? masuk balik dalam note dan tempo yg tepat .
9. Kalau salah note/chord, jangan sekali2 tunjukkan kesalahan dengan menggeleng2kan kepal.. buat2 biasa aja. konon2 kita main note jazz. ahakss.
10. Sound Sumbang ? Tutup volume gitar, petik gitar sungguh2.. pastu buat2 betulkan jack kat amp
11. atas pentas, kena mau kontrol best . jgn buat muka gelabah
12. wat2 x layan band lain yg sedag wat prsmbahan(tapi kena layan kalu lagu2 diorag tu best…huhuhu..)
13. sembag2 ngan kwan2 kita yg ada kt situ…lebih2 lg kawan2 satu band utk hilagkan ggup diorag,walaupon kita sendiri ggup..haha…
14. isap rokok/shesha utk ketenangan..(jgan tiru aksi ini,mrokok mmbahayakan kesihatan…)
15. warm up skit2…(ketuk kepala lutut ngan stick…huhu)
16. beri kta sokongan,pelukan kt kawan2 band sblom naik stage…(jangan wat muka mcm nak kena tembak…haha)
17. berdoa dalam hati…
18. Pakai cermin Mata Gelap , tahan gelabah .
19. kene tido cukup tido kalo tak cukup tido lemau..
20. praktis kene cukup
21. tentang pergerakan atas stage mmg tak plan janji boleh control stage
22. Group ( line-up) pastikan selesa dengan mereka.
23. bila berjalan atas stage ,anda bukan lagi anda .bayangkan artis2 idola anda waktu beraksi di atas stage.

24. berdoa sebelum maen (wajib hukumnya… hehehe)

  Ini sahaja lah tips-tips yang aku dapat beri kat korang . Kalau korang betul-betul dah rasa gugup bila nak naik pentas , ayuh cuba tips ni . Terbaik . huhu . Salam ๐Ÿ™‚

>Kisah Aku , Cinta Dan Valentine .

>

   Salam , kali ni aku kongsi sedikit entry mengenai dan berkaitan dengan cintan-cintun ni . Setengah Terlalu memilih , Setengah terlalu mengada ngada . Yang dimahunya lelaki tampan , berduit . Yang buruk pun disesahnya , tetapi berduit . Duit duit duit , segalanya hanya dengan duit . Wanita kebanyakannya pada zaman ini , tidak menyintai demi hati yang suci , tetapi menyintai demi rupa dan wang yang suci . Akibatnya , terlalu mencintai wang hingga sanggup menyerahkan apa saja yang bertakhta pada mereka .
Sekadar Gambar Hiasan
   Aku jua terdengar cerita cerita yang sebegini rupa berulang ulang kali . Tetapi yang tak berapa lawa pun memilih juga . Ini lah nafsu dunia , tidak bermata , tidak bernyawa .Aku juga mempunyai sedikit pengalaman dalam cerita sebegini . Tetapi tak nak aku mahu aibkan orang yang sudah tiada lagi di dunia ini . Mungkin ini bagi pendapat aku , aku banyak bercerita tentang wanita . Ye la aku lelaki , jadi aku luahkan pandangan aku selama ni terhadap golongan wanita ( Tapi bukan semuanya Ok ! ) .
Read More ye ๐Ÿ™‚

   Tapi kadang-kadang lelaki pun ada macam ni juga . Ada yang suka makan duit aweknya . Huhuhu , peliklah dunia sekarang , Maklumlah Kiamat Nak Dekat . Macam-macam perkara pelik dah terjadi . Bagi aku ianya lebih sempurna kalau kita bersikap sederhana saja . Kan Islam menggalakkan kita supaya Bersederhana . Tak kira lah dari segi apa pun , bersederhana sudah la .
       Lupakan sementara kisah itu , kita ke cerita seterusnya ,  remaja sekarang bercinta terlalu โ€˜REALโ€™ bagaikan sudah berkahwin . Biarpun umur baru berusia belasan tahun , Cinta bagaikan nak rak , tapi fikiran bagaikan kanak kanak . Kerana ini lah kita selalu mendengar cerita gadis belasan hancus kerana percintaan sebegini lah . Aku tidak tahu bagaimana mereka sanggup meneruskan percintaan yang dimurka sebegini . Tiada isi isi kandungan yang penting bagi mereka  untuk mengenali apa itu cinta yang sebenarnya .
Sekadar Gambar Hiasan
     Aku juga pernah bercinta pada masa kejahilan aku dan sekarang Alhamdulillah dapat juga berubah hinggalah Aku juga mampu sampai kesini . Dan lagi kisah percintaan remaja yang sanggup bersusah payah rela melakukan apa saja tetapi tidak mampu menahan dugaan Tuhan . malah disalahkan pula Tuhan Yg Maha Benar . Inilah yang kita semua tidak mahu terjadi . Sudahlah , jangan biarkan pisang berbuah dua kali .
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVrDHprEV5Rk89Hx8wgRoJx3wkQ_Ry6wUymyf18OFNxxfTmDwuZQ
Sekadar Gambar Hiasan
   Memandangkan Valentine Day hampir dekat , aku percaya makin banyak remaja-remaja melayu sekarang akan beli bunga untuk kekasihnya dan menyambut Valentine Day itu ( 
KEBANYAKAN SAHAJA ) . For What ? hari lain tak boleh kalau romantik sangat pun ? kenapa dengan hari itu juga ? Aku rasa korang tahu apakah hari sebenarnya sebalik perayaan itu . Sudah la , berhenti lah berbuat sedemikian . Cubalah rasa bersalah menyambut Valentine Day ni kerana kita Umat Islam . Aku pun tak lah betul sangat tapi sekurang-kurangnya aku mampu memikikan yang mana baik yang mana buruk dalam hal ni . Kenapa korang tak boleh ? 
  Semacam juga lagu Wings , ”Hidup Bagaikan Pentas Opera”. Kita hidup ni hanyalah sementara sahaja bagaikan kita berlakon di sesuatu pentas . Orang lain melihat , menjadi penonton . Penonton itulah yang melihat gerak geri kita . Ada juga pengkritik , Maka pengkritik itulah yang menasihati diri kita . Ada juga penyokong . Yang penyokong persembahan kita , memberikan semangat untuk kita . Dan yang paling penting adalah persembahan kita . Yang baik kita tunjukkan , maka yang baiklah penonton akan dapat . Jika yang buruk kita tunjukkan , maka ia menjadi kutukan, ikutan dan perbualan buruk oleh penonton yang sedang menyaksikan kita . Dari penonton itulah yang akan menjadi pelapis kita disuatu masa kelak .
  Tak boleh salahkan wanita saja , tak boleh salahkan lelaki juga . Habis nak disalahkan siapa ? Salahkan diri sendiri kerana terlalu hidup dengan minda yang kurang cerdas . Hentikanlah Bercinta Dengan kekasih Illusi , biarlah sekadar sederhana . Sesungguhnya cinta yang abadi dan sejati adalah Cinta Kepada ALLAH S.W.T , Rasulullah S.A.W dan ISLAM.  Salam .

>Jangan Malas Belajar

>

Salam kawan-kawan , hari ni aku teruskan entry aku dari hari ke hari . Ini adalah artikel Persendirian aku yang bermakna buatan tangan aku sendiri ( bukan buah tangan ! ) . Aku nak ceritakan tentang kisah hidup aku dulu dan sengsara yang aku rasai sekarang sebab aku sia-siakan masa belajar aku.

Sekadar Gambar Hiasan

  Kawan-kawan , pelajaran itu amat penting oke . Suka dan lain-lain pelajaran pun kita kena belajar . Bukan apa , nak minta kerja kena ada SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) . Nak masuk universiti kena ada SPM . Nak jawatan tinggi kena ada SPM . what , the power of SPM la Malaysia sekarang ni . 

Jom kita baca seterusnya . Read more ..

  Korang boleh kata ,” Pelajaran tak penting , pengalaman itu lagi penting”. Memang , betul sangat-sangat tapi pelajaran itu macam ‘Toturial’ tau . Tanpa Toturial , korang takkan tahu cara-cara nak buat . Macam tu juga dengan pelajaran ni .

  Ok , ”straight to the point” . Dulu mak aku elok-elok bagi aku duit sekola RM3 untuk belanja makan ( bukan belanja kawan ) . Tapi aku panjat pagar sekolah dan aku singgah ke CC ( Cyber Cafe ) . Dulu aku selalu guna ayat ni kat kawan-kawan aku yang rajin , tiap-tiap hari cikgu nampak muka kat sekolah ( sabtu-ahad tolak la  ) ” Bukan aku suka hati nak blah sekolah . Sekolah takda internet , aku kan cepat belajar”. Haha , lawak pula bila aku teringat .

  Iye la tu cepat belajar , ape yang aku belajar kat CC ( cyber Cafe ) ni kalau korang nak tau ? aku belajar main ‘game’ GTA San Andreas , Dispatch Of Army , Sudden Attack , RYL , Ragnarok , FIFA 06 , O2 Jam , dan lain-lain sama ada RAN game dan ONLINE game . Satu lagi kegemaran aku iaitu buka web dan layan awek kat http://www.kampungchat.com , MiRC , Laman sosial yang top masa dulu , Myspace.com dan friendster.com .

  Akhir sekali sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Kantoi dengan mak aku la . huhu . Tapi bagus juga aku ponteng sekolah ni . ‘At least’ aku reti belajar ‘Coding’ , ‘Html’ , wigdet , design , buat blog dan buat website ( website biasa je ) . Tapi korang rasa semua tu boleh jamin masa depan yang cerah buat aku ke ?

  Aku sebenarnya sekarang ni betul-betul menyesal la kawan-kawan atas apa yang berlaku ni . Susah buat aku nak cari kerja yang senang sikit dari kerja aku yang sekarang ni . ( ehh , korang tau ke aku kerja ape ? nah tengok aku kerja apa ni . Public Area Di Sebuah Hotel .huhu , sakit kan . 

  Korang sanggup buat kerja macam aku buat tu ? mesti ramai yang geleng kepala . Ini realiti kawan . Macam mana aku nak kahwin dan jaga anak-anak aku kalau begini lah kerja aku yang gajinya tak seberapa ni .( tampung aku sorang , boleh la hidup ) . Aku berharap sangat-sangat , agar korang JANGAN sesekali ponteng sekolah , melepak kat cc . 

  Korang hargailah mak dan ayah korang yang jaga korang dari kecil sampai lah besar dan pastinya orang tua kita nak tengok kita berjaya . Jangan jadi macam AKU ok kawan . InsyaAllah , aku tak lama lagi akan berhenti dari tempat kerja tu dan aku akan cuba sambung pelajaran aku balik . Kawan , Belajar ni sampai mati pun tak akan habis , cuma kita belajar ilmu-ilmu yang patut kita belajar .


  Ok la kawan . Inilah cerita aku hari ni . Aku tak suka kawan aku ikut jejak aku . Janganlah , belajar lah bersungguh-sungguh semata-mata nak berjaya dan bagi ibubapa kita gembira ( pahala tu , tak mau ke ) . Mungkin entry ni ‘simple’ . Tapi niat aku post entry ni agar korang mengerti betapa pentingnya pelajaran ini buat hidup korang . Tak perlu untuk bosan belajar kerana apa yang kita belajar kita akan buat . Usahakanlah kawan2 .

  Untuk geng lepasan SPM , aku berdoa agar mendapat ‘score’ tertinggi dan terbaik . Buat akan mengambil SPM tahun 2011 ni , ini lah masanya untuk anda luahkan masa korang kepada buku dan pelajaran ok . Sampai ini saja . Aku harap korang mampu berjaya ๐Ÿ™‚ . Salam .

  

>Arak Celaka Dunia , Tapi Bukan Musuh Dunia

>  Salam , kali ni entry aku mengenai arak lagi . Aku nak luahkan sedikit psikologi mengenai perkara ini .  

Sekadar Gambar Hiasan

Fuhh , mungkin tajuk artikel aku ini agak kurang ajar sikit . Tapi , inilah fakta . Baiklah , aku mahu berterus terang . Sebenarnya tiada guna Jabatan Agama Islam Negeri membuat ops untuk menghentikan dan mengurangkan Maksiat didalam Malaysia ini jika tiada undang undang besar bagi Menghalang penjualan Arak di Malaysia . Memang Malaysia negara yang berbilang kaum tetapi kebanyakkannya Malaysia Negara Melayu . Rakyat beragama Islam ramai di Negara Malaysia .

Read More ye ๐Ÿ™‚


 

        Jika rakyat Melayu tidak minum tak mengapa lah , tapi kebanyakan mereka minum juga . Termasuk aku dahulu . aku mengaku aku juga minum tapi itu dulu , sebab apa aku boleh terminum ?? Sebab aku terhasut dari sekitar aku , iklan-iklan arak di TV , contoh yang tidak baik didepan mata aku.. Tapi Alhamdulillah sekarang aku bebas arak . Jadi aku mengambil pengalaman aku dan pandangan aku .
Sekadar Gambar Hiasan
Aku rasa kalau lah Jabatan Agama Islam Negeri mempuat ops di mana mana kelab malam , kelab dangdut , Cuba baca populasinya kebanyakkannya melayu ! paling banyak di kelab dangdut . Ada yg bertudung masuk di kelab Dangdut tapi meneguk segelas Air arak . ( hehe , jangan ingat aku main-main , perkara ni memang ada )
     Jadi aku merancang agar kerajaan berjaya menempatkan satu undang undang menghentikan penjualan Arak di Malaysia . Kerana ini mencemarkan Negara kita sendiri . Kenapa aku tidak suka Jbtan Agama Islam buat ops Maksiat , kerana Araklah ibu segala kejahatan . Dari Araklah mereka berbuat demikian , tapi kadang-kadang ada juga kes macam ni tapi bukan disebabkan dari arak , dari nafsu . .Semuanya atas hasutan Syaitan Laknat ! Beli Arak Minum Arak , Tahniah , Anda adalah penyokong Syaitan FC !
P/S : marah ke ? sorry la . Jangan Pulak SAMAN saya , saya orang susah . Ini pendapat saya je.

>Tinggalkan Judi Dan Jadi Kaya

>

Sekadar Gambar Hiasan

   Salam kawan-kawan ,kali ni aku muncul dengan cerita tentang berjudi ni . Sekarang aku tengok ramai di sekitar aku ni terjebak dengan judi . Kat penang kan . Banyak , aku tak tahu la kat tempat lain macam mana . Ikuti lah cerita dari Ibnu Yusof ini untuk tatapan korang ni .
Sejak dari awal lagi , orang yang suka berjudi itu bergantung pada nasib . Penjudi sebenarnya menempah nasib malang sedangkan dia dilahirkan bernasib baik . Itu lah sebabnya judi diharamkan Oleh Islam .

Tidak ada sarjana yang menyuruh anda berjudi yang jadi kaya . Sampai bila anda mahu berjudi ? Malah tidak ada penjudi yang jadi kaya . Mereka yang telah kaya berjudi dengan tujuan berseronok menghabiskan wang . Orang yang membuka perniagaan judilah yang kaya raya kerana sejak dari awal-awal lagi dia telah memasang strategi agar tektik agar dia sentiasa menang walau bagaimana pintar , cerdik dan bijak pun pelanggan-pelanggannya .

Jika andaโ€™hampirโ€™ menang , itu sebenarnya hanya jerat kepada diri anda agar anda kalah teruk dan kehilangan harta yang telah anda perolehi dengan jerih payah .

 Read More ye ๐Ÿ™‚

Orang malas mungkin tecebur ke kancah judi kerana ingin mencari โ€˜jalan mudahโ€™ menjadi kaya dan mencari duit . Sesungguhnya Jalan mudah untuk menjadi kaya ialah meninggalkan judi . Contoh yang mudah , jika anda selalunya menghabiskan RM1,500 setiap bulan untuk berjudi , sekiranya anda simpan wang itu , anda mampu membeli atau membina rumah yang cantik dan serba indah dalam tempoh tidak sampai 5 tahun .

Sekadar gambar Hiasan

Tinggalkan judi dan serta merta anda akan jadi kaya jika berdoa diberkati Tuhan dan berusaha mencari rezeki yang halal . Jika anda tidak juga menjadi kaya di dunia , anda akan kaya di akhirat kerana anda tidak melakukan laranganNya dan akan dibalas dengan pahala dari kebaikan yang anda lakukan di dunia .

dari Ibnu Yusof .

   P/S : sesiapa yang macam ni , kalau tak sedar lagi tak tahu la nak kata apa lagi ๐Ÿ˜ฆ

>Berangan Nak Tukar Header BCR

Salam kawan-kawan , hee . Kali ni aku kembali dengan segmen angan-angan ku . Hehe . Aku menyusul lagi dengan angan-angan nak tukar header BCR . Apa itu BCR ? BCR bermaksud Bloggers Chat Room yang menjadi ruangan blogger untuk berhubung sesama bloggers dan selainnya . Memang seronok bersembang dan menghebahkan entry terbaru disana kerana mendapat sokongan dan galakan . Diatas jasa dari BCR , aku pun berangan nak tukar header BCR sebab header BCR ringkas ( aku tak kata design aku cantik ) .

Header Semasa BCR

  Fikir punya fikir , aku dah bercadang nak bagi tempahan free 3D name semasa Chat kat BCR , Jejaka Terhangat ( admin ) pon menyampuk . ( dia saja nak uji aku tu ) , dia minta aku buatkan untuk BCR satu . Aku pun dengan rasa bangga mencuba la . Akhirnya berjaya design 3 model header BCR . Ini lah nukilan ku ,

Read More ye ๐Ÿ™‚

Percubaan 1

Percubaan 2

Percubaan 3

   Aku rasa Nak tukar header BCR ni hanyalah angan-angan aku saja sebab tak mungkin akan diluluskan kerana size header lebih dari 200 kb . selalunya header orang lain 10 kb ja . ( ye ke ? ) . Dan aku yakin design aku tak secantik SyedGraphiX . Yea itulah sebabnya aku yakin aku hanyalah sekadar khayalan . hihi . Ok lah setakat ini saja aku nak bercerita . Jumpa lagi la . Assalamualaikumm


P/S : bro redzuan-ridz tempah header , barang gambar bila nak bagi bro ?