Category Archives: Cerita Lawak

>Gangguan Bekalan Elektrik Di 5 Negeri

>Kepada pengguna BEKALAN LETRIK yang dihormati sekalian..

Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya ‘terlebih’ aktif dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut..

1. SELURUH NEGERI MELAKA

2. SELURUH NEGERI SEMBILAN

3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR

4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

5. SELURUH NEGERI JOHOR

PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD MALAYSIA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGGUNA TERBABIT DAN BERHARAP AGAR SEMUA PENGGUNA MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.

Harap maaf… (sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda)

 
 
 
p/s : tiada kaitan antara mana-mana pihak . hanya untuk berhibur sahaja .

Advertisements

>Cerita Menyayat Hati

>” Abg…tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! “. Hakim baca sms sepantas

kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran

dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main

masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu ‘Racing BMX’ dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh ‘Husin and the

gang’

yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula

lancar

tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina

“Pen

merah pen biru, U baca I love U’ bersama sebijik gula-gula Hacks

sebagai

hadiah harijadi Ina…gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak

Ropiah

ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak

Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa

menadah

telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak

naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi

fikirannya

kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba

hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,

fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina

tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala

itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.

Dia

risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah

Ina

dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru

ni,

ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika

rumah

Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu

diapa-apakan,

ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak

diapa-apakan.

Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa

itu

baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka

masih

bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.

Jika

tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant

shutdown

2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya

yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal

isterinya

itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti

di

depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah

rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit “Ina, Ina”. Dia pulas tombol

pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik

Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk

lagi

pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,

dia

pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,

dia

tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup

muka sambil menangis. “Ina, apa yang terjadi sayang” Hakim cuba pujuk Ina.

Ina masih dalam sendu. “hu…hu…” ” Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi” “Hu..hu” Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. “Ina, what hell is going on…tell me!!”

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm “Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi.”

Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.

>Cara Jawab Telefon Yang Betul

>

“Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?

Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?

Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?

Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?

Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?

Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan

perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.

Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo……

Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…

Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?

Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le

tu.

12. Soalan: assalammualaikum…

Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite

wajib jawab)

>Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda

>

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati.

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

 Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan

sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara

yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.