Monthly Archives: December 2010

>Khairul Fahmi Che Mat

>

 

  Salam , kawan-kawanku . Lama jugak aku tak buat post baru ni . oke la aku mulakan dengan entry Khairul Fahmi Che Mat . Beliau juga dikenali sebagai en.apex . Korang kenal dia tak ? Mesti korang semua kenal punya kan . Beliau adalah goalkeeper terbaik Malaysia yang pernah aku tengok selain :-

1. Kamaruzzaman
2. Sharbinee
3. Hamsani Ahmad
4. Megat Amir Faisal

  Oke , nah aku sertakan sedikit biodata Khairul Fahmi Che Mat ( KFCM )

Nama Penuh: Khairul Fahmi Che Mat

Tempat Lahir: Kelantan
Tarikh lahir: 7 Januari 1989
Posisi: Penjaga Gol
Tinggi:172 cm
Berat: 70 kg

Oke , pasai pa font tukar jadi bold lak ni . aduhhh . Khairul Fahmi baru sahaja berusia 21 Tahun . ( Dah masuk 2011 , tunggu besday da 22 tahun da ) . Seorang warganegara yang lahir di Kelantan . Semasa dia bermain untuk kelantan bagi aku dia tak femes lagi .  Tapi sejak2 Malaysia layak ke semi final , Aku tengok beliau da mula matang . Inilah yang kita mahu . Tak sangka didikan Jurulatih Malaysia , Rajagobal berjaya mematangkan pemain muda Malaysia . Lepas ni bila nak main untuk malaysia ? hehe .
  2 Hari lepas nama Khairul Fahmi adalah top 5 trend . kalau tak percaya nah gambar2 bukti ..
 


  Tahniah aku ucapkan buat Khairul Fahmi , haa font oke da . hee . Khairul Fahmi sekarang mengumpul banyak peminat .. Disebabkan kemachoan terlampau dan skill yang taraf 5 stars , Khairul Fahmi menjadi top. Apa-apa pun . Tahniah buat Khairul Fahmi . horaayy for Malaysia . loveMALAYSIA !

Isu laser dari indonesia . apa-apa pun , amik ni ,

 

 

Advertisements

>Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010

>

   

Tahniah kepada Team malaysia yang telah berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010 . Kemenangan Agregat 4-2 setelah Malaysia menang di Stadium Bukit Jalil pada 26 Disember dengan keputusan 3 – 0 . Namun Malaysia tewas di Gelora Bang Karno ditangan Indonesia iaitu 2 – 1 . Biarpun kalah di Indonesia tetapi Malaysia tetap membawa pulang Piala itu . yehaa !

  

  Malaysia menjadi top score AFF Suzuki Cup dengan jumlah sebanyak 5 Gol iaitu dari penyerang utama Malaysia , Safee Sali (10) . Terbaik sekali . Macam ni lah baru semangat Malaysia . Bagi aku Pemain match of the game tadi aku akan bagi kepada Khairul Fahmi ’22 ( Goal Keeper ) Malaysia . Memang terbaik gila . Tak rugi aku pusing-pusing cari kedai mamak untuk duduk tengok bola . Hari ni kedai nasi kandar kebanyakan Full house kat Penang .

 

  Safee Sali aku respek sebab menjadi perancang utama Malaysia . Terbaik la ko Safee ! . Aku sebenarnya tak minat dengan bolasepak Malaysia ni tapi semangat Patriotik aku kembali apabila Malaysia menang perlawanan dengan laos ( 6 – 0 ) . Antara pemain Malaysia yang aku nampak menyerlah dan bersemangat sekali :-

 


 1 . Khairul Fahmi – Goal Keeper
 2 . Safee Sali – Striker
 3 . Norshahrul Idlan Tahala
 4 . Kunanlan
 5 . Mohd Ashaari

Read more ek ?

  5 Ni yang terbaik dan aku respek gila-gila . Malaysia ada pemain antarabangsa iaitu Shaun Maloney ( tak salah aku la ) Celtic kot . Brendan Gan ( Sydney FC ) ,  Stanley Bernard Samuel (Persibo Bojonegoro , Indonesia ) . Tetapi tak digunakan . Tengok Indonesia , ada Cristian Gonzales , Okto , pemain import tapi mendapat kewarganegaraan Indonesia . Inilah tandanya Malaysia lebih maju kerana menggunakan pemain Kebangsaan sendiri . Terbaik . Akhirnya Indonesia terpaksa akur dengan kekalahan itu . hahaha , Malaysia pegang Cup . Malaysia main ‘curang’ ? Suka ati korang la nak cakap pape pon . Yang penting , loveMALAYSIA ! Tanah Tumpah Darahku !

Milik Malaysia !!


Tribute to Khairul Fahmi :
Jasamu dikenang .
Youre become to be a Legend ,
Patut diberikan gelaran Datuk ,
Kerana engkau la wira Malaysia ! 


To indonesia ,

Ohh korang buat ni untuk Malaysia ekk .




Akhirnya kami buat jugak !




Inilah , Tanah Tumpahnya Darahku


Ehh , silap pic la . huhu 🙂

 

>Balotelli , Manchester City 4 – 0 Aston Villa

>

   

Viva Manchester City ( bukan perodua viva !!! ) . Baru tadi aku sempat menyaksikan stat perlawanan Manchester City menentang Aston Villa tadi . Tahniah Manchester City kerana menang 4 – 0 Keatas Aston Villa .Perlawanan baru saja tamat tadi . Manchester City tanpa jentera Tevez . Tevez hanya berada di bangku simpanan saja .

  R.Mancini hanya menggunakan khidmat Mario Balotelli , Jo , dan lain – lain ( stat Pemain aku dah letak dibawah . ) . Mario Balotelli menjadi wira manchester City kerana menjaringkan hatrik 3 gol dan 1 gol dari Lescott . Steady la Manchester City . Sekarang ni Manchester City tengah 1st Top Rank liga Priemer English , Sekejap lagi mungkin Manchester City akan ke tempat kedua kot sebab Manchester United akan menentang Birghinham .

Read More yek 😛

Mario smiling after goal v Villa

  Takpa la sekurang-kurangnya dapat merasa jugak jadi 1st Top Rank . Hehe , Aku merasa terkejut lihat score dari balotelli tadi . Memang terbaik la dari Manchester City . Tak da la banyak kalah atau seri sangat . Standard je la tu .

  Aku harap yang terbaik dari Roberto Mancini sebagai pengurus pasukan dan anak buah nya yang cemerlang sekali ! . Siapa kata Manchester City tak top ? Mereka terbaik oke 🙂

Pemain Yang main ,

Match details

Tuesday 28 December 2010, 3:00PM

Att: 46716
Barclays Premier League
Referee:
Michael Oliver (Northumberland)

Teams

Manchester City:
Hart, Richards, Kompany, Lescott, Zabaleta, De Jong (Bridge 77mins), Vieira, Yaya Toure (Jo 63mins, Silva (Milner 58mins), Balotelli, A. Johnson

Unused subs:
Given, Tevez, Boateng, and Barry
Bookings:

Aston Villa:
Friedel, Lichaj, Collins, Cuellar, Warnock, Abrighton (Delfounesco 57mins), Petrov, Reo-Coker (Pires 81mins), Downing, Agbonlahor, Bannan (Delph 57mins)

Unused subs:
Clark, Guzan, Osbourne, Herd
Bookings:
Warnock (18 mins), Lichaj (69mins)

 Yaya shoots

>Perlawanan AFF Suzuki : 2nd Final . Indonesia Vs Malaysia

>

 

  Salam kawan-kawan , maaflah . Entry aku kali ni keluar lambat sedikit kerana Mozilla Firefox aku ni mengalami gangguan virus Malware . So bila aku bila http://www.abdulfarique.com ke akan keluar http://www.blinkx.com . Arghh , tension . Aku fikirkan main server, tapi aku try guna google chrome oke plak . Oke la  berbalik pada cerita ini . Indonesia Menentang Malaysia malam ini pada pukul 8 malam . Geng , Read More ye 🙂


 

Malaysia yang berhijrah ke Stadium Gelora Bung Karno ( GBK ) untuk berdepan dengan Indonesia . Berpuluh-puluh ribu penyokong Indonesia yang menbanjiri stadium itu . Mesti tension dengan sorakan penyokong Indonesia tu . Kalau aku jadi pemain , aku pun tension .
Untuk Team Malaysia , diharap bersabar dengan gangguan disana dan anggaplah penyokong Indonesia yang tengah bersorak itu sedang bersorak untuk anda .

  Entry ni aku buat khas untuk Negara Tanah Tumpahnya Darahku ini . Ramalan aku untuk team Malaysia adalah Malaysia 2 – 1 Indonesia . Majulah Malaysia ! loveMALAYSIA !! Beberapa pemain Malaysia yang dijangka tidak dapat bermain adalah Pemain Sayap Kanan , Amirulhadi Zainal dan tonggak Pertahanan Kanan Mahali Jasuli kerana dilayangkan kad kuning sebanyak 2 kali didalam rekod piala AFF .

 

  Apa-apa pun saksikanlah malam ini pada pukul 8.00 Malam di RTM untuk menyaksikan perlawanan Indonesia Vs Malaysia ! Hope Malaysia Boleh ! 

>Kekalahan Berpunca Kerana Laser ? Siapa Mula Dulu ?

>

 

   Salam , Berikut aku nak cakap sikit tentang Piala AFF Suzuki Cup 2010 ni . Aku tengok betapa bencinya orang Indonesia kat orang Malaysia ni sampai dalam bolasepak pon Peminat indonesia ni benci kat Malaysia . Ape hal lu ? Takde keja ka ?

  Aku ada la selak2 Facebook AFF Suzuki Cup  , diorang punyalah syok kutuk Malaysia ni , Fan2 Indonesia ni melampau agaknya . Apa la Peminat Indonesia ni , mereka kata Malaysia menang dengan cara curang . Apa curang2 ? Football is a football . Fan apa macam ni sampai main budaya agama orang lain ? Aku fedup dengan peminat Indonesia ni . Diorang ingat menang bola ni boleh menang macam-macam .

  Ape la dunia sekarang ni . Bolasepak punya pasal je pun . Aiyo , buat teruk peminat Indonesia ni . Mereka kata Malaysia ni Bodoh la apa la Pastu bagi nama Malaysia yang Indah ni tukar jadi Malingsia la , Malaysianjing la . Diorang tak sedarkah kat Malaysia juga diorang cari makan . Lepas tu nak bakar-bakar bendera Malaysia ? Ada yang siap ajak perang lagi .
Ni la keruntuhan zaman . Masalah sungguh . Read More geng !


Diantara komen – komen yang aku dapat dari facebook AFF Suzuki tu yang dikomen oleh peminat indonesia ,

MALAYSIA SEKARANG SEDANG DI TERTAWAKAN OLEH SEMUA ORANG YANG ADA DI DUNIA.KARNA MEREKA MENANG DENGAN CARA CURANG
HAHAAA”

”MALON TAK USAH BANYAK CAKAP! Kalau kalian memang bukan PENGECUT,PECUNDANG ,datang langsung Ke GBK. .
Buktikan dong kalau kalian punya mental baja, bukan mental BANCI HOMO. . Hahahahaha”

”BAGI SELURUH SUPORTER INDONESIA, DI HARAP BAWA LASER MERAH SEBANYAK2NYA
KARENA KITA HARUS BALAS TINGKAH LAKU MELAYUSIA ANJING!
LIHAT SAJA
RIBUAN LASER MERAH MENANTI SAFEE SALI DAN KAWAN KAWAN!
TERUTAMA LASER SAYA, LIAT AJ NANTI.. TOT
SALAM ” LASKAR GARUDA GARIS KERAS / ULTRAS “

  Perghh , mesti hangat hati korang kan . Diorang kata kita main tipu . Indonesia kalah sebab kena laser hijau . Apa ni . Siapa yang mulakan . Sampai Malaysia Kalah 5-1 kat indonesia . Bukan ke goalkeeper Malaysia kena laser jugak ka ? nak tengok video/Bukti ? Aku jumpa di ohdaus ni . Memang berguna untuk buka mata peminat Indonesia tu . Siapa curang ?? Indonesia yang curang dulu . Fair lah .  Korang boleh saksikan sendiri

Korang leh tengok video kemenangan Indonesia keatas Filipina yang menggunakan laser . What the shit !

So jangan nak kata Malaysia ni jahat main laser . Main laser kejap je pon . Markus yang lembut tu kena laser sikit terus ajak pemain indonesia keluar padang . Apa cer ? Malaysia kena laser buat bodoh ja . Itu pun sekejap je , Lepas Sultan Pahang turun padang , mana ada da insiden laser tu . pe dia la peminat Indonesia ni . adoi , tak nak lah gaduh-gaduh . Pasal bolasepak je kot . Sebelum aku cau entry ni , meluat nak tulis . Aku ada screenshot komen2 dari laman facebook AFF Suzuki tu . Negara jiran , relax la bro . Kata kuat , Garuda . Relax2

 

Lepas tu aku pun gatal tangan nak komen jugak , sebab geram ngn diorang ni .

>Awards Mizzapple . Followers Ke-36

>

 

     Tahniah kepada Mizz Apple yang berjaya memperolehi Award dari abdulfarique.com yang kedua selepas syrupmasin . Abdulfarique.com memilih no.36 kerana memiliki tuah dalam hidup abdulfarique.com . Buat Mizz Apple , Free Gift yang tertera diatas ialah Topup RM5.00 . Wahh , Menurun ya , Sebab apa ? Sebab abdulfarique.com lebih memandang no jersi bolasepak kegemaran sahaja . Hee . Mizz Apple sila tuntut hadiah anda diruangan komen . 

   Post kan kepada saya No.fon atau alamat facebook atau alamat email . Kalau tak macammana saya nak topup . Tapi sebelum tu untuk pengumuman , Hadiah akan diberikan pada 31 Disember ini Sempena Selamat Hari Dapat Gaji . Haha . Saya terharu kerana Mizz Apple sudi menjadi followers saya yang ke – 36 . Buat kawan-kawan yang lain , jangan kecik hati . 

  Korang boleh tunggu aku lancarkan Jackpot no pageviews mengikut no yang aku nak pada 1 Januari 2011 ni . Hadiah biasa Topup RM10.00 Untuk korang yang kena . Sebelum terlupa , Mizz Apple sila buat satu entry mengenai award ini kerana Award ini adalah saya buat khas dan teramat khas untuk Mizz Apple . Tahniah 🙂 Kenapa aku memilih no.36 ni ? korang nak tahu ? boleh tekan Read More tak ? hee .

  No.36 aku pilih kerana pada umur aku 16 tahun aku telah berkerja sebagai Konduktor bas ( kolek ) . Aku berkerja dengan Milan Bas ( Bas Kuning di Pulau Pinang ) . Sekarang dah gulung tikar kerana kemasukan bas Rapid Penang . No trip yang aku selalu ikut adalah 3-3 . Tetapi aku menbenci no itu sebab selalu gaji sikit ( Trip tak ramai orang , makan gaji hari ) . Tapi setelah aku ikut bas trip 3-6 , Alhamdulillah , Gaji stabil ( RM40.00 sehari ) . Kalau orang ramai dapatlah lebih . 

  Apabila Bas Rapid Penang masuk ke Pulau Pinang . Bas Milan hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja selepas itu gulung tikar . Itu lah kenangan aku sebagai seorang konduktor Bas yang mengikuti trip no.36 . Jadi untuk mengenang zaman Bas Milan dulu , Disini aku memilih untuk memberikan Award kepada Mizz Apple iaitu Followers bernombor 36 . Tahniah . Sebab geng-geng lain , Sudi-sudikanlah Follow Abdulfarique.com kerana nombor seterusnya korang takkan tahu mungkin dekat atau mungkin jauh 🙂 .

Salam 🙂

Kepada Mizz Apple jangan lupa amik award diatas tu tau . Khas buat Mizz Apple :p

>Newcastle United 1 – 3 Manchester City

>

   

Salam kawan – kawan , seletah tamatnya aku menyaksikan perlawanan bolasepak diantara Malaysia Vs Indonesia di Rumah sabran ( member aku ) , aku pun duduk lepak kat luar sebab lama lagi game Manchester City ni . So aku wat keputusan balik rumah dan tengok dari alert fon je la . Tak elok dok rumah orang lama-lama 🙂 .

 Action shot Newcastle1

Read More Kawan ,

  Kawan , Newcastle United kena belasah teruk dengan MCity ni . Pada minit pertama Gareth Barry dah jaringkan gol . steady la Barry !! . Lepas tu 5 minit seterusnya C.Tevez ( my idol ) buat gol pulak ! . Agaknya terbuka mata Pengurus Pasukan , Roberto Mancini . Sapa cakap C.Tevez tak kuat . Mancini ni pun satu suka rehatkan Tevez lama-lama , bila dia main pun Mancini akan tukarkan dengan pemain lain . Dia stress la , Lepas ni Tevez buat request Transfer tak bagi pula . Sayangilah Tevez, Mancini oii ..

 Tevez terbaik , jaringan keduanya dilakukan pada minit ke ’81 . Tapi sebelum itu gol saguhati dijaringkan oleh A.Carrol pada minit ke ’72 . A.Carrol adalah penjaring setia Newcastle United . Perlawanan tadi membuktikan R.Mancini mampu membuktikan kekuatannya untuk membawa Manchester City ke tangga top 3 . 


  Sekarang Manchester City berada ditangga ke-2 . Kita tunggu malam kejap lagi iaitu perlawanan Arsenal melawan Chelsea , Aku harap-harap game arsenal vs Chelsea ni kedua-duanya seri . Haha . Mesti sekarang penyokong arsenal ataupun chelsea tengah panas dengan aku sekarang ni . Manchester United berada di persada liga kerana MU menang 2-0 dengan Sunderland malam tadi . Ayam betul la . Tak pe la , apa-apa pun aku harap yang terbaik dari manchester City . Aku screenshot League Table liga EPL untuk korang k . Salam Akhir , Byebye 🙂


Sebelum tu kat sini aku copy Match Detail sekali …

Match details

Sunday 26 December 2010, 3:00PM

Att: 51635
Barclays Premier League
Referee:
Chris Foy (Merseyside)

Teams

Newcastle United:
Krul, Coloccini, Joe Enrique, Simpson, Taylor, Nolan, Barton, Routledge (Ranger 61mins), Gutierrez, Tiote, Carroll.

Unused subs:
Harper, Williamson, Perch, Guthrie, Smith, Best
Bookings:
Nolan (25mins)

Manchester City:
Hart, Boateng, Kompany, Lescott, Kolarov, DeJong, Yaya Toure (Vieira 83mins), Barry, Silva (Johnson 70mins), Tevez (Balotelli 86mins), Milner.

Unused subs:
Given, Richards, Jo, Zabaleta
Bookings:
Silva (30mins), Lescott (65mins), Hart (77mins) Johnson (89mins), Balotelli (90mins)



 

>syrupmasin ! Award Followers Ke 32

>

Award pertama dari abdulfarique.com diberikan untuk syrupmasin diatas menjadi followers abdulfarique.com yang ke ’32’ . Free Gift yang menanti syrupmasin adalah Topup RM10.00 dari abdulfarique.com . Sila tuntut hadiah anda di bahagian komen ya . Sila hantar Nombor telefon anda ataupun alamat facebook anda atau email anda untuk memberikan hadiah . Dengan syarat buat satu post mengenai award ni dalam blog anda , copy image award ni kerana ianya khas buat syrupmasin ! . Setiap tuntutan yang lebih daripada (3) hari dari tarikh ini tidak akan dilayan . Kenapa abdulfarique.com pilih no.32 untuk awards followers ni ? Nak tahu ? Jom Read More 🙂

Asal Usul No.32
No. 32 dipilih kerana aku terlalu fanatik dengan pemain Manchester City yang bernama Carlos Tevez yang bermain menggunakan jersi bernombor 32 . Itu lah punca aku memilih no. 32 . Bagi aku Carlos Tevez inspirasi aku dan penyebab aku meminati Manchester City !
Bagi kawan-kawan yang lain , jangan cuak dan takut-takut untuk menjadi followers aku . Aku amat hargai dan sangat terharu , balasannya aku followers korang balik dan aku buat award dengan no tanpa jangkaan korang . Jadi korang tak perlu risau , no followers seterusnya hampir dekat dengan no kegemaran aku . Sudi-sudikanlah diri menjadi followers Abdulfarique.com ! Salam 🙂 

>Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia 3 – 0 Indonesia

>

 Salam kawan-kawan , Tahniah kepada Team Malaysia yang menang tadi . Haha , memang aku dah agak . menang . Hee 🙂 . bagi korang tekan read more , just baca terus . Memang aku seronok hari ni . Malaysia menafaatkan tempat sendiri di Stadium Bukit Jalil Malam tadi ! . Aku ada buat ‘stat’ perlawanan ni . Nak baca ? nah . hehe 🙂

Disember 26, 2010






Gol dijaringkan oleh :  





Safee Sali (51,73′) 







Ashaari Samsuddin (68′)





Senarai pemain: 22 Khairul Fahmi, 4 Asraruddin Putra Omar, 8 Safiq Rahim, 9 Norshahrul Idlan Talaha, 10 Mohd Safee Sali (17 Amri Yahaya 81′) ,  12 Amar Rohidan, 16 S. Kunanlan, 18 Mahali Jasulli (Mohd Sabre Mat Abu 90′), 21 Amirulhadi Zainal (26 Ashaari Samsuddin 53′), , 24 Mohd Muslim

Simpanan: 28 Sharbinee Alawee, 2 Mohd Sabre Mat Abu, 6 Razman Roslan, 3 Mohd Faizal, 7 Khairul Helmi, 17 Amri Yahaya,  26 Ashaari samsuddin, 15 K. Gurusamy, 19 Faizal
 Abu Bakar

Malaysia membawa bekalan 3-0 ke Jakarta pada perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. 

Selepas perlawanan separuh masa kedua bermula dan terhenti selama 5 minit akibat ganguaan laser. Malaysia bangkit dengan hasilan gelicikan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menewaskan pertahanan Indonesia sebelum menolak ke Safee Sali yang tidak dikawal. Safee Sali mudah menolak masuk pada minit 51′.

Gol kedua terhasil apabila hasil yang mendapat bola lantunan pemain Indonesia yang mengawal Norshahrul Idlan terus merembat kencang menewaskan penjaga gol Indonesia Markus pada minit 68′

Manakala Safee Sali pada minit 73′ menyudahkan hantaran Mohd Muslim hasil tandukan yang sekali lagi menewaskan pennjaga gol.


P/S :Harap-harap Malaysia menang Final ke2 ni dan dapat pegang Piala AFF tu . Pissttt , dah lama tak pegang kot :p





>5 Sebab Kenapa Aku Tak Suka Broadband

5 Sebab Kenapa Aku Tak Suka Broadband
  Salam , blog post aku kali ni mengenai broadband . Korang sendiri tahu kelebihan broadband . Yang paling utama boleh dibawa ke merata tempat la kan . Tapi korang tahu tak , banyak risiko dan perkara yang aku benci mengenai broadband ni . 2 Jenis broadband yang aku pernah pakai iaitu dari Celcom dan dari Maxis .
  Aku hanya boleh respek broadband maxis tapi kalau broadband Celcom ni maaflah aku tak berminat oke .Broadband salah satunya teknologi terkini iaitu teknologi rangkaian internet mudah alih . Senang untuk kita berhubung melalui internet kemana saja .
Read More ye :p

 
  Broadband juga seperti barang-barang berharga yang lain . kalau broadband hilang , korang boleh tutup perkhidmatan dari kad sim tu , tapi modem tu macam mana ? dah rugi dah dari situ .
Oke la kawan-kawan , pasti korang tak sabar nak elok sebab apa aku tak suka broadband ni ek .
Oke , sekarang ni aku bermula :-
1. Mula-mula pakai laju , Lama-lama lembab .
  – Yang ni biasalah , semua broadband macam ni . Diorang kira pakai 2GB la , 5 GB , 32GB mengikut banyaknye duit dalam poket kita . Ini lah susahnya broadband . Nak duit lebih , perkhidmatan lebih .
2. Tinggal Tempat Tinggi2, Kejap Ada Line , Kejap tak ada.
 – Meluat betul , wakil diorang kata kat aku macam ni ‘ lu punya rumah dekat ini komtar ini menala ( menara ) dekat saja , boleh access ‘ . Access tok dia , baru syok-syok tengah tengok video kat youtube , pastu tengah buat artikel baru , tiba-tiba line tak da . So bila klik publish jadi error . ishhhhh !
3. Senang Hilang
 – Korang nak tanggung sakit hati lagi kalau broadband korang hilang . Banyak kerja pula tu . Kena pergi maxis center la ape la yang tu la ini la . Stress L
4. Senang Jatuh
 – Korang yang suka bawa broadband pergi merata tempat , bayangkan kalau broadband itu dah diluar kawalan korang dan jatuh , tak rosak takpe tapi kalau rosak ?
5. Hilang disebabkan Ahli Keluarga Korang
  – Korang baru nak syok update artikel baru yang korang siapkan pagi tadi . Sebelum korang pergi kerja korang akan publish tapi tengok – tengok lain pula yang lain . Kakak , abg , adik korang yang dah rampas dulu . aiyoooo ! Tapi yang ni boleh terima lagi la kan ..
 
  Haha , ini lah sebab nya aku tak suka pakai broadband ni . Aku pun tak tahu la kenapa tapi aku rasa perkara ni betul la . Aku memang tak suka broadband . InsyaAllah aku akan upgrade kan sistem rangkaian internet aku dengan menggunakan dari Streamyx yang kepalanya iaitu TM ( Telekom Malaysia ) .
  Tunggu duit masuk so jalan je la . huhu . INi je artikel aku mengenai broadband ni . Kalau korang ada info mengenai dan berkaitan broadband , boleh la sudi-sudi komen dibawah ni :p
Salam J