Category Archives: Belangsukawa

>Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Dunia | Tergempar

>    SAO PAULO: Seorang wanita Brazil yang disenaraikan sebagai wanita tertua dunia oleh Guinness World Records meninggal dunia semalam, kira-kira dua minggu sebelum meraikan hari lahir yang ke-115 tahun 


TINGGAL KENANGAN: Maria Gomes Valentim, 114, tersenyum ketika bergambar di Carangola pada Mei lalu. - Foto REUTERS


Wanita tertua dunia kini milik seorang wanita di Amerika Syarikat.

Jurucakap pusat jagaan, Helerson Lima berkata, Maria Gomes Valentim meninggal dunia akibat beberapa organ badannya yang tidak berfungsi.

Valentim akan berusia 115 tahun pada 9 Julai nanti. – AP 



Sumber : Berita Harian 

 # Agaknya lepas ni siapakah pengganti pemegang rekod dunia ni ye ?
Advertisements

>Qayyum Meninggal Dunia | Kartunis Ujang

>    Assalam kawan-kawan. Kartunis Majalah Ujang, Qayyum meninggal dunia semalam pada pukul 7.45 malam akibat stroke. Arwah yang berusia 42 tahun tiba-tiba pengsan apabila hendak menaiki ke apartment beliau dibawa ke PPUM. Arwah dikafankan dan disolatkan di Masjid Taman Tun dan dikebumikan di kampungnya di Batu Talam Raub.




   Ini lah video arwah yang pernah popularkan beliau pada suatu ketika dulu. Semoga Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..









Sumber berita : Akmalhilmi.com

>Bekas Pemain Bola Sepak Perlis Meninggal Dunia

>

KANGAR: Bekas pemain bola sepak Perlis era 80-an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini semalam.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 6.20 petang semalam dan meninggal dunia sejam kemudian. 

Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan. 

Baca Selanjutnya di : Berita Harian


  Al-Fatihah… Semoga Arwah ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman . Amin.

>Kereta Honda City Warna Grey WST 525 Dicuri | Al-Fatihah Untuk Arwah Bloggers Telurdibasuh

>      Salam kawan-kawan . Diatas rasa ingin bantu , aku ingin memaklumkan bahawa rakan bloggers kita telah kehilangan sebuah kereta Honda City . Maklumat ada dibawah . Sesiapa yang perasan nombor plat berkenaan sila hubungi pihak polis jika ternampak . Maklumat di bawah ni ;

 Seorang rakan blogger,Jogger (2 dari kiri) tengah hari tadi telah kehilangan kereta Honda City beliau . Minta tolong semua untuk turut sebar-sebarkan berita ini (entry,Faceboook, etc) :
“Kereta Honda City Warna Grey WST 525 dicuri di Kinrara hari ini. Minta hubungi pihak polis jika ada ternampak “
P/s : Kereta yang dicuri itu adalah Milik Bro Jogger.

Minta tolong ya. Semoga dengan pertolongan anda semua, kereta itu dapat dijumpai semula

petikan dari blog : www.eyriqazz.com

    Nota :  Sedikit pengumuman dimana kita telah kehilangan seorang bloggers terkenal iaitu arwah bloggers telurdibasuh   kerana  arwah menghidap asma dan terlantar di icu beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Al-Fatihah . Takziah buat keluarga Allahyarham Hakim ( telurdibasuh ) .




Tags : kereta honda city hilang, kereta hilang, wst 525 hilang, telurdibasuh meningggal dunia, telur di basuh meninggal dunia, bloggers telurdibasuh meninggal .

   Tolong Share , Like Facebook dan Tweet entry ni . Marilah sama-sama kita membantu rakan bloggers kita yang tengah keresahan dan kecewa kerana kehilangan kereta beliau . Peace .

>Datuk Mokhtar Omar Meninggal Dunia

>

 

Suami Allahyarham Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar, meninggal dunia jam 6.15 (17 Mei 2011) pagi tadi di Hospital Ampang di sini, akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU2 Taman Keramat, selang satu pusara dari pusara isterinya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan hormon tidak stabil Jumaat lalu.

Allahyarham Datin Orchid Abdullah

Allahyarham Mokhtar, 70, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Ampang sejak 4 Mei lalu sebelum dipindahkan ke wad biasa dua hari lalu berikutan sudah menunjukkan tanda semakin pulih.

 

   Takziah diucapkan untuk keluarga Allaharyam , Al – Fatihah . ( maaf copy sebiji , takde idea da ) .


  Tags : Datuk Mokhtar Omar meninggal, Datuk mokhtar omar meninggal dunia, datuk mokhtar meninggal dead, mokhtar omar meninggal

 

>Kehilangan Seorang Geng Tebuan Tanah Yang Dikasihi

> Pada 1 September 2010 , aku dikejutkan dengan satu berita iaitu kehilangan seorang kawan baik Tebuan Tanah , Arwah Mat Iwan atau Rizuan yang telah selamat dikebumikan pada hari tersebut . Kawan yg terbaik , yang selalu kami bergelak ketawa bersama akhirnya siapa sangka arwah telah pergi meninggalkan kami semua . Kehilangan arwah adalah satu kekurangan yang besar dlm hidup aku .

  Dulu aku pernah bergaduh bertumbuk dgn arwah , tapi sekarang aku berpeluk bergelak bersama dgn arwah . Tak sangka , aku fikir tamat latihan PLKN ni aku nak lepak2 ngn kawan2 aku trmasuk arwah sekali , tapi apakan daya , Tuhan lebih menyayangi arwah . Lagipun arwah iwan ni sakit . Bagi aku redha je la , lagipun arwah menderita sakit kat dunia ni . Sedih aku tgk mak dia . Apakan daya , yang terlalu tetap terlalu . Memohonlah pada Allah Yang Maha Penyayang agar arwah ditempat di kalangan hamba-hambaNya yg soleh . Al – Fatihah . Takziah ku ucapkan buat keluarga arwah . Marilah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah ..

>Al-Fatihah Buat Mereka

>Kematian sudah semestinya pasti bagi kita sebagai manusia biasa . Setiap manusia pasti akan merasai mati . Jadi , marilah kita sama-sama berdoa sejahteraan kepada mereka yang sudah akhiri ujian di dunia . Antara nama-nama yg ana rekod disini , adalah nama2 artis dan lain-lain . Harimau mati meninggalkan belang , Manusia mati meninggalkan nama .
Al-Fatihah buat Allahyarham ;

Yanie Mentor ( Kanser Paru-paru ) – Penyanyi Program Realiti Mentor
Din Beramboi ( Kencing Tikus atau Denggi Berdarah ) – Pelawak Dan Deejay Radio Era FM
Sulaiman Daud ( Kanser Hati ) – Menteri Pertanian
Asri Rabbani ( Sakit Jantung ) – Penyanyi Kumpulan Nasyid Rabbani
Shukery Hasim ( Kanser Pankreas ) – Pelakon
Yusni Jaafar ( Kerosakan Hati ) – Pelakon , Pelawak Veteran
Yasmin Ahmad (Pendarahan Otak ) – Pengarah Filem

dan lain-lain lagi .

Nota Ringkas Abdul Farique : Yang Pergi Telah Pergi , mungkin selepas ini giliran ana ? bersedia sahaja lah .

>Sheikh Mohammed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

>

[en01.jpg]
 
KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.
Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.
Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.
Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.
Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.”
Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah,” katanya. – AFP
 
 
Nota Ringkas Abdul Farique : Sama-sama kita menyusun 10 jari dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham .

>(Takziah) Al-Fatihah Buat Allahyarham Din Beramboi .

>

Din Beramboi meninggal dunia
KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal  berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan
Penyakit Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Abdul Farique Berkata : Al – Fatihah Din Beramboi , Semoga Roh nya dicucuri Rahmat , Kehilangan anda memilukan hati kerana kami kehilangan seorang pelawak yg melawak mcm kamu . Kamu lah idola ana dan semangat ana untuk berlawak bersama kawan-kawan ana . Kerana apa yang ana lawakkan itu semua dari ideal kamu . Semoga Kamu ditempatkan di Tempat2 org2 yg beriman . Amin .