Category Archives: Tips

>Susah Nak Jadi Seorang Blogger..

>    Assalam kawan-kawan. Susah juga nak menjadi seorang blogger ni. Banyak perkara harus difaham dan dipelajari. Macam kita belajar kat sekolah juga. Bila kita nak mempelajari dan memahami sesuatu subjek tu usaha, tumpuan dan fokus harus diberikan untuk kita menguasai pelajaran itu. Kebanyakkan bloggers-bloggers tidak berjaya memasuki Tingkatan 1 lagi (Pagerank 1) .



   Bayangkan nak melangkah ke tingkatan 1 punyalah susah bagaimana nak menjadi blogger mantap ? Nak menjadi bloggers yang sebenarnya memerlukan :-







Semangat


1) Semangat mencari sumber-sumber artikel
2) Semangat untuk selalu meng’update’ blog
3) Semangat untuk menarik pengunjung ke blog
4) Semangat meneruskan minat walaupun menerima dugaan
5) Dan lain lain


Ketabahan


1) Ketabahan menghadapi serangan pembenci
2) Ketabahan mengawal hati dan perasaan geram
3) Ketabahan menerima sebarang komen baik mahupun buruk
4) Dan lain lain




Kepandaian


1) Kepandaian mencari idea
2) Kepandaian menarik pengunjung
3) Kepandaian menghiaskan ruangan blog
4) Dan Lain lain




Kerajinan


1) Kerajinan meng’update’ blog
2) Kerajinan mengemas blog
3) Kerajinan mencari isu terkini
4) Kerajinan mempelajari lebih lagi
5) Dan lain lain




  Semua ini terletak kepada keinginan sebenarnya. Setengah orang hanya membuat blog kerana untuk mengisi masa lapang. Terdapat beberapa jenis blog yang setakat ni yang aku tahu iaitu :-


1) Blog Diari
2) Blog Suka suka hati
3) Blog Luahan Hati
4) Blog Perkongsian
5) Blog Info
6) Blog Toturial
7) Blog Politik
8) Blog Agama
9) Blog Gosip Artis
10) Dan Lain lain




   Huu , banyakkan ? jadi satu ja kesimpulannya , kalau nakkan sesuatu tu dengan beriya-iya pasti akhir nanti kita akan dapat jika diizinkan Tuhan sebab Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. 🙂 



Advertisements

>Teknik SEO itu Unik, Belajarlah..

>      Assalam kawan-kawan, bukan senang nak tarik ramai orang dan dapat traffik yang mengalakkan kat blog kita. Serius susah. Kecuali kalau korang join mana-mana backlink, traffik booster ataupun lain-lain sumber. Serius aku belajar 2 bulan dari Mahaguru Pendekar Berkuda dan Jurulatih Syafiq . First try aku dapat dapat 9,000 pageviews sebulan. Jadilah kan.




   Belajar-belajar lagi aku dah berjaya dapat 10,000 Pageviews dalam seminggu mengikut entry info pendidikan. Unik, serius unik. Rasa macam main nombor. bukan senang nama blog naik tempat pertama dalam enjin carian. Serius susah. Tapi kalau minat, bak kata orang tua-tua , nak seribu daya takkan seribu dalih. Jadi kalau korang berminat untuk mempelajari teknik SEO yang dapat menghasilkan traffik yang cemerlang, aku akan share setiap entry dari Mahaguru SEO aku iaitu Pendekar Berkuda. Jom kita baca :-




   1. BERMAIN DENGAN SEO….

2. Tips SEO : Bagaimana Nak Dapatkan Blog Mesra SEO ?


3. Tips SEO : Permainan SEO Lagi Bersama Pendekar


4. Tips PageRank : Perbezaan Antara Alexa dan PageRank

5. Tips Alexa : Kebaikan Alexa Ranking


6. Seni Permainan SEO : Ping Entry


7. Tips SEO : Kelebihan Seni Permainan SEO


8. Hanis Zalikha ? Siapa Dia ? Kaitan Dengan SEO ?


9. TIPS SEO : PENANGAN SENI PERMAINAN SEO 


10. TIPS SEO : Traffic Tanpa Blogwalking


11. Khairul Fahmi Cewek Indon ?? Girlfriend Khairul Fahmi Cewek Indon?


12. Bukan Mudah Bermain Dengan SEO Kalau Malas


13. Trafik AJL 900 Hits? Nak Tahu Kenapa? Jom Baca


14. Tips SEO : Keyword Panas dan Hot~!


15. Pendekar = Sifu Keyword SEO ?? Anda sendiri tentukan…


16. TIPS SEO : KEJUTAN ENTRY SEO. PERRGGGHHH~!

17. BLOG MESRA SEO : BAGAIMANA NAK MENDAPATKANNYA?


18. TIPS SEO BLOGSPOT : SATU ENTRY PUN BOLEH COVER BANYAK KEYWORD APA??



   Jadi jom kita belajar menjadi ahli SEO yang berjaya 😀

Respek Mahaguru Pendekar Berkuda kita. Support beliau . 🙂

>Macam Mana Nak Bagi Orang Datang Kat Blog Kita ?

>    Assalam kawan-kawan, macam mana nak bagi orang datang kat blog kita ? macam mana nak traffik blog? mana mana nak dapat reader kat blog ? macam mana nak bagi blog maju ? banyak geng-geng blogger yang bertanyakan rahsia dan strategi aku sehinggakan aku mampu mencapai lebih dari 10 user online pada waktu puncak. Ada banyak cara sebenarnya. Contohnya entry SEO, entry Tips, entry Toturial, entry Info dan entry gosip artis pastinya senang-senang je boleh kait traffik yang banyak.




   Bagi blog yang menceritakan tentang peribadi atau luahan hati, sedikit sukar untuk meraih traffik dan reader blog kita. Serius, dulu pun AF susah nak dapat visitor, traffik kat blog. Tapi alhamdulillah selepas ikut tips-tips dari otai, AF dah berjaya tarik readers dan traffik pun dah mula ok. Masa dulu blog AF penuh dengan entry peribadi. Sekarang ni je dah berubah haluan. Dulu buat satu entry, dalam sebulan entry tu 10/20 pageviews je. Kenapa ? sebabnya :-


1) Tak PING entry kat gengblogger, Facebook, Twitter, Bloggers Chat Room dan lain-lain.
2) Tak Blogwalking dah blog ke blog
3) Tak Komen entry terbaru blog ke blog
4) Blog tak mesra pembaca
5) Tak suka belajar dari blogger lain
6) Blog semak dengan widget-widget
7) Blog Ada lagu
8) Tak suka sertai dan aktif dengan kumpulan blogger




  Haa.. itu juga adalah menjadi punca kenapa blog kita jarang orang nak masuk. Jadi sama-sama la kita majukan blog dengan mengikut dan membuat semua langkah-langkah di atas supaya entry personal kita paling koman mempunyai 100/200 pageviews sebulan. Tak percaya ?..cubalah. Bab ni masih panjang lagi, InsyaAllah kalau ada masa aku akan kongsikan tips-tips lagi ok. Assalam.