Category Archives: info

>Terima Kasih Mas Ahmad Safwan, Aku Nak Berubah :)

>   Assalam kawan-kawan. Alhamdulillah dengan semangat yang diberikan kepadaku oleh peserta-peserta contest 3.0 aku yang telah memberikan point yang cukup menarik. Terima kasih juga terutamanya pada Mas Ahmad Safwan yang sudi membantu aku untuk berubah ke WordPress.



Lepas ni nak tukar header huduh ni 😀





   Serius aku tak tahu bab-bab wordpress ni. Tapi Alhamdulillah , Affan Ruslan dan Mas Ahmad Safwan sudi turunlah ilmu-ilmu mereka untuk mendidik dan menjinak-jinakkan aku didunia wordpress ni. InsyaAllah lepas habis contest 3.0 ni, aku nak belajar pakai hosting sendiri. Blog ni aku ingat, nak jadikan blog peribadi aku balik. Nak rampas status lama balik. Lepas-lepas banyak buat entry merapu-rapu, gaduh sana gaduh sini, cari pasal mamat tu cari pasal dengan mamat ni, idea makin bertambah. Indahnya ..







   Bukan apa, ramai yang bising blog aku dah tak best. Yeke ? beraninya korang ?! haha. Maklumlah dah kurang entry peribadi. Kalau buat entry peribadi ni, kena banyak perah idea. Nanti idea dah habis, sapa nak isi? huu. ( menangis sambil hentak-hentak kaki ke lantai ). Ini kerana aku bukanlah sehebat jejaka terhangat, macam mana pun tetap beridea. Apalah ilham brader merah tu..



   Walaupun aku tak hebat, tapi aku ada saingan rupanya. Lets fight ? mari mari. Haha, berlawan untuk memajukan diri sendiri la. Bagus apa. Kalau aku nak jadikan suffer8zine sebagai lawan aku boleh ka ? Abang hangat cakap suffer8zine ni adalah guru SEO yang humble. Yes, nak jadikan dia sebagai lawan. Kalau nak lawan entry yang paling ganas, Hati Cik Gadis boleh tak ? kebanyakkan blog yang aku singgah , ramai yang letak link dia dalam bloglist . Sehh ramai peminat. Nak lawan jugak.




   Oke Mas , aku dah sedia tempuh semua ni lepas habis contest 3.0 ni. Semoga Mas sudi bantu aku di wordpress nanti. 




  Quotes yang aku nak bagi : bagus kalau lawan kita itu dari group master, sebab cemburu itu pasti wujud. Bila sifat cemburu dah wujud, pasti kita akan usaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu jugak . Tak percaya ? cubalah. Aku ingat pesan seseorang, jadikan tok guru kita sebagai lawan kita. Kerana kita kemungkinan adalah bakal penggantinya. 🙂 
   



http://www.sarul.cili.ws/2011/07/contest-30-raih-rm160-kutuk-dan-kritik.html

Advertisements

>Download Drama Juvana TV3 Full Episode ( Episod ) Mediafire

>     Malam ini adalah malam terakhir Drama Juvana ditayangkan di kaca televisyen. Episod akhir Drama Juvana TV3 pastinya dinanti-nantikan peminat filem melayu kerana Juvana memiliki jalan cerita yang menarik. Bagi sesiapa yang ketinggalan, jom kita membaca sipnosis atau mari kita Download Drama Juvana Full Episod mediafire disini .




   
  


   Sinopsis Juvana TV3

Drama bersiri sebanyak 13 episod yang akan menemui penonton mulai 25 April ini berkisarkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.
Daim menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah yang serius. Raja, watak yang dibawa oleh Bront Palarae, warden yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu terus berlaku. Tidak selamanya bernasib malang, Daim mempunyai harapan apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ, ditugaskan ke sekolah terbabit.

Zahiril banyak bermain emosi
DAIM, watak utama yang dibawakan oleh Zahiril Adzim, 27, seorang yang pendiam, kurang keyakinan diri dan sentiasa ditindas di atas kesalahan yang bukan miliknya. Disebabkan saiz tubuh badannya yang kecil, Zahiril sering membawakan watak remaja, namun kali ini watak yang diterimanya diakui agak berat berbanding sebelum ini.
“Watak Daim satu watak yang menarik dan tanpa berfikir dua kali saya terus setuju untuk melakonkan watak itu, iaitu sebagai seorang budak juvana. Ia adalah satu watak yang agak berat dan tidak senang untuk menjayakannya, tapi syukur saya boleh melakukannya. Pada mulanya, saya tidak banyak berdialog, di mana mimik muka banyak memainkan peranan. Bukan senang untuk melahirkan reaksi, seperti perasaan marah melalui muka saja. Ini adalah suatu perkara yang saya pelajari di mana jika kita mahu penonton rasa yang ingin kita sampaikan, kita juga sebagai pelakon harus merasainya sendiri di samping mendalami sendiri perasaan terbabit,” katanya yang ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan, di Hulu Langat baru-baru ini.
Tidak ketinggalan beraksi dalam drama ini ialah Izreen Azminda. Mungkin ramai peminat kurang mengenali wanita ini, tapi Izreen sudah menjayakan hampir lebih 20 drama tempatan, antaranya ialah Gelora Di Hati Sarah, Nenek Kebaya, Isabella dan sedang ditayangkan kini, Samson dan Delaila.
“Sebelum ini saya banyak membawa watak kecil, dan sejak kebelakangan ini barulah saya mendapat watak yang menonjolkan diri saya. Begitu juga, dulu saya banyak menjayakan watak antagonis, namun drama Juvana memberikan saya peluang pertama melakonkan watak baik. Selain itu, ini juga adalah kali pertama saya memakai tudung dalam sesebuah drama. Saya sering menginginkan watak yang berlainan. Justeru apabila saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini sebagai Cikgu Zakiah, tanpa rasa ragu, saya menerimanya dengan tangan terbuka,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2007 ini.
  Oke , jom kita download Drama Juvana TV3 Full Episode di sini : wowberita| Download Drama Juvana TV3 Full Episod MediaFire
  Sumber : wowberita.com
    tags : download juvana full movie, download juvana tv3 2011, download drama juvana tv3 full episod, download juvana full episode, download juvana full episod, dowload juvana episod akhir, sipnosis drama juvana tv3

>USA vs Japan Women’s World Cup Final Score Result

>        Keputusan USA vs Japan pada perlawanan final women’s World Cup akan aku letakkan setelah tamatnya perlawanan ini. Yang pastinya, aku melihat perlawanan ini 78% dikuasai oleh USA pada separuh masa pertama. Berapakah Score yang mampu USA lakukan? sama-sama kita menunggu result perlawanan ini.






    Perlawanan telah berlangsung dari Commerzbank Arena in Franfurt, Jerman.



  


Keputusan Semasa USA vs Japan :
USA (2) vs (2) Japan

Keputusan Penuh USA vs Japan
USA (1) vs (3) Japan
*penalti Shout


    Nantikan keputusan sepenuhnya perlawanan ini disini. Marilah kita menyaksikan live final women’s World Cup di astro. Ada live la. Begitu juga dengan perlawanan Brazil vs Paraguay di Astro 811. Apapun, perlawanan ni.. rasa-rasa siapa yang menang ya , Congratulations JAPAN ! The Winner of Women’s World Cup 2011 🙂


>Keputusan Permohonan Ke IPTA ( Matrikulasi | STPM | Setaraf ) UPU 2011/2012

>     Keputusan UPU STPM/Setaraf 2011/2012 akan keluar 15 Julai jam 12 tengahari hari jumaat ni. Agaknya ramai yang tengah gementar sekarang. Ok, Keputusan untuk permohonan kemasukan ke IPTA ( Matrikulasi | STPM | Setaraf ) UPU 2011/2012 boleh disemak di portal dan laman web yang aku berikan dibawah ini secara online dan juga SMS . Jom Masuk Universiti 😀



 

Boleh disemak pada 15 Julai Jumaat Jam 12.00 Tengahari

Semakan Melalui Online


  • upu.mohe.gov.my – KLIK SINI – Lembah Klang
  • istudent.uitm.edu.my – KLIK SINI 
  • jpt.uum.edu.my – KLIK SINIUtara
  • intake.utm.my – KLIK SINISelatan


Semakan Melalui Sistem SMS

Sila taip: 

UPU RESULT [No. KP]  

dan SMS ke: 
15888 


Semakan Melalui Talian Hotline ( 10 Talian )

 03-8883585


   Semoga yang terbaik dan mendapat universiti & kursus yand diminati. Untuk semakan permohonan 

   Sila adu kepada kami di ruangan komen jika terdapat kesulitan salah link dan sebagainya KECUALI problem loading page dari portal berkenaan kerana yang pastinya portal-portal diatas sini akan mencapai traffik yang tinggi yang akan menganggu capaian anda untuk membuat semakan.
Penghormatan dan sumber : Khairul’s Blog dan UPU Portal


  tags: keputusan upu stpm/setaraf 2011/2012, keputusan permohonan ke ipta 2011/2012, keputusan permohonan kemasukan ipta 2011/2012, keputusan permohonan ke ipta matrikulasi/stpm/setaraf upu 2011/2012, keputusan upu 2011/2012, keputusan upu 15 julai 2011/2012, keputusan upu sesi akademik 2011/2012, keputusan upu 2011. 

>Semakan Nama Calon PLKN 2012 Online | SMS

>     Assalam kawan-kawan , Semakan nama calon PLKN 2012 kini boleh disemak pada 11 julai 2011 (hari ini) secara online dan SMS. Kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun 1994, Jom semak sekarang sebelum surat PLKN ( Program Latihan Khidmat Negara ) sampai kerana pasti anda tak dapat bersiap sedia sebelum berangkat, Adakah anda bakal menjadi wira dan wirawati negara ? jom semak. Untuk membuat semakan anda bolehlah merujuk cara dibawah.

   Sedikit info untuk anda :-

CYBERJAYA: Mulai esok, 11 Julai 2011 mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.
“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,
 
 
   Cara Semakan PLKN 2012 Online
Cara Semakan Melalui SMS
PLKNSEMAK NO. KAD PENGENALAN hantar ke 15888
 
 
   Pastikan anda sudah sedia untuk ke Program khidmat negara pada 2012 nanti untuk persediaan awal. AF sudah ada pengalaman PLKN , nak tahu apa pengalaman, tips dan pengajaran selepas AF pergi PLKN ? jom baca SINI . Semoga anda berjaya wira dan wirawati 2012 🙂
 
 
Kredit dan sumber : Syafiqorangmelaka
tags : semakan nama peserta plkn 2012 online, semakan nama calon plkn 2012, semakan nama wira plkn 2012 online, semakan nama wirawati plkn 2012, cara semakan calon plkn online, cara semakan calon plkn sms, semakan nama calon bakal wirawati 2012, semakan nama calon bakal wira 2012, macam mana nak check senarai nama calon plkn 2012, check senarai nama calon plkn 2012.


>Semakan Keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Julai 2011 | UiTM 2011/2012

>    Kemasukan Uitm semester 1 2011/2012Semakan keputusan bagi program penerapan ke program ijazah sarjana muda boleh disemak online  pada 1 julai 2011 jam 5.00 petang ini. Diantara program yang terlibat adalah :-





1) Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM


2) Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM (kecuali Diploma Perakaunan Trek Pantas)


3) Lepasan Diploma UiTM (Program Perubatan,Pergigian dan farmasi)



Klik Link yang berkaitan untuk ke portal semakan dan ikuti langkah seterusnya :-




Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej bersekutu UiTM – Klik SINI

Penerapan Pelajar Asasi UiTM – Klik SINI

Lepasan Diploma UiTM – Klik SINI


   ~ Maklumat lanjut sila ke SINI .

  Semoga anda berjaya 🙂

*Update – Tarikh semakan telah ditukar kepada 1 Julai 2011 – 5.00 petang

 Tags : semakan keputusan program ijazah sarjana muda jun 2011, semakan keputusan kemasukan diploma uitm, semakan keputusan program lepasan diploma uitm 2011, semakan keputusan program penerapan pelajar asasi uitm 2011, semakan keputusan penerapan semester akhir diploma uitm 2011, semakan online keputusan program ijazah sarjana muda 2011

>Malaysia vs Taiwan | 29 Jun 2011

>    Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil peringkat asia. Malaysia vs taiwan pada 29 jun 2011 jam 8.45 malam di stadium bukit jalil.




  Perlawanan penting bagi skuad Harimau Malaya pada malam ini pada pukul 8.45 malam menentang skuad taiwan bukannya satu misi yang mudah. Dengan turunnya pemain kelab indonesia , Safee Sali di bahagian jentera serangan membantu skuad Harimau Malaya bergegar gawang gol lawan .






   Perlawanan Malaysia vs Taiwan ini anda juga boleh menonton secara live dari astro arena di channel 801 bermula pada 8.45 malam nanti. 




  Berapakah gol yang anda rasa Malaysia akan buat ? hehe ce cite ce cite XD

>Google Page Rank Update Jun 2011 | Jom Check Page Rank

>    Check google page rank update Jun 2011 at Google Page Rank  

  Assalam kawan-kawan, Alhamdulillah . Selepas diterjah oleh Sahabat blogger aku syafiq , baru aku perasan yang blog aku berjaya naik Page Rank 2 yang dianugerahkan oleh Google.  Syafiq pun naik PR2 , wow tahniah le sahabat. Sama-sama kita bangunkan rank blog kita.


   


  Semenjak blog aku naik PR2 , banyak kemasukan pengunjung dari luar negara. Yang terumatanya USA, German dan france yang melebihi 100 kali kunjungan. Sangat pelik pun. Takpe la alhamdulillah sekurang-kurang aku dapat traffik dari situ. Alhamdulillah juga blog aku dah capai 200,000 pageviews tadi.






   Rank Alexa aku dah turun ke 409,000 . Aku berharap lepas ni boleh maju ke depan lagi. InsyaAllah. Lepas ni ingat nak buat contest ketiga dan hadiah aku nak bagi T-Shirt Kawan Bloggerz beserta nama domain pemenang. InsyaAllah aku cuba tengok macam mana. Kalau duit mencukupi insyaAllah aku akan buat.




   Tentang Google Page Rank ni korang faham tak apa maknanya ? 


Pagerank adalah alat pengukur bagi google dan pengunjung website/blog anda akan mudah masuk kerana seberapa ‘popularnya’ blog anda ini.

Semakin tinggi pagerank web/blog anda, maka akan semakin senang robot dari search engine datang ‘mengunjungi’ blog anda.


   Jadi makin banyak Page Rank maka lagi senang blog naik di enjin carian google. Semoga anda pun dianugerahkan Page Rank  🙂

Sedikit Statement mengenai blog aku dan boleh check PR kat sini :- 






<a href=”http://domains.seoheap.com/” target=”_blank”>Cheap Domains</a>



Korang Boleh check PR korang kat sini.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:


This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service


>Semak Keputusan Permohonan UPSI 2011 Online

>    Semakan Kemasukan ke UPSI Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Julai Sesi 2011/2012 . Semakan Keputusan status Permohonan Universiti Pendidikan Sultan Idris kini boleh disemak sekarang . Semakan boleh dibuat secara online. Laman portal rasmi UPSI kini boleh dibuka.




   Klik pada gambar dibawah ini untuk terus ke laman portal UPSI, Pastikan anda ingat nombor kad pengenalan anda 🙂 :-







   Semoga anda berjaya dan kepada yang tak berjaya jangan putus asa.




Sumber : Tun Teja

tags: semakan online keputusan permohonan upsi 2011, semakan permohonan kemasukan upsi 201, semakan keputusan permohonan upsi diploma pendidikan 2011, semakan online keputusan permohonan upsi 2012

>3 Beranak Maut Rumah Terbakar Di Kuching

>KUCHING: Tiga beranak termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut selepas sebuah rumah di Taman Heng Guan, terbakar, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu dipercayai berpunca dari api di tempat sembahyang dengan mangsa terperangkap akibat gagal membuka jeriji tingkap.




Sumber : Bharian