Monthly Archives: January 2011

>Sejenak Bersama

>

SEJENAK BERSAMA

Pinjam dari Encik google
Hidup ini ibarat perjuangan . Setiap hari wujudnya peperangan .
Selagi masih berdenyut nadi ini , selagi itu perjuangan diteruskan .
Kasih syg dan cinta adalah peluru bg kita membunuh unsur-unsur ,
Perkataan putus asa yg berlegar-legar dan berselindung disebalik,

hati kita yg serba lemah ini . Anggaplah cinta sebagai satu kekuatan ,
Untuk menuruskan perjuangan hidup ini . Anggaplah kasih syg ,
Sebagai sungai yg suci untuk kita meneguk air bg memberi tenaga ,
Untuk meneruskan perjuangan hidup ini . Anggaplah kemenangan itu ,

Read More


Sekadar Gambar Hiasan
Daripada teguhnya peluru dan sucinya air sungai itu .
Tapi janganlah kecewa jika wujudnya kekalahan .
Anggaplah kekalahan berpunca daripada daripada kehabisan peluru ,
Dan kekotoran air sungai itu hingga menyebabkan kita mati ,

Sebelum sempat melepaskan sedas tembakan pertama ketika ,
Di medan peperangan dan janganlah kita mengaku kalah sebelum ,
Berjuang dan janganlah berlagak besar apabila meraih ,
Kemenangan kerana itu hnayalah kemenangan pada hari itu dan ,
Hari esok masih ada jika diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Esa .

  P/S : Ini adalah entry yang mungkin adalah entry terakhir kerana AF mengalami sedikit dimana internet di rumah AF telah terpaksa ditutup . Jadi dimana yang menyertai peraduan AF , anda diminta menunggu kedatangan AF apabila online .. Mungkin AF akan kembali selepas raya cina ini apabila kewangan mencukupi . Salam

Advertisements

>Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress

>

Pinjam dari encik google

Hidup kita ini tidak lari daripada masalah dan akan menyebabkan stress dan tension mulai wujud dalam dalam diri kita. Ini akan menganggu fizikal,mental dan rohani kita jika tidak dikawal dengan cara yang sebenarnya. Sukar untuk saya memperjelaskan tentang stress atau tension ini tapi, Saya yakin dan percaya setiap penyakit ada ubatnya. Begitu lah jua harapan saya dengan ‘penyakit’ tension ini .


Hasil daripada kajian, Saya dapati 9 daripada 10 orang di Malaysia sukar untuk menyelesaikan masalah dan mengalami tension kerana salah satu puncanya adalah tidak mempunyai sifat percaya diri dan kurang semangat dari segi kerohanian. Inilah punca masalah ini menjadi berat dan merusingkan terus menyebabkan mangsa menjadi haru biru, mula mencuba benda baru dan wujudnya perkataan perkataan putus asa dalam diri mereka .


Topik ini juga berkait rapat dengan cerita DUGAAN. Dugaan yang ALLAH S.W.T. berikan kepada kita. Jadi saya mengambil sedikit petikan daripada artikel saya untuk memahami. ”Kita hidup didunia tak lari dari dosa kerana kita bukanlah manusia yang sempurna. ALLAH S.W.T. amat meyayangi kita lalu memberikan BALASAN dan DUGAAN secepatnya didunia dengan memberi BALASAN seperti pemergian isan tersayang, memberi masalah, dan sakit”.



Ayuh Kita Read More ye 🙂


Pinjam Dari Encik google


Apa yang harus dilakukan jika kita mendapat Dugaan, kita harus memperbanyakkan taubat, istifar, dan memohon keampunan dariNya. Saya yakin dengan cara ini kita mungkin dapat ‘handle’ tension kita dan isyaAllah mudah mudahan penyakit ini akan beransur pulih jika kita terus dan terus selangkah mendekati ALLAH S.W.T.


Nasihat saya janganlah bila ditimpa masalah dan menyebabkan kerunsingan, Kita cuba mencari kebahagiaan dan keseronokan dengan tambahkan dosa. InsyaAllah dari berkat kesabaran dan keredhaan atas menempuh DUGAAN dan masalah akan diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah, berbuat baik akan dibalas baik .

 Sesungguhnya Allah selalu menguji keimanan dan kekuatan hati kita. Tapi disini berhentinya di dua simpang. Dari sudut motivasi, Menyelesaikan masalah tanpa stress dan tension akan memberikan impak dan kesan yang besar untuk kita mencari jalan keluar dengan minda yang yakin dan semangat yang teja daripada membuat keputusan yang terburu buru yang mudah menyebabkan kesilapan besar mungkin berlaku kerana keputusan itu dibuat dalam keadaan penuh emosi . Mudah mudahan kita sama sama manfaatkan artikel ini. Amin .

(Artikel mengenai DUGAAn itu bertujuan untuk memberikan keterangan dan kefahaman bagi menyampaikan gambaran tentang sesuatu yang dialami atau dalam bahasa ringkasnya adalah ‘DESKRIPTIF’ .

  P/S : Disclaimers : Artikel ni 100% buatan Abdul Farique . Bukan Copy Paste ok !!

>Header Ketiga Permintaan Pemenang

>  Salam kawan-kawan , kali ni aku muncul lagi dengan design header yang ketiga lak . Telah ditempah oleh Cik Gadis ye . Dia inginkan aku letak hati dalam header . wahh , aku dah pening kalau nak dekorasi bab-bab love ni . InsyaAllah aku pun mencuba sedaya upaya . Akal yang singkat ni . Huhu

  Selepas aku fikir punya fikir , akhirnya aku dapat satu ilham . Sebuah taman , tapi kan taman tu hanya ilustrators transpower transpomer je tau . huhu . Takpe la aku pun mencuba lah yang terbaik . Akhirnya jadilah design yang macam ni .. Ehh , nak tengok ke ? boleh tapi tolong tekan button red more yea 🙂

  Ok ini lah designnya , tapi sebelum tu Kawan-kawan , Header ciptaan aku ni cara pemasangannya lain dari yang lain tau . Bagi sesiapa yang ingin memasang header korang di blog korang , ada juga caranya . Korang tak boleh sekadar download dan ke ‘Image From Computer’ , Tapi korang kenalah dari ‘Image From WebKorang kenalah terlebih dahulu upload header korang ni di mana-mana hosting contoh terdekat : photobucket.com . Upload kat situ dan ambil ‘direct link’ header korang dan letakkan code itu ke ‘Image From Computer’ , lepas tu tekan enter . ( Jangan ‘Save’ sebelum keluar gambar header ) .

  Ini bertujuan untuk kejelasan dan kualiti , kalau tidak header anda kan blur (kelabu)

Disini Para para headernya 🙂
maaf tak lawa :p

HatiCikGadis . 800×350 . Jpeg File

   Cik Gadis , sorry ye tak lawa , dan background hanya ilustrastion je . Salam .

>Header Kedua Pemenang Peraduan

>     Salam kawan – kawan , kali ini adalah header kedua pemenang bagi peraduan Saya Nak Tukar Header Saya . Header ini telah ditempah secara online sekejap tadi oleh Cik Reena Tan di Facebook tadi . Maka dengan itu Header beliau telah siap . 

  Kawan-kawan , Header ciptaan aku ni cara pemasangannya lain dari yang lain tau .
Bagi sesiapa yang ingin memasang header korang di blog korang , ada juga caranya . Korang tak boleh sekadar download dan ke ‘Image From Computer’ , Tapi korang kenalah dari ‘Image From WebKorang kenalah terlebih dahulu upload header korang ni di mana-mana hosting contoh terdekat : photobucket.com . Upload kat situ dan ambil ‘direct link’ header korang dan letakkan code itu ke ‘Image From Computer’ , lepas tu tekan enter . ( Jangan ‘Save’ sebelum keluar gambar header ) .

  Ini bertujuan untuk kejelasan dan kualiti , kalau tidak header anda kan blur (kelabu)

Disini Para para headernya 🙂
maaf tak lawa :p

  Header kali ini mungkin menyerupai header Aya Maya , maaf ok . Ini diatas permintaan Cik Reena Tan , Dia suka abstract Swirl . Jadi jom kita zas .

  Anyway , Read More yea 🙂





 Ya ini lah design untuk Cik Reena Tan . Ok .

Cik Reena Tan . Size : 750×350 . Transparent File ( Png )



   Cik reena Tan , Tolong bagi gred ya ? berapa bintang ye ? 🙂 . ok la enjoy your header . salam .

>Mengawal Kemarahan , Kebencian Adalah Amalan Mulia

>

Pinjam dari encik google

   
  Salam kawan-kawan , kali ni aku nak bercerita mengenai marah pulak . Apa itu marah ? tak kan korang sendiri tak pernah rasa . Jadi entry kali ni bertujuan untuk bercerita mengenai marah ni . Macam mana nak kawal marah dan benci ? aku tak dapat nak huraikan tapi cerita ni adalah pengajaran untuk korang . Jadi jom zass ..

   Perasaan marah akan wujudkan elemen elemen benci dalam hati kita . Perasaan ini haruslah dikawal dari dibiarkan berterusan kerana tiada kesan kesan kebaikan malah akan menyebabkan keadaan menjadi haru biru . Ini juga akan mengeluarkan satu perasaan dendam . Jika berterusan mungkin inilah yang kita tidak mahu berlaku , tiada guna bermain perasaan sebegini kerana perasaan ini jika difikir baik , baik la jadinya .


Sikap dendam berdendam adalah satu sikap yang mungkin berbahaya kepada diri kita .Bak kata Dr. HM Tuah Iskandar, Kita perlulah mempunyai satu sikap Extramind dalam pemikiran dalam fail di otak . Okeylah , kita melihat kisah Saidina Ali dengan seorang Yahudi . Orang yahudi ini asyik menghina agama Islam , Maka suatu hari apabila berdepan dengan Sayidina Ali , dia rebah tidak berdaya laki menangkis libasan pedang dan pukulan pukulan ‘kick’ panglima Islam itu .

Read More ye 🙂

Pinjam dari Encik Google


Sekarang , Sayidina Ali tinggal hendak menusuk pedangnya ke perut pemuda Yahudi itu .
”Puihhh !” tiba tiba dia meludah tepat ke muka Sayidina Ali,Selepuk ke muka Sayidina Ali .
Dariada nak menikam pemuda Yahudi itu , Sayidina Ali membatalkannya . Dia merenung hingga pemuda Yahudi itu kehairanan . kata Sayidina Ali, ”memang aku beria-ria nak bunuh engkau tadi kerana menghina ALLAH. Aku lakukan kerana ALLAH,tapi bila engkau meludah muka aku, andai aku membunuh engkau , bukanlah kerana ALLAH lagi , tapi kerana marahnya aku .”


Jika Pahlawan Islam , Sayidina Ali boleh bersikap sedemikian , mengapa tidak anda ? Kerana kita apabila marah , fikiran mudah dirasuk dan mulalah bertindak diluar kawalan . Saya harap cerita ini dijadikan ikitibar kepada semua pembaca pembaca yang sudi membaca . Saya berharap agar semua dapat mengawal perasaan dan tenangkan hati anda . Salam .

  Cerita ni sebenarnya dari FPSpublishers.org dan aku adalah seorang penulis di FPSpublishers. FPSpublishers dah tutup , jadi aku bawa hasil artikel aku ke sini .. Semoga jadi pengajaran . Amin .

  

>Tempahan Header Hadiah Peraduan

>   Salam kawan-kawan , korang ingat tak tentang kontest Saya Nak Tukar Header Saya ? Peraduan dah tamat dan tempahan hadiah telahpun dijalankan . Jadi entry aku kali ni bertujuan untuk dijadikan tempat meletakkan header-header permintaan pemenang ok 🙂

  Maafkanlah aku tak semua header cun tau . setengah-setengah je ok . Jadi bagi pemenang yang belum ‘claim’ hadiah korang , korang boleh tengok kat SINI ok . Aku akan letakkan header mereka yang telah membuat tempahan .  Bagi sesiapa yang ingin memasang header korang di blog korang , ada juga caranya . Korang tak boleh sekadar download dan ke ‘Image From Computer’ , Tapi korang kenalah dari ‘Image From WebKorang kenalah terlebih dahulu upload header korang ni di mana-mana hosting contoh terdekat : photobucket.com . Upload kat situ dan ambil ‘direct link’ header korang dan letakkan code itu ke ‘Image From Computer’ , lepas tu tekan enter . ( Jangan ‘Save’ sebelum keluar gambar header ) .

  Ini bertujuan untuk kejelasan dan kualiti , kalau tidak header anda kan blur (kelabu)

Disini Para para headernya 🙂
maaf tak lawa :p

Read More ye 🙂


Cik Aya Maya ( 820×350) Transparent

>Si Buruk Yang Terlalu Merendahkan Diri

>

Pinjam dari encik google
   

Salam kawan-kawan , entry kali ni aku dah lama buat tapi aku tak ‘publish’ kat sini kerana aku masih selidik dan ‘research’ entry ni . Takut ada yang tersilap . Tapi apa yang penting aku nak cakap kat sini , aku menulis bukan kerna nama . aku pasti entry aku ni banyak manfaat dan pengajaran . Aku tulis ni diatas dasar pengalaman aku , So aku tak menceritakan benda yang kosong ok 🙂

Artikel ini saya ciptakan bukannya berniat mengutuk atau menghina mana mana pihak , ini hanya mahu dijadikan teladan saja . Setiap wanita memang inginkan rupa yang cantik , manis , lawa . Ye la , tiada siapa yang ingin wajah buruk . Tetapi , setiap kejadian Tuhan ini ada kelebihannya . Ini kerana tiada satu manusia pun didalam dunia ini sempurna . Kerana itu lah , setiap manusia Tuhan ciptakan dalam satu keadaan yang adil .

Read More ek 🙂


Ada nikmatnya ciptaan Tuhan ini . Manusia , dibuat dari tanah . Jadi tiada guna juga kalau cantik tetapi hati nya buruk , hitam . Dan biar buruk asalkan hati cantik , putih berseri . Ini lah maksud yang saya katakan setiap manusia sama sahaja . Cuma yang membezakan dari sudut hati dan hakiki . Dari cerita saya ini , banyak teladan dan sempadan yang saya mahu tunjukkan disini . Kerana ramai gadis gadis yang kurang cantik terlalu merendahkan diri dan mempersalahkan diri atas kerana mereka tidak cantik .

Pinjam dari encik google



Baiklah , cuba kita lihat disini . Ada kah wanita cantik berpakaian sopan ? berpakaian menutup aurat ? bersopan santun ? Ada memang ada , tapi sesetengah saja . Betul tak ? anda fikirkanlah sendiri . Jadi tiada guna pun gadis2 yang kureng2 ni nak merendahkan diri atau putus asa , putus harapan ke tiada keyakinan diri . Itu tak penting , yang penting nilai yang kita bawa . Itu lah .


Teladannya disini , kita sebagai manusia tak perlulah merasa gelisah dan terlalu waspada dalam menjalani kehidupan didunia ini . Biar waspada demi halal haram tidak mengapa . Syukurlah dengan apa yang kita ada kerana itu lah satu satunya anugerah Tuhan . Anda bersyukurlah dugaan anda hanyalah buruk , tetapi yg lain ada yang sakit teruk tetapi mereka sanggup juga teruskan hidup . Lihatlah OKU , beryakinan tinggi dan berharapan . Itu lah yang saya harapkan dari anda (: .

 

>Diantara Golongan Blog .

>

Klik Untuk Tumbesaran

    Salam kawan-kawan , wah gempak topik kat atas tu kan . haha . Aku nak cerita sedikit mengenai stat blog aku ni . Alhamdulillah baru 8 bulan berkencingpong dalam dunia blogger ni , aku berjaya tarik ramai pengunjung ke blog aku . Pada dulunya aku hanya mampu mendapat lebih kurang 100 pageview je sebulan . Macam yang korang lihat kat gambar rajah diatas ni. Korang lihat stat visitor aku meningkat pada bulan Disember 2010 hingga ke Januari 2011 .

  Terima kasih aku ucapkan buat yiedpozi.info , mrkodet.com , Ahli2 Bloggers Chat Room dan lain-lain kerana membuatkan blog aku kini lebih berjaya dari dulu 🙂


  Korang tahu tak blog aku sebenarnya dari golongan personal (peribadi) bukannya isu semasa Hiburan , atau lain-lain . Mungkin bagi korang yang pandang sekilas je kat blog peribadi ni korang tak boleh berjaya . Sebenarnya blog golongan personal lagi berjaya dari Hiburan . Ini pendapat aku la . Kalau ada yang selain dari personal ( kat blog aku ) , itu bermakna entry santai yang mungkin membuatkan orang lain tak jemu singgah . ( asyik baca entry personal je mesti boring jugak kan ) .

Read moRe ye 🙂

Pinjam dari encik google



  Mengapa blog peribadi lebih berjaya dari blog Hiburan ? bagi aku blog Hiburan ni kebanyakannya menceritakan gosip artis dan hiburan ( kebanyakan je ok ) . pengunjung blog isu semasa yang menceritakan gosip artis ni bagi pandangan aku adalah dari jenis orang yang suka berfoya-foya . Kenapa berfoya-foya ? kita baca entry tentang artis yang tak mendapat moral dan pengetahuan ilmu buat kita ( bukan semua macam ni ok , setengah je ) .Tak salah kalau menceritakan gosip artis dan hiburan ni , tapi biarlah berpada-pada ( sedang-sedang ) . Banyak menceritakan tentang gosip artis ni pun tiada gunanya .

Pinjam dari encik google

  Gosip . Gosip . Gosip , gosip ni tak semestinya perkara yang betul mengenai artis . Kadang kala ada yang menghasilkan fitnah dan mengaibkan . bagus ke menceritakan tentang artis tanpa kita mengenali diri sebenarnya artis tu . Tak patut , lebih afdal kita menceritakan diri sendiri dan diri seorang artis dan sebagainya . kalau cerita itu mengenai kejayaan seorang artis tak mengapa la tapi kebanyakan cerita lebih kepada gosip . Untuk apa kita menyibuk hal orang yang tak sepatutnya dikongsi ?

  Blog peribadi lebih baik kerana kita menulis tentang kita dan kita sendiri secara automatiknya bercerita tentang kita secara sah . betul tak ? tapi tak perlu lah kita menceritakan tentang 100% diri kita tanpa membawa sebarang faedah . Biarlah cerita kita tu diselitkan dengan sedikit pengajaran dan panduan dari pengalaman kita . Baru lah ada pembaca di blog kita .

  Pembaca yang suka membaca blog peribadi ni aku gelarkan pembaca yang bijak mencari pengalaman , dan rajin mencari apa yang dipanggil nilai hidup . Lebih banyak membaca blog peribadi lebih tambah ilmu kita . Ilmu apa ? ilmu perjalanan hidup . Aku pula lebih suka membaca blog peribadi orang lain dan blog keagamaan untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan aku dalam berjaya dalam dunia dan akhirat . ( tapi aku tak mantap lagi ok )’

  Bab Blog keagamaan ni , lagi bagus kita singgah untuk memantapkan ilmu pengetahuan kita mengenai Islam , tapi bagi aku , aku tak terlalu sangat membaca artikel Keagamaan dari mana-mana blog . Ye la kan , sekarang ni dunia akhir zaman , macam-macam orang akan buat agar kita tersesat . Kebanyakan blog keagamaan bukan semua boleh percaya , kadang-kadang banyak bida’ah dan entry yang menceritakan hukum haram tanpa dalil yang sesuai . Lebih baik kita rujuk dengan ustaz kita atau mana-mana orang yang dekat dengan kita yang boleh memberikan tunjuk ajar kepada kita , kalau ada apa-apa yang was-was , kita boleh rujuk dengan dia ni , dengan dia tu . betul tak ?

  Satu lagi jenis blog iaitu jenis Politik ni , memang gila la . Bangkang sana bangkang sini . Aduh cukup meluat aku . Biarlah pengundi mengundi mana-mana parti yang mereka inginkan . Tak perlulah bergaduh , mencaci nama orang , memujuk rayu sana sini dan menyebarkan fitnah atau aibkan sesiapa . Hodoh je kalau bangsa lain membaca atau melihat perkembangan negara kita apabila parti politik kita saling bermusuh musuhan . Relax la , biar hanya dalam negara dan tak perlu sebarkan di internet lebih-lebih lagi di blog . Blog dibaca oleh semua pengunjung tanpa mengira negara , Negara kita akan jatuh dan ditindas apabila negara lain mengetahui kelemahan dalam negara . 

  Blog yang paling aku benci adalah blog yang lebih kepada ugutan , aib dan fitnah . Sepertinya blog hina Tuhan , blog hina Nabi , blog hina Raja , blog hina musuh dan sebagainya . Untuk apa ? dah dapat nama ? untuk menaikkan martabatkan korang agar orang lain menganggap korang ni seorang yang berani .useless . Berani didunia tapi korang akan Takut dineraka nanti . Blog ni aku tak tahu dari mana golongannya , Aku rasa lebih golongan Isu Hina agaknya . Lebih baik korang hina lagi bagus . Aku tak saman dan tak buat apa-apa pun . Tuhan yang akan balas je .
   

disclaimers

  
Maaf kerana aku bercerita panjang kat sini . Didalam topik ni sumpah aku tak kaitkan dengan mana mana pihak pun , aku hanya bercerita mengenai pendapat aku . Aku harap korang boleh bezakan blog mana yang korang patut kunjung dan blog mana yang korang patut elakkan . Mengenai Politik tu aku tak menghina mana-mana blog parti , tapi aku tak suka cara mereka sebarkan hal negara dalam blog . Pendek kata , dalam entry aku ni tak mengaitkan mana-mana pihak lah . ini DISCLAIMERS ok . nanti kena saman pula .

  Ok la setakat ini saja , aku harap korang dapat manfaat dan faedah dari entry ni .Salam .

>Keputusan Kontest Menang Header AF .

>

   Salam kawan-kawan , korang baca kan cartoon atas ni ? semua menang ? gila . Mana ada kontest yang pemenang nya semua peserta . huhuhu , korang mesti sedih . hahaha , tak da aku bergurau ja . Sedih pulak aku lau tengok korang bila aku cakap macam ni . Aku umumkan pemenang peraduan Saya Nak Tukar Header Saya adalah SEMUA PENYERTAAN ! . wahh , seronok tak ? aku lagi seronok tengok korang seronok sebenarnya 🙂

  Apa motif sebenarnya peraduan ni ? kenapa semua menang ? tuan blog ni gila ke ? takda lah . Aku tak gila dan aku masih waras . Tujuan aku buat peraduan kali ke dua ni untuk merapatkan korang dengan abdulfarique.com . Disamping itu dapat menjalinkan silaturahim dan ukhwah sesama muslim . Ye tak ? salah ke aku bagi semua menang ? tak salah . Pernah tak korang tengok orang yang menang peraduan muka sedih , masam ? takda kan . Tujuan aku adalah aku tak nak peserta dan followers setia aku ni masam-masam muka kali ini . Niat aku nak cari pembaca setia . Adakah entry aku selama ni adalah menceritakan diri aku tanpa membawa faedah ? tak ada langsung bagi aku . Semuanya berfaedah .

  Aku menceritakan pengalaman hidup aku untuk tatapan anak-anak aku , anak anak muda nanti . Salah ke ? tak salah kan . Ada la sedikit sebanyak entry aku yang tak membawa faedah , ( yang ni entry lama ) . Jadi sebab itu lah aku mencari pembawa setia yang sudi komen dan beri pendapat diantara entry aku . Tahniah , blog aku mendapat sambutan yang tinggi dari korang . Itu yang aku mahu , aku seronok korang dapat faedah , aku sedih korang buang masa je 🙂  OK , aku nak bercakap mengenai persediaan untuk mengambil hadiah korang . Ada syarat jugak . Nak tahu syarat . Jom . layanzz .

Read More Ye 🙂

  Pertama korang kena add aku di Facebook ( fb ) atau YM . Aku nak korang add aku untuk aku bersembang bagi ‘detail’ mengenai header yang korang nak kan . Aku tak nak silap buat header kat korang . Korang nak gambar kucing , aku letak gambar biawak . fuhh , tak nak la macam tu kan . Jadi dengan sebab tu la aku buat macam ni . Senang dengan secara online buatkan header untuk korang . Korang jangan risau , masa yang diambil untuk satu header hanya selama purata 1 jam lebih je . Tak percaya korang boleh tanya followers yang aku buatkan Header di ruangan Freebies Festivals aku tu .  Semuanya secara online .

  Kedua syarat aku bagi sesiapa yang nak kan header mereka tu letak gambar mereka sendiri , tolong siapkan gambar yang telah di’crop’kan background atau telah di’remove’kan background untuk aku memudahkan kerja-kerja pembuatan header . Ini adalah kerana aku bukan Grafik Designer yang hebat , Professional . Aku hanya menjalankan kerja-kerja pembuatan header 3D , Contoh korang boleh tengok di FF Gallery di ruangan PAGE . Yang penting pastikan ‘transparent’ atau di’file’kan sebagai PNG file . Korang boleh rujuk di abg google atau mana-mana designer yang hebat seperti SyedGraphix , Ezhan Artwork , Abg Teror dan mohamad Faiz

  Ketiga syarat aku adalah korang kena komen diruangan entry ni . ( nanti entry-entry aku yang lain jangan korang biarkan aku bersembang sorang-sorang , support lah aku ok ) . Ini bermakna untuk aku mengetahui korang beriya-riya dan berusaha mendapatkan sesuatu . “This is my point” . Aku tak nak lagi buatkan sesuatu benda yang tak boleh dipakai . Lebih senang dan kasar lagi , aku tak suka orang sombong dan terlalu ego . Wahh , agak kasar disitu . Tapi betul apa , kita memberikan sesuatu benda untuk orang yang sombong , tapi kita akhirnya rugi . Disini bukan aku berniat nak kan korang balas apa yang aku berikan kat korang tapi aku nak sokongan dari korang . Salah ke ? aku pun bloggers , aku pun manusia , aku pun muslim 🙂 Dari awal aku dah terangkan , peraduan aku tak sesuai buat orang yang sombong ye 🙂

  Ok , itu sahaja syarat-syaratnya . Ringkas tapi panas kan . haha , Benda ni mendatangkan faedah buat korang dan faedah buat aku . Itu lah ‘point’ nya . Ok aku nak menulis sedikit untuk bro Redzuan dari geng Bloggers Chat Room ( BCR ) , Tempahan Header anda untuk blog anda aku bagi percuma . Promotion percuma , bukan gosip , bukan cerita dongeng . Hubungi aku di facebook .

  Cukup sudah penerangan aku yang panjang ni , aku harap korang boleh manfaatkan disini . Korang beri peluang selama 3 hari untuk korang yang join peraduan ni untuk komen kat sini dan buat header sebelum streamyx kat rumah aku kena potong . Bagi sesiapa yang tak maklumbalas kat sini setelah 3 hari daripada tarikh hari ini , maka pemenang tu aku akan ‘terminate’ dan ditolak tepi . Harap maaf . Salam .

  Kat entry ni aku memohon beribu kemaafan untuk Nadia ( Pemenang Award Followers ke 92 ) dan Akunerd a.k.a Azwan Ali ( Pemenang kedua Peraduan Menang Domain ) diatas kelewatan aku memberikan hadiah kemenangan buat korang . Aku mengalami sedikit masalah peribadi dan InsyaAllah aku akan cuba segerakan Hadiah korang ok . Maaf 😦

Sebelum itu mari kita sejenak bersama bro dahlan , ( penganalisis entry peraduan di blog korang ) , dia nak luahkan sesuatu sikit . Mari kita baca untuk santapan psikologi dan minda kita ).
 

 

>Mengapa Aku Perokok ?

>

   Salam kawan-kawan , kali ni aku cuba bawa entry ni pulak . Banyak manfaat dalam entry ni . Aku harap korang boleh faham . Ok Apa itu rokok ? ehh tak payah cerita pasal tu la korang mesti tahu kan . Ada yang benci dan ada yang suka kat rokok ni . Bagi aku perokok ni tak semua patut dibenci . wahh , aku asyik bagi pendapat yang berlainan dari orang ja ! benci kat AF ni ! huhu , Ayuh korang baca selanjutnya korang akan tahu .

smoke2

  Aku yang bercakap ni adalah seorang perokok tegar ok . Aku bercakap menggunakan pengalaman . Bagi aku pengalaman banyak mendewasakan aku . Ok aku nak bercakap sikit , mengapa aku jadi perokok tegar ? orang lain tak faham dan tak mengerti . Aku isap rokok ni semua kerana ayah aku dan ayah tiri aku . Sebab apa sebab ayah aku ? sebab ayah aku idola aku . Dulu aku pun tak teringin nak isap rokok ni , tapi kecil kecil tiap-tiap hari hidup bau asap rokok aku jadi ketagih . Kenapa perokok tak semua patut dibenci ?

 Read More 🙂


  Kenapa aku kata perokok ni tak semua patut dibenci ? sebab bukan semua isap rokok saja-saja . Bukan semua isap rokok suka-suka . Punca utama perokok ni adalah Keluarga , ayah isap rokok atau abg isap rokok . Kita duduk serumah , tiap-tiap hidu bau asap rokok tak ke ketagih ? Punca kedua sebab tekanan dan stress , Kebanyakan punca ni banyak golongan perempuan yang merokok .

   Aku sebenarnya nak berhenti merokok ni sebab , Haram , membazir , membunuh orang dan tak baik untuk kesihatan tapi senangkah nak berhenti ? susah , dulu aku masuk PLKN 2 bulan tak isap rokok , lagi sebulan kat PLKN aku isap rokok kertas . Tak tahan ketagih . lagipun persekitaran yang memaksa aku tambah ketagih . Korang tak perlu nak salahkan dan cop menghisap rokok ni biadap dan korang kena benci . Benci kat rokok tak pa janganlah benci kepada perokok .


  Macam aku katakan tadi , merokok ni bukan semua suka-suka , saja-saja . Mesti ada kenangan hitam , tension dan sebagainya yang buruk . Semuanya dari siapa ? dari Keluarga . Menular ke anak-anak . Tak semua perokok kita harus pandang sebelah mata , tak semua perokok yang nak terus jadi perokok tegar . Aku pun tak nak . Kitorang perlu bimbingan bukannya kutukan . Bagaimana nak berubah .

  Macam topik aku yang lepas-lepas , banyak entry aku mengenai orang ketiga ( sokongan ) . Itu yang penting , sokongan padu dari kawan-kawan . Sokongan padu dari masyarakat . InsyaAllah berkat kuasa Tuhan kitorang boleh berubah . Jadi apa yang aku nak pesan , tak perlu lah kita membenci seseorang sebelum kita mengenali seseorang itu dengan kemas . Tak perlu juga kita memberi kutukan tapi lagi mulia kalau kita membimbing . Bantu-Membantu kan diharuskan dalam Islam . Jadi kita sebagai umat Islam , Mari lah kita sama-sama bantu membantu . PEROKOK BUKAN PENJAHAT , BANTULAH KAMI BERHENTI . salam.