Category Archives: Segmen

>Blog Assignment Jejaka Terhangat: Tunjuk Ajar Ku Sifu

>

     Jejaka Terhangat

      Assalam kawan-kawan, oke sekali lagi kita cuba memberanikan diri untuk menyertai Assignment dari blog Jejaka Terhangat. Oke, sembang pumpang pun tak guna . Tembak pun tak kena, jadi jom kita terus membaca siapakah Sifu Aku yang selama ini banyak membantu aku walaupun tanpa sifu aku itu mengetahuinya.






    Jom kita membaca segala info yang aku sertai disini. Semoga pembaca dan pengunjung dapat mempelajari segala rahsia dan tips yang aku diperolehi sehingga aku mampu mencapai 200000 pageviews setakat ini. Korang nak ? serius nak? Jom kita terjah blog mamat ni dan satu yang penting, Semangat + Membaca 🙂







PENDEKAR BERKUDA

    Oke. Straight, Pendekar Berkuda mempunyai satu kelebihan yang aku sendiri tak tahu bagaimana dia mampu membuat sesuatu yang akan mencapai tahap yang gemilang. Aku yakin beliau mampu untuk menjadi sebuah blog yang berjaya dan mampu menarik ramai pengunjung dari hasil carian google. Setiap entry-entry beliau mempunyai satu keyword yang meletup.




   Walaupun hanya menggunakan platform blogspot, beliau mampu memperolehi traffik yang tinggi. Beliau juga telah meletakkan segala tips dan entry untuk berjaya dalam SEO. Berjaya kah dia ? Sejauh mana keyakinan orang setelah membaca entry aku ni ? Adakah kerana Pendekar Berkuda membayar aku supaya aku sentiasa menaikkan memancak tinggi dan mewanggikan nama dia ? Lihat sendirilah di blog beliau .




   Sekarang ini aku yakin oleh kerana masalah masalah peribadi beliau , sering menganggu prestasi dan semangat beliau untuk mengemas kini blog beliau dan mencari sumber-sumber yang mengancam. Kadang kala aku pun selalu copy paste sedikit entry darinya. Kerana masalah, pasti akan menganggu semangat. Tak kira walau apa pun bidang yang diceburi. Semoga dia mampu menyelesaikan segala masalah dan terus berblogging.






   Tapi hal masalah itu bukannya topik dan point entry ni, tapi ilmu yang dicurahkan tak sekali kali aku lupa. Tak salah kita mencuba tak salah kita mempelajari kerana setiap apa yang kita pelajari tu kadang-kala membuahkan hasil yang lumayan. Anda teringin untuk mempelajari SEO ? anda ingin selalu mempunyai traffik seperti saya dan blog kawan saya , syafiqorangmelaka ? Jom kita terjah tips dan tutorial di blog beliau . 🙂




  Oke, ini sahaja penerangan aku mengenai blog sifu aku. Ilmu tak perlu kita rahsiakan, Ilmu tak perlu kita simpankan kerana ilmu itu adalah kurniaan Tuhan. Aku rasa ilmu yang aku pelajari dari Pendekar Berkuda masih tak mencukupi lagi, aku masih lagi gagal. Tapi aku tak mahu terus gagal. Jadi , pendekar berkuda.. Tunjuk Ajar Ku Sifu :))




   Jadi aku tak kesah apa sekalipun pandangan dan komen sesiapa, aku yakin dengan setiap apa yang aku tuliskan kerana aku suka bercakap melalui pengalaman dan penglihatan . Korang rasa berani tak sahut assignment jejaka Terhangat ni ? Senang je. Aku yang suka cari jalan susah, kalau berani sahut , marilah 🙂




oke kali ni sekali lagi aku tag , blog mak budak yang selalu support aku , blog puan Kutu .Puan Kutu , lets go kita join lagi 🙂


Peringatan : Jangan tiru segala aksi tulisan di dalam entry ini, kerana tak guna sembang kencang kalau setiap apa yang kita ceritakan kita tidak benar benar merasainya. 🙂

Advertisements

>Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni

>

     

    Assalam kawan-kawan, oke pertama kalinya aku tergerak hati untuk menyertai assignment jejaka terhangat yang selama ni aku tak pernah follow sebab aku terlalu khusyuk dengan entry seo yang tak pernah menjadi tu. Oke la , segmen kali ni adalah mengenai blog yang aku suka. Siapakah blog yang paling aku suka ? Mari aku tunjukkan siapakah blog yang sering aku sumbangkan traffik kerana menunggu entry terbaru beliau 🙂




   Ini lah blog beliau :



BudakBotak.com ©  

   Blog budak botak. Apa yang istimewa sangat tentang blog dia ni ?? nampak biasa ja. Minat aku untuk selalu membaca blog dia sebab budak botak ni selalu post kan entry-entry fakta yang pelik-pelik dan menarik. Budak botak pun rajin update blog. Budak botak ni bagus , setiap kali aku komen di entry beliau, pasti entry terbaru aku akan beliau komen. Bagus, bukan nak angkat lambung nama budak botak tapi sifat macam tu terbaik.



   Maklumlah sekarang ni hati selalu tak tenang, banyak benda fikir. Jadi aku terlalu malas nak singgah ke blog-blog peribadi dan blog-blog yang selainnya. Maaf bukan benci tapi aku tak boleh terima kenyataan kalau terbaca entry-entry yang bakal membuatkan aku panas. Otak tengah tension memang gila sikit. Blog Budak botak yang selalunya tenangkan hati aku sedikit. 



   Respek kat budak botak sebab dah capai 520000 pageviews dan dah dapat PR3. Aku rasa mamat ni pandai main SEO juga. Haha, aku minat blog-blog macam ni. Lagipun blog budak botak tak kering dengan visitornya, tak kira pagi atau malam, visitor kat blog beliau paling koman 5 user online. Itu bermakna blog beliau memang hebat la. Aku jadikan dia idola, selain Pendekar berkuda dan syafiqorangmelaka. Huhu.



  Itu lah dia penjelasan aku mengenai blog budak botak. Sekarang ni aku dah pandai nak kritik-kritik blog orang da. Kurang ajar sungguh aku ni!. Haha, anggaplah setiap apa dari tulisan aku ni sebagai satu semangat dan sokongan sebab apa yang aku tuliskan dah terbaca dari bisik hati ni 🙂


  Jadi aku nak tag seseorang untuk membaca entry ni dan kalau boleh sertai lah sekali. Jadi aku nak tag , blog mak budak : Puan Kutu 🙂


  Semoga sukses :p


* Lama tak update blog, pening tak tau nak update entry apa =.=”

>Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique

>

    

   Salam kawan-kawan , aku harap ada geng geng sporting yang sudi join segmen ni. Ok straight to the point , segmen ni senang je dimana korang semua perlu mengikut syarat-syarat bawah ni :-

1. Buat satu entry bertajuk Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique..

2. Amik banner diatas dan letakkan di entry segmen tadi..

3. Ceritakanlah apa saja mengenai tajuk Andai Aku Diberikan Peluang ni .. tak kisah la peluang apa pun asalkan jadikan satu cerita yang menarik , tertarik dan terbaik .

4. Tag 1 Orang kawan … sorang je tak perlu kawan-kawan.. pastikan kawan korang tahu beliau di tag .

5. Setelah siap post kan link entry kat sini yea ..

  Daa.. senang je . Harap korang sudi join la sebab ini first time aku tergerak hati nak buat segmen. Contoh ayat entry kalau korang tak faham ..

 ” Pada lembut bayu angin yang menghembus ke wajah mu, resah layu ku melihat tanah ini. Andai Aku diberikan peluang, takkan ku sia-sia kan kamu lagi. Sang purnama menjadi saksi kata-kata hati aku ini, pulanglah peah. Ku rindukan gelak tawa mu yang berkurun lama tidak ku terdengaran lagi . Andai Aku Diberikan peluang, takkan aku memasak meggi kari itu lagi. Oleh kerana bahana meggi kari tadi, kau akhirnya berlari ke tandas dan sudah 3 jam tak keluar-keluar lagi. Pulanglah peah,” ..

  haa.. ayat atas ni contoh je . Terpulanglah cerita tu berlaku dari persepsi masa dan keadaan sebagaimana sekalipun.. oke sebagai reward , aku akan memilih 3 orang yang paling terbaik dan hangat. Aku akan memberikan reward seperti berikut :-

1. Iklan 125×125 Premium selama 3 bulan (banner sendiri) + Review blog oleh AF .

2. Iklan 125×125 Premium selama 2 bulan (banner sendiri) + Promote 2 entry beliau di 2 entry terbaru AF .

3. Iklan 125×125 Premium selama 1 bulan (banner sendiri) .

  InsyaAllah, AF akan cuba sumbangkan traffik melalui iklan banner korang kat blog AF . So.. kalau ada yang rasa nak join tu, join la . Lagi bagus kalau ramai-ramai. 😀 . tarikh tamat segmen ni pukul 11 malam , 25 Mei 2011 . Jom jom sekali ada masa .


  OOPSS ! TUNGGU ! Kepada mana-mana bloggers yang berjaya mengumpul refferal sebanyak 100 refferal dari blog beliau, AF akan bagi hadiah kejutan . FREE 1 3D HEADER untuk 1 pemenang, refferal lebih jauh jangkaan akan dipilih mengikut refferal yang tertinggi 😀
Jom, af akan check di nuffnang dan info kat blog AF japg malam. Ayuh Ayuh ramaikan, promote kan 😀