Category Archives: berita

>Keputusan Result Digi WWWOW Awards 2011 | Anwar Hadi Terbaik !

>    Masih ingatkan tentang Digi WWWOW Awards tu ? Tap tip tup akhirnya keputusan Digi WWWOW awards dah keluar tadi pada 12 julai 2011. Terkejut seh Anwar Hadi berjaya meraih 3 kategori sebagai juara. Hebat gila. Ramai jugak penyokong-penyokong Anwar Hadi yang mengundi beliau dengan menggunakan id facebook. Result Digi WWWOW awards kali ni memang gempak kerana semua pemenang hebat-hebat. 





  Jom lihat sekarang siapakah juara-juara bagi kategori masing-masing :-









Keputusan Digi WWWOW Awards

Juara: A.Fo Radio
Juara: Pathfinder.my
Stacy AF 6


Nicholas Teo

Anwarhadi


Anwarhadi


Blog serius


Anwar Hadi
The Techno Hut




   Tahniah kepada Anwar hadi kerana berjaya memungut 3 kategori. Huhu, terbaik lah. Aku pun join jugak. Aku join kat kategori Best Internet For All Idea/Campaign. Erk , kena ke kategori tu dengan blog aku ni ? haha main hantam je . Apa apa pun tahniah kepada semua pemenang 🙂


P/S : Aku check ranking aku kat WWWoW Awards , aku tempat ke-8 je . Tak dapat RM5000 tu 😦


Kredit dan sumber : Syafiq Orang Melaka

  tags : keputusan digi wwwow awards 2011, keputusan digi wwow awards 2011, Result Digi wwwow awards 2011, keputusan digi wwwow 2011, keputusan wwwow 2011, wwwow awards result, keputusan penuh digi wwwow awards, keputusan penuh digi wwwow awards 2011, keputusan digi awards 12 julai 2011, 12 julai 2011 digi awards, keputusan digi wwwow awards 12 julai, wwwow digi awards 12 july result
Advertisements

>Perlawanan Seterusnya Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 23 Julai 2011

>Projek Google+ | Laman Sosial Terbaru Google

>    Project Google+ , Google social web.





  Petikan dari Bharian ,

WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+. 
“Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya,” kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.

Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam “bulatan” berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.

Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. – AFP 

   Projek ni masih percubaan google lagi . Ia nya bakal di siapkan . huhu , tunggu la kehadiran laman sosial baru ni. Mungkin kah akan menyaingi facebook ? sama-sama kita tunggu nanti 😀

>Raphael Varane Transfer To Real Madrid

>LENS: Pemain pertahanan remaja Perancis, Raphael Varane menandatangani kontrak bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid daripada kelab divisyen kedua Perancis, Lens


Pemergian bintang muda itu disahkan presiden kelab itu, Gervais Martel.

Berusia 18 tahun, Varane hanya melengkapkan 23 penampulan dalam Ligue 1 musim ini yang menyaksikan Lens tersingkir.

Dia menandatangani kontrak dengan Real untuk enam tahun selepas lulus pemeriksaan perubatan. 

Varane, dianggap antara pemain pertahanan muda yang semakin menyinar dalam liga Perancis. 

Perpindahannya ke Real dilaporkan bernilai 10 juta Euro, menurut beberapa sumber. – AFP 





  Sumber : Bharian 




Wah , Real Madrid tak habis habis membeli player lagi . Di Maria player kegemaran aku kat Fifa online 2 pun real madrid kebas ..

>Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Bawah Pokok Serai Kayu , Bachok

>

KOTA BHARU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di bawah sepohon pokok serai kayu berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang, Bachok hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata bayi berkenaan ditemui seorang penduduk lelaki kampung itu. 

“Mengikut laporan yang diterima, sebaik menemui bayi berkenaan, pemuda itu membawanya ke sebuah klinik di Jelawat, Bachok sebelum bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
baca selanjutnya di : Berita Harian
 Nota : Kes ini tak pernah lenyap lagi .. hmm entahlah..

>3 Beranak Maut Rumah Terbakar Di Kuching

>KUCHING: Tiga beranak termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut selepas sebuah rumah di Taman Heng Guan, terbakar, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu dipercayai berpunca dari api di tempat sembahyang dengan mangsa terperangkap akibat gagal membuka jeriji tingkap.




Sumber : Bharian

>Gambar Marsha AF3 Kahwin | Marsha Milan Londoh

>     Assalam kawan-kawan . Sebelum ni terdengar gosip Marsha AF3 ‘kahwin’ , rupa-rupanya Ahad lepas , 19 Jun 2011 . ‘Majlis Perkahwinan’ mereka berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM ) . Tahniah diatas marsha af3 yang telah berjaya menamatkan ‘zaman bujang’nya. Jom kita lihat gambar-gambar marsha ‘kahwin’ .




    

Gambar-gambar yang lain , GosipSensasi

  Tahniah Marsha , senyap senyap dah ‘kahwin’ .. huhu..




Rujukan dan Sumber :-


1 . MyMetro
2. Gosipsensasi

  # Kontroversi ini tercetus apabila Marsha menyatakan bahawa beliau berkahwin . Tetapi media dan sumber-sumber lain menyatakan bahawa Marsha ‘berkahwin’ didalam video clip lagu “bila”. Huhu , jangan marah..

Sumber : Adamxis , Pendekar Berkuda

  tags : Marsha kahwin, gambar marsha kahwin, gambar marsha af3 kahwin, gambar marsha berkahwin, gambar-gambar marsha kahwin, gambar marsha kawen,marsha berkahwin, marsha milan londoh, marsha milan londoh kahwin, gambar marsha milan londoh kahwin, marsha kahwin ahad.

>Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Dunia | Tergempar

>    SAO PAULO: Seorang wanita Brazil yang disenaraikan sebagai wanita tertua dunia oleh Guinness World Records meninggal dunia semalam, kira-kira dua minggu sebelum meraikan hari lahir yang ke-115 tahun 


TINGGAL KENANGAN: Maria Gomes Valentim, 114, tersenyum ketika bergambar di Carangola pada Mei lalu. - Foto REUTERS


Wanita tertua dunia kini milik seorang wanita di Amerika Syarikat.

Jurucakap pusat jagaan, Helerson Lima berkata, Maria Gomes Valentim meninggal dunia akibat beberapa organ badannya yang tidak berfungsi.

Valentim akan berusia 115 tahun pada 9 Julai nanti. – AP 



Sumber : Berita Harian 

 # Agaknya lepas ni siapakah pengganti pemegang rekod dunia ni ye ?

>Semakan Keputusan Permohonan Ke UPU | IPTA | UITM Lepasan STPM Dan Diploma 2011/2012

>   Assalam kawan-kawan, Keputusan permohonan ke UPU, IPTA dan UiTM lepasan STPM dan Diploma 2011/2012 boleh disemak disini online. Anda akan AF direct kepada portal uitm.edu.my dari sini.




   Setiap satu semester, Universiti Teknologi Mara akan membuat pengambilan pelajar baru untuk mencukupkan target 300,000 pelajar.

  Di sini adalah link pautan ke Menu semakan UITM bagi pemohon ijazah sarjana muda lulusan STPM dan DIPLOMA/Setaraf untuk ambilan September sesi 2011/2012.



   Klik gambar dibawah ini untuk terus ke portal semakan. :-


   

     Semoga sukses dan berjaya kawan-kawan 😀 .




   tags: ijazah sarjana muda, semakan keputusan permohonan upu, keputusan permohonan upu online, keputusan permohonan ipta online, semakan keputusan permohonan ipta, semakan keputusan ke upu 2011/2011, semakan keputusan permohonan ke uitm 2011, semakan keputusan permohonan ke ipta 2011, semakan keputusan permohonan ke upu 2011 online 

>Warga Asing Mati Ditetak Di Kubur | Jalan Kuari, Cheras

>
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditetak berhampiran Tanah Perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, malam ini, dipercayai berpunca daripada satu perselisihan faham antara kumpulannya dengan satu kumpulan lain.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa, yang berusia lingkungan 30-an, bersama dua rakannya dikatakan mula berselisih faham dengan empat anggota kumpulan lain ketika menaiki sebuah bas dari tempat kerja mereka di Taman Len Seng, Cheras, untuk pulang kira-kira 7 malam tadi.

“Namun, ketika di dalam bas, mereka telah dipaksa oleh kumpulan tersebut untuk turun di kawasan seberang jalan tanah perkuburan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.




Beliau berkata mangsa dan rakannya kemudian dikejar kumpulan berkenaan sehingga ke kawasan berhampiran tanah perkuburan sebelum diserang.

Dalam kejadian itu, seorang rakan mangsa cedera parah dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.


Ku berkata maklumat awal mendapati mangsa, yang ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di tapak pembinaan di Taman Len Seng.




“Tidak ada sebarang identiti pada lelaki tersebut…menurut lelaki yang cedera parah itu, kumpulan yang satu lagi dipercayai bukan warga tempatan,” katanya.




Sumber : MyMetro 




   Terjebak filem KL Gangster gamaknya …