>Gambar | Penyamun ‘Alim’ Berkeluarga Di Stesen Minyak
>
Assalam kawan kawan , dunia sekarang ni dah pelik bagai . Gambar diatas adalah rakaman CCTV di stesen minyak di Bandar Permas Jaya yang diambil dari Harian Metro . Difahamkan bahawa Empat beranak ini berpakaian jubah , berkopiah dan bertasbih . Kononnya membawa perwatakan alim .
Difahamkan lagi bahawa empat beranak ini pernah menyamun kedai ini sebanyak dua kali jumaat kali , kali ni lebih ganas lagi kerana cuba mengelar leher perusahaan kedai minyak ketika cuba menghalang mereka .
Sedikit petikan dari Hmetro.com.my :
” Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.”.
Apa pun difahamkan lagi mereka berkeluarga tersebut telahpun ditahan pihak polis dan disoal siasat .
Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan kewajipan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda; Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
tags : gambar samun 8 sekeluarga Di stesen minyak, Penyamun berkeluarga, Gambar penyamun berkeluarga, Penyamun Alim tetak di stesen minyak, 8 Sekeluarga menyamun, Johor Bandar baru permas jaya,
Posted on May 16, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 11 Comments.
>buat malu je..
>@Syukri Mohtar: tu la kan .. orang melihat . ape la ..
>yup2… byk skarang buat taktik gtu.. dyorg bukannye alim pon.. tp berpakaian sebegitu untuk menutup kesalahan dyorg.. mcm video y jadi kat al-ikhsan 2.. 1 family rompak kedai.. heee…
>memang bangang.. kes ni sama je ngan y jadi kat al-ikhsan ritu.. pompuan pakai baju kurung tp mencuri.. sbenarnya dyorg ni bukan alim pon.. tapi dyorg bertindak utk berpakaian sebegitu utk mengaburi org la.. biasa la.. manusia kan kalau tngok org 2 pakaian baik2 dikatakan baik.. tp y bersubang compang campin.. dikatakan pencuri… pape pon.."dun judge a buk, by its cover"
>@naqiah: yeahh .. terbaik tu komen dari kak naq . hehehe . Permainkan benda yang membabitkan imej agama , nescaya besar dosa . ==" . ape la manusia sekarang .. fuhh .
>masyarakat akhir zaman.. T_T
>saje je bajet alim supaya orang x syak..tp dorng ni mmg xde sensitivi langsung..tahu nye memalukan agama je..
>@Sarah: kita didunia secondlast zaman atau lebih dikenali di zaman fasa 4 per 5 . tanda2 hampir akhir zaman sebenarnya š
>@hana: apa nak jadi . bila wang dan nafsu mengaburi mata .. inilah akan jadi hingga sanggup buat macam2 ..
>readmore lagi š¦
>@fyy mokhtar: readmore menjimatkan space homepage dan ruang ^_____________________^