>Warga Asing Mati Ditetak Di Kubur | Jalan Kuari, Cheras

>
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditetak berhampiran Tanah Perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, malam ini, dipercayai berpunca daripada satu perselisihan faham antara kumpulannya dengan satu kumpulan lain.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa, yang berusia lingkungan 30-an, bersama dua rakannya dikatakan mula berselisih faham dengan empat anggota kumpulan lain ketika menaiki sebuah bas dari tempat kerja mereka di Taman Len Seng, Cheras, untuk pulang kira-kira 7 malam tadi.

“Namun, ketika di dalam bas, mereka telah dipaksa oleh kumpulan tersebut untuk turun di kawasan seberang jalan tanah perkuburan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.




Beliau berkata mangsa dan rakannya kemudian dikejar kumpulan berkenaan sehingga ke kawasan berhampiran tanah perkuburan sebelum diserang.

Dalam kejadian itu, seorang rakan mangsa cedera parah dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.


Ku berkata maklumat awal mendapati mangsa, yang ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di tapak pembinaan di Taman Len Seng.




“Tidak ada sebarang identiti pada lelaki tersebut…menurut lelaki yang cedera parah itu, kumpulan yang satu lagi dipercayai bukan warga tempatan,” katanya.




Sumber : MyMetro 




   Terjebak filem KL Gangster gamaknya …

Posted on June 20, 2011, in Artikel Bebas, berita. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: