>Hackers | Penggodam Diburu Pihak Berkuasa Berikutan Operation Malaysia

>KLUANGKementerian Dalam Negeri akan bertindak berhubung langkah sekumpulan penggodam dipercayai didalangi warga tempatan pecah masuk beberapa laman web kerajaan.

Ia dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan dipandang serius.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan beberapa agensi lain bagi membendung kegiatan terbabit.

Menurutnya, perbuatan itu (menggodam web) wajar diberi penekanan serius dan setuju dengan hasrat disuarakan Menteri di Kementerian Kesenian, Warisan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Dalam usaha itu, kami akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis,” katanya di majlis pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Kluang di sini, semalam.

Beliau berkata, Unit Cawangan Khas (SB) dan beberapa unit pakar yang dimiliki negara akan turut memerangi kegiatan terbabit.

Katanya, kegiatan menggodam pelayar web seperti itu diklasifikasikan sebagai jenayah siber.
Beliau berkata, ini disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu dibimbangi akan jadi lebih serius jika tidak dibendung malah data-data yang terlepas ke tangan penggodam mungkin menjadi antara inti pati bernilai bagi sindiket lain untuk tujuan tertentu.

“Jenayah ini dikategorikan mengikut atur cara jenayah komersil dan tindakan termasuk siasatan susulan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil,” katanya.





Sumber : Sinar Harian.




Kepada hackers-hackers yang berkenaan , berhati-hatilah. Pihak berkuasa tempatan memburu mu. 

Posted on June 17, 2011, in Artikel Bebas, berita, hack. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. >Phew~ Hacking. Bukan gini care nak tunjuk perasaan pada kerajaan.. susah diri sendiri dan keluarga nanti.Kalau lah hacking blh gentarkan kerajaan. USA negara pertama yang di jatuhkan. koh3..(^____^)

  2. >tangkap cepat itu penggodam sebelum dia godam blog aku plak.. HEHEMySuaraBlog: Super 8 : Awesome!

  3. >bgus lar..ada juga tindakan.

  4. >ni mesti dorang nak jadi agen Anonymous antarabangsa tu kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: