>Guru Agama Cabul Gadis Suci Dosa ?? | Sesat Nak Mam*** !!!

>   IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.




Namun, melucukan apabila lelaki dan wanita tua tidak perlu melalui proses itu kerana guru terbabit mendakwa pengikut terbabit sudah suci secara semula jadi, tetapi setakat ini gadis 20-an itu dipercayai menjadi mangsa. 



Guru tarekat yang beroperasi di satu daerah di utara Perak itu dipercayai menggunakan alasan penentuan darjat seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT atau ‘maqam’ untuk mencabul gadis yang menjadi muridnya.

Menurut sumber, kejadian terbaru membabitkan gadis berusia 20-an itu ketika dia bersama bapanya mengikuti aktiviti tarekat terbabit, baru-baru ini.


“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian gadis itu melakukan proses bersuluk (bersendirian dalam tempoh masa tertentu) dan selepas bersuluk, mangsa diarah berjumpa guru terbabit untuk menentukan maqam dan ketika itu mangsa dicabul,” katanya di sini, semalam.



Sumber Harian Metro .


  Pehhh , ada jugak yang macam ni.. Fuhh teruknya sesat .. Nafsu dunia menghancurkan niat

Posted on June 17, 2011, in Artikel Bebas, berita. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: