>Bayi Perempuan Baru Lahir Ditepi Bangunan

>KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi bangunan di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini, petang tadi. 

Bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemui orang ramai kira-kira jam 3 petang tadi yang memaklumkannya kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan.

Nair Sagar, 19 ketika ditemui pemberita, berkata beliau dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang lelaki yang hendak meletakkan kenderaannya di berhampiran bangunan itu.

“Saya melihat bayi itu dibaluti beg plastik dan baju T warna merah serta dibungkus dengan kertas surat khabar dan diletakkan di tepi kelab malam yang juga merupakan laluan ke tempat letak kenderaan di bangunan itu,” katanya. 

Kasihan melihat bayi yang ditinggalkan di tengah panas itu, Nair kemudiannya mengambil payung untuk melindungi bayi malang berkenaan sebelum menghubungi polis. 

Polis dan anggota paramedik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan bayi terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. – BERNAMA



Sumber : Bharian

Posted on June 13, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. >herm kat kampung saya pun baru2 ni 2 bayi dibuang kat kampung saya. manusia durjana mana ar yg buang bayi tu erk…

  2. >eeii…tak berhati perut langsung!!

  3. >Aiseyh, kesian baby tuu.. orang yang xde anak, sanggup bwat macam2 untuk dapat anak.. tp depa yg dikurniakan anak ni plak main buang2 jer.. x besyukur langsung. HUHUMySuaraBlog: Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

  4. >pancong je spe yg buang baby tu =='

  5. >dah biasa dah kes buang bayi ni kat malaysia. sedih kan😥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: