>43 Penghuni Puspen Larikan Diri Selepas Merusuh

>MUAR: Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak, berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusaha menjejaki mereka yang meloloskan diri.

“Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP





Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.




Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut. 



Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu. 

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999. – BERNAMA







Sumber : Berita Harian





Posted on June 10, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. >huh dasyat jugak rusuhan depa nie..dah la buat salah.org dah bela bg makan camtu pulak depa buat.huhu…

  2. >@Puan Kutu: biasa la tu .. tak dapat kebebasan la tu .. lari p shopping kot😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: