>Russia Tawar Bantuan Bina Loji Nuklear Malaysia

>

MOSCOW: Russia, antara negara utama dalam pengeluaran tenaga nuklear, menawarkan kepakaran membantu Malaysia membina reaktor pertama negara dan berjanji memastikan tahap keselamatan yang tinggi dan mampu bertahan jika berlaku aktiviti seismik tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Atomstroyexport, Alexander Glukhov, berkata walaupun Russia masih belum menerima sebarang tawaran untuk menjalankan kajian teknikal bagi pembinaan loji nuklear di Malaysia, ia bersedia menawarkan kepakarannya.

innity_country = “MY”;innity_client = “17”;innity_zone = “603”;innity_channel = “”;innity_keyword = “”;

“Kami masih belum dihubungi tetapi kami tahu Malaysia berminat membina sebuah loji kuasa nuklear (NPP) dan kami bersedia untuk membantu mereka,” katanya di luar “AtomExpo 2011” anjuran Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) di sini hari ini. 

Atomstroyexport adalah anak syarikat Rosatom dan terbabit dalam pembinaan NPP di luar negara.

Sehingga kini, syarikat Russia sudah membina 31 unit loji nuklear di luar negara termasuk di Jerman, Finland, Hungary, Bulgaria, Slovakia, Republik Czech serta China dan tidak lama lagi di Vietnam dan Bangladesh.

Disebalik kebimbangan mengenai tenaga nuklear berikutan krisis berterusan yang melanda Fukushima di Jepun, Glukhov berkata generasi ketiga NPP Russia memiliki standard yang tinggi dan sangat kompetitif daripada segi harga dan pemindahan teknologi.

Malaysia bercadang membina dua loji kuasa nuklear yang setiap satu boleh menjana 1,000 megawatt untuk mengurangkan penggantungan terhadap bekalan bahan api fosil.
Walaupun masih belum ada pengumuman kukuh lagi, dilaporkan sebelum ini Tenaga Nasional Berhad mungkin akan membina loji kuasa nuklear pertama negara membabitkan kos AS$3.1 bilion menjelang 2020.

Pada awal tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penubuhan Perbadanan Tenaga Nuklear di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Najib berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggembleng tenaga bagi memenuhi permintaan masa depan dan mempelbagaikan campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia dan perbadanan nuklear itu akan menerajui inisiatif berkenaan. 

Baca Selanjutnya Di : Berita Harian




Hehe .. Malaysia nampaknya makin maju . Bakal ada loji nuklear nanti ..

Posted on June 8, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: