>Kereta Api Bukit Bendera Penang Rosak Lagi

>

GEORGETOWN: Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta. m
Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal. 
innity_country = “MY”;innity_client = “17”;innity_zone = “603”;innity_channel = “”;innity_keyword = “”;
Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera. 

Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.

“Saya sudah meminta mekanik dan jurutera yang terbabit menyelesaikan masalah itu kerana kerosakan kali ini tidak sama dengan yang sebelumnya,” kata beliau apabila dihubungi di sini hari ini.

Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai.


Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan.

Baca Selanjutnya Di : Berita Harian 

Posted on June 7, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: