>Siti Nurhaliza Masuk Wataniah | Wow Dasyat !

>

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 
 
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. “Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa,” katanya. Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 

Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam. Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

Baca selanjutnya di : Berita Harian


  Wow, boleh je Dato’ Siti join Wataniah tu ? berani gila Dato’ Siti. waa congrat dato’ . bukan semua orang yang mahu join sukarela Wataniah ni. gile, semangat kena kental Kekuatan jasmani kena kuat. Dulu masuk PLKN 3 bulan pun aku balik-balik hometown terus demam pastu tersandar kat rumah sebab dah lepas ‘azab’ . hehe, bukan kutuk PLKN tapi ye la aku ni slow sikit. Tapi alhamdulillah banyak kenangan dan banyak penghargaan aku dapat kat PLKN dulu. Dato’ Siti masuk Wataniah , korang takkan sahut ke ? dia cabar tu . hehe. Nampaknya artis-artis dah nak ikut jejak langkah Prebet Khairy Jamaluddin . Wahh go on.



  Tags: siti nurhaliza masuk wataniah, siti nurhaliza masuk askar, siti nurhaliza sertai sukarela wataniah, siti nurhaliza sertai wataniah, siti nurhaliza sertai askar sukarela, siti nurhaliza join wataniah, siti nurhaliza bakal masuk wataniah.

Posted on May 26, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. >tak saba nak tunggu die Kompom join wataniah tu

  2. >boleh ke dato siti ni angkat senjata,respek kt beliau…patriotik

  3. >@ZIPPO MILLER: hehehe , awak taknak masuk ? siti dah cabar tu :p

  4. >@ahmad: hehehe , tak confirm lagi . rasanya M16 boleh je angkat kot :p

  5. >"Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan"sikiit nyer…??? ak pown setahun smpy 500++ jam…!!! selama 3 taun baru dpt tauliah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: