>Kedai dan Perpustakaan Awam Musnah terbakar Di Pasar Sebangan

>

KUCHING: Bangunan kedai kayu sederet dua tingkat 12 pintu dan sebuah perpustakaan milik Majlis Daerah Simunjan (MDS) di Pasar Sebangan, Sebuyau Bahagian Samarahan, musnah dalam satu kebakaran pagi ini. 
Ketua Operasi Balai Bomba Simunjan Jamali Terang berkata pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 5.38 pagi dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 6.15 pagi.
“Kebakaran dapat dipadamkan pada pukul 7.15 pagi dan jumlah kerugian bagi kebakaran melibatkan kedai sederet 12 pintu itu berjumlah RM6.75 juta, namun bagi perpustakaan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan kesemua 12 keluarga yang memiliki kedai-kedai tersebut kini tinggal di Sekolah Kebangsaan (SK) Chung Hua Sebangan buat sementara waktu.
“Kedai-kedai itu terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan. Tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.
Jamali berkata sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu. 
Sumber : My Metro
  Ya Allah , banyaknya kerugian . nasib baik tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Pengajaran buat anda semua, pastikan gas dapur kat rumah tu sesudah masak ditutup . teringat kisah Tahun Baru cina 2011 kat penang , lebih 4 tempat rumah terbakar pada malam raya cina …
   tags: kebakaran di kuching, kedai dan perpustakaan awam terbakar, kebakaran di pasar sebangan, kebakaran di sebuyau bahagian samarahan .

Posted on May 26, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: