>Cerita Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari

>

  [image[9].png]  

Assalam semua , Jom kita masuk ke dalam cerita kreatif aku bersama ben ashaari ni ? kalau korang nak masuk jugak , boleh link ke gambar keretapi kat atas ni ye . Ayuh aku nak mulakan cerita dari khayalan aku , :p




   Pada suatu petang hari jumaat , bermulalah cerita dimana aku bersama kawan blogger iaitu Ben Ashaari yang sangat suka menaiki keretapi walaupun aku memiliki sebuah motor EX5 dan sepasang helmet Arai . Oleh kerana aku baru mengenali Abang Ben dan ingin mengambil hati beliau , aku turutkan permintaan dan keinginan abang ben walaupun aku teringin nak wheelie motor EX5 aku ni bersama sama abang ben . Akhirnya aku ‘parking’ kan motor aku di kawasan parking milik syarikat keretapi tersebut yang dijaga sepenuh masa oleh JAY dan pengawalnya , Yanna Yassin .




   Tujuan aku dan abang ben untuk menaiki keretapi ni adalah kerana ingin ke zoo untuk melihat cipanzi dan haiwan-haiwan yang lain ( pergi zoo memanglah nak tengok haiwan , tak kan nak beli sayur plak )  . Aku dan abang ben ingin ke zoo sekali kerana sambil sambil itu ingin berjumpa dengan kawan lama iaitu Encik Bedak Sejuk , seorang penjaga harimau shift petang di zoo berkenaan .




   Apabila aku dan abang ben menaiki tangga eskelator untuk naik ke tingkat atas membeli tiket keretapi , tiba-tiba aku tak sedap hati nak naik keretapi . Abang ben yang melihat muka aku terkerut-kerut dan resah , lalu menegur aku .


” kau ni kenapa ? muka lain macam je . ada masalah ke ? ”, tanya abang ben kepada aku .


” Entahla bro , saya rasa tak sedap hati nak naik keretapi ni ”, .

” kau jangan buat pasal , aku nak naik keretapi jugak . Ataupun kau ni penakut ? hehe . Cepatlah dah lambat ni , kejap lagi aku ada hal nak update blog . Dah la laptop lupa bawak . ”, kata abang ben sambil tersenyum sinis .


  Aku dalam keadaan tak sedap hati dan fobia mengikut jua kehendak abang ben walaupun aku telah gunakan segala kudrat yang aku ada untuk menghalang niat abang ben . Setelah sampai ke kaunter tiket , abang ben membeli dua tiket keretapi dari Izyan Kaher , jurujual di kaunter nombor 8 itu .


  ” Assalamualaikum cik kak , bagi saya 2 tiket keretapi ke Hulu bayam . ”, abang ben berkata sambil mengeluarkan dompet .


  ” sekejap ye , hmm nah . semuanya RM26.00 tunai , matawang asing tak terima ”, Izyan Kaher menjawab sambil menunggu abang ben memberikan wang .




  Abang ben yang terkejut mendengar harga tiket berkenaan lalu bertanya kepada Izyan kaher . ” Kenapa mahal sangat ? selalu RM24.00 je ! ”.


  ” Maaf encik , minyak dah naik harga ”. Kata Izyan Kaher .


Abang ben dalam keadaan marah selepas mendengar jawapan Izyan Kaher terus mengeluarkan RM26.00 tanpa berkata-kata dan memandang Izyan kaher lagi . Aku hanya diam sahaja , takut aku pula terima bahangnya . Aku dan abang ben berlalu dari kaunter berkenaan dan mencari kerusi kosong .




  Sudah hampir setengah jam menunggu kedatangan keretapi ke Hulu Bayam . Oleh kerana terlalu lama menunggu , aku ke kaunter pertanyaan yang dijaga oleh Bro wacana


  ” Assalamualaikum bro , keretapi ke hulu bayam sampai pukul berapa agak-agak ? ”, kata aku kepada beliau .


” Waalaikumusalam , agaknya dalam lagi 5-6 minit macam tu la sebab dah dengar bunyi siren keretapi tu tadi”. Jawab Bro Wacana sambil tersengih-sengih .


“ohh hehe , terima kasih ye ”. jawab aku mengakhiri kata-kata dan kembali semula kat abang ben . Aku dan abang ben pun terus menunggu 5-6 minit lagi . Kedua dua muka sudah hilang ‘makeup’ . Berpeluh-peluh disebabkan haba panas disitu . Selepas 5 minit berlalu , keretapi ke Hulu bayam pun tiba .Dalam keadaan tergesa-gesa aku dan abang ben terus menuju ke pintu penumpang .



  Setelah habis penumpang turun dari keretapi tersebut , aku dan abang ben terus tergesa-gesa masuk ke pintu penumpang . 


 ”fuh lega sikit . berpeluh aku tadi kat luar tu ”. Kata abang ben kepada ku . Aku hanya tergelak mendengar keluhan abang ben . Didalam keretapi berkenaan , aku lihat semua penumpang kelihatan letih . Baru aku sedar rupanya dah pukul 5 petang , semua balik kerja . Abang ben pun dah terlena . Tiba tiba aku di tegur oleh seorang lelaki yang wajah nya hampir aku kenali .


 ” Assalamualaikum saudara ”, lelaki itu memberi salam kepada ku .


” Waalaikumusalam , ye ? sape ni ? ”, tanya aku keliru .


” tak kenal saya ke bro ? ni saya la Areliff . Sekolah batu empat dulu . kelas 2 Dia . ingat tak ? “. kata pemuda itu .


” laa areliff ke ? mau tak kenal . makan koci sama-sama dulu . haha , nak kemana ni ? ”, kata aku sambil tersenyum .


” hehe , saya nak ke hulu bayam . kereta rosak kat sana semalam , nak amik kereta . dah siap repair da “, kata beliau kepada ku .


Belum sempat aku bersembang lebih lama dengan beliau , keretapi telahpun sampai ke destinasi Hulu Bayam . ”Ok bro dah sampai , nah ni kad saya . kalau ada apa-apa masalah call la ok. Assalamualaikum . ”. kata Areliff sambil menghulurkan kad beliau kepada ku .


 ” Baik bro , Walaikumusalam ”. Kata aku sambil bersalam dengan beliau . Tanpa membuang masa aku kejutkan abang ben yang telah nyenyak tidur . Kami keluar dari keretapi berkenaan dan berjalan kaki ke arah utara . Zoo Hulu Bayam dekat sahaja dengan stesen keretapi tadi , 3-4 minit sampailah . ”dah senja ni bro . buka lagi ke ? ”. tanya aku kepada abang ben .

” Buka lagi , zoo tu tutup pukul 10 malam tau , kalau tak tadi sampai awal da , keretapi pulak lambat “, jawab abang ben sambil mengeluh .


Sesudah sampai di zoo berkenaan , aku dan abang ben hanya terkedu apabila melihat signboard di pintu gate zoo berkenaan , DIBUKA ISNIN – AHAD : 8.00 Pagi – 10 malam . JUMAAT : 8.00 pagi – 6.00 petang ! ” Arghh dah tutup ke ? harini tutup awal ek ? grrrr . ”. Abang ben mengeluh bersendirian . Aku dan abang ben dalam keadaan hampa berpatah balik ke stesen keretapi . Sampai-sampai ke stesen keretapi berkenaan , kami melihat jadual kedatangan keretapi untuk ke Gajah Alah , Nasib baik keretapi ke Gajah Alah dah tiba . 





  Kali ni aku pula membeli tiket keretapi . Kami terus menuju ke keretapi setelah membeli tiket . Aku memandang abang ben dan lalu mulut ku tergerak untuk berkata ” SEBAB TU SAYA TAK SEDAP HATI TADI , SEBAB HARI NI HARI JUMAAT tadi KALAU NAIK MOTOR TADI DAH LAMA SAMPAI . GRRR ”. Maka terpaksalah kami memutuskan hasrat untuk ke Zoo Hulu Bayam melihat Cipanzi dan kawan kami . T____T


Kesimpulannya : keluarlah lebih awal untuk kemana-mana kerana setiap apa yang kita rancang itu tak selalu tepat dan gunakanlah benda yang lebih senang cepat dan murah . Hidup jangan terlalu memilih kerana setiap apa yang kita pilih itu tak semestinya akan melengkapi seharian kita ^_^ .


  hehehe , sudah la stop la. aku dah merapu sangat . Cerita kreatif ini tiada kena mengena diantara yang hidup mahupun yang sudah tiada . Sesiapa yang menjadi mangsa termasuk abang ben dalam cerita ni saya memohon maaf kerana cerita ni sekadar gurauan dan cerita sahaja . Assalam ^_^
 


 

Posted on May 23, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 24 Comments.

  1. >wahhh…cerita penuh pengajaran…tapi tak sempat eks masuk zoo..takpelah, gi hari lain pulak..hehehe…

  2. >@Sunah Mohammad: saya dah takda idea ( tiru gaya cakap zizan ) , hehehe . zoo boleh tutup plak , ape la abang ben ni ajak hari yang tak kena :p

  3. >@Fauzan 'Jahn' Abas: wahh bro , dah baca . sempoi . macam skrip filem lak :p

  4. >mak aih…. buat filem eh ? heheh… bagus bagus ..

  5. >@BEN ASHAARI: Akhirnya bro komen jugak kat blog ni .. fuhh , hehehe . thanks bro :p

  6. >penjaga harimau…? HAHAHA…NICE BRO…😀

  7. >ni saya la Areliff . Sekolah batu empat dulu ….pergh aq pon ade gak nice entry mcm filem la plak bro wat..cayalah hik3 :_)

  8. >wahahah..macam-macam punya story dah ..

  9. >@Encik Bedak Sejuk: ya bro penjaga harimau shift petang , balik awal nampak ? hehe . thanks bro😀

  10. >@Areliff: hehehe , ohh ni la areliff kelas 2 (two) Dia tu .. hehehe , thanks bro😀

  11. >@muhamad hanif: hehehe , biasala . bila bekas pengarang novel amateur menulis😀

  12. >hahaha..apasal aku jadi pengawal keselamatan??hik hik hik..thanks sudi amik Jay jadi watak dalam cerita ni..hehe

  13. >@Jay: bahahaha , dah bro tak kasi resume .. kalau tak watak hebat2 tadi :p

  14. >hehehe..it's ok..ada nama dalam tu pun dah syukur..thanks ..hehehe

  15. >@Jay: takpe , for the next time saya try cari watak terbaik untuk bro JAY oke😛

  16. >hahah..thanks…bagi yg muka legend tapi hati cute k..hahaha..dah macam Jambu pulak..

  17. >@Jay: hehehe cantik bro . segmen cerita drama ni bro join tak ? nak kasi watak hero dalam citer tu :p

  18. >join..jap lagi Waa join k..hehehe

  19. >@Jay: steady bro . i be waiting for u :p

  20. >hehe. tutup ke. buat penat jek.huhu😄

  21. >@mad khaz: tahu takpe .. penat tau kena patah balik .. ajak naik moto taknak .. kan lagi cepat :p

  22. >OHMAIGUDNESSS !!MY NAME WAS MENTION HERE ! SERIOUS BARU PERASAN .. :DDD ..

  23. >@Abdul Farique:hahaha, terima kasih kerana memabaca… sekadar tulisan sewaktu lebam..hehe…bac balik bukan main mengarut lagi citernya…hehe… cerita kau pun best gak kat sini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: