>Israel Tembak Kapal Bantuan Dari Malaysia | 16 Mei 2011

>      Salam kawan kawan . Kapal MV Finch yang ditaja oleh Malaysia untuk misi bantuan kemanusiaan dihalang oleh 2 bot tentera laut israel dan melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran rafah pada awal pagi isnin waktu Malaysia . Kesemua penumpang Kapal yang terdiri daripada 12 penumpang dan kru termasuk dua wartawan Malaysia selamat apabila tentera laut mesir datang membantu dan mengiringi kapal MV Finch ke pelabuhan Al-Arish di mesir .

 

  Sedikit petikan dari hmetro :

Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.

Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.
   


Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.

Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.
“Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan,” kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.
Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.”

    Israel ni tak abis abis menyekat misi bantuan untuk gaza . Apa yang benci sangat kat gaza ni pun tak tahu la . Apa apa pun harap perjalanan untuk memberi bantuan tu selamat . Hanya Allah yang mampu membalasnya . semoga Gaza aman suatu hari nanti . Mari lah kita berdoa semoga perjalanan kapal misi bantuan kemanusiaan tu berjalan lancar dan selamat . Semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. .

     tags : kapal MV Finch ditembak, Kapal bantuan dari malaysia ditembak israel, israel tembak kapal bantuan, israel tembak kapal MV finch, israel beri tembakan amaran, Israel shoot .

Posted on May 16, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. >kuwangjaq betoila Israel nii.. tebantut usaha malaysia nak bantu Palestin.. HUHUMySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?

  2. >tu la , ada saja yg nak menghalang misi bantuan untuk gaza , kejam

  3. >mereka takut la. bila dah ramai sangat yang bantu GAZA. nanti GAZA bangkit menentang mereka kembali. mereka buat begitu, sebab mereka takut dengan GAZA. Bukan benci. mereka takut mereka dihapuskan oleh GAZA dari muka Bumi ni.

  4. >@Blogger Melayu Jawa: dasyat . punya dengki kat GAZA . kejam sungguh ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: