>Selamat Hari Guru 2011 | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

>  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

 

  Assalam kawan kawan , Guru penjana Transformasi Pendidikan Negara . Ini tema hari guru pada tahun ini . Disini aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat guru-guru di malaysia . Tak lupa kepada guru Sekolah Kebangsaan Jelutong Pulau Pinang , Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha Gemencheh N.Sembilan yang tak jemu melayan dan membimbing aku walaupun aku tidak berjaya dalam pendidikan .

  

   Banyak kenangan dari guru yang selalu menasihati aku ketika aku salah , selalu merotan aku ketika aku panjat pagar sekolah . Itu kisah lama . hehe . Benarlah guru itu ibarat lilin . Guru lah yang membantu kita untuk mengenali sesuatu perkara dan subjek . Tanpa guru kita kosong tanpa sebarang ilmu . Kita akan ditindas dan ditipu sewenang-wenangnya oleh insan cerdik yang berniat untuk menindas kita . Jika kita berilmu , maka kita tidak tergolong dalam golongan yang ditindas . Hebatnya seorang guru yang mengajar beratus ribu murid/pelajar .
 

   Tanpa ilmu juga , kita tak dapat membentuk satu kejayaan besar dalam hidup . Guru , yang akan menyinari ruang kegelapan ilmu kita . Walaupun guru dimaki , dihina dan disisih oleh pelajar-pelajar yang tak bermoral , ( cari kat youtube ) mereka boleh mampu memberikan ilmu buat pelajar/murid . 

 

   Ingatlah guru itu lilin sahaja , usaha itu tangga kejayaan . Jadi usahalah untuk dapatkan sesuatu diatas bantuan lilin yang menerangi jalan tersebut . Semoga bakal-bakal guru nanti memberi tunjuk ajar yang lebih proffesional . Assalam . Selamat hari Guru :) 

Posted on May 15, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. >teringat cikgu kesayangan ss masa zaman skola dulu.. rindu kat diaorang..

  2. >@SitiSafiyyah: tu la , rindu kat cikgu af yg lama-lama tu . paling nostalgia cikgu sekolah rendah . :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: