>Luahan Hati Seorang Adik

>      Salam kawan-kawan . Kehidupan aku berbeza dari orang lain . Aku tiada abang dan aku tiada ayah (bercerai) . Walaupun kehidupan keluarga sederhana tetapi aku tetap rasa kurang kerana tanpa kasih sayang seorang ayah . Biasa lah , tiada apa yang dapat memenuhi kesemua keinginan kita kerana bukan semuanya sempurna . Dalam keluarga aku , aku hanya memiliki 2 kakak yang sangat-sangat aku sayang .

   

   Tapi kalaulah diizinkan , aku mahu seorang abang dan aku mahukan ayah . Aku adalah anak bongsu dalam keluarga yang hanya ada adik-adik tiri . Tetapi aku tetap sayang adik-adik aku . Mengenai kakak aku , aku terlalu sayangkan kakak . Tapi aku tak mampu nak nasihat kakak jikalau dia melakukan salah kerana aku hanyalah seorang adik dan kuasa aku sebagai seorang adik sangat rendah .




    Kadang-kadang aku risau bila kakak aku balik rumah lewat , keluar malam-malam . Aku takut jadi apa-apa pulak . Tapi apakan dayaku , aku hanya mampu bercakap tapi tak mampu menghalang kerana aku hanyalah ADIK . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan jaga kakak . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan marah kakak kalau balik lambat . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan pukul aku setiap kali aku buat salah . Aku suka dipukul oleh keluarga aku bila aku buat salah , sekurang-kurangnya aku boleh beringat . Aku dah biasa .

   Andai sekarang ni ayah masih ada kat rumah , dah lama aku kena marah kalau tidur lambat . Kalau ayah masih ada , dah lama kakak kena marah kalau balik lambat . Tapi aku tiada ayah , aku tiada abang . Aku tak mampu nak arah sesiapa dan aku tak mampu perbaiki apa-apa kerana aku adalah seorang ADIK bongsu .


   Aku sunyi tanpa abang dan ayah . Tapi aku masih mempunyai keluarga yang bahagia walaupun tidaklah sempurna . Apa-apa pun walau aku ini seorang ADIK , tapi kuasa aku besar bila ayah sudah tiada kerana akulah wali kepada kakak-kakak aku . Walaupun aku ini seorang ADIK tapi kuasa aku besar untuk memelihara nama keluarga dan menjaga mama kerana aku hanyalah seorang ADIK lelaki . Aku betul betul mengharap agar kakak-kakak aku tak terasa hati bila membaca entri ni kerana aku selalu marah kat kakak , aku selalu suka buat besar kepala dan aku selalu naik tangan kat kakak .

  Sebab aku terlalu menyayangi kakak-kakak aku dan mama . Walaupun aku ini seorang ADIK tapi ingatlah bahawa kadang-kadang kata kata aku betul dan kadang-kadang kata kata aku salah . Jadi sentiasa gunakan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk . Setiap amarah aku dan kekasaran aku kat kakak dan mama adalah kerana AKULAH ADIK AKULAH ABANG . Semoga mereka mengerti apa yang aku berikan selama ni . Assalam .

  NOTA : Andai kita tidak memiliki keluarga yang lengkap , ingatlah dan selalu berfikirlah bahawa pasti ada yang melengkapkan kehidupan kita . Setiap kejadian itu pasti ada hikmahNya . Mainkanlah watak peranan kita didalam keluarga kerana sukar untuk serta merta mendapat keluarga yang bahagia . Semuanya akan datang apabila kita bersyukur dan memperbaiki diri masing-masing🙂

Posted on May 5, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 36 Comments.

  1. >:angguk..Xsalah kalau tegur kan?

  2. >fariq jgn sedih2.. ingt tau, Allah tu Maha Adil.. bersabar dan insya-Allah kesabaran fariq nt akan terbalas. Jgn lupa 1 perkara, Allah sntiasa ada di sisi fariq tau T_T .. usaha, doa dan tawakal..😀

  3. >farid..kak sdih la..bce blog nie.ase cm nk ngs…ape2 pown..farid kne kuat…kak penah b'ada dlm kuarge farid…kak tau sumenye..kak x penah bnci farid..kakak n mama…k…kak hrp..faird dpt jdi insan yg sempurna…farid dh jdi ketua kuarge kt umh 2…coz farid lelaki…farid kne jdi p'bimbing..kak doakn yg t'baik tok farid…nie sume dugaan…

  4. >luahan hati seorang adik -> TERBAEK !smemangnya anda adik yg baek & bertanggungjawab =)

  5. >wahh… so sad.. sabar ea.. walaupun awak adik..tapi awakkan lelaki… sy takda abg..dan sy seorang kakak yang degil..namun adik sy selalu tegur sy..walaupun kadang2 sy geram ngan dia..dia ingat dia abg.tp..mama selalu pesan..dia tetap abg sebab dia lelaki.. cume janganlah sampai tak hormat kakak🙂

  6. >@KAIEZU: yap , tak salah tapi takut🙂

  7. >@Sarah: Sentiasa percaya Tuhan disisi sbb tu af still berani🙂

  8. >@Anonymous: doakan semoga keluarga kami menjadi keluarga yang Bahagia oke🙂

  9. >adik aku pon sekor je laki kat umah tuh -,-"cmne lah nanty ek .aku pon salu kena bantai :angguktp skrg dah jd budak baik :Angguk :malu :lari

  10. >Semuanya akan datang apabila kita bersyukur dan memperbaiki diri masing-masing :)suka ayat ni. fariq betul tu, itu semua ujian. Its ok lau AF rasa tindakan AF betul move on, nasihatlah semanis yg mungkin agar kakak AF leh terima ok🙂

  11. >@si macho: takpe . kalau adik kau tegur kau bila rasa kau ada wat salah tu , dengar la . tu tandanya adik kau sayang sgt kat kau🙂

  12. >@cik AF:🙂 . baik . AF dengar tu , tanpa nasihat orang kita akan down kan🙂 . thanks ye visit🙂 n komen🙂

  13. >@l° ~❤Misz Nadea❤~°l: betul , tapi apabila adik kita menegur kesalahan dia . bukanlah bermakna adik tu buat besar kepala tp adik tu sayang kat kita😦

  14. >kakak ko kluar malam2 , ko x try follow tgk apa dia buat ke ?

  15. >@!! Kodet !!: maksud aku , kalau dia kuar malam-malam ngn kawan2 dia la . at least kuar ngn kawan2 . tp aku risau la ..

  16. >mungkin skrg diorg tgk dik still adik diorg yg kecik.but one day nnti, diorg akan nmpak adik diorg dah besar n matang O.o

  17. >@zati embong: agaknya masa tu la baru niat kita dikenali ye😦

  18. >af :sabar la.fyka le jadi akak🙂

  19. >@fyy mokhtar: baik fyka , takmo la fyka la jadi adik :p

  20. >Personally, mmg susah skit nak tegur klo kte ni adik..aku ni abg sulung..senang sikit nak tegur adik2..ko boleh je tegur akak2 ko..tp kdg2 dia org akan rase, ko adik je..tp klo ko abg, mst akak2 ko akan lebih dgr nasihat ko..ape yg ko boleh buat, try la suruh mak ko tegur akak2 ko.. klo mak tegur lagi ok rasenya..

  21. >@syafiqsulaiman: tu la kan , kalau adik je .. memang susah sikit nak tego . hmm terima je la bro .. gua harap suatu hari dia faham niat gua ni ..

  22. >tabah aw abang. tawakall selaluu..na nangiss bace entry ni..:( cuz adek same mcam abang. bongsu. nk adikkk..selalu hrap ade adikk. tpii sayangg..mama ad penyakit. adek beradek dua jerp..abg jage adek,adek jage abang. abng sayang adek. adek sayang abang. tu jerp hidup kami. ape ape pon. adek tetap bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia.

  23. >kau mungkin boleh minta mak kau yang tegurkan kakak-kakak kau. kau cakap dekat mak kau masalah diorang, biar wanita bincangkan hal diorang. kita usaha je. nice entry. sebak aku.

  24. >T____TAF..sabar k..mungkn da jln hidup AF..tp percyalah..stiap yg berlaku pasti ada hkmah nya..=)

  25. >@hey ! im miss chapaholic !: Adek sabar tau . adik rasa abg farique lagi ni . cuma biasala skank abg bz sikit . lau abg oke , kita leh rapat2 mcm dulu lagi . ingat ye jaga hati keluarga tau🙂

  26. >@Wan: mak aku makin lama makin tua , tak larat la tgk dia geram2😦

  27. >@E-ra paSha: betul , cuma usaha supaya kita mampu melaluinya .😦

  28. >Allah tak pernah pilih kasih.apa yg Dia berikan ada hikmahnya.bukan semua keluarga yang dilengkapi ahli keluarga bahagia.bersyukurlah,sekurangnya kamu masih ada ahli keluarga,masih ada orang yg hanya tinggal sebatang kara dlm dunia ni.

  29. >sayalah kakak sayalah adik..~~wuuu..

  30. >@farysa: betul , sebab itu saya katakan tak semua orang sempurna . At least macam ni pun ada kelbihan jgak kan🙂 . Anyway thanks sudi coment yea🙂

  31. >@Pijahh' de-Arr: anak tunggal ke ? takpe la ok ape🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: