>Bila Diri Disayangi

>   Salam kawan kawan . haa entry ni bukanlah dari lagu Ukays tu . bukan yek . entry ni terjadi berikutan isu “Sayang” yang hangat diletupkan oleh blog kawan kita , SitiSafiyyah dan CikGadis .Benar kata-kata diorang , sayang tak semudah satu dua dan tiga . Bagi aku tak salah menyebut perkataan ‘Sayang’ tak kiralah sama ada kepada ibu bapa kita , kawan-kawan kita , kekasih kita dan suami atau isteri kita . 

   Sebenarnya bila kita menyebut ‘sayang’ kepada seseorang tu perlulah dengan lebih berhati-hati . Ikhlaskanlah perkataan ‘sayang’ tu dan tak perlulah membodek seseorang dengan perkataan ‘sayang’ . Sebenarnya aku suka sangat bila orang menyebut dan memanggil aku sayang . Automatik aku akan terasa bahawa diri aku disayangi seseorang tapi aku akan lebih gembira bila aku sendiri nampak seseorang tu betul-betul menyayangi aku dan ianya bukanlah terkeluar daripada perkataan .

 

   InsyaAllah bila kita ikhlas , ianya akan membuatkan perkataan sayang tu lagi mudah untuk didalami . Setengah orang mudah ucapkan sesuatu tapi didalam hatinya kosong . Kalau boleh tak perlulah umumkan perkataan sayang dan biarlah ucapan sayang berkumandang hanya untuk insan-insan yang terlalu kita sayang . Barulah perkataan sayang tu menjadi sesuatu yang ikhlas .

   Kesimpulannya , ucapan sayang itu kita ucapkan kepada yang betul-betul kita sayang dan janganlah kita jadikan perkataan sayang itu sebagai ucapan kita selalu kerana orang lain suka mengambarkan kita dari ucapan dan bukannya dari tingkah laku . Ye la kan , kebanyakkan orang mudah cair dengan perkataan-perkataan manis dan mudah menyangkakan sesuatu daripada perkataan tanpa melihat dari segi perbuatan . 

   Bagi secara peribadi la kan , aku hanya ucapkan sayang hanya untuk insan-insan yang aku sayang yang menjadi tempat aku bermanja tak kira dimana pun . Habis tu tak kan la kat semua aku nak bermanja-manja . Jatuh saham . Sebenarnya tak perlu untuk kita terlalu ucapkan sayang kerana yang pastinya tujuan tu hanya untuk menunjuk-nunjuk dan biarkanlah ia datang dari hati yang ikhlas , perbuatan yang tulus dan bukannya dari mulut yang manis berpetah kerana CINTA ITU BERERTI SAYANG .

   Jom kita singgah ke blog C-tea dan mari kita membaca entry beliau πŸ™‚ : yes..saya produk dari limkokwing..ade apa-apa masalah ke??
 
  

 

Posted on April 15, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 14 Comments.

  1. >sy cke pngl syg kt kwn2 pmpn..sme ke..??

  2. >@Mss Ieza: boleh saya tahu apa yang sama ? haha . seperti yang af cakap , orang lain mudah menganggap sesuatu daripada perkataan . tak tahu dia anggap yang baik atau buruk la kan . ucapkanlah sayang buat yang betul2 kita sayang lebih bagus πŸ™‚ . kalau sayang kawan2 lepas tu ucap sayang kat kawan2 apa salahnya ? πŸ™‚

  3. >sbb syg sgt2 larh pngl syg :ideaxde mkne na pngl syg kt mrke yg x d'syangi.. :hoho

  4. >@Mss Ieza: kadang-kadang laki ni selalu suka ckp mcm tu .. πŸ™‚ pompuan pon ada jgak ..

  5. >lagi-lagi untuk insan istimewa spt umi dan walid kan en AF πŸ™‚

  6. >suka gak pangil kawan2 perempuan sayang..contoh macam, 'tak susah sayang oi"…tak pun, "ko sehat ke yang?"heheh

  7. >mang btl..llk pling ktare cke ckp gitu..pape tah :nono

  8. >@cik aufa faqihah: yeaa .. itu sebenarnya lagi ikhlas kan πŸ™‚

  9. >@c-tea: sayang means cinta .. cinta kepada kawan , mesti ada kan πŸ™‚

  10. >@Mss Ieza: af jarang oke . dulu keraplah dengan ss . :p itu dulu la :p

  11. >syg to khas tok yg teristimewa dlm hati je…tp x smstnye bf….kwn yg plg rapat pon sy pgl syg jgk….kdg2 drling…honey…or bby…ikt pd seikhlas hati kite tok bg glrn pd seseorg tue….^___^

  12. >@ nOTy guGUrL : itu kan lagi ikhlas bunyinya kan πŸ™‚

Leave a reply to Abdul Farique Cancel reply