>Bila Memberi Perlukah Diminta Semula ?

>

 

    Salam kawan-kawan . Pernah tak korang diberikan sesuatu kemudian benda diminta semula ? mesti pernah kan . Lebih-lebih lagi terhadap pasangan bercinta yang sudah putus hubungan . Perlukah kita meminta semula pemberian kita terhadap sidia ? Perlu lah jika kita bagi pinjam . Tapi contoh Topup , baju , duit dan sebagainya perlu ke kita minta kembali ?

   Dulu kita kata kita bagi ikhlas , tak payah bayar pun . Tapi kenapa selepas putus kita harus minta balik pemberian kita ? tak kesah la kalau bukan bagi sudut percintaan pun . Dalam sudut kawan pun ada yang macam tu bila bergaduh sesama sendiri . Bagi aku la kan , orang-orang yang suka meminta semula pemberian mereka tu memang betul betul buruk siku . 

   Dulu masa bercinta/berkawan semuanya manis semuanya oke semuanya ikhlas belaka . Tapi bila dah putus cinta/sahabat mulalah nak mengungkit . Tak kisah lah sama ada orang tu meminta-minta pun , tapi kita sendiri yang memberi . Dulu kecik-kecik aku bergaduh dengan kawan-kawan aku pun aku selalu macam ni , memberi sesuatu tapi bila dah bermusuh meminta dan mengungkit . Sedangkan dulunya hati aku ikhlas . Ikhlas la sangat kalau dah mengungkit tu . Tapi sekarang tak ada da la . Buat apa nak mengungkit , tambah dosa ja .

   Nasihat aku untuk pengungkit tak kiralah sesiapa pun termasuk kesedaran untuk aku jugak , sedarlah bahawa mulut dan hati kita mudah manis apabila memberi sesuatu . Tak pa la pahala tu , tapi apabila kita meminta dan mengungkit balik pemberian kita tu mudah saja dapat dosa . Ye la , adakah baik menjadi seorang yang buruk siku ? Ketahuilah bahawa apa yang kita miliki ni tak kekal lama didunia . Sementara ja . Niat yang baik tu biarlah berpanjangan . 

   Kesimpulannya , kita ni cuma seorang hamba saja . Ada saja kesalahan kita walaupun kita tak terasa itu kesalahan kita . Nasihat untuk aku dan korang semua , jagalah nama kita dan bersihkanlah hati kita dari sifat buruk siku ni . Menghalalkan pemberian kita lebih mulia daripada kita meminta . Kita ni sebaik baik kejadian , kita juga dianugerahkan akal dan fikiran . Tak perlu lah kita memberi jika kita tak punya pendirian teguh .🙂 Tiada unsur-unsur untuk menghina dan mengutuk sesiapa . Kadang-kadang kita pun sama cuma sekadar nasihat yang membina . Assalam . 

Posted on April 14, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 18 Comments.

  1. >x perlu kut nak meminta or mengungkit…xda maknanya…

  2. >@mOoN: yeaa … memang tak perlu dan tiada maknanya pun tapi af perasan ada yang mcm tu .. kadang-kadang af pun ada macam tu jugak la kan . pandang yang buruk dari kita🙂

  3. >erk… sape tu yg putus?? sape lak yg mintak balik tu?? ex AF ke?? :mujukyup.. kite jgn la jadi buruk siku kan.. benda dah jadi hak org.. takkan kita nak kata tu kita punya lagi..latest – Ban URL Di Shoutmix Bagi Mengelakkan Spam

  4. >nice post..siap ada Mrs. AF lg kat sebelah tu. Ahaks..tp ada satu keadaan kalau kita bagi, kita bleh minta balik. situasi di mana perempuan memutuskan pertunangan bkn disebabkan salah lelaki tu. kat situ, lelaki tu bleh mntak balik barang2 hantaran dia..

  5. >biasalah…org yg jenis mengungkit2 nie jenis yg x ikhlas…..dlu mgkn time bercinta kita mntk pape die iktkn jew…sbb ble die bg sesuatu…die akn mengharapkn balasan….bak kata org tua2…''baik da makna tue''….mcm my exboy…..ske memberi but in the same time meengharapkan balasan dr kite…tu x ikhlas pnye org taw….benci2!!!….huhu…

  6. >ish..x suke betol mengungkit2 ni…macam x ikhlas aje..

  7. >halalkan saja.. buat apa nak mintak balik..

  8. >x pyh mngungkit..kalau dah bagi..cuba ikhlas kn nya sahaja..=))

  9. >x pyh mngungkit..kalau dah bagi cuba untuk ikhlaskanya sahaja=))

  10. >@Fariq: ehh memang af tak putus dulu tapi ex gf tak ungkit apa2 pun . sekadar nasihat yang membina ja .🙂 thanks membaca .

  11. >@Jejaka Terhangat: bila situasi tu tak diselidik mulalah aku blurr🙂 JT , terima kasih sudi baca . nice explain🙂

  12. >@ nOTy guGUrL : huhuhu .. luahan ikhlas tu🙂 . betul tu tapi ye la kan hati masing2 kita tak tau🙂

  13. >@hana: kalau da mengungkit alamatnya memang la tak ikhlas ..

  14. >@Aya Maya: betul kerana salah kita sbb memberi ..

  15. >@E-ra paSha: betul tu . kan lagi baik🙂

  16. >orang yang sikunya buruk jer akan mintak balik apa yg dia bagi.. heheMySuaraBlog: Dinner Anak Penang

  17. >@ZWAN SABRI: memang betul punya buruk siku pun :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: