>Safee Sali Tambah Gol Ke 5 Buat Pelita Jaya !

>    Salam kawan-kawan , wahh tahniah buat Safee Sali kerana berjaya lagi mencipta 1 gol pada perlawanan petang tadi bersama pasukan beliau ketika menentang pasukan Persela . Walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri , tapi aku yakin perlawanan tu memang baik kerana pelita Jaya ( tempat ke 14/15 ) menentang Persela ( tempat ke 9/15) memang cukup berbeza dari segi kedudukan .

   Tetapi apa-apapun tahniah buat Safee Sali kerana telah mengumpul 5 gol setelah 6 perlawanan bersama-sama skuad Pelita Jaya ni . Tapi ok jugak la seri dari kalah kan . Lagipun permainan tadi sepatutnya memang peluang untuk Persela sebab Pelita Jaya berbekalkan pemain sebanyak 10 orang kerana Juan Nohuera telah dikeluarkan padang pada minit ke 27 .


   Safee Sali pula berjaya meledakkan 1 gol pada minit ke 50 dan pasukan Persela berjaya mengikat Pelita Jaya setelah Gustavo Lopez berjaya menjunam masuk bola ke gawang Pelita Jaya pada minit ke 71 .

   Apa-apa pun moga terbaik untuk pasukan Pelita Jaya yang dibintangi oleh Safee Sali iaitu anak jati Malaysia . Semoga Malaysia-Indonesia terus serumpun dengan berhubungan ini . Aku pun telah tunggu Jersi Pelita Jaya FC warna merah ni . Pesanan baju dah dibuat kena tunggu 19 april ni la baru jersi aku leh keluar . Huhu .


   Berita terbaik sikit , Pelita Jaya telah naik kedudukan memintas Persiba Balikpapan dengan 20 Mata sama . Kini Pelita Jaya telah menduduki tempat ke 13 daripada 15 pasukan dalam liga . bagus ye pencapaian yang baik . Pelita Jaya sekarang ni baru bermain hanya 20 perlawanan sahaja dan masih panjang untuk mengejar skor seterusnya . Hanya yang terbaik untuk Pelita Jaya dan Safee Sali kita . Salam🙂

 

Posted on April 13, 2011, in BolaSepak. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. >wah.. tahinah pada safee sali.. berjaya mengharumkan nama negara kt sane🙂

  2. >woot wooot. wah best nye. fyka minat saffeeee🙂

  3. >woww!!! HEBAT!!!!nge~AF..jemput bace entry terbaru e-ra..SPECIAL 4 AF..wee~~jgn lupe jengnguk k..http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2011/04/blog-mereka-terbaiiiikkkkkkkkkk.html

  4. >@topimagine: harap safee terus maju ya !🙂

  5. >@E-ra paSha: ok ..InsyaAllah jap af jenguk .. ! thanks :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: