>Bila Ditanya Tentang Sabar..

>   Salam kawan-kawan . Sabar , aku sabar semua dah tahu maksud sabar ni jadi tak perlulah aku panjangkan cerita . Sabar itu separuh daripada iman . Kita juga diharuskan bersabar dalam Islam , tapi sedar tak sedar kita sebenarnya kurang bersabar . Aku tak pernah nampak lagi seseorang yang boleh bersabar walau dari pelbagai aspek sekalipun . Tak pernah pun lagi .

   Walaupun ada dikalangan kita yang mengakui diri mereka mampu untuk bersabar tapi sesungguhnya kita tak mampu tunaikan kata-kata ni pun . Apa yang selalu membuatkan kita tak sabar , contohnya ” Amin telah lambat ke tempat kerja . Tiba-tiba dihadapan lampu isyarat , lampu mula bertukar kuning . Kereta didepan tersalah masuk gear , lalu bergerak dengan perlahan sedikit . Amin yang terasa sudah makin lambat terus menjerit ”Cepat sikit boleh tak ?!!! ”. Perumpamaan dia la . 

  Bila Amin sampai ke pejabat beliau dia bergegas ke mejanya . Amin kembali tenang . Kemudian tiba-tiba kawan amin pergi kepada beliau dalam keadaan kelam kabut . ” Amin tolong manifest surat ni , aku kalut sangat banyak kerja tak siap lagi” . Amin berkata ”Kau boleh sabar tak ? tak nampak aku tengah termengah2 ni , letih naik tangga tadi . Sabar la jap ”. Nampak ? korang nampak tak ? Kita mampu dan pandai suruh orang sabar sedangkan kita sebenarnya yang tak sabar .

   Perkataan sabar ni banyak berulang-alik dan berpusing-pusing balik . Kita suruh orang lain sabar dan orang lain juga suruh kita sabar . Kalaulah manusia penuh dengan kesabaran , sudah semestinya dunia ni aman je . Nak pergi rompak , Sabar dulu kita buat bisnes nanti lama-lama kita kaya jugak . Nak kerja taknak belajar nak bantu keluarga , sabar dulu belajar rajin-rajin dulu insyaAllah nanti jumpa kejayaan dan dah boleh bantu keluarga . 

  Tapi kalau macam ni pulak , Nak tangkap penjenayah , sabar kita tunggu sampai penjenayah tu menyerah diri . Kereta nak meletup , sabar jangan turun kereta lagi sikit lagi tu nak sampai dah . Kesimpulannya , sabar ni banyak perumpamaan yang kita boleh bagi . Yang membezakannya ialah baik dan buruk je .

  Pendek kata kawan-kawan , tak semua mampu bersabar dan bersabar tu semua orang boleh akui yang diri diorang mampu . Jadi kesimpulannya , bersabarlah untuk kebaikan dan janganlah bersabar untuk perbuatan yang jahat . salam πŸ™‚  

 

Posted on April 9, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 26 Comments.

  1. >boleh ke kita sllu bersabar..huhuni ckp ttg diri sendiri, kdg2 sy xblh nak sabar jg..tp hrp2 sy akan terus jadi seorang yg penyabar..

  2. >@aeda: insyaAllah suatu hari nanti πŸ™‚ . bak kata orang , susah nak buat benda baik dan senang nak buat benda jahat .

  3. >betul….bila kita nak buat baik, ada ja halangannya…

  4. >bg saya, kita mmg kena bersabar dlm semua perkara…tp jgn smpai org tu pijak kepala kita.ada caranya tersendiri secara lembut kalau kita nak sedarkan seseorg tu kalau kesabaran kita dh hilang…

  5. >@aeda: ini biasala lumrah dunia πŸ™‚

  6. >huhu sye mmg bukan penyabar =="

  7. >@Flow Cahaya Jannah: betul tu . sebab tu af gtau jangan bersabar dengan perbuatan yang jahat πŸ™‚

  8. >@misS FEeza macho !: hehehe .. sy pon bukan seorang penyabar tapi saya seorang pencabar πŸ™‚

  9. >bak kata orang tembam dalam cerita kak limah tu:SABO JELA!!! hehehehe

  10. >sabar ni lah yang boleh buat seseorang tu jauh dari dosa…sebab bila kita hilang kesabaran, memang jahat jelah yang kita buat…

  11. >SABAR tue adalah salah satu sifat ALLAH yang ada dalam diri kita….jika kita selalu dekat dgnNYA…mgkin sabar kita tue ke arah kebaikan….^^ n actuaally….i ngku i bkn sorg yg penyabar….

  12. >@Wan: sabo je la . hehe πŸ™‚

  13. >@c-tea: teringat kisah Saidina Ali πŸ™‚

  14. >@ nOTy guGUrL : terbaik . ya betul , i jgak bukannya seorang dari golongan penyabar

  15. >sy penyabar orgnye. hu5

  16. >Assalamualaikum af..ct bukan org yg penyabar..tp blh lah sabar tp sdkt je..hehehe…

  17. >sabar itu SEBAHAGIAN drpd iman..dan iman itu tempatnya di dalam syurga..sabar dan keimanan sgt berkait rapat sbnrnye..oleh tu, kalau nak cari pasangan yg penyabar, carilah yg mmpunyai penghayatan agama yg baik..=)

  18. >@miss ct: wassalam .. alhamdulillah walaupun sedikit .. bukan senang nak sabar kan πŸ™‚

  19. >@Jejaka Terhangat: setiap ulasan dari ko selalu membuatkan aku terjumpa jawapan disebalik soalan aku . thanks JT , sangat membina πŸ™‚

  20. >huuu!gwa slagi bleh thn gwa sbar..tp kalo dh mlmpau sgt mmg abes r..sabar org pon ada thp gk kan.. =))

  21. >@CIK GADIS: apabila CG mengamuk .. hahaha , gua pernah tengok :p

  22. >yez!! sabar3..(bru blk dri kurss troz bkk blog AF dlu..hhehe tkot ttggl entry mltop dri AF =)

  23. >@E-ra paSha: wahh , bakal mengkaut domain .com ni πŸ™‚

  24. >sabar2 juga…ada hadnya..kalau meletup susah juga..

  25. >@Mamachia: betul tu .. kita hanyalah seorang insan yang lemah disisiNya ,

Leave a reply to CIK GADIS Cancel reply