>Bila Berterima Kasih ..
>

Salam kawan-kawan , Aku muncul lagi dengan entry yang bertajuk Terima Kasih ni . Kenapa terima kasih pulak jadi topik aku kali ni ? Disebabkan ramai yang malu dan berasa mahal untuk ucapkan terima kasih ni . Penting sangat ka terima kasih ni ? susah sangatkah menyebut terima kasih ni ? Bagi aku adik-adik aku pun tahu nak sebut , tahu nak eja . Tapi masih ramai yang tak tahu berterima kasih kat orang .
Sebenarnya apa tujuan kita berterima kasih kat orang ye ? untuk apa ? apa yang terima nya ? apa yang kasihnya ? sebenarnya berterima kasih itu bermaksud kita menghargai seseorang yang memberi kepada kita . Semasa dulu aku kerja kat hotel dulu , lebih kurang 5/10 sahaja yang ucapkan terima kasih kat aku . Korang tahu tak aku ulang alik naik lif , turun tangga dan sebagainya . Bukanlah nak mengharap tapi sekurang-kurangnya berterima kasih lah walaupun itu adalah kerja aku dan tanggungjawab aku .

Penghargaan dari perkataan terima kasih itu sekurang-kurangnya memberikan sedikit senyuman dan kegembiraan kerana seseorang itu menghargai kita . Sekarang ni aku kerja courier pun , masih ramai yang kedekut terima kasih . Bayangkan kalau korang ditempat aku sekarang , apa perasaan korang ? korang memberikan sesuatu tak kira la tanggungjawab korang ke bukan tanggungjawab korang ke tapi tak dihargai seseorang ? pastinya korang menyumpah betul tak ?
Kesimpulannya entry ini , bukanlah semua manusia ini mengharapkan dan memerlukan perkataan terima kasih , tapi sekurang-kurangnya hargailah mereka yang memberi kerana kita ni hanya sama saja tiada apa pun yang berbeza . Tak perlu lah kita sombong dan kurang adat sesama kita jadi marilah kita bersama-sama ucapkan terima kasih kepada ibubapa kita yang tak pernah luput memberi kasih sayang kepada kita . ( lari topik ke ? tak de la . kan betul tu 🙂 ) . Salam .
Posted on April 5, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 13 Comments.
>Assalamualaikum af..entry yg bagus…betul apa yg af tulis..ramai xsuka ucap terima kasih&maaf…mungkin ada emas dalam mulut mereka… hehehe
>satu tabiat aku..kalau aku beli barang..orang kedai tu bagi barang dgn balance..aku yg akan cakap terima kasih..kalo dia yg ckp terima kasih..aku tak jawab sama2..tetap aku ckp terima kasih gak..
>@miss ct : wassalam . bukan ada emas tapi mulut berbau kot 🙂
>@Jejaka Terhangat : perangai ko sama cam aku .. aku paling suka berterima kasih dengan uncle-uncle apek ni sebab yang banyak kali aku jumpa diorang tak pernah miss cakap terima kasih balik … sampai berlawan sebut terima kasih 2-3 round :p
>hehe bende ni namanya akad jual beli dalam islam, tapi sebagai melayu yg kaya dengan bahasa mmg bagus la diamalkan, tambahan lagi semangat 1 malaysia :PTerkini : Aku VS Nuffnang
>@suffer8zine : huhuhu .. betul tu bro .. terima kasih ye kerana tambah sedikit info 🙂
>sye selalu cakap trime kasih . sebab rase best bile dengar org cakap terima kasih kt kite (:
>@misS FEeza macho ! : kan.. kan .. kan 🙂 . rasa seronok kan .. ye la kita dihargai orang 🙂
>janagn terlampau senang luahkan terima kasih tu…. terima kasih pada yang patot jerkkk 🙂
>@topimagine : kita orang Melayu bro penuh dengan adat dan kaya dengan bahasa bro 🙂
>ucap jer terima kasih walaupun tidak berbalas. x rugi apa2 pun. Yg penting ucapkan dengan seikhlas hati tanpa sebarang balasan mahupun paksaan
>@Blogger Melayu Jawa : yaa bro .. terima kasih diatas peringatan dan teguran mu 🙂
>tabiat buruk sye bile orang cakap terima kasih , mesti sye jawab kasih diterima .. sebab sye fikir bile dia bagi kasih , sye terima . haha ! ta sengaja tapi da terbiasa . bukan susah pun nak b'terima kasih nie kan .. itu kan penghargaan 🙂