>Safee Sali Jaringkan Gol Buat Pelita Jaya Lagi !

>

    

   Salam kawan-kawan , sebelum tidur ni aku nak la post satu entry dimana penyerang kebangsaan kita , penyerang kebanggaan kita , Safee Sali telah bejaya menjaringkan gol beliau yang keempat bersama skuad Pelita jaya tadi . Wah , pencapaian terbaik daripada safee sali setelah berhijrah ke bumi indonesia ni .

   Beliau telah berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan menetang persijab pada malam tadi dan telah berjaya memungut kad kuning yang pertama malam tadi . yang pastinya Safee Sali telah membuka mata orang-orang indonesia bahawa pemain-pemain dari malaysia juga mempunyai kualiti yang terbaik . Safee Sali dengan memakai jersi bernombor 55 menjadi striker tunggal dihadapan telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 10 dan disudahkan oleh Pemain pelita Jaya iaitu Joko Sasongko yang menyarung jersi bernombor 9 pada minit yang ke 65 .

   Gol Safee Sali adalah hasil dari sepakan percuma Pelita Jaya yang disempurnakan oleh Joko Sasongko , Hasilnya Safee Sali berjaya membuat lipatan gunting dihadapan pintu gol dan akhirnya berjaya menyumbat 1 gol dan ini adalah gol peribadi yang ke 4 beliau di Pelita Jaya . Sebelum ini Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada pertemuan bersama Bontang FC ditempat lawan . InsyaAllah aku doakan agar Safee Sali berjaya memberi lagi gol buat Pelita Jaya dan aku harap Safee Sali berjaya membuang tanggapan orang indonesia terhadap bolasepak Malaysia .

   Pelita Jaya FC kini telah menduduki tempat ke 14 dalam Djarum Liga Super Indonesia dengan mengumpul mata sebanyak 19 mata dan hampir memotong Persijab . Aku harap Pelita Jaya akan menang lagi dan terus keluar dari zon bahaya . 

  Sekarang kita lupakan pasal Pelita Jaya FC dan Safee Sali . Kita ke Liga Inggeris ( EPL ) dimana sekarang ini pasukan kegemaran aku iaitu Manchester City ( MCFC ) telah berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dan aku harap MCFC ada peluang untuk memintas chelsea FC dan Arsenal FC ( Chelsea boleh lepas kot tapi kalau Arsenal rasanya tak lepas dah sebab jumlah perlawanan hampir menjumpai tamatnya ) . 

   Apa-apa pun tumbs up untuk Safee Sali , Penyerang Pelita Jaya Dan juga Carlos Tevez , Penyerang Manchester City .

  Pesanan AF : dah lama tak dak isu bolasepak . Nanti boring pulak😛

 

Posted on April 3, 2011, in BolaSepak. Bookmark the permalink. 13 Comments.

  1. >glory~~ glory~~ tetiba nak bakar line

  2. >gambar sapinya kok pake baju nomor 10 donk…lalalaLatest entry: Lawak Duit

  3. >peminat setiap CHELSEAAAAAAAAAAAA.. haha xdpt der nk potong chelsea🙂

  4. >ohh safee sali.. ss=safee sali ;p

  5. >@saperakue : jangan nak membakar line ye . MCFC boleh ! hehe :p

  6. >@Fairosza : pinjam baju kawan dia kot😛

  7. >@Siti Safiyyah : ohh Siti Saffiyyah .. ss = Siti Safiyyah :p

  8. >safee sali terbaek la .. len kali crite pasal Chelsea eh . suke chelsea sebab ballack tu dulu scandal sye .. kah3 !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: