>Jangan Malas Belajar

>

Salam kawan-kawan , hari ni aku teruskan entry aku dari hari ke hari . Ini adalah artikel Persendirian aku yang bermakna buatan tangan aku sendiri ( bukan buah tangan ! ) . Aku nak ceritakan tentang kisah hidup aku dulu dan sengsara yang aku rasai sekarang sebab aku sia-siakan masa belajar aku.

Sekadar Gambar Hiasan

  Kawan-kawan , pelajaran itu amat penting oke . Suka dan lain-lain pelajaran pun kita kena belajar . Bukan apa , nak minta kerja kena ada SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) . Nak masuk universiti kena ada SPM . Nak jawatan tinggi kena ada SPM . what , the power of SPM la Malaysia sekarang ni . 

Jom kita baca seterusnya . Read more ..

  Korang boleh kata ,” Pelajaran tak penting , pengalaman itu lagi penting”. Memang , betul sangat-sangat tapi pelajaran itu macam ‘Toturial’ tau . Tanpa Toturial , korang takkan tahu cara-cara nak buat . Macam tu juga dengan pelajaran ni .

  Ok , ”straight to the point” . Dulu mak aku elok-elok bagi aku duit sekola RM3 untuk belanja makan ( bukan belanja kawan ) . Tapi aku panjat pagar sekolah dan aku singgah ke CC ( Cyber Cafe ) . Dulu aku selalu guna ayat ni kat kawan-kawan aku yang rajin , tiap-tiap hari cikgu nampak muka kat sekolah ( sabtu-ahad tolak la  ) ” Bukan aku suka hati nak blah sekolah . Sekolah takda internet , aku kan cepat belajar”. Haha , lawak pula bila aku teringat .

  Iye la tu cepat belajar , ape yang aku belajar kat CC ( cyber Cafe ) ni kalau korang nak tau ? aku belajar main ‘game’ GTA San Andreas , Dispatch Of Army , Sudden Attack , RYL , Ragnarok , FIFA 06 , O2 Jam , dan lain-lain sama ada RAN game dan ONLINE game . Satu lagi kegemaran aku iaitu buka web dan layan awek kat http://www.kampungchat.com , MiRC , Laman sosial yang top masa dulu , Myspace.com dan friendster.com .

  Akhir sekali sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Kantoi dengan mak aku la . huhu . Tapi bagus juga aku ponteng sekolah ni . ‘At least’ aku reti belajar ‘Coding’ , ‘Html’ , wigdet , design , buat blog dan buat website ( website biasa je ) . Tapi korang rasa semua tu boleh jamin masa depan yang cerah buat aku ke ?

  Aku sebenarnya sekarang ni betul-betul menyesal la kawan-kawan atas apa yang berlaku ni . Susah buat aku nak cari kerja yang senang sikit dari kerja aku yang sekarang ni . ( ehh , korang tau ke aku kerja ape ? nah tengok aku kerja apa ni . Public Area Di Sebuah Hotel .huhu , sakit kan . 

  Korang sanggup buat kerja macam aku buat tu ? mesti ramai yang geleng kepala . Ini realiti kawan . Macam mana aku nak kahwin dan jaga anak-anak aku kalau begini lah kerja aku yang gajinya tak seberapa ni .( tampung aku sorang , boleh la hidup ) . Aku berharap sangat-sangat , agar korang JANGAN sesekali ponteng sekolah , melepak kat cc . 

  Korang hargailah mak dan ayah korang yang jaga korang dari kecil sampai lah besar dan pastinya orang tua kita nak tengok kita berjaya . Jangan jadi macam AKU ok kawan . InsyaAllah , aku tak lama lagi akan berhenti dari tempat kerja tu dan aku akan cuba sambung pelajaran aku balik . Kawan , Belajar ni sampai mati pun tak akan habis , cuma kita belajar ilmu-ilmu yang patut kita belajar .


  Ok la kawan . Inilah cerita aku hari ni . Aku tak suka kawan aku ikut jejak aku . Janganlah , belajar lah bersungguh-sungguh semata-mata nak berjaya dan bagi ibubapa kita gembira ( pahala tu , tak mau ke ) . Mungkin entry ni ‘simple’ . Tapi niat aku post entry ni agar korang mengerti betapa pentingnya pelajaran ini buat hidup korang . Tak perlu untuk bosan belajar kerana apa yang kita belajar kita akan buat . Usahakanlah kawan2 .

  Untuk geng lepasan SPM , aku berdoa agar mendapat ‘score’ tertinggi dan terbaik . Buat akan mengambil SPM tahun 2011 ni , ini lah masanya untuk anda luahkan masa korang kepada buku dan pelajaran ok . Sampai ini saja . Aku harap korang mampu berjaya🙂 . Salam .

  

Posted on February 8, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 18 Comments.

  1. >the best teacher is the experience… kalo kita ada ilmu, xde kemahiran tuk hidup pun xleh gak… kene balance both that element😉

  2. >Farique..sekurang-kurangnya ko blaja dari kesilapan.. dan ade usaha nak botolkan balik..ko dah sedar.. baguslaa.. Memang pelajaran sangat- sangat penting.. tapi bagus laa.. ko ade usaha nak betulkan keadaan.. klo dapat peluang blaja balik.. Memang pelajar cemerlang la ko nanti.. hehehe..

  3. >hye..farique..act, sy p0wn pna rase kje h0tel as HK attndnt gak..hee..but m0stly sy jd r00m attndt r..0rang ggh tarik ktl king k0n0nnye..haha..tp nice..pnglmn tu yg pentingnye kan..huu..dn trick2 yang..hahaha..btw, ter0skan perjuangan u tu..wish ur luck..niat yg murni..thumbs up..:)

  4. >Assalam AF…aku terase insaf…dh sesal dh nie…hu3.xmo ponteng2 lagi…mmg betul, klo dlu balajar rajin2, score…mayb dh senang dh skrg…huk3

  5. >erkk..JANGAN LA MALAS BELAJAR AF..!! KENAPA MALAS sangat niey ???!! ahak . ttibe je kan .. siapa la yang suka melepak kat CC and ponteng sekolah tu .. pantang betol !! meyh CL nak hambat dy ke skola.. wahaha , adamxis ku sekali kalau suke ponteng2 . ahaha . ingt nak buat entry kat komen niey . ahak .. tapi nak pi update entry kat blog CL..tata ~~

  6. >@ADfeez : betul tu bro ! thanks yea . tapi kalau belajar dari pengalaman pon tak bermakna jugak . takde sijil takde ape walaupun ada experient . kena balance 2 tu ..

  7. >@syafiqsulaiman : alhamdulillah thanks yea . dont worry i try the best for my next days🙂

  8. >@gH@rd : yap pengalaman penting tapi lau takde akademik sekali kan rugi . thanks komen😛 . tarik bed sheet . hihihi

  9. >@►AdamXis◄ : huhuhu , betul bro . terasa rugi plak diri ini🙂

  10. >@cik Ladies : huhuhu , adamxis mu itu malas belajar jugak😛 . hehehe im kidding :p

  11. >lumrah hidup manusia, sering membuat kesilapan. tiada satu pun manusia di muka bumi ni yg tak pernah buat kesilapan. Kesilapan lampau memberikan pengalaman & dari pengalaman dijadikan tauladan & pemangkin untuk mencapai kejayaan.tak der jalan singkat tuk berjaya bro…usaha itu adalah satu kemestian. Silap sekali tak bermakna silap selama2nya. berjaya sekali x semestinya kekal selamanya, yg penting niat + tindakan + usaha berterusan = hasil yg lumayan.sama gak mcm aku. walaupun aku blaja IT kat Kolej Komuniti..tapi aku x blaja tentang java & html. la ni bila menceburkan diri dlm dunia blogger baru aku blaja tang sume tu. sbb time aku blaja IT dulu cuma basic jer.pokok pangkalnya manusia tak pernah berhenti belajar sehingga ke akhir hayat. manusia hanya akan berhenti belajar bila berakhirnya suatu kehidupan bagi satu nyawa. Hanya ALLAH yg menentukan bila seseorang tu akan berhenti belajar. sbb apa aku kata manusia x pernah berhenti belajar!!contoh mcm u la bro..skrg ni u blaja utk mengubah kehidupan u kpd yg lbh baik dari yg sekarang.

  12. >@BuDaK JaWa : wau bro . terima kasih kerana sekali lagi sudi singgah ke blog gua dan memberi pendapat yang padat untuk gua . Terima Kasih bro , saya faham saya dan akan cuba . Terima kasih kerana memberi semangat untuk saya🙂

  13. >ko pun main Ragnarok eh ? Server apa?

  14. >enrty yg simple tapi bermakne sgt sgt,spm tetap kene amek walau bruk mcm mne results pon still boleh keje.cm abg sy, results x seberapa. tapi keje gaji masyuk gak la. bole la kawen tmpung anak bini,trus brusaha k. ske cre awk yg slalo share experiences dgn org. thumb up for u dude🙂

  15. >@Kodet : hahaha , kodet itu zaman dulu . zaman aku kecik2 dulu . dah lupa semuanya :p

  16. >@syera : hi syera thanks 4 support me . Niat saya cuma nak menerangkan kepada orang betapa pentingnya pelajaran ni . Nanti hidup susah , tak hala tuju .. kalau tak de SPM sekali pun takpe , tapi biarlah ada wawasan . Bak kata Awie🙂

  17. >bagus la kalo ko ade kesedaran skang..zaman budak2 aku dulu pon nakal gak,penuh dengan sejarah silam tapi aku tak penah cite kat dlam blog..papepon aku doakan ko akan berjaya k AF..😉

  18. >@Siti Safiyyah : huhuhu . tahu xpe . hihi , thanks yea SS :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: