>Tinggalkan Judi Dan Jadi Kaya

>

Sekadar Gambar Hiasan

   Salam kawan-kawan ,kali ni aku muncul dengan cerita tentang berjudi ni . Sekarang aku tengok ramai di sekitar aku ni terjebak dengan judi . Kat penang kan . Banyak , aku tak tahu la kat tempat lain macam mana . Ikuti lah cerita dari Ibnu Yusof ini untuk tatapan korang ni .
Sejak dari awal lagi , orang yang suka berjudi itu bergantung pada nasib . Penjudi sebenarnya menempah nasib malang sedangkan dia dilahirkan bernasib baik . Itu lah sebabnya judi diharamkan Oleh Islam .

Tidak ada sarjana yang menyuruh anda berjudi yang jadi kaya . Sampai bila anda mahu berjudi ? Malah tidak ada penjudi yang jadi kaya . Mereka yang telah kaya berjudi dengan tujuan berseronok menghabiskan wang . Orang yang membuka perniagaan judilah yang kaya raya kerana sejak dari awal-awal lagi dia telah memasang strategi agar tektik agar dia sentiasa menang walau bagaimana pintar , cerdik dan bijak pun pelanggan-pelanggannya .

Jika anda’hampir’ menang , itu sebenarnya hanya jerat kepada diri anda agar anda kalah teruk dan kehilangan harta yang telah anda perolehi dengan jerih payah .

 Read More ye🙂

Orang malas mungkin tecebur ke kancah judi kerana ingin mencari ‘jalan mudah’ menjadi kaya dan mencari duit . Sesungguhnya Jalan mudah untuk menjadi kaya ialah meninggalkan judi . Contoh yang mudah , jika anda selalunya menghabiskan RM1,500 setiap bulan untuk berjudi , sekiranya anda simpan wang itu , anda mampu membeli atau membina rumah yang cantik dan serba indah dalam tempoh tidak sampai 5 tahun .

Sekadar gambar Hiasan

Tinggalkan judi dan serta merta anda akan jadi kaya jika berdoa diberkati Tuhan dan berusaha mencari rezeki yang halal . Jika anda tidak juga menjadi kaya di dunia , anda akan kaya di akhirat kerana anda tidak melakukan laranganNya dan akan dibalas dengan pahala dari kebaikan yang anda lakukan di dunia .

dari Ibnu Yusof .

   P/S : sesiapa yang macam ni , kalau tak sedar lagi tak tahu la nak kata apa lagi😦

Posted on February 7, 2011, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. >kadang2 aku tak paham gak nape hantu2 judi ni suke berjudi..padahal tak dapat hasil pon..

  2. >salam…memang judi ni boleh buat orang jadi ketagih sebab cara mudah nak dapat duit tapi sengsara kalau dah terjebak lebih2 lagi kalau dah pinjam duit dari along…..

  3. >@Siti Safiyyah : huhuh , sebabnya diorang nak duit dengan cara yang mudah sedangkan judi hanya bergantung pada nasib🙂

  4. >@perondajaketbiru74 : wassalam , ya memang betul . Mula dari perasaan nak cuba cari cuba la boleh menang . bila buat duit camni selalu , maka selalu lah nak sedangkan ini sekadar nasib ..

  5. >org yg bejudi bila da kalah pun tetap nk judi lg..tak faham betul..

  6. >@fariza zulaika : betul . tahu xpe . sebenarnya mereka dah dikaburkan oleh syaitan ..

  7. >judi salah di sisi agama.tp kalau men kad saje2 xpe kan O.o mengisi masa lapang

  8. >@zati embong : hehehe , dari saja2 tu la jadi ketagih dan nak mencuba ..

  9. >dulu kecik2 slalu beli kad tikam 20 sen yg beli kat kedai..kdg2 dpt 20 sen…dpt singgit…huh..kalau dpt byk 2 mkin nak beli ag kad..last2 wet abis cam 2 je…. men kad 2 pun cam judi gak asenye…sebab 2 dorang ketagih.

  10. >judi… haram,,, hasil duit haram ni kalau masuk dalam perut kita, susah nak masuk ilmu.. nanti bila orang nasihat pon, dia dah tepu dengan hasil duit haram tu.. tu yang tak makan nasihat tu..

  11. >@misz sheyla : hihihi , dulu saya pon macam tu jgak :p

  12. >@TheChekJah : memang betul apa yang awak cakap tu . bila dah berjudi , kalau nak menang sanggup buat macam2 , kalau kalah nak bayar hutang , sanggup jual anak .. ada ! buakn tak ada ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: