>Lagu Yang Membawa kenangan

>

    Salam , entry aku kali ni mengenai ‘Lagu Yang Membawa Kenangan’ yang bermaksud lagu-lagu apa yang aku minat dan membawa maksud yang mendalam untuk aku . Kalau korang ada tak rugi kan ‘sharing’ ! . Jangan tipu ok kalau korang kata korang tak pernah bercinta . Semua orang pernah merasa dicintai dan menyintai . Entry ini lebih kepada perasaan dan jiwang sikit . Huhu .

   Siapa yang tak pernah rasa bahagia dan putus cinta , angkat tangan ? Korang memang dasyat🙂 . Alhamdulillah k . Aku juga pernah merasa tu . Sebab tu hanya lagu menjadi kenangan aku . Ye la , kenangan kan yang menjadikan kita lebih berhati-hati dan lebih cemerlang untuk episod hidup seterusnya .

kalau nak baca lagi tekan button Read More ya !

Oke aku teruskan dan ‘straight to the point’ oke . Diantara lagu lagu yang menjadi kenangan untuk aku adalah :-



Sayang – Menara
Lagu yang membawa aku kepada kenangan dan pengalaman ketika aku tercinta lebih serius ( bukan cinta monyet ) pada tahun 2008 . Ini masa aku merasai apa itu cinta sebenarnya . Memang membuatkan aku hanyut dalam percintaan . Akhirnya aku putus jua dengannya kerana sikap dan ego aku sendiri . Memang salah aku . Maafkan aku .

http://1.bp.blogspot.com/_WGxHjhSA4EA/RqougaVzz8I/AAAAAAAABgA/0fbKozF-j0I/s320/Black+Rose+-+Black+Rose+%2790+-+(1990).jpg
Penantian – Blackrose
Lagu ni memang menyentuh perasaan aku apabila aku bercinta dengan seorang gadis ini . Memang hangat waktu aku bercinta dengan dia . Akhirnya kami putus diatas kehendak dia . Aku cuba kembali kepadanya . Akhir sekali aku putus asa dan aku bangkit dari jatuh .


Realiti Insan – Santeekee
Pertama kali dengar lagu ni masa kat karoeke Bukit Jambul . terus membangkitkan semangat aku dari perasaan cinta yang terlalu . Akhirnya dari sini aku telah menemui cinta baru . Huhu .

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/a/a3/Meditasi_-_Demi_Rindu_%2795_-_(1995).jpg/220px-Meditasi_-_Demi_Rindu_%2795_-_(1995).jpg
Biar Pedih Kasih Memanjang – Meditasi
Lagu ni aku akan dengar bila aku teringat cinta aku yang pertama kali muncul dalam hidup aku . Cinta yang sulung lahir dalam hati aku . ”Kepastian terbenam luka di hatiku” . huhu .

Mekar Dijiwa – Xray
Lagu masa aku bercinta dan merasai kegembiraan yang tak pernah aku rasa selama ni . Hangatnya . huhu🙂


Sepi Tanpa Cinta – Spring
Haha . Lagu ni akan menyentuh perasaan aku bila aku berada dalam kesunyian . Masa baru baru putus cinta la kan . Biasalah tu rasa sepi . hehe ” Ku rasa sepi tanpa cintamu , bagai malam tiada cahaya’‘ . 


Biar Berjauhan – Kapilla 
Lagu ketika aku betul-betul rasa benci kat seseorang tu , haha🙂 benda lama da tapi ini kenangan yang betul-betul aku tak dapat lupa .




Luka Seribu Rindu – Fotograf
Aku minat lagu ni bukan sebab aku bercinta ok . Tapi kenangan aku mendengar lagu ni menyanyikan ‘live’ oleh arwah Shamrin ( fotograf ) masa konsert dekat Pesta Pulau Pinang 2009 . Dengar live depan mata aku aku tahu setapa susahnya menyanyi . Shamrin is the best singer ! . Al Fatihah …



Liya Juwita – Barongan
lagu ni aku dengar semasa aku berkenalan dengan salah seorang forumer Rockapak.org yang bernama Barong . Lagu ni kenangan aku bersama rockapak.org hingga aku telah membuat novel iaitu Lieya Juwietaku

Cukup la setakat ni . Kalau kalau letak lagi sampai esok pun tak abis . Aku dah share , apa kata gilirang korang pulak share lagu dan kenangan korang kat sini :p 
ok la salam , Korang share2 la jugak k🙂

 

Posted on February 6, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 18 Comments.

  1. >lagu dulu2 mmg jiwang,even rock pom tp lirik tgkp leleh! xD

  2. >suke karok lagu blackrose-penantian🙂

  3. >@youhazreenda : awwww .. boleh bawakke lagu tu ? hihi

  4. >peminat rock kapak upenye. tp mang lgu dlu2 superb r dri lgu skrg ^^

  5. >AKu ske ramli sarip..! lagu dia memang terbaek.. hehehe

  6. >@syafiqsulaiman : ramli sarip ? wow .. lau bro tak minat lagu Batu – Sweet Charity memang bro bukannya minat dia :p

  7. >@shaliza khairi : tahu takpe .. lagu2 lama dulu tak kekok sampai sekarang .Dwen – Suatu penantian . best🙂

  8. >ishh banyak lagu kenangan saya hehehelagu sampaikanlah salam..masa budak budak dulu saya dgn 4 org kawan duk atas buaian kami nyanyi ramai ramai ..kuat kuat sampai tok wan saya marah hahahada byk lagu..tapi tu paling syokk

  9. >@nuriz : tahu takpe .. hihi . kenangan kan . byk yang tak dapat nak cerita .. nak buat entry pon 1 hari baru siap . huhu🙂

  10. >azie suke lagu 'siapa yg rampas cintamu' dan sejiwa by spring..

  11. >AlSuraya, Al Jawaher, Al Mizan, Hidayah takde ker af :p

  12. >@lurim : ada , af minat rabbani , Raihan , D'riyadh , Akhill Hayy .. lau nak citer ni lagi panjang🙂

  13. >wah..!! haha, lagu dulu2 bayak yg jiwang2 dari skrang…kadang2 lagu orang dulu2 lg syok..😀

  14. >@dyana nana : heheh , tahu xpe .. lagu2 dulu lagi syok dari sekarang :p

  15. >heh ini mmg geng ngan bro ridz ni..hehe, lagu kenangan aku bias cinta..sape eh penyanyi dia tak ingat dah..dah jadik kenangan la..😦

  16. >@Siti Safiyyah : hihihi . lau bias cinta . tak salah aku . Bias Cinta – Desire🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: