>Oh Cinta Pakai Buang .

>

  Salam kawan kawan , kali ni aku muncul lagi dengan entry tentang cintan-cintan ni . Huhu , cintan sangat ke ? wajib sangat ke nak membaca ? wajib supaya kita tahu dimana salah salah kita . Cuba kita tengok , sepasang kekasih itu hari ini ok . Esok gaduh minta putus . Ok la saya tegaskan kat sini , kita tak perlu tengok dari orang . InsyaAllah dulu pun kita ada perangai ni , kita pun macam ni . Perangai apa tu ? kali ni aku takkan cerita terus . Tapi dari ayat-ayat .




  Tapi kaum lelaki jarang kena cinta pakai buang ni , kaum lelaki yang kurang pandai je selalu terjerat mudah . Yang banyaknya sekarang adalah kaum wanita . Korang tahu aku bercerita dari segi apa ? huhu . tak perlu salah sangka . Aku tiada niat aibkan kaum wanita , dan aku tak semua kaum wanita ni kurang pandai . Ada sesetengahnya pandai . Ok korang tengok la dari jenis isu semasa . Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi . Selalunya dari siapa terjadinya perkara bodoh ini ? dari sepasang kekasih CINTA PAKAI BUANG .

 Read More ye🙂





  Si wanita ni sanggup serahkan badan kerana nafsu si lelakinya hanya bermodalkan kata-kata janji sumpah dan setia . Lepas tu dah buat hubungan tu terus mengandung dan selepas 9 bulan terus melahirkan anak . Ada sesetengahnya bagus , setelah mengandung diorang cepat-cepat kahwin untuk menutup malu . AF , Bagus ke macam tu ? sama je . Ehh korang silap . Diorang ni lagi bagus kerana tahu salah silap diorang , menyesal apa yang diorang lakukan . Bagi aku perbuatan ni bukanlah PAKAI BUANG , tetapi perbuatan BERTANGGUNGJAWAB , andaikata hubungan mereka akhirnya runtuh ditengah jalan , itu adalah kehendak Illahi , memang diorang tak ada jodoh . Nak buat bagaimana kan . kita hanya manusia  . 




Pembuangan bayi semakin berleluasa , minta anda jadilah lelaki sejati dan berani . Kesian bayi tu , tak salah apa apa.

  Tak guna mak ayah nak marah anak , mak ayah nak pukul si lelaki kerana mak ayah salah bagi didikan , ajaran agama Islam dan sebagainya . Mak ayah tak pentingkan tentang anak-anak . Sebab tu diorang bawa diri . 90% perkara ini adalah jawapan yang diguna pakai oleh bekas-bekas CINTA PAKAI BUANG ni . Kadang kala ada betulnya jugak , tapi kadang kala ada salahnya jugak . Wallahuallam .


   Bagi aku tentang sepasang kekasih yang Bercinta cintun , bermanja-manja , bercium-cium , berjanji sumpah setia , berhubungan seks , mengandung , melahirkan anak , membuangkan anak ni adalah sebenarnya CINTA PAKAI BUANG . InsyaAllah sepasang kekasih ni akan stress ilang akal dan aku yakin si lelaki/ si wanita akan membawa diri untuk lari dari masalah . Perbuatan ini aku gelarkan ZALIM !


Baby ni tak bersalah pun , sampai hati korang . ZALIM

  Ayuh manfaatkan ayat dibawah ini . Harap fikiran kita boleh terbuka dan sama-sama mampu berfikir apa kesilapan kita yang lepas , apa dosa kita yang lepas ..


  Kekasih itu bukannya papan skateboard , sebelum main kita gilap , kita cuci kilat . Apabila hendak main kita akan pijak-pijaknya .

Kekasih itu bukannya macam bola ,Sebelum kita dapat kita kejar , sudah dapat bola kita tendang-tendang sepak-sepak , baling-baling .

Kekasih itu bukannya ibarat bulu tangkis , sebelum kita main bulunya kita perbetulkan kita susun cantik-cantik , Tetapi bila tengah main kita pukul-pukul , ‘smash’ bulu tangkis itu .

 Tetapi Kekasih itu ibarat bola ragbi , Sebelum dapat kita kejar-kejar dia , bertungkus lumus cari peluang nak ambil dia dari pihak lawan , BIla dah dapat dipelok-pelok dan dijaga erat-erat supaya tidak diramas orang .

  Aku rasa korang aham maksud ayat diorang dan aku harpa ia akan jadi pecoman buat korang untuk korang munasabahkan diri . Cintailah kekasih anda jika anda mahu terus mencintai sidia . Salam Sayang , dari AF . SALAM .

Posted on February 1, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 28 Comments.

  1. >farique ..dah dapat BE jgk ek??tahniah2..!!aku kagum la dengan penulisan ko..ko boleh jadi penulis novel gak laa..

  2. >@syafiqsulaiman : takde la bro . ehh mana dapat BE lagi . Kempen je RM2.00 . huhu😦 . Thanks bro , penulisan gua masih hodoh2 je , kena byk perbaiki🙂

  3. >Insyaallah x lame lagi tu..dapat laa.. follower pon dah ramai..aku ni je masih terkial2.. hahaha

  4. >Kejam btul aku tgk gmbr2 bayi tu… Teruk betul orang zaman sekarang … Kalau tak nak bagi la kat orang yang tak da anak…. Cuba kerajaan announce kepada yang melahirkan anak haram boleh register kat tuuut…. dan kepada org yg nak anak angkat boleh pergi ambik kt tuuut… kan sng mcm tu..PS: Cara buat maintain trafik blog . Sirius mantap

  5. >@Kodet : betul tu bro , inilah namanya , CINTA PAKAI BUANG . ayat tak berkaitan tapi maksud berkait rapat .

  6. >erkk…ngeri gwa tgk pict tu

  7. >@aizatjohar : tak perlu ngeri bro , tapi kasihan . mereka tak salah ..

  8. >peringatan yang bagus farique..oleh tu, jauhilah cinta pakai buang ni..jauhilah maksiat..tu lebih utama..Macam Mana Caranya Kita Mati Nanti Ek?

  9. >nilah dunia akhir zaman teringat pasal isu dalam tanyalah ustaz pagi tadi.. bagus🙂

  10. >@Jejaka Terhangat : terima kasih bro . ye JT , cinta ini sekadar membawa padah .

  11. >@lurim : benar bro . terima kasih sudi membaca ..

  12. >kesian dekat bayi yG x berdosa tu..tertarik ngan q0utes psl kekasih tu >.<dan gambar miaw tu cute!

  13. >setuju dgn pendapat farique..nice entry😀

  14. >yang buat cinta pakai buang ni pun mmg patut dibuang..mmg kejam tu..ibu ayam umah saye pun lg bagus dr yg bercinta pakai buang ni..

  15. >@syuwai : terima kasih , yap kesian kan diorang tak bersalah ..

  16. >@cik QasehThya : oh terima kasih kerana setuju pendapat sy ini🙂

  17. >@MiMie AddNin : betul awak , memang kejam la bertindak macam ni kan . Takpa hanya Tuhan akan membalas !

  18. >kalau bercinta berlandaskan islam takkan jadi macam ni.tapi kalau dah termengandung n ditinggalkan… carila tmpat berlindung yg betul… -hey, cam mana la berani buang anak.?? kang dia ikut balik baru tau..!!!*pengaruh cerita hantu..hahacik shida..? nak kate ape lg..?

  19. >Hurm…totaly nice and rite =_=…betul2…bila bercinta semuanya indah..tapi ingat!..couple tiada islam..bukan bermkana SKY tak pernah bercinta..tpi kawal diri..bila nk kua..bwklah teman…atleast de mata yg memandang..dan tiada org ketiga (syaitan) diantara dua insan trsebut..=_=…nice entry bro…

  20. >@fara feroza : tapi adakah kita sedar setiap perbuatan kita tak berlandaskan islam sebenarnya ? adakah kita tahu ?

  21. >@Mr. TN_SkY : ya , couple tiada islam sebenarnya . cara kita bercinta ni bukan dah berlandaskan islam .. dan AF masih belom nampak couple keluar jalan2 sambil bawak adik . ada memang ada tapi jarang .. dalam tv memang banyak !

  22. >Kesian aq tngok bayi2 tuh..Mmg xde hati perut la diorang nih..

  23. >@Nazrin Nasir : apakan daya , masyarakat kita tiada keperimanusiaan . Masyarakat asing pun ada jugak seks bebas tapi bagus diorang tau salah , tidak malu buat hubungan tu maka tidak malu lahirkan bayi luar nikah . Masyarakat kita pula tak malu buat seks haram tapi malu bila dapat anak terus buang . BODOH!

  24. >@Magrib : terima kasih ye bro kerana menyokong entry saya ni🙂 i follow u too

  25. >cintaku bukannya jenis pakai buang~~ biarlah lebih dari sehari~~kata stacy semasa di temuramah

  26. >@akeep razalee : apa maksudnya Biarlah Lebih Dari Sehari ? huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: