>5 Sebab Aku Tak Suka Facebook!

>

    

   Salam kawan-kawan , kali ni aku buat entry berkaitan dengan facebook pula . Facebook ni ape ? facebook adalah salah satu laman web sosial . Kita boleh berhubung dengan rakan-rakan kita di facebook . Facebook ni ada yang baik dan ada yang buruk . Biasalah , semua barang ada risiko . Tak ada satu barang pun nak sempurna . Betul tak ?

   
Mengapa aku beriya-iya buat entry ni ? sebab aku meluat dan aku tak tahu nak luahkan kat mana . Harap-harap korang sudi-sudi la membaca entry ni oke . Baik lah , aku tak nak buang masa , ayuh tengok list ini : –

Read more dulu ye :p


1. Friendlist ramai tapi sorang pun tak tegur kita .
~ Yang ni penting aku benci , tak kesah la sama ada kita add diorang ataupun diorang add kita . Sudi-sudi lah tegur kita , bukan setakat tu ja , kita tegur diorang pun belum tentu dapat maklum balas !

 2. Dapat mgs request game beratus ratus .
~ Yang ni tension jugak ! kita tak minat game tu tapi beratus-ratus mgs request jemput kita main game tu . lepas tu dah tak nak satu-satu mgs request nak kena delete . So tension ,

 3. Kena tag dengan gambar yang ntah apa-apa .
~ Yang ni tak lah geram sgt , kena tag-tag ni kalau berkenaan dengan kita tak pa ni suka tag dengan gambar duit ( org buat bisnes MLM selalu tag ni ) . Tension tau , aku bukan mata duitan .

4. Kena tag dengan video yang tiada kena mengena dengan kita , pastu ramai komen .
~ takpe la dah tag , lepas tu ramai pulak nak komen . comment alert dapat juga kat kita . kalau 2,3 komen takpe ni sampai 20 komen , so 20 comment alert dah dapat . stress , ingatkan awek kita dok balas komen kita ..

5. Dapat pautan website lucah . malu beb !
~ selalunya mat saleh yang suka hantar pautan macam ni . Penah sekali aku dapat , orang tengok malu jugak aku ni . adoii , !

  
Inilah sebabnya aku tak suka kat facebook ni , tapi takpa la . Disebabkan facebook ni penting untuk aku berhubung dengan rakan-rakan , aku terima jugak la . Ye la , macam aku cakap tadi , semua benda ada risikonya . jadi terima je la . Apa-apa pun , aku dah luahkan isi hati aku . Korang tak nak luahkan ke ? tak baik simpan2 .🙂 salam .

  

Posted on January 16, 2011, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. >Try cuba test http://www.myfriends2u.com or bole jual beli percuma http://www.myfriends2u.com/marketplace jangan lupa plak guna like / dislike button😉

  2. >Cuba test try ni plak http://www.myfriends2u.com Malaysia Social Network or bole jual beli secara percuma http://www.myfriends2u.com/marketplace dan jangan lupa like / dislike button jugaAlways keep in touch

  3. >oke . terima kasih ,akan ku menyusuli nanti🙂

  4. >Thanks and support malaysian🙂

  5. >oke , support kawanlah.com jugak .mybe itu dari malaysia !🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: