>Khairul Fahmi Che Mat

>

 

  Salam , kawan-kawanku . Lama jugak aku tak buat post baru ni . oke la aku mulakan dengan entry Khairul Fahmi Che Mat . Beliau juga dikenali sebagai en.apex . Korang kenal dia tak ? Mesti korang semua kenal punya kan . Beliau adalah goalkeeper terbaik Malaysia yang pernah aku tengok selain :-

1. Kamaruzzaman
2. Sharbinee
3. Hamsani Ahmad
4. Megat Amir Faisal

  Oke , nah aku sertakan sedikit biodata Khairul Fahmi Che Mat ( KFCM )

Nama Penuh: Khairul Fahmi Che Mat

Tempat Lahir: Kelantan
Tarikh lahir: 7 Januari 1989
Posisi: Penjaga Gol
Tinggi:172 cm
Berat: 70 kg

Oke , pasai pa font tukar jadi bold lak ni . aduhhh . Khairul Fahmi baru sahaja berusia 21 Tahun . ( Dah masuk 2011 , tunggu besday da 22 tahun da ) . Seorang warganegara yang lahir di Kelantan . Semasa dia bermain untuk kelantan bagi aku dia tak femes lagi .  Tapi sejak2 Malaysia layak ke semi final , Aku tengok beliau da mula matang . Inilah yang kita mahu . Tak sangka didikan Jurulatih Malaysia , Rajagobal berjaya mematangkan pemain muda Malaysia . Lepas ni bila nak main untuk malaysia ? hehe .
  2 Hari lepas nama Khairul Fahmi adalah top 5 trend . kalau tak percaya nah gambar2 bukti ..
 


  Tahniah aku ucapkan buat Khairul Fahmi , haa font oke da . hee . Khairul Fahmi sekarang mengumpul banyak peminat .. Disebabkan kemachoan terlampau dan skill yang taraf 5 stars , Khairul Fahmi menjadi top. Apa-apa pun . Tahniah buat Khairul Fahmi . horaayy for Malaysia . loveMALAYSIA !

Isu laser dari indonesia . apa-apa pun , amik ni ,

 

 

Posted on December 31, 2010, in BolaSepak. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. >hahahaha….tang laser otromen tu lawak baru 2011….kui kui kui.CREATIVE!!

  2. >demo silap. demo kata tangkapan dia time main ngan kelantan tak cun. hahahaha. takpe2. sebab aku pun tak perhatikan goalkeeper team lain. tapi untuk pengetahuan sedara, memang apek perform time main nge kelate.start season, dia penjaga gol ketiga kelate di belakang syed adney dan halim napi. kesilapan syed adney ketika lawan kedah dan halim napi yang off form membolehkan apek beraksi. sejak dari tengah musim lagi dia konsisten. banyak save2 yang menarik dia buat.apapun, sanjungan yg datang hanya selepas piala AFF. sebab sebelum ni maybe ramai yang tak follow bola sepak malaysia.

  3. >salam…. pembetulan…. rasa ader silap dlm ayat di atas " dia bermain untuk kelantan bagi aku dia tak femes lagi . tangkapan tak cun . Tapi sejak2 Malaysia layak ke semi final , Aku tengok beliau da mula matang . Inilah yang kita mahu . Tak sangka didikan Jurulatih Malaysia , Rajagobal berjaya mematangkan pemain muda Malaysia."1)sebenarnya.. masa dia bermain dlm kelantan lagi fahmi ni dah menyerlah sbb ketangkasan menangkap bola.. mmg jarang sgt bola bolos masa fahmi yg jadi goal keeper kelatan.. kelantan kebanyakan bolos di tangan syed adney. apa yg nk cakap kat sini bila masa plak fahmi x femes sbb tangkapan x cun??? hah! tangkapan x cun masa dalam kelantan??? cubalah tnya supporter kelantan ada pernah x fahmi tangkap x cun??? klau nak kata fahmi x femes 1malaysia masa dia bermain dalam kelantan ye lah.. sy stuju.. sbb boleh kata sapa luar kelatan nk sokong kelantan n nk tgk player kelantan sorang2kan masa dlm piala malaysia dan sbgnya tempoh hari… mesti nk sokong pasukan negeri masing2.. tp bg orang kelantan a.k.a peminat the red worrior dah sedia maklum kehebatan fahmi.. org kelantan dah lama tahu dia hebat. n dah lama sokong/ support/ sanjung/ salute/ tabik dsbnya…2) rajagobal xde kena mengena dalam mengilap skill fahmi… that's fact! juz boleh kata yg rajagobal bijak sbb bg peluang ntok anak muda fahmi ni menunjukkan bakat beliau ke pentas asia. ya boleh ucap tahniah kat rajagobal.. tp tahniah disebabkan nmpak apa yg ada pada ank muda fahmi ini. dan memberi peluang.. salam. peace!

  4. >Diatas komen insan anynomous tadi , maaf kerana tersalah tulis tadi . tentang tangkapan tak cun . saya dah edit n buang . Tapi yang selainnya , tentang tak femes semasa di kelantan tu , sebab itu pandangan saya , mengikut kefahaman saya sahaja . Masa ni dalam media pun jarang highlight nama Khairul , jarang masuk blog then membuatkan orang lain tidak mengenali . Sama juga seperti saya🙂 sekarang je baru baru mengenali bakat muda . Itu just orang kelantan , tapi sy orang perak . Pastinya saya salute keeper perak🙂 betul x ?2 ) tentang rajagobal , saya tidak mendakwa rajagobal yang menggilap skill fahmi ni . Saya cuma mendakwa rajagobal berjaya mematangkan pemain muda malaysia . Kalau rajagobal tidak memberikan semangat buat mereka , didikan buat mereka , bermakna mereka bermain tanpa smangat , lemah sebab walau bagaimana skillnya kita , powernya kita tapi kita akan lemah , suram dan tekanan . itu saja . andai tersilap kata , saya mohon maaf . wsalam . peace too🙂

  5. >sokong pendapat abeih !maaf saya tersilap . terima kasih abeih kerana menegur🙂

  6. >okey dah baca reply dari anda.. juz nk betulkan apa yg tersilap je… hope kita sama2 sokong team harimau malaya x kira dari mana asal mereka.. semangat 1 malaysia., haha =)

  7. >Hehe , terima kasih bro kerana menegur .yela kan , tak kenal maka tak cinta🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: