>Macam Mana Nak Kahwin ?

>

 

Walimatul Urus

 
Salam , korang pernah tak rasa teringin nak kahwin ? ( bukan kahwin satu lagi !! ) . Truely , aku teringin rasa nak kahwin . Aku teringin nak rasa ada anak sendiri , rumah sendiri , keluarga sendiri , dan teringin nak jaga anak dan isteri aku . Entry ni mungkin diluar batasan . Sebab ia adalah masa depan yang belum tentu kita mampu atau dapat kahwin .

  Mengulas pada topik ini , kahwin bukanlah sesuatu perkara yang mudah . Bukan senang nak jaga anak dara orang . Duit mesti cukup untuk sara anak isteri . Mesti kena ‘top-up’ barang-barang dapur kalau nak habis . Kalau korang sendiri tak mampu sara hidup korang , macam mana korang nak sara anak isteri korang ?

Read More Ye :p


  Kita sebenarnya tak diwajibkan berkahwin , tapi ikut sunnah Nabi a.s. kan lebih afdal .Kahwin sebenarnya tak menjadi masalah . Cuma yang bawa masalahnya ialah kita mampukah jaga anak isteri , luangkan masa untuk anak isteri , sayangkan anak isteri ? Sedangkah mungkin kita tak mampu jaga diri kita sendiri , luangkan masa untuk diri kita sendiri , dan paling penting SAYANGKAN diri kita sendiri . Satu lagi bajet perkahwinan tu , ya Allah ..

 

  Tapi kalau korang pilih jalan untuk tidak berkahwin , pastinya korang akan rasa kehidupan korang sunyi , tiada kasih sayang , tiada teman dan tiada tempat bermanja . Kalau aku pastinya aku akan sunyi gila beb . Pastinya korang kata korang ada family . Korang ada mak ayah , tapi setiap manusia pasti akan merasa kematian . Kalau mak ayah korang dah tiada , siapa korang nak bermanja ?

  Susah kalau kita nak kahwin kalau kita selalu ada ni :-

1 .Hisap rokok
 – Boros kalau korang hisap rokok , bayangkan sehari korang hisap rokok (1) kotak . sekotak dah ada dalam harga RM10 ( Dunhill ) , aku isap winston je ( RM8.50 ) . nak dekat-dekat RM10 sudah tu . Sebulan da RM300 korang habiskan untuk rokok saja . Cuba korang berhenti merokok , Dah jimat RM300 buat keluarga . ( aku pun perokok , ingat nak berhenti sudah . )

2 .Suka Melepak
 – Yang ni pun tak bagus .Kalau sekali sekala takpa , tapi kalau tiap-tiap hari macam mana korang nak kahwin ? . Anak isteri entah kemana .

3 .Bekerja Tak Tentu Masa
 – Bab ni aku tak mampu ulaskan , aku bukan orang senang . jadi kerja pun tak tentu masa , tak tentu hala . Pasti kalau aku dah kahwin anak isteri aku rindu kat aku kat rumah . Rasa kesian juga tengok mereka sunyi ja .

4 .Makan Tak Ingat Sesiapa 
 – Lagi sedih macam ni , kalau kita makan sesuatu dan tak ingat kawan-kawan kita ka , family kita kat rumah ka , macam mana kalau kita kahwin , adakah kita makan sesuatu dan ingat kat anak isteri kita ? adakah diorang makan sebagaimana mana sedapnya kita makan ?

5 .Suka Memboros
 – Kita singgah kedai sana , kita nak beli , Kita singgah kedai sini kita nak beli . ( macam aku jugak ) . Macam mana lah kita nak sara keluarga kalau boros macam ni . aduhh aku bagi tips kat korang tapi semuanya berdasarkan apa yang aku buat .

Kadang-kadang aku rasa bersalah jugak sebab buat benda di atas ni . ( sebab aku tak latih diri aku dari mula ) . InsyaAllah macammana pun aku akan cuba untuk aku hidup berjaya pada masa depan aku . Korang jangan kedekut ilmu , share sikit la pendapat korang mengenai artikel ini :p

 Salam :) 

 

Posted on December 23, 2010, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. >Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua Allah dah tentukan…cume kite je xtahu sape jodoh kite..of coz sume org nak yg terbaik…doa je yg mampu kite buat~percayalah..ape yang Allah dah tentukan utk kite tu..itulah yg terbaik..insya-Allah~ =)anyway, thanx promote banner blog saye kat sini..saye dah amek banner kamu~cube tgk sini-> http://atonisaton.blogspot.com/p/banner.html

  2. >itu la komen yang saya ingin kan .feedback yang terbaik aton ! thanks yea :)sudi2 baca artikel sya lagi ok😛

  3. >macam mane nak cakap ek..sape tak nak kawin… farah yg perempuan ni pun nak kawins sangat2..nak ada suami n anak2…tapi nak buat macam mana….ramai lelaki kate dia dah bersedia untuk kawin…tapi budget diorg tak sedar….bukan mata duitan..tapi rase cinta tak perlukan duit..tapi nak untuk cinta kena ada duit…:)

  4. >yang kawins tu , nampak mcm nak kawin ramai jek🙂 hehe .fara ,cinta tak perlukan duit . betul tu .tapi kawen dan menjaga isteri perlukan duit .betul x ? huhu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: