>Jangan Letak Lagu Dalam Blog Anda !

>

   Salam , entry aku kali ni mungkin agak jahat sikit . Truely , aku paling benci bila aku tengah blogwalking dan aku termasuk blog yang ada profile muzik . Untuk pengumuman anda , blogger memang benci mana-mana blog yang mempunyai lagu profile ni .

  Bagi sesiapa yang mempuyai lagu profile, Korang ni dapat digambarkan melalui situ . Korang lebih ego dan pentingkan diri sendiri . Bukan apa geng , korang melembabkan blog korang sendiri . Orang-orang yang penyabar dan terlalu fokus kan blog korang je akan tunggu . 

read more ye🙂


  Aku tak sanggup geng , apa aku berlagak ke ape ke , Tapi bila kerap aku termasuk blog yang ada muzik profile ni automatik laptop aku jadi slow . Aku rasa kompresor aku ni kot . Tapi aku temui apa masalahnya , rupanya dari blog korang yang korang letak widget muzik profile tu . Kalau bukan autoplay takpe , tapi autoplay . ni yang payah ni .

  Kadang-kadang aku tension juga , dan terus aku tak buka da blog korang tu dan aku malas nak baca artikel korang serta jadi followers korang . Kalau aku yang amauteur blogger pun tak suka , inikan pula otai-otai bloggers . Lagi diorang tak suka . truely , kalau korang bijak cari traffik takkan korang tak bijak menyelesaikan perkara ni .

  Korang sendiri akan rasa apabila korang buka blog korang sendiri . Betapa lembabnya nak view blog korang . Kalau internet laju takpe . Orang-orang berada mampu la langgan 10mbps ke 32 mbps ke 100 mbps ke , tapi aku 4mbps je itupun tak lebih dari 2mbps . lagi pun aku bukan je lebih fokus lagu blog korang . Sorry beb , aku layan Metal dan jiwang je ( cehh metal2 pon ada taman ke ) . Contoh kalau korang letak lagu Nightwish ke , Sevenfold ke , Metallica ke , Metalasia ke , Lestari ke , Spin , Spoon , Spring , Screen , Spider , Xray ke takpe la . Ini lagu korang buka mengikut kesukaan korang je , kesukaan orang lain camne ?

 
  Kalau korang kata blog tu blog korang , suka hati korang dan korang tak kesah takde orang baca , buat je private . Sekurang-kurang korang leh invite reader atau korang view sendiri je blog korang tu . Mungkin ia tempat korang lepaskan tekanan . Tapi kalau korang nak bloggers komen luahan korang then bloggers kongsikan pendapat diorang , lebih baik korang buang widget lagu korang .

 

  Maaflah kalau korang terasa , aku cuma nasihat saja . Aku pun ada letak muzik jugak , tapi kat entry mana ntah , Kebaikan korang dan traffik korang . wassup2 . mungkin itu hak asasi korang . Nah aku bagi award untuk blog yang ada muzik profile . salam :p

Posted on December 21, 2010, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. >SalamI support u punya words..power giler..ada jugak yg btolnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: