>10 Sebab Kenapa Aku Tak Suka Naik Bas

>

http://1.bp.blogspot.com/_j6D2JrAZyP4/TNl3y-SSPFI/AAAAAAAAASc/WrD-T9bc93Q/s1600/picture273le9.jpg
Milan , Kenangan ku🙂
 

Salam kawan-kawan , hari ni sebelum aku nak tidur aku nak buat post ni . Mungkin tak menarik tetapi bersebab . sebab saya aku tak suka naik bas ya ? aduii . daripada aku start sekolah menengah aku dah naik bas . Kerja aku dulu pun sebagai Konduktor bas . Sekarang dah kerja lain la . Aku nak cerita kat kawan-kawan pengalaman dan sebab-sebab aku malas nak naik bas .

Tekan Read More ye :p ,

oke , semua bermula disini …

Sebab kebanyakan orang suka naik bas ,

1 .  Jimat petrol @ duit ( bagi yang ada motor , kereta dll )
2 .  Suka buang masa 
3 . Suka ushar awek ( bagi lelaki , standard la . hehe )
4 . Cuci mata 
5 . Boleh relax sambil dengar lagu
6 . Betul betul handfree ( kalau couple , entah la busy sikit kot :p )

oke berhenti disitu . Itu adalah beberapa perkara positif bila naik bas . Tapi bagi aku , aku muak gila naik bas ni . Korang nak tahu kenapa ? ni sebabnya aku tak suka naik bas , tapi kena naik jugak ( xda motor , kereta dll lagi . hehe ) .

 
1 . Duit Syiling 
  ” Duit syiling , korang kena sediakan cukup-cukup . Kalau bagi rm5.00 sekeping macam tiada pulangnya . Kalau kecemasan , mesti takda masa nak pergi tukar duit sebab bas yang anda tunggu-tunggu tu dah sampai secara tiba-tiba . argghhh kecuhhh !

 

2 . Bas Penuh
  ” Bas penuh , sama maksud dengan penumpang penuh . Sudah la korang letih , kena berdiri pula tu . Ok la kalau berdiri sekejap je , tapi kalau dah 3km perjalanan bas korang asik berdiri je tak ke patah kaki tu . huhu ( ni dah tahap gaban ni ) .

 
3 . Bau ‘Harum Semerbak’
  ” Wahh yang ni , macam lah aku wangi sangat . haha . tak kesah la geng , tapi ni , aku tak tahan . Kalau korang guna bas awam pagi-pagi masa korang nak pergi kerja , Aku yakin satu bas mesti wangi . Macam-macam minyak wangi penumpang lain-lain pakai . Tapi bila dah pukul 5 ptg masa korang balik kerja , pastu korang cuba naik bas awam . Fuhh , harum sehhh . Tak percaya korang try duduk sebelah mat bangla dan mat indon yang baru balik kerja . ( setaraf la dengan kerja depa ) . Memang sakit sembelit tiba-tiba terus baik !

 

4 . Bas Perlahan , ” traffic Jam ”
   ” Yang ni aku paling tak suka ! . Sudah lah tunggu bas berjam-jam baru sampai lepas tu driver bawa macam bawa van mayat . Perlahan gila . Aku tahu taktik ni , kalau jalan clear ( kosong ) , traffic ok , driver tu sedang ‘tarik masa’ . Maknanya dia nak lambat shift dan trip dia seterusnya . tapi sampai menyusahkan penumpang yang nak cepat ni . Aiyo ! sellfish ! . Traffic Jam pula , aku memang meluat la . Sampai au pun malas nak cerita . Aku rasa korang selalu alami ini .

 

5 .  Penumpang bising
   ” Bayangkan , korang tengah risau sesuatu benda ni tiba-tiba dalam bas ada penumpang tengah menjerit-jerit la , Bersembang ketawa kuat-kuat , Cakap fon dengan nada tinggi . InsyaAllah , mesti korang angin . Tapi buang je angin ( tahan sabar ) . Aku bukan seorang penyabar beb . Aku terus ambil headphone lepas tu layan lagu Metalasia .

 
6 . Bas Rosak
   ”Ala ! leceh la macam ni . Tiba-tiba bas rosak pulak . Lambat dah ni . Korang mesti tension kan , kalau ada bas yang seterusnya datang takpe , ni nak kena tunggu berjam-jam lagi .

 
7 . Penumpang biadap
   ” Yang ni biasalah , korang tengah duduk relax je , sopan-sopan je . Bagus lak tiba-tiba ada penumpang duduk sambil buka kasut lepas tu sadung kat tiang . aiyeeee ! biadapnya !!

 
8 . Kesian
  ” Naik je bas , bas dah penuh . Lepas tu korang nampak couple dan penumpang sihat duduk kat kerusi khas OKU dan Orang-orang tua . Sedangkan ada orang tua yang tak larat nak berdiri dah . kesian . 

 
9 . Tiket bas Hilang @ buang .
  ” Yang lain paling malu ! korang lupa dan tak tau sekejap lagi checker akan masuk ke dalam bas untuk check tiket sorang-sorang . Tiba-tiba korang punya tiket hilang dan korang tak bawa duit lebih . Last-last korang kena turun sebab tak dapat bayar denda . Ohh malunya ! .

 
10 . Kena Kacau ( credit to gadis )
  ” Korang tension tak kalau tiba-tiba ada lelaki datang duduk sebelah korang lepas tu usik-usik korang dan minta no fon korang ? sedangkan korang tak kenal dia tu sapa . aiyoo , tak guna !

  Itu dia kawan-kawan . Post aku kali ni . Ini lah sebab-sebabnya aku tak suka naik bas awam ni . Aku harap satu hari nanti aku berjaya ubah hidup aku untuk aku beli motor atau kereta . Amin . Salam . :p 

Aku ingat nanti nak p keja kena naik ni la : –

 

  Gambar hanyalah sekadar hiasan …

Posted on December 16, 2010, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. >10. hoh -_- kalau ramai, berdiri kan? -__- pernah ada satu kes, kawan kena raba dari belakang. dah tepis tangan lelaki tu. pastu, dia masih buat lagi. bila kteorang pandang dia, dia buat tak tau je -__- takkan kteorang buat bodoh jugak kot, kteorang jerit dalam bas tu, sampai bas berhenti. pakcik bas tu marah dia teruk teruk. pastu kteorang berdiri tempat ain. and lelaki tu dok sama dengan orang lelaki -__- ni masa bas otw dari Shah Alam ke KL.

  2. >heh paling susah bas rosak untuk perjalan jauh…no. 10 pun best gak , tp klu train jepun lgi best sih

  3. >- Khairunnisa : awak tak kena ke ? selamat ek ;p . Saya pun ada jgak kena . Ni semua berdasarkan pengalaman saya . Bontot kene raba dengan mat gay . aiyoo , gelinyeee ! Then saya sound dia slow2 ,'' U biasa kena siku tajam kat muka tak ??''. Terus dia dok senyap2 . Ye la , muka dah merah . Saya rasa dia dah takut tu . Nasib baik dalam bas , kalau kat luar , memang dia tu dah kena sebijik penumbuk da . huhu .- Kodet : Saya penah naik satu bas ni , tiba2 je rosak tengah jalan . masa nak p keja . Kodet tau kan berapa seksa nak tunggu bas yang patut kita naik ? ( nombor bas ) . haiyaa tension !

  4. >huhuhu…betol2..tapi area kl lah jem teruk..'foreigner' pon byk..hahah!!

  5. >KL jangan cerita la nadirah ,lagi teruk dari penang .sbb tu sy tak sanggup nak p KL .hahaha , :)Nadirah nak domain free x ?check ini :pcontest dari sy .http://www.abdulfarique.com/2010/12/contest-3-domain-untuk-dimenangi-dari.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: