>Perjalanan Hidup Di Rokapak.orgar

>  Setelah Sekian lama , mungkin sudah 3 tahun lebih penantian aku untuk mencapai matlamat aku disini dengan mencapai 1200 posting .
Dan Akhirnya aku telah pun berjaya . Karya ni dah lama aku prepare , stand by untuk aku show buat brader2 n sister2 kat rockapak.org .
Banyak la der , story-story aku kat rockapak.org tu . Ada sampai kena tegur , kena marah , kena perli . Tapi aku yakin diorang tegur sbb
Sayang forumer , Marah sebab aku degil , perli sebab aku nakal kat sana . Hahaha , yakin sama sekali itu .

  Aku ‘lahir’ di rockapak.org pada 10 OKTOBER 2008 . Pada mulanya aku terjumpa rockapak.org ni kat search engine yahoo! .
Masa tu tengah cari lagu May – Pelayaran . Masa tu lagu kumpulan MAY dengan XPDC je aku minat kalau bab Band Rock ni . Kalau
Band Jiwang2 ni semua aku minat . huhu . Kira tu lagu gila-gila rock la bagi aku time tu . hahaha

  Members yang first2 aku kenal dan rapat jugak lah , dengan Bro Cdgtxx , Kak Farah , Kak syima88 , Tuan GlobalMod  dan kak Iena
dan lain-lain yang mungkin aku lupa nickname diorang .
Kemudian setelah hampir mencecah 2 tahun lebih di rockapak.org , aku mula mengenali Tuan Barong , Tuan Arip dan lain -lain forumer                                                          
latest pada masa itu . Paling kerap aku bersembang time2 tu ialah Tuan Barong di laman Bola sepak .

  Aku nak Cerita sikit mengenai aku walaupun aku ni bukannya artis , hartawan dan lain lain . Sebelum aku aktif kat rockapak.org ni ,
aku dah berjaya membina satu laman forum buat satu group shufflerz ( SOD)  . Akibat sedikit pertengkaran dan perselisihan faham , aku
meletak jawatan sebagai ahli dan Admin di forum group shufflerz itu dan aku serahkan ID dan password admin kat Master SOD tu . Aku
ingatkan lepas aku blah dari group tu , forum tu jadi tambah meriah . rupa-rupanya hancuss dek tangan beliau . hahaha . Biarkan je la .

   Sejak dari itu , aku menggunakan kemahiran aku  dengan join Clan LONE iaitu clan permainan game online Dispatch Of Army ( DOA ).
Nickname aku dalam game L0n3p3nt0rZ dengan ranking 1st Sarjan . Mendapat gelaran Team Captain di dalam Clan LONE . Kini server
DOA pun telah dihentikan oleh GM mereka . Lalu Lone Clan ini telah hancur semuanya termasuklah clan-clan yang lain . Website dia ,
http://www.loneclan.co.cc atau http://www.lone-clan.page.tl kalau tak salah aku dan pembina sepenuhnya adalah aku sendiri .

  Kemudian sesudah lama menderita akibat impian tidak kesampaian , aku membina MBClubs iaitu Mat Bunga Club . Aku membinanya
Diatas thread ROCKAPAK.ORG sendiri diatas bantuan Tuan GlobalMod . Kemudian hancur skali lagi impian aku slepas aku ditahan
pihak berkuasa diatas satu tuduhan ( syak semata mata ) . meringkuk didalan lokap yg jijik selama 3 hari . Selepas itu 2 bulan terus
aku tak online rockapak.org kerana takut keluar rumah .

  Dari rockapak.org aku mengenali apa itu genre Metal yang membuatkan aku minati hingga sekarang . Antara band-band yang aku minati
ialah Nightwish , Metalasia , Helloween , Dragon Force , Annihilator , Cradle Of Fitlh , Cromok serta yang lain . Aku juga dapat
download lagu-lagu band yang aku suka di ruangan laman download hasil koleksi Tuan Rianz dan Tuan Barong mengikut suka hati aku
dengan rasa yang unlimited . Sungguh sangat menarik , kemudian aku jenuh bersaing taip dengan forumer lain mengikut fan2 mereka di
laman bolasepak . Aku adalah Manchester City Football Club fan ( MCFC Fan ) , Setahu aku , aku sorang je fan MCFC kat rockapak.org ni ,
Yang forumer semua kebanyakan macam Bro kekapak – Manchester United , Tuan Barong – Tottenham dan As Roma , Bro Yobrock – Arsenal ,
Bro AkuAmY – Chelsea FC dan bro Achik – Arsenal atau Liverpool FC rasanya  dan yang lain-lain lagi . Seronok beb , memang best .

Di laman lain pula , Laman Pancing dimenangi oleh bro CDGTXX yang tak salah aku org pancing.net (PNET) serta bro COLLOSOMA .
Di laman drum pula , megah aku asyik bersembang teknik Bro OKU yang hanya menggunakan satu tangan dan menggelarkan dirinya
One Handed Drummer . Macam-macam gelagat ahli-ahli di forumer rockapak.org ni . Tapi yang aku sedih , kak Farah lama tak online .
Rindu nak bersembang dengan dia . Skarang ni aku tengah aktif sgt di laman Galeri gambar dan lirik . Bukan ape , seronok kumpul koleksi ,
agar ramai guest yang mengunjung rockapak.org ini melihatnya . Dan terpampang wajah ceria dan mungkin mengalakkan diorang untuk
join rockapak.org ni sebab tak rugi . Banyak kelebihan dan facility nya . huhu , speaking englsh sikit . hehe .

  Tapi malangnya aku telah mendapat satu penyakit iaitu penyakit internet . hahha , dah mula dok selalu nak online . balik je dari kerja ,
(12-8 pm ) , terus aku mintak broadband kat akak aku semata-mata nak buka website rockapak.org ni dan bersembang ngn ahli-ahli rockapak.
Dah mula menjadi satu tabiat dan hobi dalam diri aku ni . Dah mula menjadi gila IT sangat ni . teruk jugak . hehehe . Pada 2 september 2010
yang lepas , bro Yobrock membuka tirai mengucapkan Selamat Hari Lahir buat aku bersama-sama ahli-ahli forumer yang lain-lain . Ingat
jugak rupanya forumer Rockapak.org kat aku ni , terharunya🙂 . Tapi maaflah aku late reply ebab baru sahaja balik dari kem PLKN di
Guar Chenderai ,Padang Besar , Perlis . Aku hargai sangat-sangat apa yang forumer2 rockapak.org ni buat untuk aku . Dorang ingat aku ,
bantu aku , tolong aku , support aku .. fuhh , you’all the best friend i never have .

  Kemudian aku kembali ke rockapak.org . Pada bila tarikhnya aku dah lupa la . Topik yang selalu aku minat dan gatal tangan nak new post ,
Galeri Gambar serta Bolasepak . Sehinggalah membawa aku ke persada Laman ribuan ( Top Secret ini ) . Aku maju disini membawa bersama-
sama FPS Publishers And Friends Co . ( salah sebuah community yang aku cipta untuk bimbingan , panduan , produk , artikel dan publishing )
Yang telah aku bina pada awal tahun 2010 ini . Terbina megah di http://www.fpspublishers.co.nr dan http://www.fpspublishers.webs.com ( terbaru )  dan
pada hujung bulan ini , blog aku iaitu http://www.abdulfarique.blogspot.com dan http://www.fpspublishers.co.nr akan dihosting oleh iHosterZ oleh Tuan
Amiruldin (www.ihosterz.com atau http://www.amiruldin.com) dengan menggunakan khidmat domain (.com) yang bernilai RM29.00 ( setahun ) .

  Maka kesimpulannya cerita-cerita aku diatas ini berkaitan juga dengan rockapak.org . Rockapak.org lah yang memperkenalkan aku dengan
ahli-ahli forumer yang cukup pakar dari segala bidang IT . Jadi adalah selepas aku berjaya ke laman top secret ini yang ahlinya yang sudah
1200 posting ini aku akan pergi meninggalkan rockapak.org ini dengan mengyishtirarkan aku sebgai ahli yang selalu unactive ? Maka
jawapannya yang paling muktamad , TIDAK selagi aku masih ada didunia ini . Selagu kata dan lirik yang terakhir , ROCKAPAK.ORG
is the best rock forum site in the world ! . Terima Kasih , Assalamualaikum .

             Ikhlas Dari hati ,
                    Faxxtube
       (Abdul Farid @ Farique )
             Ahli Rockapak.org
Penolong Pengarang FPS Publishers And Friends Co .

P/S : sorry bro n sis , gua buat karangan sikit . hehe :))

12:46 AM 11/9/2010

P/S : cerita ni ana buat kat rockapak.org n post kat sini coz nak bgi ente smua tau , lama jgak ana luah masa kat rockapak.org untuk mencari lagu2 …

Posted on November 28, 2010, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: