>Tip-Tip Penjagaan Komputer

>(1)- Tip Penjagaan Monitor (CRT)

Salam semua..
Dibawah nie teman berikan sedikit tip bagi penjagaan monitor komputer agar ia lebih tahan lama.
Tip2 ini mengikut pengalaman teman ketika membaiki monitor.
Harap boleh manjadi panduan kepada semua.

1) Jangan letak Monitor anda dekat dengan speaker dan TV
2) Jangan letak monitor anda ditempat yang kena terus cahaya matahari.
3) Kalau boleh jauhkan CPU daripada monitor
4) Jangan tutup lubang yang ada pada monitor.
5) Jangan sesakkan tempat monitor anda dengan segala benda datuk mak nenek !!
6) Jangan buka dan pasang signal kabel sewaktu monitor sedang “ON”
7) Bumikan screen filter.
8] Jangan cuci monitor anda semasa sedang “ON”
9) Jangan angkat atau ubah monitor semasa sedang “ON”
10) Letak monitor anda ditempat yag tetap, tidak bergoyang sewaktu anda menggunakan nya.

(2)- Tip Penjagaan Speaker

Sebenarnya nak menjaga speaker ni lebih senang daripada nak menjaga kucing… he he 
Saya berikan beberapa tip yang selalu diguna pakai, diantara nya ialah ;

1) Letak speaker tu di tempat yang stabil.
2) Jangan hadapkan muka speaker tu rapat dengan dinding atau sebarang benda.
3) Jauhkan dari terkena air dan cahaya matahari yang terik.
4) Jangan Hadapkan kedua dua muka speaker secara berdepan.
5) Guna speaker anda mengikut kemampuan speaker tersebut, (Watt dan Ohm)
6) Jauhkan speaker dari kanak kanak !.
7) Jangan tutup sebarang lubang yang telah dibuat oleh pembuat speaker.

 (3)- Tip Penjagaan Keyboard

1) Jangan tumpahkan air bergula atau berkabonat keatas keyboard
2) Gunakan vaccum , berus dan kain lembab untuk pembersihan.
3) Ketuk perlahan lahan dibelakang keyboard semasa membersihkan nya (Pastikan dlm keadaan off)
4) Jangan jatuhkan keyboard
5) Jangan menekan “key” terlalu kuat dan kasar
6) Jauhkan dari kepanasan yang melampau atau terkena sinaran matahari secara terus.

 Tip Menjaga Tetikus (Mouse)

Lebih mudah dari pada menjaga hemster…    Cheesy Cheesy Cheesy

1) Jangan gunakan mouse dengan menarik narik wayer.
2) selalu bersihkan roller. (jika menggunakan normal mouse (ball))
3) Jika menggunakan optical mouse, jangan letak pelapik yang membalikkan cahaya.
4) Jika kawasan letak mouse kita itu sempit dan susah nak kita gerak kan mouse ada jalannya mudah iaitu :-
pergi ke Start -> Control Panel -> Mouse -> Pointer Options -> motion.
set kan motion ke fast.
Jadi, walaupun tempat nya sempit, anda boleh menggunakan mouse tersebut dengan selesa.

5) Jika anda membaca text yang panjang, anda tidak perlu scroll text tersebut. Cara nya :-

Tekan roda scroll pada text yang hendak kita baca, kemudian tarik mouse tu kebawah dengan perlahan,
Text akan bergerak keatas secara perlahan lahan. Anda boleh melepaskan mouse tersebut, dan boleh terus membaca text tersebut.

Tekan sekali lagi roda tersebut untuk menggunakan mouse secara normal kambali..

 Tip Menjaga CPU
Monitor udah, speaker udah, keyboard udah dan mouse pun udah..
Nak jaga CPU nie ada banyak tip2 nya, kat sini teman berikan serba sedikit, dan yang lain nya boleh di tokok tambah olah member2 yang lain… Wink

(1) Jangan letakkan CPU anda terus diatas lantai, seboleh bolehnya, tinggikan atau berlapik yg tinggi dalam 2-3 inci.
(2) Jangan Letakkan CPU anda diatas meja atau tempat yang bergoyang.
(3) Jangan Sekat sebarang pengaliran udara.
(4) Selalu bersihkan dengan menggunakan Vaccum sekurang kurang nya 1 bulan sekali. ( Tengok keadaan tempat)
(5) Pastikan punca elektrik anda mempunyai pembumian yang baik.
(6) Jangan Ubah atau gerakkan CPU anda ketika sedang ‘ON’
(7) Jangan letakkan CPU anda dekat dengan punca magnet yang kuat contoh speaker yang besar.
(8] “Discharge” dahulu tangan(tubuh) anda, sebelum memegang sebarang komponen CPU dengan memegang “Casing” CPU yang telah dibumikan.
(9) Jangan sambung atau tarik sebarang cable kuasa atau signal ketika CPU sedang ‘ON’
(10) Selalulah buat pengelenggaraan Hard Disk.
(11) Jika anda menambah lampu warna bagi mencantikkan CPU anda, pastikan anda memasang jaring halus pada kipas PSU dan kipas2 yang lain anda.

cukup ler kut…
kalau ader yang lain tu, boleh ler kekawan lain tambah… 

Tip Penjagaan Printer

Boleh diguna pakai untuk sebarang jenis printer.

1) Jangan letak printer ditempat yanng bergoyang
2) Jangan Letak printer anda berdekatan dengan lampu atau dibawah lampu secara terus
3) Jangan biarkan printer tidak dibuka (‘ON’) dalam tempoh yang lama.
4) Jangan biarkan kuasa printer (“power on”) dalam tempoh yang lama.
5) Jika printer tidak digunakan , tutup lah printer anda dengan penutup habuk (plastik).
6) Seboleh boleh nya, gunakan vaccum , berus dan kain lembab untuk membersihkan printer anda.
7) Cuba elakkan meletak printer anda dekat dengan dinding.
8] Jangan biarkan printer anda terkena sinaran matahari secara terus.
9) Jika ada kertas yang tersangkut, cuba elakkan dari menarik keluar kertas dari “paper feeder”
10) Jangan cabut atau sambung wayer signal semasa printer sedang “ON”

Gambar cara-cara rilek plak .

Posted on November 24, 2010, in Artikel Bebas. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: