>Cerita Menyayat Hati

>” Abg…tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! “. Hakim baca sms sepantas

kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran

dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main

masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu ‘Racing BMX’ dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh ‘Husin and the

gang’

yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula

lancar

tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina

“Pen

merah pen biru, U baca I love U’ bersama sebijik gula-gula Hacks

sebagai

hadiah harijadi Ina…gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak

Ropiah

ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak

Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa

menadah

telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak

naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi

fikirannya

kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba

hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,

fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina

tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala

itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.

Dia

risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah

Ina

dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru

ni,

ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika

rumah

Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu

diapa-apakan,

ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak

diapa-apakan.

Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa

itu

baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka

masih

bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.

Jika

tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant

shutdown

2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya

yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal

isterinya

itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti

di

depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah

rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit “Ina, Ina”. Dia pulas tombol

pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik

Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk

lagi

pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,

dia

pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,

dia

tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup

muka sambil menangis. “Ina, apa yang terjadi sayang” Hakim cuba pujuk Ina.

Ina masih dalam sendu. “hu…hu…” ” Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi” “Hu..hu” Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. “Ina, what hell is going on…tell me!!”

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm “Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi.”

Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.

Posted on April 4, 2010, in Cerita Lawak. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: