>Sheikh Mohammed Sayed Tantawi Meninggal Dunia

>

[en01.jpg]
 
KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.
Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.
Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.
Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.
Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.”
Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah,” katanya. – AFP
 
 
Nota Ringkas Abdul Farique : Sama-sama kita menyusun 10 jari dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham .

Posted on April 3, 2010, in Belangsukawa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: