>Malangnya Hari Ini ,

> Assalamualaikum , Salam Sejahtera . Hari nie ana betul-betul ditakdirkan Kurang baik . Ana tak dapat pergi kerja . Ana sudah kena maki sama abg adi , House keeper ana . Ana langsung tidak sihat hari ni . Ana demam . Ana tak tahu apa ana mahu kena es0k . Ana harap dia faham , sudah 4 hari ana bermandi hujan . Maklumlah , musim hujan . Janganlah fikir ana malas sgt mahu kerja . Ana p0n sedar yang ana miskin , buat apa ana tak mahu pergi kerja . Kamu jangan berfikir begitu , abg adi .

  Tak mengapalah hal itu mampu ana cakapkan , Ana mampu pergi ke hospital untuk mengambil ubat serta MC , tapi rupanya ana tersedar dan perasan poket belakang ana ringan saja . Ana dah risau sgt ni , Ana p0n puaslah checking satu rumah ana . Tapi , hmm . Beg duit ana hilang juga . habis semua duit-duit ana . IC ana . mcm mana ana mahu ambil lesen es0k ? hm , malangnye nasib ana .

 Beratnye ujian Tuhan , ana akan cuba menempuhi jua . Ana baru nak merancang untuk mengambil lesen es0k . Tapi , beg duit ana pula hilang . Bukan itu saja , sekali dengan demam . Orang hanya menyangka buruk pada ana . Orang hanya tidak faham masalah ana . Bukan ana bodoh sangat tak reti pergi kerja , bukan ana bangang sangat tak mahu memberi komitmen pada kerja ana . Bukan ana tak reti berterima kasih pada org yang bantu ana masuk ke Bsuite balik , Bukan ana tak dapat bezakan hotel ini dengan hotel yang lain . Ana punyai otak , Ana punyai Akal , Ana punyai Minda . Ana bukannya seorang kaki enjoy , dulu benar lah . Tapi , sekarang ana bukan kaki enjoy , Ana sakit , fahamlah ana sakit . Bukannya ana taknak inform , ana benar-benar terjaga selepas pukul 4 lebih semalam .

 Satu lagi masalah ini , IC ana , Duit ana , surat broadband ana , abishh . hilang camtuh saja . RM80 untuk duit makan ana pon mesti lesap punya . Tapi , duit ana tak heran , tapi IC ana tue , mcm mana ana nak ambil Lesen ni , mcm mana ana nak kluar rumah kalau tak ada ic nih . Pening ana memikirkan jawapannya . Nasib baik lah ana ada menyimpan RM100.00 duit untuk lesen ana kat Maintenance Nizam . Biarlah ana buat IC dulu . ana baru berazam nak mengambil lesen ni . hmm , entah lah .sedih nih hanya Tuhan yang tahu . Ya Allah , Ana harap , ana bisa tempuhi semua ujianMu ya Allah , Dan ana mohon , berikan ana hidayah dan cahaya agar ana bisa menjalankan kehidupan seperti biasa . Amin ya robal Alamin .

  Ana dah letih nak buat malu cawangan Housekeeping dah . Ana tahu ana nih layak kerja jaga je la . Tapi , bukan masalah tu , masalahnye ana rasa disana tidak ada org yang memahami ana . Bukanlah nak kata ana nie artis mana-mana nak kena memahami , tapi fahamilah ana cuti bukan sebab ana lambat bangun ! bukan sebab ana nak enjoy ! bukan sebab ana pentingkan diri ! tapi sebab ana SAKIT . faham lah faham lah .

Posted on April 3, 2010, in Artikel Persendirian. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: